Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
mouth spray terbaik

10 Mouth Spray (Penyegar Mulut) Terbaik di Malaysia 2024

Sangat mudah untuk digunakan dan bau mulut lebih segar!

Penjagaan mulut sangat penting dan bukan hanya sekadar memberus gigi 2 kali sehari.

Selain penjagaan gigi seperti scaling, anda juga boleh memakai penyegar mulut atau pewangi mulut untuk pastikan mulut kekal bersih.

Pengharum mulut ini juga sesuai digunakan untuk mereka yang ada masalah mulut kering, mulut berbau atau sakit gigi yang ringan.

Anda keliru mouth spray mana yang bagus? Jom kami bantu dengan melihat senarai spray mulut yang bagus yang dapat beri kesegaran kepada mulut anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Mouth Spray Terbaik

Penyegar mulut terbaik keseluruhan
Listerine PocketMist Cool Mint 7.7ml
Listerine
Listerine PocketMist Cool Mint 7.7ml
From
RM21.52
Check Listerine PocketMist Cool Mint 7.7ml price below:
add_circle Bersaiz poket
add_circle Bunuh 99.99% bakteria
add_circle Rasa mint tak tajam
remove_circle Mengandungi alkohol

Sebab jadi pilihan utama:

Jenama mouth wash ini kini boleh didapati dalam bentuk spray bersaiz poket membuatkan mudah dibawa dan anda boleh gunakan di mana saja.

Ciri-ciri:

Listerine PocketMist Cool Mint bersaiz poket ini menggunakan bahan Menthol untuk memberikan kesegaran mulut yang berpanjangan.

Bagi anda yang kurang gemar menggunakan mouth wash kerana rasanya kuat dan tajam, anda boleh cuba mouth spray ini.

Campuran bahan yang digunakan dalam mouth spray membuatkan rasa mint kurang kuat berbanding mouth wash yang mungkin membuatkan sesetengah pengguna tak selesa. 

Cara penggunaannya, anda hanya perlu tekan pemicu sehingga muncung semburan putih terlihat.

Cuma pastikan dihalakan ke bahagian mulut dan terus tekan pemicu dengan kuat sehingga semburannya dikeluarkan.

Anda boleh gunakan ia sebanyak 2 hingga 3 kali sehari untuk kesegaran yang berterusan. Mudah bukan?

Review:

Rasa dia memang sama macam yang kita guna untuk kumur punya tu tapi ini mcm kurang berangin but still rasa fresh.

Pengharum mulut spray
Watsons Icy Cool Mint Mouth Spray
Watsons
WATSONS Icy Cool Mint Mouth Spray
From
RM6.54
Check Watsons Icy Cool Mint Mouth Spray price below:
add_circle Sesuai untuk perokok
add_circle Mengandungi Xylitol
add_circle Sugar free
remove_circle Kesegaran tak tahan lama

Watsons Icy Cool Mint Mouth Spray membantu anda mengatasi masalah bau mulut akibat merokok atau selepas makan makanan pedas.

Mouth spray ini mengandungi Xylitol iaitu bahan aktif antibakteria yang akan bantu kurangkan masalah pereputan gigi anda akibat asid bakteria dalam mulut.

Selain itu, dengan rasa icy cool daripada bahan Menthol akan membuatkan mulut anda lebih segar di setiap semburan. 

Jangan risau, ianya juga bebas gula dan alkohol buatkan ia sesuai digunakan oleh ibu mengandung.

Cara penggunaannya, anda hanya perlu buka penutup, halakan ke dalam mulut dan terus tekan pemicu spray ini. Sangat mudah! 

Spray untuk batuk
Difflis Herbal Propolis Echinacea Throat & Mouth Spray
Difflis Herbal Propolis Echinacea Throat & Mouth Spray
From
RM18.60
Check Difflis Herbal Propolis Echinacea Throat & Mouth Spray price below:
add_circle Bersaiz poket
add_circle Mengandungi 7 ekstrak semula jadi
add_circle Kurangkan kesakitan gigi
remove_circle Harga mahal

Difflis Herbal Propolis echinacea Throat & Mouth spray bersaiz poket membuatkan mudah digunakan dan senang dibawa ke mana saja. 

