Kek bulan atau mooncake sangat terkenal dalam kalangan kaum Cina untuk melengkapkan juadah hidangan pada Perayaan Kuih Bulan atau Mooncake Festival dan Pesta Tanglung.
Tapi, disebabkan di Malaysia terdapat kaum lain seperti India dan Melayu, jadi seluruh rakyat Malaysia perlu merasai keenakkan kuih bulan ini.
Anda teringin nak rasa tapi tidak tahu mana nak beli mooncake halal atau Muslim friendly? Jangan risau, kami bantu anda senaraikan kuih bulan Melayu atau mooncake halal yang di jual atas talian.
Ada pelbagai resepi dan jenis kuih dengan pelbagai inti kuih bulan di pasaran Malaysia dan ini antara yang terbaik anda boleh cuba!
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Halal Mooncake Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Kek bulan ini diyakini bersih dan halal kerana diasaskan oleh seorang peniaga lokal Muslim.
Ciri-ciri:
Anda boleh pilih daripada pelbagai perisa menarik yang diidamkan untuk dijamu bersama teh O suam pada waktu petang.
Menarik lagi, kek bulan ini boleh tahan selama sebulan jika tidak terdedah pada sinaran matahari dan boleh disimpan di dalam chiller untuk tahan lebih lama.
Sebiji mooncake ini seberat ++100g dan anda akan dapat dua ketul mooncake bersaiz besar untuk setiap pembelian satu kotak.
Review:
"Memang sedap mooncake mimilala ni. Kurang manis dan tak muak. Nak makan sendiri atau bagi hadiah pun boleh."
Yi Jia Traditional Mooncake Series merupakan koleksi mooncake yang menggabungkan rasa autentik dengan kualiti premium.
Dihasilkan menggunakan bahan-bahan terbaik dan dipanggang dengan teliti, setiap mooncake dalam siri ini menawarkan pengalaman rasa yang luar biasa.
Dengan tempoh simpanan selama 3 bulan dan ianya diperakui halal, kek bulan Yi Jia memastikan setiap mooncake memenuhi standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi.
Siri kek bulan ini menampilkan pelbagai perisa yang dihasilkan dengan teliti, termasuk Kacang Merah, Teratai Kacang Hijau, Teratai Kacang Hijau Kuning Telur, Teratai Putih Kacang Hijau, Durian, Tiramisu dan pelbagai rasa yang unik lagi.
Setiap mooncake adalah simbol hadiah yang penuh makna, sesuai untuk dikongsi bersama yang tersayang atau sebagai tanda penghargaan yang ikhlas.
- Telefon : 017-262 8963
- Alamat : 14, Jalan Plaza, Taman Maharani Promenade, 84000 Muar, Johor.
- Website : https://yijiapastry.com/
Yu-Ai Traditional Egg Yolk Mooncake boleh menjadi pilihan yang sempurna untuk musim festival kek bulan tahun ini.
Setiap kotak mengandungi empat biji mooncake yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan premium tanpa sebarang bahan pengawet tambahan, menjamin kualiti setiap kek bulan.
Set ini menampilkan kombinasi klasik dengan pilihan rasa yang kurang manis, termasuk Mooncake Kacang Merah kurang gula, Mooncake Teratai Kuning Telur kurang gula, Mooncake Teratai Putih Tulen kurang gula, dan Mooncake Pandan Teratai + Kacang Hijau Masin + Kuning Telur Tunggal.
Dengan saiz 185g setiap satu dan tempoh simpanan sehingga 3 bulan, Yu-Ai Traditional Egg Yolk Mooncake adalah pilihan ideal untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Ia juga sesuai sebagai hadiah istimewa buat rakan atau kenalan anda yang menyambut festival mooncake ini.
- Telefon : 03-8962 2233
- Alamat : Lot 6596 &6597, Jalan KPB 12B, Kawasan Industri Kg. Baru Balakong, Selangor, Malaysia.
- Website : https://www.yu-ai.my/
Raikan musim festival kek bulan dengan Purple Cane Autumnal Moon Tea Mooncake Gift Box yang unik ini.
