Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
mooncake1

7 Jenama Mooncake Yang Dijamin Halal di Malaysia 2024

Terdapat pelbagai perasa mooncake ada di pasaran, antaranya durian, pandan, kacang merah, kelada dan banyak lagi!

Kek bulan atau mooncake sangat terkenal dalam kalangan kaum Cina untuk melengkapkan juadah hidangan pada Perayaan Kuih Bulan atau Mooncake Festival dan Pesta Tanglung.

Tapi, disebabkan di Malaysia terdapat kaum lain seperti India dan Melayu, jadi 1 Malaysia perlu merasai keenakkan kuih bulan ini.

Anda teringin nak rasa tapi tidak tahu mana nak beli mooncake halal atau Muslim friendly? Jangan risau, kami bantu anda senaraikan mooncake halal yang di jual atas talian.

Ada pelbagai resepi dan jenis kuih di pasaran Malaysia dan ini antara yang terbaik anda boleh cuba!


Senarai 7 Halal Mooncake Terbaik

Mooncake halal terbaik secara keseluruhan
Mooncake Halal 2PCS Big
mulai
RM23.00
Semak Mooncake Halal 2PCS Big harga dibawah:

Sebab menjadi pilihan utama;

Kek bulan ini diyakini bersih dan halal kerana diasaskan oleh seorang peniaga lokal Muslim.

Ciri-ciri;

Anda boleh pilih daripada 18 perisa menarik yang diidamkan untuk dijamu bersama teh O suam pada waktu petang. 

Menarik lagi, kek bulan ini boleh tahan selama sebulan jika tidak terdedah pada sinaran matahari dan boleh disimpan di dalam chiller untuk tahan lebih lama.

Sebiji mooncake ini seberat ++100g dan anda akan dapat dua ketul mooncake bersaiz besar untuk setiap pembelian satu kotak.

Antara pilihan perisa yang popular ialah Chocolate Oreo, Pineapple Ori, Redbean Ori atau Pandan Ori. 

Review;

'Memang sedap mooncake mimilala ni.. kurang manis dan  tak muak.."

Mooncake kacang halal
Tong Wah
mulai
RM25.00
Semak Tong Wah Sugar-Free Mooncake harga dibawah:

Tong Wah Confectionary utamakan kesempurnaan untuk menghasilkan hidangan Musim Luruh tradisional yang paling sihat ini.

Selama bertahun-tahun, Tong Wah Confectionary menjaga kualiti mooncake mereka dan telah memperoleh pelbagai anugerah dalam industri kek bulan tempatan.

Mereka menggantikan gula dengan Isomalt dan ini merupakan siri kuih bulan tanpa gula pertama di dunia oleh Tong Wah Confectionary.

Ini telah diperakui oleh pakar diabetes dan anda boleh menjamu kek bulan ini tanpa menaikkan gula dalam badan. 

Turut mempunyai pelbagai perisa menarik dan khas untuk pencinta kacang, ada pelbagai pilihan perisa kek bulan kacang untuk anda. 

Amway
mulai
RM89.90
Semak Amway PREMIUM Celebration Mooncakes harga dibawah:

Kuih bulan ini dijual dalam pek kecil yang dimasukkan ke dalam kotak yang cantik dengan harga RM89.90.

Walaupun pilihan pek yang disenaraikan tidak banyak, rata-rata pelanggan menyukai kerana mereka ada pilihan produk yang vegetarian-friendly.

Setiap satu kotak mooncake ini disediakan pilihan rasa seperti berikut.

  1. 1x Sakura Delight Mooncake* (infused with Nutrilite Soy Protein)
  2. 1x Mixed Berries Single Yolk Mooncake (infused with Nutrilite Soy Protein Mixed Berries Flavor)
  3. 1x Espresso Chocolate Delight Mooncake (infused with Nutrilite Soy Protein Chocolate Flavor)
  4. 1x Green Tea Delight Mooncake (infused with Nutrilite Soy Protein Green Tea Flavor)
  • Telefon : 03-7946 2800
  • Alamat : 28, Jalan 223, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
  • Website : https://www.amway.my/
Snow skin mooncake
Baker’s Cottage
mulai
RM27.90
Semak Baker’s Cottage harga dibawah:

Baker’s Cottage adalah salah satu jenama yang terkenal dengan pastri dan mempunyai banyak outlet di seluruh Malaysia seperti di Penang, Perak, Selangor, Johor dan banyak lagi. 

Bukan sahaja mereka mempunyai kepakaran untuk membuat kuih, biskut dan kek berkualiti, mereka juga menjadi pilihan utama pencinta kuih bulan kerana pilihan jenis dan rasa yang disediakan.

Paling penting, semuanya halal dan anda boleh memilih jenis kuih bulan dari pelbagai pilihan yang mereka sediakan di dalam kotak cantik berisi 2 atau 4 ketul mooncake.