Walaupun bersaiz compact, mengandungi 7 ekstrak semula jadi seperti ekstrak Propolis & Echinacea yang akan memberikan kesegaran dan cooling sensation berpanjangan. 

Tahukah anda, Propolis & Echinacea ekstrak juga kaya dengan bahan aktif antibakteria dan antiviral?

Kedua bahan ini akan menyokong dan menguatkan pertahanan gigi anda secara semula jadi, jadi mulut anda kekal sihat dan tak mudah berbau.  

Jika anda mengalami masalah sakit gigi yang ringan, anda boleh menggunakan mouth spray ini untuk berikan kelegaan sementara.

Untuk penggunaan, anda hanya perlu buka penutup, terus semburkan ke dalam mulut anda dan boleh digunakan sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. 

Spray mulut tanpa alkohol
Protectist Zensil Mouth Spray 10ml
Protectist Zensil Mouth Spray 10ml
From
RM14.50
Check Protectist Zensil Mouth Spray 10ml price below:
add_circle Bebas alkohol
add_circle Mengandungi aloe vera
add_circle Merawat sakit tekak
remove_circle Tak sesuai untuk pesakit asthma
remove_circle Tak sesuai ibu mengandung atau breastfeed

Zensil mouth spray adalah salah satu mouth spray semula jadi yang sesuai digunakan sebagai alternatif merawat anti radang, kurangkan bau mulut dan sakit tekak. 

Kelebihannya yang bebas alkohol dan bahan pengawet membuatkan ia tidak akan menyebabkan irrations pada tekak dan mulut anda. 

Dengan bahan premium semula jadi seperti aloe vera, madu, peppermint dan propolis,  mouth spray ini akan melegakan tekak dan menyegarkan mulut anda anytime, anywhere!

Cara penggunaan, anda hanya perlu buka penutup botol, halakan picu pada mulut dan semburkan sebanyak 2 hingga 3 kali ke dalam mulut. Senang saja.

Peringatan, tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun, ibu mengandung, ibu menyusui, penghidap G6PD dan pesakit asma.

Spray untuk sakit tekak
Betadine Sore Throat Spray
Betadine
Betadine Sore Throat Spray
From
RM25.90
Check Betadine Sore Throat Spray price below:
add_circle Mengandungi povidone-iodine
add_circle Sesuai untuk 6 tahun ke atas
remove_circle Harga mahal

Betadine Sore Throat Spray sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah sakit tekak dan ulser mulut kerana ia mengandungi providoen-iodine.

Bahan aktif antibakteria seperti providone-iodine akan bantu untuk membunuh kuman serta-merta untuk mengatasi infection pada bahagian tekak anda.  

Ibu bapa jangan risau, juga mengandungi bahan semula jadi yang selamat untuk penghadaman kanak-kanak 6 tahun ke atas. 

Cara penggunaannya, hanya perlu semburkan sekali ke dalam mulut di bahagian tekak setiap 3 hingga 4 jam sehari. 

Kami sarankan untuk pesakit thyroid, ibu mengandung dan ibu menyusui perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum penggunaan.

Penyegar mulut spray
Glister Mint Refresher Spray (14ml)
Glister Mint Refresher Spray (14ml)
From
RM19.90
Check Glister Mint Refresher Spray (14ml) price below:
add_circle Bersaiz poket
add_circle 250 anggaran semburan
add_circle Bebas gula
remove_circle Mengandungi alkohol

Mouth spray daripada jenama Amway, Glister Mint Refresher Spray ini bersaiz poket tetapi boleh digunakan sebanyak 250 kali semburan. Kata orang, kecil-kecil cili padi!

Selain mampu memberikan kesegaran berpanjangan, tak mengandungi gula dan bebas bahan pengawet membuatkan ia cepat melegakan kesakitan.

Glister Mint Refresher Spray ini direka khas untuk membunuh 99.99% bakteria di bahagian mulut dan tekak serta bantu mengurangkan bau mulut anda. 

