Shopping

Beli Tapi Pengguna Tak Boleh Guna Gift Card Dari Shopee, Apa Jadi Ni?

Dengar cerita shopee gift card bermasalah masa nak guna membuat pembayaran ketika shopee promosi. Apa dah jadi dengan Shopee online?


Editor · Updated 7 Aug 2026
Beli Tapi Pengguna Tak Boleh Guna Gift Card Dari Shopee, Apa Jadi Ni?

Hujung tahun ni memang banyak jemputan kenduri majlis sampaikan tak tahu nak beli apa untuk tuan majlis.

Jadi pemberian gift card merupakan pilihan selamat dan terbaik untuk anda berikan kepada mereka.

Kandungan

Lagipun sekarang dah ada shopee gift card dimana memang ramai antara kita memang beli barangan dari Shopee.

Jadi, kalau dapat shopee gift card memang seronok la nak shopping tambah pula kalau ada kod baucar shopee, memang berbaloi!

Remote file

Malangnya pada awal Disember 2022 pengguna tidak dapat membeli sebarang jumlah baucar untuk gift card daripada Shopee.

shopee gift card

Malah, menurut salah seorang pengguna yang mengalami masalah ini dia mengatakan bahawa baucar tersebut tidak boleh digunakan walaupun sudah 2 bulan dia membelinya.

shopee gift card 1

Sejurus itu dia terus membuat laporan dengan menghubungi perkhidmatan pelanggan Shopee untuk mendapatkan bantuan kerana gift card miliknya tidak berfungsi.

Jom lihat apa pihak Shopee menjawab bagi masalah ini.

shopee gift card 3
shopee gift card 4

Nampaknya tidak banyak yang dapat dibantu oleh team Shopee MY buat masa ini cuma anda boleh membuat bayaran balik jika mahu.

Jadi adakah anda juga terjejas oleh isu ini? Beritahu kami bagaimana berlaku dan hantarkan kemas kini kepada kami di [email protected]!

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation