Mekap

10 Lip Scrub (Surub Bibir) Terbaik di Malaysia 2026

Kalau anda nak bibir yang sihat dan cantik, kenalah pakai produk scrub bibir terbaik! Jom lihat senarai lip scrub terbaik untuk bibir yang lebih menawan!


Editor · Updated 24 May 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Lip Scrub (Surub Bibir) Terbaik di Malaysia 2026

Memiliki bibir yang lembut, lembap dan tidak kering adalah satu idaman buat semua untuk memastikan penampilan kekal menarik. 

Tapi macam mana nak dapatkan bibir yang mungil, cantik dan lembut? 

Kandungan

Mudah sahaja, anda boleh buat rutin penjagaan pada bibir anda seperti menggunakan lips scrub yang sesuai untuk bibir. 

Lebih lagi untuk wanita, mungkin ada yang geram bila nak pakai lipstik bibir pula kering, mulalah nampak bibir kurang cantik!

Oleh itu, anda haruslah scrub bibir, supaya bibir akan jadi lebih lembut, tiada lagi kulit kering dan akan membantu mengurangkan masalah pigmentasi pada kulit bibir anda.

Nak lip scrub terbaik dan paling best? Jom kenali lips scrub terbaik untuk anda cuba hari ini! 


Senarai 10 Lip scrub Terbaik

Emina Luscious Lips Kit - Lip Balm, Lip Scrub, Lip Mask
Lip scrub terbaik secara keseluruhan 1 daripada 10
Emina Luscious Lips Kit - Lip Balm, Lip Scrub, Lip Mask
Dari RM40.40
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai set lengkap penjagaan bibir
Menjadikan bibir lebih lembap
Sukar untuk mendapatkan set lengkap
1 lagi
Bebas pewangi

Sebab menjadi pilihan utama:

Set lengkap ini memudahkan dan memberikan kesan terbaik untuk penjagaan bibir kering dan kusam.

Ciri-ciri:

Siapa sahaja tidak mahu bibir yang lembap, tidak kering dan merekah? Jadi anda boleh amalkan scrub ini untuk dapatkan bibir yang sihat dan menawan.

Set lengkap lip scrub Emina ini seakan sama seperti jenama terkenal Korea malah lebih murah dan sangat berkesan tau. 

Set ini mempunyai scrub bibir, lips balm dan lips mask yang membantu memberikan bibir yang lembap sepanjang hari.

Pastinya bibir anda kelihatan lebih sihat dan canik bila nak pakai lipstick!

Paling penting, bebas dari pewangi yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit bibir.

Review:

“Tekstur yang tebal dan bijian pink didalam lips scrub sangat best bila dipakai pada bibir, selepas penggunaan, bibir jadi lembut lembap dan tidak terlalu kering dari sebelum ini.”

IN2IT Lip Scrub
Scrub bibir untuk remaja 2 daripada 10
IN2IT Lip Scrub
Dari RM20.61
Lihat harga di Lazada Malaysia
Plant base butter and oil
Halal
Perlu pakai jari untuk guna scrub
3 lagi
Menyingkirkan sel kulit mati
Menjadikan bibir lembap
Lipstick kekal lama pada bibir

Lips scrub IN2IT mempunyai beberapa pilihan scrub mengikut cita rasa dan kegunaan anda. 

Bahan utama dalam lips scrub adalah gula dan campuran plant base butter dan minyak. 

Gabungan ini pastinya menjadikan bibir anda lebih sihat, lembap tanpa membuatkan bibir mudah merekah.

Biasanya bibir kering ini terjadi bila ada sel kulit mata yang tidak dibersihkan, jadi gunakan lips scrub untuk membuang sel kulit mati tersebut.

Malah, bibir anda akan lebih sihat dan ianya menjadikan bibir anda menyerap lipstik serta mengekalkan tekstur lipstik tersebut pada masa yang lebih lama.

NIVEA Lip Care - Rosehip Caring Lip Scrub
Scrub untuk bibir kering 3 daripada 10
NIVEA Lip Care - Rosehip Caring Lip Scrub
NIVEA
Dari RM14
Lihat harga di Lazada Malaysia
Penjagaan bibir terkenal di Korea
2in1 rose hip oil dan Vitamin E
Mengandungi bahan penyebab iritasi
4 lagi
Memberikan bibir yang lembap
Bahan semula jadi
Tak perlu bilas atau lap bibir
Mengandungi pewangi

Bila sebut sahaja set penjagaan dari Korea pastinya ramai yang berminat kerana negaranya terkenal dengan kosmetik yang berkesan. 

Sama juga dengan lips scrub dari Nivea, ini menjadi pilihan rakyat di negara tersebut. 

