Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
proton emas 2

Model EV 'e.MAS' Sebagai Kereta Elektrik Pertama PROTON

Langkah berani dari PROTON memperkenalkan model EV pertama.

Selari dengan kemajuan industri automotif global, jenama kereta nasional PROTON tidak sekadar duduk selesa dengan model kenderaan sedia ada.

Dengan memperkenalkan model EV pertama, PROTON membuktikan bahawa syarikat kereta tempatan turut bergerak maju bersama jenama dunia.

Pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh peminat automotif, jenama baharu model EV daripada PROTON akan dikenali sebagai e.MAS.

Walaupun secara sekali pandang, sebutan e.MAS seakan sama dengan emas iaitu sebuah komoditi berharga, e.MAS sebenarnya merujuk kepada 'Electrifying Malaysia'.

Nama itu juga dikatakan mewakili matlamat PROTON untuk  meningkatkan mobiliti ketersediaan rakyat Malaysia dengan model EV baharu itu.


Logo Khas Untuk Model EV PROTON

Bukan sekadar model sahaja yang baru, PROTON juga bakal menggunakan logo yang baharu menampilkan paparan kepala harimau  ‘tidak berkurung’ secara reka bentuk 2D.

Logo yang cenderung kepada grafik bersih itu akan digunakan bagi semua model EV dari PROTON, selaras dengan aliran reka bentuk semasa untuk jenama EV.

Dalam pada itu, PROTON mensasarkan 30 cawangan pengedar EV PROTON menjelang 2025 dengan rancangan mengembangkan rangkaian jualan mengikut keperluan pasaran.  

Jadi anda rasa macam mana, teruja untuk lihat reka bentuk kereta EV pertama dari PROTON? Sama-sama kita nantikan pengenalan model pertama yang dijangka pada hujung tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi PROTON.

End of Article