Set hadiah ini bukan sahaja mempunyai lapan jenis mooncake yang berbeza, tetapi juga disertakan dengan tanglung, satu uncang teh Cane, dan beg kertas yang elegan, sangat sesuai untuk dijadikan hadiah.
Nikmati kelazatan Red Bean Paste Black Tea Mooncake dan Black Sesame Green Tea Mooncake, yang menawarkan keseimbangan rasa manis dan kesegaran teh.
Sementara itu, rasai Coconut & Rose Flower Tea Mooncake yang aromatik, atau nikmati keunikan White Lotus Paste Green Tea Mooncake dan White Tea Purple Potato Lotus Paste Tea Mooncake yang menyegarkan.
Turut berpeluang untuk rasai Dates & Walnut Black Tea Mooncake yang kaya dan Nanyang Kaya Butterfly Pea Flower Tea Mooncake (Non-Vegetarian) yang istimewa.
Akhir sekali, nikmati Tea Egg Mooncake yang unik, pilihan ideal untuk mereka yang mencari rasa yang berbeza.
- Telefon : 03-2145 1200
- Website : https://www.purplecane.my/
Kek bulan dari Tai Thong Mooncake ini hadir dalam set kotak kombo, sangat sesuai sekiranya anda mahu menjadikannya sebagai hadiah sempena festival kek bulan.
Diperakui halal oleh JAKIM dan disahkan selamat untuk dimakan oleh HACCP, set kotak ini mempunyai kualiti yang dijamin.
Anda boleh rasai Tai Thong Lotus Single Yolk Mooncake, di mana inti pes biji teratai yang halus dan kuning telur masin mencipta keseimbangan manis dan kaya dengan rasa.
Selain itu, nikmati Tai Thong Momoyama Green Tea dengan Red Bean Mooncake, gabungan unik teh hijau aromatik, kacang merah, dan biji tembikai yang rangup, lebih lazat apabila dinikmati dalam cuaca sejuk.
Rasai juga Tai Thong Pure Lotus Mooncake, dengan 100% inti biji teratai, memberikan rasa elegan dan tulen.
Akhir sekali, anda boleh rasai Tai Thong Black Sesame with Almond Custard Single Yolk Mooncake, tambahan baru yang menggabungkan bijan hitam tradisional dengan sentuhan moden kastard badam, menawarkan rasa unik.
- Telefon : 018-919 2888
- Alamat : Unit 13A01, Level 13A, Tropicana Gardens Office Tower, No. 2A, Persiaran Surian Tropicana Indah.
- Website : https://taithong.com.my/
Kek bulan Tong Wah ini utamakan kesempurnaan untuk menghasilkan hidangan Musim Luruh tradisional yang paling sihat ini.
Selama bertahun-tahun, Tong Wah Confectionary menjaga kualiti mooncake mereka dan telah memperoleh pelbagai anugerah dalam industri kek bulan tempatan.
Mereka menggantikan gula dengan Isomalt dan ini merupakan siri kuih bulan tanpa gula pertama di dunia oleh Tong Wah Confectionary.
Ini telah diperakui oleh pakar diabetes dan anda boleh menjamu kek bulan ini tanpa menaikkan gula dalam badan.
Turut mempunyai pelbagai perisa menarik dan khas untuk pencinta kacang, ada pelbagai pilihan perisa kek bulan kacang untuk anda.
Kuih bulan ini dijual dalam pek kecil yang dimasukkan ke dalam kotak yang cantik dengan harga RM89.90.
Walaupun pilihan pek yang disenaraikan tidak banyak, rata-rata pelanggan menyukai kerana mereka ada pilihan produk yang vegetarian-friendly.
Setiap satu kotak mooncake ini disediakan pilihan rasa seperti berikut.
- 1x Sakura Delight Mooncake* (infused with Nutrilite Soy Protein)
- 1x Mixed Berries Single Yolk Mooncake (infused with Nutrilite Soy Protein Mixed Berries Flavor)
- 1x Espresso Chocolate Delight Mooncake (infused with Nutrilite Soy Protein Chocolate Flavor)
- 1x Green Tea Delight Mooncake (infused with Nutrilite Soy Protein Green Tea Flavor)
- Telefon : 03-7946 2800
- Alamat : 28, Jalan 223, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
- Website : https://www.amway.my/
Baker’s Cottage adalah salah satu jenama yang terkenal dengan pastri dan mempunyai banyak outlet di seluruh Malaysia seperti di Penang, Perak, Selangor, Johor dan banyak lagi.
