Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
samsung-galaxy-ai

Bersediakah Kita? Samsung Bakal Perkenalkan Galaxy AI

Artificial Intelligence jadikan kehidupan seharian anda lebih produktif.

Boleh dikatakan kebanyakan gadjet sekarang ini menggunakan Artificial Intelligence (AI) tapi ada beberapa teknologi masih belum diguna pakai lagi dalam telefon pintar.

Jadi Samsung menjadi lebih kreatif dengan mewujudkan Galaxy AI untuk membuat perubahan skala yang lebih besar dalam kehidupan seharian pengguna mereka. 

Erti kata lain, penggunaan AI akan mengubah dunia serta kehidupan anda yang lebih produktif dan kreativiti tanpa halangan.



Landskap AI

Antara salah satu penggunaan AI dalam kehidupan seharian kita adalah ekosistem galaxy dimana satu peranti berhubung di antara peranti yang lain.

Misalnya anda mempunyai Google Assistant di rumah dan dengan peranti ini, anda boleh menjawab panggilan sambil menguruskan perkara lain tanpa mengganggu aktiviti anda.

Contoh lain juga, anda boleh hidupkan robot mesin penyedut hampagas hanya dengan menggunakan suara tanpa susah-susah bergerak untuk menghidupkannya. 

Itu baru satu peranti, belum lagi jika anda mempunyai set lengkap barangan Samsung dan memanfaatkan teknologi yang sedia ada. 

Bayangkan kalau anda ada semua dan menghubungkan semuanya dengan baik, kehidupan anda akan jadi lebih produktif dan lebih mudah.


Fotografi AI

Galaxy AI tidak terhad pada menghubungkan antara satu peranti ke peranti yang lain je tapi bahagian kamera juga.

Kalau nak tahu, Samsung telah membuat transformasi kamera telefon pintar sejak Galaxy S first version pada tahun 2010.

Jadi jenama syarikat gergasi ini membawa revolusi dengan menggunakan teknologi AI untuk peranti telefon pintar pada bahagian kamera.

Revolusi ini dapat memudahkan sesiapa saja untuk sunting gambar tidak kira mereka yang mahir dalam bidang fotografi atau tidak.

Malah bukan saja gambar tapi video juga dimana anda boleh mengambil video dengan cara lebih kreatif serta mengembangkan kreativiti tanpa batasan.

Ini keranda dengan sistem AI yang ada pada kamera dapat memudahkan cara untuk sunting gambar dan video supaya hasil terakhir yang diberikan mengikuti piawaian yang dijangkakan.

Antaranya Samsung Galaxy Enhance-X App2 yang mana anda boleh gunakan suntingan pada tahap optimum dengan serta-merta pada gambar mahupun video hanya dengan satu sentuhan.

Kemudian, AI Image Clipping yang dapat menjadikan gambar yang anda inginkan seperti pelekat.

Maksudnya anda boleh pilih objek yang terpilih yang ada pada gambar untuk diletakkan atau ditampal pada video atau gambar yang lain.

Ini menjadikan anda dapat hasilkan gambar dan video yang lebih cantik tanpa perlu guna effort yang lebih.

Selain itu, dengan sistem teknologi LiDAR dimana mampu meningkatkan penggunaan autofocusing speed pada kamera.

Jadi jika anda ingin mengambil gambar untuk fokuskan pada satu-satu objek menjadikan lebih mudah dan cepat. Tak perlu nak susah-susah tekan skrin telefon banyak kali untuk pastikan kamera dapat betul-betul autofocusing.

Tambah lagi sekarang dekat aplikasi TikTok sudah ada AI generator, iaitu filter untuk ‘mengubah’ wajah asal dari lebih cantik atau wajah lain sehingga orang tak tahu wajah sebenar.

Nampak tak macam mana AI dapat memudahkan penggunaan kamera tanpa membuang duit atau masa untuk menghadiri kelas fotografi untuk menghasilkan gambar dan video yang diinginkan.

Mungkin ada diantara kita menganggap AI ni teknologi yang bahaya tapi selepas Samsung membuka satu forum AI pada awal November lalu dan berkongsi kajian mereka tentang teknologi ini, sebenarnya AI banyak menyumbang peningkatan produktiviti dan kreativiti pada generasi akan datang.

Cumanya perlu digunakan dengan cara yang betul, jika disalahgunakan memang bahaya.

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article