Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
balmuda-toaster-pot-malaysia

BALMUDA The Toaster & The Pot Sekarang Di Malaysia - 2023

Pembakar roti & cerek elektrik baharu sedia mengubah pengalaman menjamu selera rakyat Malaysia!

Jenama ikon dan pemenang anugerah reka bentuk inovatif, BALMUDA dari Jepun, telah melancarkan dua peralatan dapur serba maju dalam majlis media yang diadakan pada hari ini. BALMUDA The Toaster (Pembakar Roti BALMUDA) dan BALMUDA The Pot (Cerek BALMUDA) - sedia untuk mengubah pengalaman menjamu selera rakyat Malaysia sama sekali.

Menurut Cik Lim Pei Yan, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Visionary Solutions Sdn Bhd (pengedar tunggal BALMUDA Malaysia), jenama BALMUDA berpegang pada falsafah "Better Moments, Better Life" (Detik Lebih Indah, Kehidupan Lebih Indah) - yang bertujuan untuk memperkaya kehidupan dengan memberi inspirasi dalam dunia pengalaman dan penemuan kulinari serba baharu bagi rakyat Malaysia semasa menjamu selera - sama ada di rumah, malis sosial, tempat kerja atau di mana-mana sahaja.

"Rakyat Malaysia memang suka makan. Aktiviti menjamu selera merupakan satu pengalaman yang sungguh menarik dan boleh mencetus keseronokan, mengembalikan tenaga dan mengeratkan hubungan antara rakan taulan dan keluarga. Matlamat BALMUDA ialah untuk menjadikan dapur, iaitu lubuk memasak setiap rumah, lebih menyeronokkan, menarik dan memuaskan hati.


BALMUDA The Toaster

Menggabungkan kemajuan sains dan kejuruteraan, peralatan BALMUDA menawarkan nilai tiada tandingan kepada para pengguna. Sesungguhnya BALMUDA The Toaster dan BALMUDA The Pot memperlihatkan inovasi fungsi yang sebenar.

BALMUDA The Toaster membawakan "teknologi stim" serba canggih dan kawalan suhu persis untuk mengubah roti dan pastri biasa yang telah disimpan dari semalaman menjadi hidangan yang segar dan sempurna! Pembakar roti luar biasa ini telah menjadikan ungkapan "BAKAR SEMULA" sebagai sebutan lazim di Jepun dan kini sudah terkenal di Korea dengan ungkapan #pembakar roti yang menyegarkan kembali roti lama".

Pengguna hanya perlu tuang lima cc (sentimeter padu) air sebelum memulakan proses BAKAR SEMULA. Dengan pemanasan yang lebih cepat daripada udara, wap panas mengekalkan lembapan dalaman roti sebelum memberikan rupa perang keemasan pada permukaan. Proses ini menghasilkan aroma dan rasa yang lain daripada yang lain. Ciri pemanasan ini disokong oleh kawalan saat demi saat mengikut zon tiga suhu yang menghasilkan kontras rasa dan tekstur yang luar biasa - memberikan tekstur rangup di luar tetapi mash rasa lembut dan gebu di dalam.

Terdapat 4 mod berpandukan wap panas tersendiri yang direka cipta untuk menyajikan aneka konfeksi roti yang sempurna, daripada hidangan Barat, seperti roti bakar, croissant, piza, roti doh masam kepada makanan cita rasa tempatan seperti karipap dan roti canai. Semua ini dapat disempurnakan dengan pelbagai mod yang telah disediakan seperti "Toast" (Roti Bakar), "Cheese Toast" (Roti Bakar Keju), "Baguette" (Roti Perancis), "Croissant" - untuk memastikan keputusan terbaik bagi setiap percubaan BAKAR SEMULA.

BALMUDA The Toaster juga mempunyai mod Klasik yang dikawal suhu untuk mencapai suhu yang dikehendaki (170°C, 200°C dan 250°C) tanpa menggunakan stim. Mod Klasik ini disyorkan bagi makanan seperti gratin kentang, biskut, dan juga salmon dan sayur!


BALMUDA The Pot

Cerek ini direka bentuk untuk membolehkan penuangan jitu dengan ciri muncung leher angsa, penguasaan suhu air dan teknik pengekstrakan untuk menyediakan cawan kopi yang membangkitkan aroma. BALMUDA The Pot memang kecil dan molek, direka untuk menyenangkan kehidupan harian dengan reka bentuk unik yang lembut bersinar dan menarik perhatian daripada setiap sudut.

Saiz kecil dan keringanannya membolehkan pengguna mengendalikan alat ini dengan stabil supaya mereka boleh mendidihkan jumlah air panas yang secukupnya, sama ada untuk menyediakan kopi titisan atau matcha latte yang pekat memikat selera.

BALMUDA The Pot bukan sahaja tampak anggun, tetapi berupaya memanaskan air dalam masa beberapa minit. Ciri paling menyerlah ialah muncung leher angsa untuk penuangan air yang jitu - satu ciri penting untuk mengawal kadar aliran dan arah air untuk menambah cita rasa dan kualiti kopi secara keseluruhan. Maka tidak hairanlah BALMUDA The Pot ialah peralatan yang sangat dicari-cari oleh barista untuk bersaing dan unggul dalam pertandingan antarabangsa.


Tawaran Pre-Order: BALMUDA Malaysia 2023

Wakil-wakil media dan para pempengaruh gaya hidup berpeluang mencuba rangkaian BALMUDA baharu dalam satu sesi kulinari yang menarik hati dan selera. Mereka mencipta versi roti bakar mereka yang tersendiri menggunakan pelbagai ramuan dengan BALMUDA The Toaster dan menyediakan pelbagai jenis minuman menggunakan BALMUDA The Pot.

Semua orang kagum dengan reka bentuk dan teknologi peralatan BALMUDA lain yang diperagakan, termasuk BALMUDA The Plate, BALMUDA The Range, BALMUDA The Gohan, BALMUDA The Brew, BALMUDA The GreenFan, BALMUDA GreenFan Cirq, BALMUDA The Lantern dan BALMUDA The Speaker.

BALMUDA The Toaster dan BALMUDA The Pot masing-masing dijual pada harga runcit RM1,799 dan RM799, dan boleh didapati di gedung-gedung peralatan elektrik utama seperti Harvey Norman, TBM, ESH, Best Denki, Volt dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi BALMUDA Malaysia.  

End of Article