Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
samsung-galaxy-s24-galaxy-ai

Adakah Saya Memerlukan AI Pada Telefon Pintar?

Secara ringkasnya, Ya!

Menerusi pelancaran telefon flagship Samsung terbaharu, siri Samsung Galaxy S24, ramai yang mula berminat dengan ciri Galaxy AI yang dimulakan dan diperkenalkan oleh Samsung ini.

Dari kebolehan menyalin nota sehingga menangkap gambar yang cantik, tidak diragukan lagi bahawa Galaxy AI telah membuatkan siri Galaxy S24 sebagai barisan telefon pintar yang benar-benar pintar!

Dengan kecanggihan yang ditawarkan ini, mungkin ada di antara anda yang masih tertanya-tanya adakah berbaloi untuk menukar dan memiliki siri Galaxy S24 semata-mata untuk menggunakan Galaxy AI?

Adakah Galaxy AI satu kemestian untuk rasai pengalaman menggunakan telefon pintar yang terbaik?

Walaupun terdapat persepsi bahawa siri Galaxy S24 merupakan sebuah lagi keluaran smartphone baharu yang memfokuskan fungsi kamera, ia sebenarnya turut hadir bersama beberapa fungsi menarik yang lain—selain fungsi kamera yang sememangnya canggih.

Jika anda salah seorang dari kelompok yang gemar melihat orang lain menggunakan telefon baharu terlebih dahulu sebelum membelinya, kami akan cuba ubah fikiran anda untuk membelinya sekarang dengan penerangan di bawah.

Memudahkan Hari-Hari Anda

Dunia semakin rumit dengan pelbagai tugasan harian yang membuatkan kita mencari alternatif terbaik untuk memudahkannya—dan apa tujuan wujudnya teknologi canggih kalau bukan untuk memudahkan kita?

Apa yang membezakan Siri Samsung Galaxy S24 dengan telefon-telefon pintar yang lain adalah ia direka dan dikuasakan dengan teknologi AI bagi memudahkan urusan harian anda.

Salah satu ciri kegemaran kami adalah ciri Circle to Search bersama ciri Google, di mana ia membolehkan anda mencari apa-apa maklumat pada paparan yang dipaparkan di skrin telefon anda dengan hanya membulatkan sahaja bahagian yang anda ingin cari.

Sama ada nama tempat, spesies tumbuhan, atau jenis pakaian, anda akan dapat semua maklumat yang diperlukan tanpa perlu menaip atau screenshot gambar.

Tak tahu nama objek atau tempat yang anda nak cari? Bulatkan dan biar Galaxy AI lakukan tugas pencarian.

@productnationco

Samsung just introduced Circle To Search with the brand new S24 series, and its going to blow your mind! With this simple yet genius AI feature, you can simply press and hold the home button to activate the circle to search overlay. Then simply draw a circle around whatever you want to look up and BAM, you're done. Oh, and it works for videos as well, essentially ANYTHING displayed on your screen can be used within circle to search. #galaxyai #samsung #s24 #s24ultra #circletosearch #tech

♬ original sound - ProductNation 🇲🇾 - ProductNation 🇲🇾

Selain itu, terdapat juga ciri Photo Assist, Note Assist, dan Chat Assist di mana setiap satunya direka untuk menjadikan interaksi digital anda lebih produktif dan intuitif.

Photo Assist boleh tambah baik pengalaman fotografi anda dengan cadangan framing, lightning, dan kesan khas dari AI.

Dengan kerjasama bersama kamera Eureka, Galaxy AI juga mempunyai kemampuan untuk lakukan suntingan dan membantu anda mendapatkan gambar yang sempurna dengan menegakkan atau memadamkan objek yang tidak diingini di dalam gambar—atau tambah objek yang anda mahukan di dalam gambar!

Note Assist membantu anda susun nota-nota dan reminder secara lebih efisien, semuanya dalam aplikasi Notes, jadi anda tidak perlu risau sekiranya ada nota yang terlepas daripada copy-paste.

Sekiranya anda mempunyai teks atau nota yang panjang seperti nota mesyuarat, Note Assist juga boleh membantu anda untuk menukar nota tersebut dalam bentuk kesimpulan dan dalam format easy-to-read

Macam mana pula dengan emel atau nota yang panjang? Jangan risau, Note Assist boleh membantu anda dengan menulis draft dan teks berdasarkan tone suara pilihan anda!

