Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
samsung flod6

Samsung Unpacked 2024: Semua Model Baharu Dilengkapi Galaxy AI

Keseluruhan ekosistem yang lebih mantap!

Acara Samsung Unpacked kedua yang di adakan di Paris ini memperkenalkan barisan siri Galaxy Z yang baharu, bersama dengan jam pintar Galaxy Watch7 dan Watch Ultra, dan Galaxy Buds3 dan Buds 3 Pro.

Kalau anda terlepas perincian model smartphone, jam pintar dan juga earbuds baharu dari Samsung ini, jangan risau kami kongsikan ringkasannya di sini.


Samsung Galaxy Z Flip6

Sekali pandang, anda boleh katakan tidak banyak perubahan yang dilakukan pada bahagian luar, kecuali bahagian kamera yang disertakan ‘ring’ dan seakan-akan menyerupai mata.

Bagaimanapun, bahagian dalam iaitu perisiannya terdapat banyak peningkatan yang hebat—paling ketara adalah integrasi bersama Galaxy AI.

FlexWindow Super AMOLED 3.4-inci yang dinaik taraf menawarkan fungsi bantuan AI, membolehkan anda membalas teks, menyemak kemaskini Samsung Health, mengawal muzik, dan banyak lagi, semuanya tanpa anda perlu membuka atau ‘flip’ telefon ini.

Berikut adalah senarai ciri-ciri yang ada pada Galaxy Z Flip6:

  • Photo Ambient Dikuasakan AI: Wallpaper yang berubah mengikut masa dan cuaca (real-time).
  • Pilihan Susun Atur Skrin: Rupa yang seragam dengan padanan warna jam dan bingkai.
  • Auto Zoom: Boleh frame foto anda secara hands-free.
  • Spesifikasi Kamera: Sensor 50MP (Lebar) dan 12MP (Ultra-lebar) untuk butiran yang jelas.
  • Keupayaan Zoom: 2x zum optikal dan sehingga 10x zum AI.
  • Nightography: Tangkap video yang hebat walaupun dalam pencahayaan rendah, dengan integrasi ke dalam aplikasi sosial seperti Instagram.

Selain itu, Galaxy Z Flip6 juga mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama, dengan kapasiti 4000mAh yang lebih besar daripada mana-mana model telefon lipat Samsung yang lain.


Samsung Galaxy Z Fold6

Tidak sah kalau siri Samsung Galaxy Z ini tidak hadir bersama dengan model fold, jadi dengan itu Samsung turut mengumumkan Samsung Galaxy Z Fold6.

Galaxy Z Fold6 yang baharu daripada Samsung mampu membawa produktiviti anda ke tahap seterusnya dengan skrin yang luas dan ciri-ciri dikuasakan AI, menjadikannya alat terbaik untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti. 

Telefon pintar boleh lipat ini direka untuk membantu anda memanfaatkan skrin besarnya. 

Dengan dikuasakan AI yang dipertingkatkan, Samsung Notes kini menawarkan Note Assist, yang boleh menterjemah, merumuskan, dan melakukan format nota mesyuarat secara automatik.

Ia juga mempunyai ciri embedded transcript untuk rakaman suara, memastikan anda tidak terlepas sebarang butiran. 

Selain itu, ciri terjemahan PDF dapat menterjemah teks dalam PDF, imej, dan graf, serta menindihkan terjemahan dengan lancar dan tepat.

  • Samsung Keyboard Composer: Menjana teks yang dicadangkan untuk e-mel dan media sosial dengan menganalisis kiriman anda yang pernah anda post sebelum ini.
  • S Pen dan Galaxy AI: Ditingkatkan untuk penciptaan seni yang canggih dengan ciri Sketch to Image, yang menukar lakaran ringkas menjadi imej terperinci.
  • Pembantu Dikuasakan AI: Akses dengan meleret skrin atau menyebut, "Hey Google."
  • Mod Penterjemahan Perbualan: Memaparkan terjemahan pada kedua-dua skrin utama dan skrin hadapan.
  • Terjemahan Langsung: Terjemahan panggilan telefon secara real-time merentasi aplikasi Samsung dan pihak ketiga.
  • Enjin ProVisual Dikuasakan AI: Ciri penyuntingan lanjutan seperti Photo Assist untuk penciptaan kandungan profesional.
  • Studio Potret: Menawarkan pelbagai gaya potret.
  • Instant Slow-mo: Menjana video gerakan perlahan yang lancar.
  • Permainan (gaming): Pengalaman yang ditingkatkan dengan cipset berkuasa, ruang wap 1.6x lebih besar, Ray Tracing untuk grafik yang jelas, dan skrin 7.6-inci dengan kecerahan sehingga 2,600 nits untuk sesi gaming yang memukau.

Samsung Galaxy Watch7

Samsung turut memperkenalkan Galaxy Watch7 susulan daripada pelancaran Galaxy Watch6 tahun lepas.

Apa yang lain dengan model yang lepas? Kini Galaxy Watch7 dikuasakan dengan Galaxy AI. 

Seperti biasa, ia dilengkapi dengan ciri-ciri untuk menyokong kesihatan harian anda, membantu anda membina habit atau tabiat yang lebih sihat dan memberi motivasi untuk mencapai matlamat kesihatan anda.

Malah, Galaxy Watch7 dikuasakan oleh cip paling canggih dalam barisan Galaxy Watch, dilengkapi dengan pemproses 3nm yang mempunyai CPU tiga kali lebih pantas dan kecekapan kuasa ditingkatkan sebanyak 30%.

Selain itu, ia membolehkan anda memantau lebih daripada 100 jenis senaman dengan tepat, membantu anda membina rutin dan mencapai matlamat kecergasan anda. 

Dengan ciri Workout Routine, anda boleh menggabungkan pelbagai jenis senaman, dan ciri Race membolehkan anda membandingkan prestasi semasa dan sebelumnya dalam masa nyata atau real-time.

  • Analisis Tidur: Maklumat terperinci untuk membantu anda mendapatkan rehat yang diperlukan.
  • Pemantauan Kadar Jantung: Amaran masa nyata atau real-time untuk bacaan yang tidak normal.
  • Pemantauan ECG dan BP: Maklumat tentang kesihatan jantung anda.
  • Indeks AGEs: Menjejak produk glikasi lanjutan, mencerminkan proses penuaan biologi anda yang dipengaruhi oleh diet dan gaya hidup.
  • GPS Dwi-frekuensi: Menjamin penjejakan lokasi yang tepat walaupun di kawasan bandar yang padat.

Selain daripada naik taraf hardware, Galaxy AI juga membawa anda ciri-ciri berguna yang lain:

  • Cadangan Respons: Respons pintar untuk mesej berdasarkan perbualan sebelumnya.
  • Double Pinch Gestures: Kawalan mudah jam tangan dan telefon pintar Galaxy yang bersambung semasa tangan anda penuh.
  • Samsung Wallet: Pembayaran mudah dan akses kepada ID Digital.

Samsung Galaxy Watch Ultra

Anda mahukan ciri-ciri yang lebih advance dari Galaxy Watch7? Samsung turut menawarkan model Galaxy Watch Ultra yang membawa penjejakan kecergasan dan prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Jam tangan Ultra yang pertama dari Samsung ini menawarkan fungsi jam pintar dan keupayaan yang luar biasa bagi mereka yang ingin mencapai yang terbaik. 

Galaxy Watch Ultra menampilkan bingkai Titanium Gred 4 yang kukuh dan ketahanan air 10ATM, menjadikannya jam tangan pintar yang sempurna untuk mana-mana keadaan atau aktiviti ekstrem. 

Sama ada anda berenang di lautan atau berbasikal di kawasan altitud tinggi, jam tangan ini dibina untuk ketahanan semua keadaan.

Reka bentuk kusyen baharu meningkatkan perlindungan, manakala Sistem Lug Dinamik memastikan keselesaan, membolehkan anda pergi lebih jauh dan perform dalam sebarang aktiviti.

  • Multi-sports Tile: Menjejak senaman multi-course seperti berenang, berbasikal, dan berlari dengan lancar.
  • Functional Threshold Power (FTP): Mengukur kuasa berbasikal maksimum anda dalam hanya empat minit dengan metrik dikuasakan AI.
  • Personalized HR Zone: Membantu anda bersenam pada tahap intensiti optimum berdasarkan keupayaan fizikal anda.
  • Butang Pantas: Memulakan senaman serta-merta dan pemetaan boleh disesuaikan untuk fungsi lain.
  • Siren Kecemasan: Menambah lapisan keselamatan tambahan semasa aktiviti yang intensif atau ekstrem.
  • Mod Malam: Beralih secara automatik untuk memudahkan anda membaca data pada jam pada waktu malam atau gelap.
  • Peak Brightness: 3,000 nits untuk visibility yang jelas walaupun di bawah sinaran matahari yang terang.

