Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
samsung pay

Aktiviti Harian Jadi Lebih Mudah Dengan Samsung Wallet & Quick Share

Debit ke kredit? Guna Samsung Wallet je wei!

Ingat tak dulu kita bawa smartphone untuk dengar muzik, main game, menonton movie atau menghubungi orang yang jauh.

Tapi sekarang dah berubah apabila alat peranti kecil ini mempunyai pelbagai kegunaan sehinggakan boleh jadi sebagai dompet!

Mana tidaknya, kalau nak buat pembayaran dekat mana-mana kedai pelanggan boleh bayar menggunakan e-wallet atau imbas kod menerusi aplikasi tertentu.

Cuma jika duit dalam aplikasi tersebut kehabisan, memang kena top-up dan proses nak top up tu pula ambil masa sehingga 5 - 10 minit, kesian orang belakang nak kena tunggu untuk buat pembayaran.

Itu tak apa lagi, lebih teruk kalau satu tempat tu langsung tak terima cara pembayaran online. Mood nak shopping terus potong weh!

Jadi, Samsung mengambil inisiatif dengan mencipta Samsung Wallet dimana pengguna dapat membuat penbayaran dengan lebih mudah kerana sistem ini menggunakan teknologi NFC atau MST.

Erti kata lain, sistem ini membolehkan anda membayar di mana-mana tempat hanya menggunakan Samsung Wallet.

Maksudnya, anda boleh guna Samsung Wallet sama seperti anda menggunakan debit atau kad kredit. 

Hanya tap telefon anda pada mesin terminal dan tara! Transaksi berjaya dilakukan tanpa risau duit sudah top up atau belum.

Lebih menarik lagi, sistem ini bukan saja berfungsi pada telefon saja tapi, Galaxy Watch juga. 

Apa yang anda anda perlu lakukan, sambungkan alat peranti smartwatch Galaxy dengan smartphone dan dah boleh guna seperti biasa.

Jangan risau, Samsung Wallet ini telah dilindungi dengan beberapa lapisan sistem keselamatan supaya segala transaksi dapat dikawal dengan baik.

Antaranya, terdapat pengesahan PIN dan juga pengesahan biometrik seperti pengimbas anak mata dan cap jari supaya segala privasi dapat dilindungi terutama jika pengguna kehilangan telefon.

Paling penting, sistem platform keselamatan Samsung Wallet dicipta menggunakan Samsung Knox dimana dapat bantu memantau perisian jahat.



Table of Contents

Quick Share

Seterusnya, kami akan kongsikan dengan anda cara mudah menerima hantaran dengan mudah menggunakan Quick Share.

1. Leretkan ke bawah bahagian atas skrin peranti Galaxy dan tekan pada ikon Quick Share daripada tetapan Quick Setting.

2. Kemudian, pilih gambar atau video pada Galeri atau fail dalam folder dan tekan ikon Share dan seterusnya Quick Share.

3. Selepas itu, pilih nama peranti yang anda ingin menerima fail yang anda pilih. 

4. Segala pemindahan fail yang berjaya anda boleh lihat serta-merta pada Galeri telefon tanpa proses muat turun.

Untuk pengetahuan anda, Quick Share bukan saja boleh digunakan diantara peranti Galaxy saja tetapi dengan jenama telefon pintar lain juga.

Caranya mudah saja, hanya copy link pautan atau imbas guna kod QR pada peranti lain kemudian, fail anda terus dihantar semerta-merta!

Kami yakin dengan usaha perubahan inovasi dari Samsung ini dapat memudahkan segala urusan pengguna terutama dalam urusan jual beli.

Ekosistem Galaxy perlahan-lahan menjadikan kehidupan kita lebih efisien. Jom cuba guna teknologi baru bersama Samsung!

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article