Jangan risau, cara penggunaannya sangat mudah dengan hanya membuka penutup dan terus semburkan ke dalam mulut anda. Cepat dan mudah!

Spray mulut tonsil
Propoliz Mouth Spray Propolis 15ml
Propoliz Mouth Spray Propolis 15ml
From
RM18.50
Check Propoliz Mouth Spray Propolis 15ml price below:
add_circle Sugar free
add_circle Bahan semula jadi
add_circle Bersaiz poket
remove_circle Penutup botol mudah longgar

Propoliz Mouth Spray Propolis menggunakan bahan semula jadi seperti concentrated Brazilian Green Propolis ekstrak , madu, minyak pudina, Spearmint Oil dan Menthol.

Bahan-bahan tersebut membantu anda kurangkan rasa sakit tekak, ulser, tonsillitis, rasa tak selesa selepas merokok, sakit gigi dan radang gusi.

Anda ada ulser di lidah? Terus semburkan mouth spray ini di tempat ulser anda untuk kelegaan semula jadi.

Cara penggunaannya sangat mudah, hanya perlu semburkan ke dalam mulut sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. Pastikan kena pada tekak!

Perlu diingatkan, elakkan mengambil produk ini jika anda alergik kepada madu.

Spray mulut hfmd
AftaMed Oral Spray
AftaMed
AftaMed Oral Spray
From
RM32.80
Check AftaMed Oral Spray price below:
add_circle Merawat ulcer dengan berkesan
add_circle Tidak mengandungi alkohol
add_circle Tidak bahaya jika tertelan
remove_circle Tidak menyegarkan nafas

Ulser mulut, juga dikenali sebagai aphthae, boleh menjadi punca kepada rasa sakit dan tidak selesa dalam mulut.

Cara paling senang untuk kurangkan dan rawat ulcer adalah dengan semburan mulut AftaMed ini.

Formulasi unik AftaMed telah terbukti secara klinikal untuk mengurangkan rasa sakit dengan segera, menawarkan kelegaan segera apabila digunakan.

Kandungan hyaluronan sodium salt dengan berat molekul tinggi sebanyak 30mg/100g bukan sahaja mengurangkan ketidakselesaan tetapi juga mempercepatkan proses penyembuhan.

Tambahan lagi, AftaMed juga boleh mengawal masalah keradangan dan membantu pemulihan, sesuai juga untuk merawat HRDF.

Ia bebas daripada alkohol, selamat ditelan, jadi tidak menjadi masalah untuk digunakan pada kanak-kanak.

Spray mulut terbaik untuk kanak-kanak
Anti Cavity Oral Spray For Kid
Big Headed Bird
Anti Cavity Oral Spray For Kid
From
RM15.00
Check Anti Cavity Oral Spray For Kid price below:
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak
add_circle Tidak mengandungi alkohol
add_circle Menghalang kerosakan gigi
remove_circle Kurang sesuai untuk dewasa

Mungkin semburan mulut ini produk yang biasa digunakan oleh orang dewasa, tapi semburan mulut untuk kanak-kanak juga ada di pasaran.

Ini merupakan semburan mulut inovatif yang boleh membersihkan rongga mulut secara mendalam, mengimbangi sistem bakteria, dan mencegah kerosakan gigi anak anda.

Spray mulut bayi atau kanak-kanak ini juga menampilkan agen antibakteria semula jadi yang membentuk lapisan pelindungan yang tidak kelihatan pada gigi. 

Bahan utama termasuk Lactobacillus hasil fermentasi dan akar ginseng mentah untuk menghalang bakteria berbahaya, manakala ekstrak Stevia melegakan dan melindungi gusi. 

Penggunaan Xylitol semula jadi dan ekstrak blueberry memastikan rasa manis semula jadi yang bebas gula dan tidak menyebabkan kerosakan gigi. 

Selain itu, asid askorbik (Vitamin C) menyokong kesihatan gusi dan gigi.