Galaxy Watch Ultra menawarkan jangka hayat bateri paling lama dalam barisan Galaxy Watch. 

Samsung turut mendakwa bahawa Watch Ultra boleh bertahan sehingga 100 jam dalam Mod Penjimatan Kuasa dan sehingga 48 jam dalam Mod Penjimatan Kuasa Senaman.

Tersedia dalam saiz 47mm, Galaxy Watch Ultra hadir dalam warna Titanium Grey, Titanium Silver dan Titanium White.

Ia menyediakan akses kepada pelbagai aplikasi popular terus dari pergelangan tangan anda, termasuk perkhidmatan Galaxy, aplikasi Google, dan aplikasi pihak ketiga kegemaran anda.


Siri Samsung Galaxy Buds3

Tahun ini, earbuds baru Samsung hadir dalam dua versi: Buds3 dan Buds3 Pro. 

Reka bentuk juga sudah dikemas kini dan tidak lagi berbentuk “kacang” seperti model earbuds terdahulu.

Anda rasa bentuk earbuds Samsung yang baru ni sama macam earbuds apa? Mungkin kita tak perlu sebut di sini, dan nasib baik Samsung tak tukar nama dengan meletakkan perkataan "udara"…

Siri Galaxy Buds3 menampilkan reka bentuk baru yang memastikan keselesaan, dengan apa yang dipanggil oleh Samsung sebagai Blade Lights yang menyediakan kawalan intuitif. 

Daripada hanya tap seperti model terdahulu, kini anda boleh mencubit atau meleret ke atas atau ke bawah pada bahagian blade untuk operasi yang mudah. 

Buds3 Pro pula menawarkan reka bentuk Canal Type untuk bunyi yang lebih mendalam, manakala Buds3 mempunyai reka bentuk Open Type, sesuai untuk penggunaan jangka panjang dalam pelbagai situasi.

Selain itu, siri Galaxy Buds3 juga turut dilengkapi dengan ciri Galaxy AI, merevolusikan cara kita berhubung dan berinteraksi. 

Earbuds baru ini menawarkan pengalaman komunikasi yang inovatif, secara tak langsung dapat meningkatkan kemudahan dan kebolehcapaian anda bagi penggunaan harian.

Sebagai contoh, jika anda menghubungkan siri Galaxy Buds3 dengan Galaxy Z Flip6 atau Galaxy Fold6, anda boleh mengaktifkan Interpreter dalam mod Mendengar untuk terjemahan real-time secara langsung ke dalam telinga anda. 

Ciri ini menjadikan pembelajaran lebih mudah dan inklusif, membuatkan halangan bahasa bukan lagi satu masalah besar.

Selain itu, Arahan Suara menambah lagi kemudahan anda ke tahap baharu, membolehkan anda mengawal fungsi seperti memainkan atau menghentikan muzik dengan hanya dua perkataan yang perlu diucapkan. 

Tidak perlu lagi menyentuh earbuds atau telefon pintar secara manual—hanya bercakap, dan siri Galaxy Buds3 akan mengikut arahan anda.

Dengan semua pengoptimuman AI, siri Galaxy Buds3 dapat mengoptimumkan bunyi secara pintar menerusi mikrofon. 

Mikrofon akan menganalisis bunyi dalaman dan luaran secara real-time untuk meningkatkan kualiti bunyi dan Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) melalui Adaptive EQ dan Adaptive ANC. 

Sama ada anda mendengar muzik atau berada di persekitaran yang bising, ciri Kawalan Bunyi Adaptif, Siren Detect, dan Voice Detect Buds3 Pro akan berfungsi secara automatik, menyesuaikan pengalaman audio yang optimum.


Ciri-ciri Galaxy AI baharu yang diumumkan pada peranti baru ini juga akan dilancarkan pada peranti generasi sebelumnya yang terpilih tidak lama lagi.

Buat pengguna Samsung, nantikan pelancaran ini pada peranti sedia ada anda pada masa akan datang!

End of Article