Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
aonic

Aonic Perkenalkan Dua Dron DJI Baharu Untuk Kegunaan Perindustrian

Khas untuk yang mahu gunakan dron dalam skala besar, boleh buat delivery barang!

Bagi orang awam, penggunaan dron mungkin hanya terbatas kepada untuk tujuan rekreasi atau fotografi, tetapi dron sebenarnya boleh digunakan bagi tujuan yang lebih luas lagi.

Dron kini banyak digunakan bagi tujuan pemantauan, pertanian dan juga untuk tujuan menyelamat yang digunakan oleh beberapa agensi keselamatan negara.

Jenama DJI dalam dunia drone sememangnya tidak asing lagi, dan kali ini mereka memperkenalkan dua dron inovatif iaitu DJI Dock 2, sebahagian daripada barisan produk Operasi Dron Jarak Jauh DJI Enterprise dan DJI FlyCart 30, iaitu dron pertama DJI Delivery. 

Kedua-dua dron ini mempunyai fungsi berbeza, dan tentunya harga yang berbeza dengan ciri-ciri yang lebih baik dari dron sebelumnya.


Dua Produk Teknologi Dron Baharu

Untuk DJI Dock 2, ia menetapkan piawai baharu untuk operasi dron automatik melalui penugasan pilihan Matrice 3D atau 3TD. 

DJI Dock 2 lebih sesuai digunakan untuk tugasan tinjauan seperti pemantauan trafik dan pemantauan cuaca secara langsung. 

Selain itu, ia juga boleh mengecas daripada 20% hingga 90% dalam masa 32 minit sahaja bagi mencapai tahap kelajuan dan kecekapan pengecasan bagi setiap kali penggunaan.

Manakala, DJI FlyCart 30 merupakan pengangkut berat jarak jauh yang bertujuan untuk mengatasi had logistik tradisional di mana ia telah direka dengan mengambil kira keupayaan penghantaran. 

Bagi penggunaan dwi bateri, ia boleh merentasi sejauh 16 km dengan muatan berat maksimum 30 kilogram, manakala penggunaan satu bateri pula boleh membawa muatan berat maksimum 40 kilogram. 

Di samping itu, dron ini juga memiliki berat dan pusat graviti yang stabil bagi memastikan ruang kargo yang seimbang untuk penerbangan yang selamat.

Bagaimanapun, kedua-dua dron ini lebih sesuai digunakan oleh pemain industri, pemilik perniagaan atau agensi-agensi kerajaan yang memerlukan penggunaan dron.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari dji.com/global.

End of Article