Spray wangikan mulut terbaik
Dentific Bad Breath Go Away Mouth Spray - Mix Berry
Dentific
Dentific Bad Breath Go Away Mouth Spray - Mix Berry
From
RM24.00
Check Dentific Bad Breath Go Away Mouth Spray - Mix Berry price below:
add_circle Bau yang wangi
add_circle Buang bau mulut busuk
add_circle Mengekalkan kesihatan gusi
remove_circle Bukan untuk bawah 12 tahun

Semburan mulut Dentific Bad Breath Go Away perisa Mix Berry ini boleh jadi penyelesaian terbaik untuk menjaga nafas segar dan kesihatan mulut yang optimum. 

Semburan penyegar mulut ini diformulasikan khas untuk menghilangkan nafas berbau sambil mempromosikan kesihatan gusi.

Diperkaya dengan xylitol, ia berkesan menghalang pertumbuhan bakteria, mengurangkan plak, dan mengekalkan kesihatan gusi. 

Komponen multibiome yang unik, ditingkatkan dengan perisa pic yang lazat, mengimbangi bakteria dalam mulut untuk memastikan nafas segar sepanjang hari. 

Selain itu, campuran berry menyediakan perlindungan antibakteria, mencegah kerosakan gigi dan memastikan mulut yang bersih. 

Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, sembur terus ke dalam mulut selepas berus gigi atau sebelum tidur untuk hasil terbaik.

Tapi perlu elakkan makan atau minum sekurang-kurangnya satu jam selepas semburan untuk mengekalkan hidrasi malam.


Kebaikan Menggunakan Spray Mulut

Ada banyak kebaikan jika anda menggunakan semburan mulut, antaranya untuk kesihatan oral dan juga untuk buang bau kurang menyenangkan dari mulut.

Semburan mulut secara efektif menyegarkan nafas dengan serta-merta, menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan dan memberikan rasa segar yang tahan lama.

Ia juga membantu menghilangkan bau mulut dengan kandungan antibakterianya yang dapat membasmi bakteria yang menyebabkan bau mulut.

Selain itu, semburan mulut turut memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan gusi.

Kandungan seperti xylitol dan bahan semula jadi lain dapat menghalang pertumbuhan bakteria, mengurangkan plak, dan mengekalkan kesihatan gusi.

Penggunaan semburan mulut selepas memberus gigi dan sebelum tidur juga dapat membantu mengekalkan kebersihan mulut sepanjang hari dan malam, memastikan mulut sentiasa terhidrat dan segar.

Ini menjadikan semburan mulut sebagai pilihan yang praktikal dan mudah untuk mengekalkan kesegaran nafas dan kesihatan mulut yang optimum setiap hari.


Berapa Lama Mouth Spray Akan Bertahan? 

Setiap jenis mouth spray memiliki formula dan mungkin juga memiliki ketahanan yang berbeza. 

Jom kami huraikan adakah mouth spray mampu berikan kesegaran yang berpanjangan?

Jawapannya ya, tapi secara umumnya, kebanyakan mouth spray akan bertahan selama 2-4 jam selepas semburan pertama. 

Ada beberapa jenis mouth spray mungkin memiliki ketahanan yang lebih lama apabila mengandungi bahan seperti polisorbat 80, propilenglikol atau mentol. 

Bahan-bahan ini dapat membantu meningkatkan keseimbangan produk dan kelarutan bahan aktif dalam mouth spray yang membuatkan efektif dalam jangka masa yang lebih lama.

Namun, perlu diingat bahawa ketahanan mouth spray juga akan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kekerapan mulut anda ‘bekerja’ dan cara anda menggunakan mouth spray

Kami menyarankan anda untuk membaca label produk dan mengikuti arahan penggunaan yang disediakan oleh pengilang untuk keberkesanan yang optimal.

Perlu diingatkan bahawa setiap jenama mouth spray mungkin akan memberikan kesan yang berlainan kepada setiap individu. 

Jadi anda boleh try and error, mouth spray yang mana sesuai untuk mulut anda supaya ia dapat menyegarkan mulut dengan baik. 


Artikel Berkaitan

End of Article