@productnationco

I know every language now 😤 Samsung's new Galaxy AI comes with LIVE Chat Translation which is going to make everyone a language expert! This allows you to type out a message in your language and have it translate in real-time with just a tap of a button. Works with upto 17 languages at launch. #galaxyai #samsung #s24ultra #chattranslation #ai #tech

♬ original sound - ProductNation 🇲🇾 - ProductNation 🇲🇾

Akhir sekali, ciri Live Translate pasti akan membuatkan anda teruja kerana ia boleh digunakan untuk terjemahkan bahasa asing kepada bahasa yang anda faham.

Tidak ada lagi halangan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dari negara luar dengan adanya Live Translate ini.

Lebih menarik, tidak hanya sekadar terjemahan dalam mesej atau bentuk teks, tetapi turut boleh lakukan terjemahan semasa membuat panggilan telefon!

Jangan risau tentang talian internet kerana ciri ini tidak memerlukan sambungan internet, hanya perlu muat turun language pack dan siap untuk digunakan.

Prestasi Mengagumkan dan Kamera yang Superb!

Tidak hairan dan memang diketahui umum bahawa siri Samsung Galaxy S24 merupakan barisan telefon pintar yang terbaik ditawarkan sekarang.

Sebagai contoh, Samsung Galaxy S24 Ultra dikuasakan dengan chipset Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy, yang mana ia merupakan pemproses terunggul yang ada di pasaran.

Bukan sekadar pemproses generasi baharu ini mampu memberikan pengalaman penggunaan yang lancar, malah ia juga membantu meningkatkan kemampuan AI peranti tersebut, menjadikan setiap tugasan lebih pantas dan efisien. 

Tidak kira sama ada anda sedang bermain game, strim rancangan kegemaran, atau multitasking, Samsung Galaxy S24 Ultra boleh melakukan semuanya tanpa masalah dan beban.

Tambahan lagi, walaupun siri Galaxy S dikenali dengan kualiti binaan kamera yang terbaik, percaya atau tidak, Siri Galaxy S24 menawarkan kualiti melebihi jangkaan anda.

Kami telah pun menerangkan tentang Galaxy AI dan Kamera Eureka, dan semua fungsi yang dinyatakan di atas tidak mungkin dapat dicapai tanpa sensor yang dinaiktaraf dan ciri yang dipacu AI.

Dengan siri Galaxy S24, mengambil gambar atau video yang seakan kualiti kamera profesional menjadi lebih mudah dari sebelum ini.

Sementara itu, penambahbaikan teknologi bateri telefon ini memastikan telefon anda dapat bertahan sepanjang hari, walaupun anda guna secara heavy-use.

Patutkah Saya Beli?

Kami mendengar rungutan anda: siri Galaxy S24 kelihatan serupa dengan siri Galaxy S23, yang mana juga kelihatan serupa dengan Galaxy S22!

Dan benarlah barisan telefon ini kelihatan sama, tapi jangan risau itu hanyalah pada luaran sahaja.

Tidak dinafikan Galaxy S22 Ultra merupakan sebuah telefon yang canggih pada ketika ia diperkenalkan dengan tetapan kamera yang hebat dan kebolehan Nightography yang luar biasa, tetapi kebolehan tersebut diatasi oleh Galaxy S23 Ultra dengan kamera 200MP yang mantap.

Dan sekarang, Galaxy S24 Ultra (bersama dengan Galaxy S24 dan S24+) pula melepasi jangkaan dengan kehadiran Galaxy AI.

Jika anda pernah (atau sedang) memiliki peranti siri Galaxy S terdahulu, maka anda akan tahu Samsung tidak akan mengecewakan anda dengan model andalannya.

Natijahnya, siri Samsung Galaxy S24 menawarkan ciri-ciri dan fungsi menarik yang mampu membuatkan anda teruja untuk memilikinya, dan sebab yang paling menarik adalah ciri Galaxy AI.

Tapi kalau kebolehan AI, pemproses yang hebat, kamera yang dinaik taraf dan jangka hayat bateri terbaik tidak dapat meyakinkan anda, mungkin promosi ini dapat mengubah fikiran anda:

Promosi Siri Samsung Galaxy S24 — April 2024

Jika anda masih belum dapatkan telefon terbaharu dari Samsung ini, rebut peluang untuk miliki siri Galaxy S24—dengan pelbagai hadiah dan promosi-promosi menarik yang lain!

Dapatkan Galaxy S24 atau Galaxy S24+ bermula pada harga RM4,099, dan Galaxy S24 Ultra bermula pada harga RM6,299!

  • Tambahan sehingga RM650 semasa trade in (dengan nilai semasa peranti anda)
  • Percuma Galaxy Watch6 (44mm) bernilai RM1,199
  • Diskaun sehingga RM800 PWP untuk Galaxy Wearables dan Galaxy Tab
  • Diskaun sehingga 45% untuk Samsung Care+ & Accessories

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]

End of Article