Bukan sahaja mereka mempunyai kepakaran untuk membuat kuih, biskut dan kek berkualiti, mereka juga menjadi pilihan utama pencinta kuih bulan kerana pilihan jenis dan rasa yang disediakan.
Paling penting, semuanya halal dan anda boleh memilih jenis kuih bulan dari pelbagai pilihan yang mereka sediakan di dalam kotak cantik berisi 2 atau 4 ketul mooncake.
Anda boleh pilih dari tradisional sehinggalah ke Pure Lotus Series, Special Mixed Series, Pandan Lotus Series dan Snow Skin Series.
Menariknya, tawaran harga setiap satu bermula dari RM16.90 sehinggalah RM29.90!
- Telefon : 06-286 6939
- Alamat : No. 11, Jalan Lagenda 1, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
- Website : https://thebakerscottage.com/
Kek bulan Duria Signature Musang King Snowy Skin Mooncake ini memang khas untuk hantu durian.
Jenama ini termasuk dalam senarai kami sebab produk mereka mempunyai rasa premium dan antarabangsa!
Selain kek bulan, Duria juga menjual pelbagai produk berasaskan durian termasuk pes, mochi dan lain-lain dengan harga yang bermula dari RM138 per set.
Tapi sebab anda disini untuk mendapatkan kuih bulan yang halal, kami sangat mengesyorkan anda untuk mencuba Duria Signature Musang King Snowy Skin Mooncake!
Dengan inti 100% Musang King puree yang asli, ditambah pula dengan aroma durian, jadi bertambah selera dibuatnya.
- Telefon : +60 11-1091 4393
- Alamat : Lot 5933A, Jalan Perusahaan 1, Kamunting Industrial Area, 34600 Kamunting, Perak
- Website: https://duria.com.my/
Mooncake ini sudah tidak perlu diragu-ragukan kerana merupakan produk muslim.
Menariknya mooncake ini terdapat pelbagai perasa coklat menarik antaranya Snickers, Kit Kat, Cadburry dan banyak lagi.
Tapi jangan risau, ada juga perisa egg yolk yang dicampur dengan perasa seperti pandan, kacang merah, melon dan lain-lain.
Anda perlu pilih mengikut kesesuaian rasa dan selera anda.
Syarikat KTL telah mendapat pengesahan halal, pada pembungkusan boleh lihat ada cop dari JAKIM.
Kek bulan ini perlu disimpan dalam tempat kering dan anda perlu elakkan meletakkannya di suhu panas.
Untuk perasa, bukan saja ada Red Bean tapi mereka menyediakan pelbagai perasa yang menarik.
Antaranya, mangga, Lotus, Black Sesame, Durian, Sweet Purple dan banyak lagi.
Bagi yang inginkan mooncake mengandungi Egg Yolk pun boleh pilih ada lebih dari 12 perasa anda boleh pilih.
Kuih Bulan Halal Atau Tidak?
Pasti ramai dalam kalangan orang muslim tertanya-tanya sama ada mooncake halal atau tidak untuk dimakan?
Bukan apa, kuih ini dari budaya kaum Cina dan bahan yang digunakan menghasilkan kuih ini adalah lemak babi yang dipanggang.
Menurut satu portal, kini sudah terdapat banyak kuih bulan halal yang telah disahkan oleh JAKIM dimana bahan yang digunakan tiada penggunaan lemak babi.
Jadi, orang muslim boleh makan kuih bulan tanpa rasa was-was.
Lagipun kini, terdapat beberapa pengusaha melayu membuat perniagaan Kuih Bulan yang dihasilkan di kilangnya sendiri.
Berapa Banyak Jenis Kuih Bulan Yang Ada?
Menurut Travel China Guide, kuih bulan tradisional diklasifikasikan 4 jenis bergantung pada asal usul, jumlah penjualan dan ciri.
Antaranya gaya Kantonis, gaya Beijing, gaya Suzhou, dan gaya Chaoshan.