Anda boleh pilih dari tradisional sehinggalah ke Pure Lotus Series, Special Mixed Series, Pandan Lotus Series dan Snow Skin Series.

Menariknya, tawaran harga setiap satu bermula dari RM16.90 sehinggalah RM29.90! 

  • Telefon : 06-286 6939
  • Alamat : No. 11, Jalan Lagenda 1, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
  • Website : https://thebakerscottage.com/
DURIA
mulai
RM121.00
Semak Duria Signature Musang King Snowy Skin Mooncake harga dibawah:

Kek bulan Duria Signature Musang King Snowy Skin Mooncake ini memang khas untuk hantu durian.

Jenama ini termasuk dalam senarai kami sebab produk mereka mempunyai rasa premium dan antarabangsa!

Selain kek bulan, Duria juga menjual pelbagai produk berasaskan durian termasuk pes, mochi dan lain-lain dengan harga yang bermula dari RM138 per set.

Tapi sebab anda disini untuk mendapatkan kuih bulan yang halal, kami sangat mengesyorkan anda untuk mencuba Duria Signature Musang King Snowy Skin Mooncake!

Dengan inti 100% Musang King puree yang asli, ditambah pula dengan aroma durian, jadi bertambah selera dibuatnya. 

  • Telefon : +60 11-1091 4393
  • Alamat : Lot 5933A, Jalan Perusahaan 1, Kamunting Industrial Area, 34600 Kamunting, Perak
  • Website: https://duria.com.my/
Mooncake with egg yolk
Mooncake
mooncake halal homemade
mulai
RM2.95
Semak (HALAL) Mooncake Homemade - 50gram (4x4cm) harga dibawah:

Mooncake ini sudah tidak perlu diragu-ragukan kerana merupakan produk muslim.

Menariknya mooncake ini terdapat pelbagai perasa coklat menarik antaranya Snickers, Kit Kat, Cadburry dan banyak lagi.

Tapi jangan risau, ada juga perisa egg yolk yang dicampur dengan perasa seperti pandan, kacang merah, melon dan lain-lain.

Anda perlu pilih mengikut kesesuaian rasa dan selera anda. 

Red bean mooncake
Kam Lun Tai KLT
kuih bulan red bean
mulai
RM68.00
Semak Kam Lun Tai KLT Red Bean Mooncake Halal (4 Pcs) harga dibawah:

Syarikat KTL telah mendapat pengesahan halal, pada pembungkusan boleh lihat ada cop dari JAKIM.

Kek bulan ini perlu disimpan dalam tempat kering dan anda perlu elakkan meletakkannya di suhu panas.

Untuk perasa, bukan saja ada Red Bean tapi mereka menyediakan pelbagai perasa yang menarik.

Antaranya, mangga, Lotus, Black Sesame, Durian, Sweet Purple dan banyak lagi.

Bagi yang inginkan mooncake mengandungi Egg Yolk pun boleh pilih ada lebih dari 12 perasa anda boleh pilih.


Kuih Bulan Halal Atau Tidak?

Pasti ramai dalam kalangan orang muslim tertanya-tanya sama ada mooncake halal atau tidak untuk dimakan?

Bukan apa, kuih ini dari budaya kaum Cina dan bahan yang digunakan menghasilkan kuih ini adalah lemak babi yang dipanggang.

Menurut satu portal, kini sudah terdapat banyak kuih bulan halal yang telah disahkan oleh JAKIM dimana bahan yang digunakan tiada penggunaan lemak babi.

Jadi, orang muslim boleh makan kuih bulan tanpa rasa was-was.

Lagipun kini, terdapat beberapa pengusaha melayu membuat perniagaan Kuih Bulan yang dihasilkan di kilangnya sendiri. 


Berapa Banyak Jenis Kuih Bulan Yang Ada?

Menurut Travel China Guide, kuih bulan tradisional diklasifikasikan 4 jenis bergantung pada asal usul, jumlah penjualan dan ciri.

Antaranya gaya Kantonis, gaya Beijing, gaya Suzhou, dan gaya Chaoshan.

Namun di Malaysia, terdapat banyak jenis kuih bulan bukan tradisional telah direka khas mengikut kesesuaian padanan dan permintaan masyarakat berbilang kaum disini.

Jadi sukar untuk mengelaskan kuih bulan dalam kategori tetap.

Apa yang pasti, setakat ini kita ada mooncake jenis Jelly Mooncake, Ice Cream Mooncake, Chocolate Mooncake, Spiral Mooncake dan banyak lagi.

Belum lagi sentuh perihal perasa, memang banyak! Antaranya, pes biji teratai, pes kacang manis, pandan, durian, keladi dan bermacam lagi.


Artikel berkaitan

End of Article