Menariknya, skrub bibir ini mempunyai kegunaan 2 dalam 1 rose hip oil dan vitamin E yang kaya dengan fatty acid dan antioksidan yang memperbaiki tisu pada kulit bibir anda. 

Paling best, anda tidak perlu bilas atau lap bibir anda selepas penggunaan, biarkan produk menyerap pada bibir.

Watson Soft Lip Scrub Aloe Vera  Rosehip Oil
Scrub bibir watson 4 daripada 10
Watson Soft Lip Scrub Aloe Vera | Rosehip Oil
Dari RM11.88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi coconut oil yang bagus
Shea butter baik untuk bibir kering
Stok yang terhad
1 lagi
Membuang sel kulit mati

Watsons merupakan kedai rangkaian penjagaan, kecantikkan,kesihatan yang kini semakin terkenal dengan produk keluarannya sendiri dan sangat berkualiti.

Antara produk keluaran Watson adalah Soft Lip Scrub yang diperbuat daripada bahan seperti minyak kepala yang terbukti baik untuk bibir merekah. 

Diperkaya juga dengan shea butter yang mengunci kelembapan pada kulit bibir agar bibir kekal terhidrasi sepanjang hari. 

Tekstur bijian skrub bibir ini terdiri darpadai debu beras asli untuk membuang sel kulit mati pada bibir anda.

Burts Lip Scrub
Scrub bibir madu 5 daripada 10
Burts Lip Scrub
Dari RM10.89
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi cocoa butter
Bebas alkohol
Harga yang mahal
2 lagi
Mempunyai madu
Mengandungi pewangi

Lips scrub daripada jenama Burts merupakan antara skrub yang bagus untuk merawat bibir kering akibat kekurangan air. 

Menariknya, kebaikan cocoa butter yang akan memberikan nutrisi dan bantu melembapkan serta melembutkan tekstur bibir anda.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, pastinya scrub bibir ini menjadi pilihan kerana bebas alkohol.

Turut mengandungi madu bahan terbaik kaya dengan antioksidan yang membantu menjadikan bibir anda kekal sihat dan dapat mencerahkan bibir. 

lip scrub
Scrub bibir semulajadi 6 daripada 10
Handmade Heroes Cocolicious Lip Scrub Coconut Sorbet
Dari RM46
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperkaya dengan minyak avocado & kelapa
Mengurangkan tanda penuaan
Madu mungkin menyebabkan iritasi
1 lagi
Mencerahkan tona bibir

Menjadikan bibir lembap, lembut dan sihat memerlukan bahan yang berkualiti dan semua itu terkandung dalam lip scrub Hero Cocolicous.

Turut mempunyai minyak avocado, kelapa, gula yang baik dan akan membuatkan bibir jadi lembap, sihat, malah anda akan dapat mencerahkan bibir. 

Kandungan gula dalam skrub ini akan menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang melekat pada bibir anda. 

Biasanya, penggunaan dan persekitaran menyebabkan tanda penuaan pada bibir mudah terjadi dan lips scrub Heroes mampu mengurangkan tanda penuaan tersebut.

Bila kotoran, sel kulit mati sudah disingkirkan, tahap penyerapan pada bibir anda untuk menggunakan produk pada bibir akan lebih berkesan!

Cosrx Full Fit Honey Sugar Lip Scrub
Scrub bibir gula 7 daripada 10
Cosrx Full Fit Honey Sugar Lip Scrub
Dari RM55
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi AHA, BHA dan Vitamin C
Mengurangkan tanda penuaan
Harga mahal

Jika anda inginkan bibir yang sihat, tidak kering dan merekah, pastikan lips scrub anda mempunyai AHA, BHA dan Vitamin C.

Ini kerana bahan tersebut sangat bagus untuk membuang sel kulit mati dengan sempurna dan juga akan membekalkan Vitamin C pada kulit bibir.

Sekaligus menjadikan bibir lebih menawan dan tiada lagi masalah bibir merekah ataupun kering. 

Jadi apa anda tunggu lagi, jom rawat bibir dengan menggunakan lips scrub jenama ini.

Mixiu Scru Cream
Lip scrub untuk perokok 8 daripada 10
Mixiu Scru Cream Lip Exfoliating Gel
Dari RM3.89
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bibir hitam merah secara semula jadi
Menghilangkan kulit mati
Tidak merawat kulit
1 lagi
Bibir makin lembap

Bibir jenis gelap dan kering merekah terutamanya mereka yang merokok? Cuba je lip scrub ni!

Jenis gel yang ringan dan boleh mengurangkan garis halus, bibir kusam dan kasar.

Dengan saiznya yang kecil, produk lip scrub ini boleh disimpan dalam beg makeup.

Pakai sekali boleh nampak kulit mati menggelupas, lepas seminggu bibir makin cerah!

Lip Scrub Sugar Kiss
Scrub bibir homemade 9 daripada 10
Lip Scrub Sugar Kiss
Dari RM13.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Membantu melembapkan dan mencerahkan bibir
Sesuai untuk bibir sensitif
Perlu guna 2-3 kali seminggu
2 lagi
Lip scrub wangi bau strawberry
Boleh lekat kat gigi

Bagi wanita yang suka pakai lipstick atau lip matte, memang perlu scrub bibir untuk elakkan bibir jadi gelap sebab pakai kosmetik yang ada bahan-bahan kimia.

Jenama ni menggunakan bahan semula jadi dan berkesan untuk membuang sel kulit mati, melembutkan dan merawat bibir kering. 

Caranya mudah je, basahkan bibir, ambil sikit scrub, sapu perlahan-lahan selama 1 minit, kemudian bilas dengan air bersih. 

Lepas tu, jangan lupa guna lip butter setiap hari, pagi dan malam untuk bibir yang lebih sihat dan lembap sentiasa!

Malah, ada pelanggan yang telah repeat lip scrub ini beberapa kali kerana memang best pakai sebab bibir boleh jadi pink dan ada bau strawberry.

Skineats Natural Lip Care Kit
Lip scrub untuk bibir hitam 10 daripada 10
Skineats Natural Lip Care Kit
Dari RM50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bahan semula jadi
Sesuai untuk bibir sensitif
Mahal untuk saiz kecil
2 lagi
Bau wangi
Kurangkan kesan hitam di bibir

Muka glowing, tapi bibir kusam dan menggelupas? Dapatkan Skineats Natural Lip Care Kit!

Selain scrub bibir, anda juga akan dapat moisturizing lip balm mengandungi Vitamin E yang boleh melembapkan bibir kering.

Diperbuat daripada bahan organik seperti gula perang, mentega shea, minyak kelapa dara minyak badam manis, dan lilin lebah asli.

Memang selamat digunakan oleh wanita mahupun lelaki yang mempunyai bibir sensitif wanita.


Fungsi Scrub Bibir

Adakah bibir anda kelihatan gelap dan terasa kasar serta kering? Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan produk scrub bibir.

Scrub bibir mengandungi partikel kasar yang membantu menanggalkan sel kulit mati, mencerahkan dan melembutkan tekstur bibir.

Cara menggunakan scrub bibir pun sangat mudah. Cukup oleskan sedikit scrub ke bibir dan gosok dengan lembut.

Bukan sahaja boleh meningkatkan pergerakan darah di kawasan bibir, malah menyingkirkan kotoran dan sisa-sisa gincu yang melekat.

Selepas exfoliate, bilas dengan air bersih dan oleskan lip balm. Hasilnya, bibir rasa lebih lembut dan terlihat lebih natural.

Bila bibir tak kusam, barulah rasa diri lebih yakin!


Cara pakai scrub bibir?

Pemakaian lips scrub semudah ABC! Apa yang perlu anda buat adalah pastikan basuh tangan dahulu dan ambil lips scrub pilihan anda. 

Ambil secalit scrub dan sapukan pada bibir secara lembut dalam tempoh 30-60 saat sahaja.

Ratakan pada keseluruhan bibir anda agar nutrisi dari scrub tersebut dapat diserap secara rata.

Kami sarankan anda untuk tidak menggosok lips scrub pada bibir dengan kasar, buat secara perlahan agar semua sel-sel mati dapat disingkirkan. 

Akhir sekali, anda boleh lap atau bilas skrub bibir sepenuhnya. Tetapi ada sesetengah scrub hanya perlu dibiarkan sebegitu sahaja tanpa perlu dibilas. Jangan lupa baca label okay?


Berapa kali seminggu perlu pakai scrub bibir?

Jika anda mempunyai masalah bibir kering yang melampau, digalakkan untuk menggunakan setiap hari. 

Tetapi pastikan lip scrub tersebut mengandungi bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan bibir jadi semakin kering.

Bagi anda yang tidak mempunyai masalah bibir kering yang teruk, amalkan pemakaian 2 minggu sekali untuk memastikan sel-sel mati tersebut dapat di buang.

Penjagaan bibir juga amat penting sama seperti rutin penjagaan kulit wajah tau, jadi jangan lupa skrub bibir anda!

Tinggal pilih dan padankan sahaja jenis skrub yang ada di pasaran mengikut kesesuaian anda. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation