Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
WWDC-2024

6 Sistem Operasi Baru - Semua Pengumuman Apple Semasa WWDC 2024

Antara naik taraf yang paling ketara dari Apple!

Antara acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat produk Apple, WWDC24 telah berlangsung dan banyak pengumuman semua kemas kini bagi peranti Apple.

Jika anda terlepas tentang pengumuman tersebut, jangan risau, kami akan kongsikan segala yang dibentangkan semasa WWDC24 kepada anda.


visionOS 2

Rasanya baru empat bulan lepas Apple melancarkan peranti Vision Pro yang sangat berevolusi, dan kini sudah terdapat 2000 aplikasi yang tersedia untuk peranti tersebut.

Kini, anda akan dapat kemas kini dalam bentuk visionOS 2.

Spatialization of Photos: Menggunakan teknologi AI dan pembelajaran mesin yang canggih, VisionOS 2 boleh menukar foto biasa menjadi pengalaman interaktif dan imersif. Ciri ini membolehkan pengguna meneroka kenangan mereka dengan cara yang lebih dinamik dan menarik.

Kawalan Navigasi Dipertingkat: VisionOS 2 memudahkan interaksi dengan Vision Pro. Anda kini boleh kembali ke skrin utama dengan ketukan mudah atau mengakses pusat kawalan dengan membalikkan tangan anda, memudahkan untuk melihat notifikasi dan shortcuts.

Mod Perjalanan Menyokong 'Kereta Api': Ciri mod perjalanan kini termasuk sokongan untuk perjalanan menggunakan kereta api, memberikan pengguna kemas kini dan maklumat masa nyata semasa perjalanan.

Ciri Paparan Maya Dipertingkat untuk Mac: Pada akhir tahun ini, VisionOS 2 akan meningkatkan keupayaan paparan maya Mac pada Vision Pro, termasuk sokongan untuk resolusi yang lebih tinggi, saiz paparan yang lebih besar, dan sambungan tetikus. Peningkatan ini akan membolehkan pengguna Vision Pro mengalami paparan desktop yang lebih luas dan memukau.

Alat dan API Pembangun: VisionOS 2 memperkenalkan API volumetrik baharu yang menyokong dua aplikasi serentak, TableTopKit untuk membangunkan permainan papan dan permainan lain, dan API baharu untuk meluaskan kegunaan aplikasi untuk kegunaan profesional.

Perluasan Video Imersif Apple: Apple juga mengumumkan kerjasama dengan pencipta kandungan utama seperti Red Bull, yang akan menghasilkan siri sukan, dan ciri skrip yang akan datang secara eksklusif untuk Vision Pro. Selain itu, kerjasama dengan Canon dan BlackMagic akan meningkatkan hardware dan aliran kerja untuk mencipta kandungan imersif.

VisionOS 2 dijangka tiba sebagai kemas kini percuma untuk Vision Pro pada akhir tahun ini.


iOS 18

Buat pengguna iPhone, anda mungkin boleh bersorak gembira apabila Apple secara rasmi memperkenalkan iOS 18 kerana pelbagai ciri baru yang menarik dan kemas kini yang akan mengubah pengalaman pengguna iPhone.

iOS 18 merangkumi peningkatan besar dari skrin utama yang boleh disesuaikan hingga ke fungsi aplikasi, bertujuan memberikan pengguna lebih banyak personalisasi dan penggunaan peranti yang lebih efisien.

Penyesuaian Skrin Utama: iOS 18 membolehkan susunan ikon aplikasi yang lebih fleksibel dan memperkenalkan Mod Gelap yang boleh adjust sekali warna ikon untuk mengurangkan keletihan mata. Anda juga boleh menerapkan warna pada grid aplikasi untuk sentuhan peribadi.

Penambahbaikan Pusat Kawalan: Pusat Kawalan yang direka semula kini boleh disesuaikan dengan ciri galeri baru dan keupayaan untuk developer mengintegrasikan aplikasi mereka secara langsung. Skrin tambahan dalam Pusat Kawalan boleh diakses dengan swipe, dan kawalan Skrin Kunci kini boleh disesuaikan.

Kunci Aplikasi dan Aplikasi Tersembunyi: Aplikasi boleh dikunci dengan pengesahan dan disembunyikan dari Carian dan cadangan Siri, memastikan maklumat sensitif kekal terjaga.

Mesej: Tapbacks dalam Mesej boleh disesuaikan dengan mana-mana emoji, dan pengguna kini boleh schedule penghantaran mesej. Keupayaan format teks telah diperluaskan untuk merangkumi teks tebal, condong, garis bawah, dan garis pangkah. Dan untuk yang suka 'drama' semasa bermesej: anda juga akan dapat kesan teks untuk menjadikan teks anda lebih dramatik!

Kemas Kini Emel dan Peta: Aplikasi Emel kini secara automatik menyusun emel ke dalam kategori untuk membantu pengguna mengutamakan peti masuk mereka, seperti Gmail. Peta telah dikemas kini dengan peta topografi terperinci yang menampilkan laluan mendaki atau hiking.

Aplikasi Foto Diperbaharui: Aplikasi Foto mendapat pembaharuan terbesar dengan paparan seragam, menampilkan grid foto baru di atas dan library yang disusun mengikut tema di bawah. Keupayaan penyemakan imbas baru dan penapisan automatik meningkatkan cara foto diurus dan dipaparkan.

Mod Permainan: Mod Permainan baru mengoptimumkan iPhone untuk sesi gaming, meminimumkan aktiviti latar belakang untuk memastikan frame rates yang lebih tinggi dan sambungan yang lebih lancar dengan peranti seperti AirPods dan game controllers.

iOS 18 versi Beta tersedia sekarang, manakala untuk penggunaan yang lain ia akan tersedia pada musim luruh ini atau selepas pelancaran siri iPhone 16 sekitar bulan September.


iPadOS 18

iPad anda juga turut mendapat perisian terkini dalam bentuk iPadOS 18.

iPadOS 18 berkongsi banyak kemas kini yang sama seperti iOS 18, terutamanya dalam penyesuaian, dengan sentuhan khusus untuk skrin besar.

Dan kemas kini paling menarik untuk iPadOS 18 adalah, Kalkulator.

Penyesuaian Skrin Utama yang Ditingkatkan: Seperti dalam iOS 18, anda boleh meletakkan aplikasi di mana-mana sahaja pada skrin dan menukar warna semua ikon melalui ciri tema baharu, tidak terikat lagi dengan susun atur grid yang lama.

Pusat Kawalan yang Dirombak: Pusat Kawalan dalam iPadOS 18 lebih serba guna, menawarkan keupayaan untuk menambah beberapa halaman dan mengintegrasikan kawalan dari pihak ketiga buat kali pertama. Anda juga boleh menyesuaikan saiz dan susunan kawalan ini terus dari Pusat Kawalan.

Peningkatan Aplikasi: Aplikasi iPad menerima peningkatan ketara, termasuk bar tab baharu untuk navigasi yang lebih baik. Bar tab ini boleh bertukar menjadi bar sisi untuk pilihan tambahan, dan animasi dalam aplikasi baharu menambah pengalaman pengguna.

Aplikasi Kalkulator: Aplikasi Kalkulator akhirnya membuat pengenalan pertamanya dalam iPadOS 18. Ia menampilkan susun atur yang dioptimumkan untuk skrin besar iPad dan menyokong penyusunan semula dinamik untuk persekitaran multitugas seperti Stage Manager, Split View, atau Slide Over.

Nota Matematik: Ciri menonjol dalam aplikasi Kalkulator baharu ialah Nota Matematik, yang membolehkan pengguna menulis jalan kerja atau soalan matematik secara semula jadi dengan Apple Pencil. Dan bukan hanya menulis soalan matematik: Nota Matematik juga boleh menyelesaikannya! Fungsi ini juga diintegrasikan ke dalam aplikasi Notes.

Apple Pencil dan Penambahbaikan Tulisan Tangan: Pengenalan Smart Script dengan Apple Pencil meningkatkan tulisan tangan dalam aplikasi Notes. Anda boleh menyesuaikan penampilan tulisan tangan dan menukar teks yang disalin kepada gaya tulisan tangan yang mereka pilih.

iPadOS 18 tersedia dalam versi Beta buat masa sekarang dan akan datang kepada pengguna secara umum sekitar bulan September ini.


watchOS 11

Tidak lengkap ekosistem Apple tanpa Apple Watch, jadi Apple turut memperkenalkan watchOS 11 yang tentunya hadir dengan ciri-ciri baru.

Kemas kini terbaru tahun ini memfokuskan pada meningkatkan interaksi pengguna dan menyediakan insight yang lebih mendalam terhadap rutin kesihatan dan kecergasan.

Beban Latihan: Ciri baharu ini membolehkan pengguna mengukur intensiti latihan dengan mengira skor dari 1 hingga 10 berdasarkan data seperti kadar jantung, kelajuan, dan ketinggian, disesuaikan dengan faktor peribadi seperti berat dan tinggi. Alat ini direka untuk membantu pengguna menilai keberkesanan latihan mereka dan mengelakkan latihan berlebihan atau latihan yang kurang. Sangat berguna untuk atlet dan pengguna yang mahu kekal aktif.

Pause Activity Rings: Kadang-kadang kita juga turut memerlukan hari rehat daripada aktiviti sukan, WatchOS 11 mempunyai pilihan untuk pause progres Activity Rings anda. Ciri ini amat berguna untuk tempoh pemulihan, sama ada kerana sakit atau sekadar untuk berehat.

Aplikasi Vitals: Tambahan baharu kepada keupayaan pemantauan kesihatan, aplikasi Vitals menjejak metrik kesihatan yang penting seperti kadar jantung. Ia menawarkan perbandingan data sejarah dan memberi amaran kepada pengguna tentang sebarang keganjilan, membantu mereka kekal termaklum mengenai status kesihatan mereka.

Kawalan Double Tap yang Diperluas: Mulanya tersedia untuk rangkaian aplikasi Apple yang terhad, Double Tap kini dibuka kepada pihak ketiga. Ciri ini membolehkan interaksi seperti melangkau lagu atau menghantar mesej dengan mengetuk ibu jari dan jari telunjuk, meningkatkan kebolehcapaian peranti.

Penyesuaian Wajah Jam yang Ditingkatkan: Photos watch face telah direka semula menggunakan machine learning untuk memilih dan menyesuaikan foto untuk paparan optimum, menambah sentuhan peribadi pada wajah jam.

Smart Stack dan Aktiviti Langsung: WatchOS 11 memperkenalkan interaksi widget yang lebih pintar dengan Smart Stack, memaparkan maklumat yang relevan seperti skor sukan atau anggaran masa ketibaan Uber di bahagian atas berdasarkan konteks semasa penggunaan. Penambahan widget terjemahan meningkatkan penggunaan jam tangan secara harian.

Penjejakan Kitaran dan Latihan yang Diperbaiki: Penambahbaikan kepada aplikasi Cycle Tracking dan Workout termasuk ciri baharu untuk penjejakan kehamilan dan latihan khusus seperti berenang di kolam renang. Kemas kini ini menyediakan pengguna dengan pilihan penjejakan yang lebih terperinci dan spesifik.

Widget Interaktif untuk Peranti Rumah Pintar: OS baharu memperluaskan sokongan untuk widget interaktif, memudahkan pengguna mengawal peranti rumah pintar terus dari pergelangan tangan mereka.


macOS 15 Sequoia

Seterusnya, Apple memperkenalkan macOS 15 Sequoia, kemas kini transformatif yang mengintegrasikan fungsi Mac dan iPhone dengan lancar, merapatkan lagi jurang antara pengkomputeran desktop dan mudah alih.

macOS 15 memperkenalkan ciri-ciri inovatif seperti iPhone Mirroring dan pengurusan tetingkap yang dipertingkatkan.

iPhone Mirroring: Ciri ini membolehkan pengguna melihat dan mengawal iPhone mereka dari Mac. Segala-galanya dari iPhone, termasuk Skrin Utama, aplikasi, dan notifikasi, boleh diakses terus pada Mac. Sangat berguna untuk mereka yang melakukan multitugas merentas peranti.

Notifikasi yang Ditingkatkan: Dengan macOS 15, notifikasi iPhone kini muncul di Mac, disepadukan dengan lancar dengan notifikasi Mac. Kemas kini ini memastikan semua maklumat penting boleh diakses dalam satu tempat, meningkatkan produktiviti dan memastikan anda tidak terlepas sebarang notifikasi penting.

Pengurusan Windows yang Diperbaiki: macOS 15 secara automatik mengukur dan menyusun tetingkap untuk mengoptimumkan penggunaan skrin sebenar. Keupayaan baharu ini direka untuk meningkatkan aliran kerja dan kecekapan, terutamanya bagi pengguna yang bekerja dengan pelbagai aplikasi dan windows secara serentak.

Aplikasi Passwords: Aplikasi Passwords khusus yang baharu diperkenalkan dalam macOS 15, menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk mengurus dan menyelaraskan kata laluan untuk semua peranti anda. Ini termasuk daripada kata laluan Wi-Fi dan laman web hingga kod pengesahan. Aplikasi Passwords juga menampilkan keupayaan autofill pada macOS dan boleh diakses di Windows melalui aplikasi iCloud untuk Windows, memastikan akses lancar merentas platform.

Dengan macOS 15 Sequoia yang membawa tahap baharu keterhubungan dan fungsi ekosistem Apple, ia menetapkan satu ruang inovasi masa depan yang boleh mengintegrasikan lagi platform desktop dan mudah alih Apple.

Seperti kemas kini perisian lain, macOS 15 Sequoia boleh dinikmati secara umum pada musim luruh ini, atau sekitar bulan September.


tvOS 18

Home dan audio juga mendapat kemas kini pada tahun ini. Kemas kini utama termasuk ciri InSight untuk kandungan asal Apple, sokongan projektor yang diperluas, keupayaan audio yang ditingkatkan, dan skrin penyelamat baru.

InSight untuk Apple Originals: InSight berfungsi seperti Amazon X-ray, menampilkan metadata tentang adegan yang anda tonton ketika anda pause. Ia memberikan butiran seperti senarai pelakon dan maklumat soundtrack, dengan pautan langsung ke Apple Music. Ciri ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengalaman menonton dengan menjadikannya lebih interaktif dan informatif, tersedia pada aplikasi TV merentasi tvOS, iPhone, dan iPad.

Sokongan Projektor 21:9: Buat pertama kali, Apple TV akan menyokong projektor 21:9, membolehkan pengguna menikmati format tontonan yang lebih luas dan meningkatkan suasana cinematic di rumah.

Ciri Enhanced Dialogue: Apple telah menaik taraf ciri audio Enhanced Dialogue, kini dikuasakan oleh machine learning untuk pengasingan suara yang lebih baik. Penambahbaikan ini direka untuk menjelaskan ucapan dalam rancangan TV dan filem, memudahkan pemahaman dialog tanpa menaikkan volume. Pada asalnya tersedia hanya dengan HomePod, ciri ini kini diperluaskan untuk berfungsi dengan pembesar suara TV, receivers, dan output audio Bluetooth.

Sari Kata Pintar: Sari kata pada tvOS 18 akan diaktifkan secara automatik semasa detik-detik penting, seperti ketika volume dimatikan atau adegan yang diulang. Ciri ini memastikan anda tidak terlepas dialog penting.

Screensaver Baharu: tvOS 18 memperkenalkan set sreensaver animasi baharu, termasuk animasi Snoopy dan adegan dari rancangan popular Apple TV+. Sreensaver yang menakjubkan secara visual ini direka untuk memastikan skrin anda tetap hidup dan mempunyai paparan menarik walaupun anda tidak menonton TV.

Aplikasi Fitness+ yang Direka Semula: Dengan antara muka yang dirombak, aplikasi Fitness+ baharu pada tvOS 18 menawarkan navigasi dan personalisasi yang lebih baik, memudahkan pengguna untuk mencari senaman dan mengesan kemajuan mereka.

tvOS 18 dijadualkan tersedia buat pengguna sebagai kemas kini percuma pada akhir tahun ini.


Itulah sedikit sebanyak maklumat yang kami dapat kongsikan kepada anda berhubung dengan pengenalan sistem operasi yang baru oleh Apple.

Jadi adakah anda teruja untuk dapatkan kemas kini terbaru bagi peranti Apple anda? Semuanya akan tersedia untuk anda pada bulan September ini.

End of Article