Namun di Malaysia, terdapat banyak jenis kuih bulan bukan tradisional telah direka khas mengikut kesesuaian padanan dan permintaan masyarakat berbilang kaum disini.
Jadi sukar untuk mengelaskan kuih bulan dalam kategori tetap.
Apa yang pasti, setakat ini kita ada mooncake jenis Jelly Mooncake, Ice Cream Mooncake, Chocolate Mooncake, Spiral Mooncake dan banyak lagi.
Belum lagi sentuh perihal perasa, memang banyak! Antaranya, pes biji teratai, pes kacang manis, pandan, durian, keladi dan bermacam lagi.
Asal Usul Kuih Bulan
Kuih bulan atau mesra juga dipanggil mooncake adalah sejenis kuih tradisional yang berasal dari China.
Kuih ini biasanya dimakan semasa perayaan Pertengahan Musim Luruh, yang juga dikenali sebagai "Mid-Autumn Festival" atau "Zhongqiu Jie" dalam bahasa Mandarin.
Perayaan ini adalah salah satu daripada empat perayaan tradisional utama di China, dan ia disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar lunar, ketika bulan penuh dan terang di langit.
Asal usul kuih bulan dikaitkan dengan pelbagai legenda dan cerita rakyat.
Salah satu kisah yang paling terkenal ialah tentang Pemberontakan Yuan pada zaman Dinasti Yuan (1271–1368), di mana kuih bulan digunakan sebagai alat komunikasi rahsia oleh para pemberontak Han untuk menyebarkan mesej rahsia di kalangan orang ramai.
Mereka menyembunyikan mesej pemberontakan di dalam kuih bulan, yang kemudian diedarkan secara meluas, membantu dalam kejayaan pemberontakan tersebut dan kejatuhan Dinasti Yuan.
Selain daripada kisah legenda, kuih bulan juga mempunyai makna simbolik yang mendalam.
Bulan penuh yang dirayakan dalam Perayaan Pertengahan Musim Luruh melambangkan perpaduan keluarga dan penyatuan.
Oleh itu, kuih bulan sering dijadikan hadiah dan dimakan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan untuk melambangkan kebahagiaan dan kemakmuran.
Kuih bulan tradisional biasanya diisi dengan inti seperti pasta biji teratai, kacang merah, atau pes kacang hijau, dan mungkin juga mengandungi kuning telur itik masin di tengahnya, yang melambangkan bulan penuh.
Namun, dengan perkembangan zaman, pelbagai variasi kuih bulan telah muncul dengan pelbagai jenis inti dan kulit, menjadikan kuih atau kek bulan satu hidangan yang sentiasa relevan dan disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Pantang Larang Perayaan Kuih Bulan
Festival Kek Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh, bukan sahaja penuh dengan tradisi dan simbolik, tetapi juga disertai dengan beberapa pantang larang dan kepercayaan.
Ia sudah menjadi tradisi yang dihormati oleh masyarakat yang merayakannya.
Berikut adalah beberapa pantang larang yang sering dikaitkan dengan perayaan ini:
Elakkan Bertengkar atau Berkelahi
Perayaan ini melambangkan perpaduan dan keharmonian keluarga, jadi perlulah harmoni pada hari perayaan dan tidak melibatkan diri dengan sebarang pergaduhan.
Pergaduhan atau pertengkaran dipercayai akan membawa nasib buruk dan menjejaskan keharmonian keluarga sepanjang tahun.
Tidak Boleh Tunjuk Emosi Negatif
Pada hari perayaan, adalah penting untuk menjaga emosi.
Menunjukkan emosi negatif seperti marah, sedih, atau kecewa dianggap tidak baik kerana ia boleh merosakkan suasana perayaan yang sepatutnya gembira dan damai.
Elakkan Menjadikan Kuih Bulan sebagai Hidangan Pertama
Kuih bulan biasanya disajikan sebagai pencuci mulut atau sebagai makanan ringan selepas hidangan utama.
Menjadikan kuih bulan sebagai hidangan pertama dianggap kurang sopan dan tidak menghormati tradisi.
Tidak Boleh Menolak Kuih Bulan yang Diberikan
Jika seseorang memberikan kuih bulan sebagai hadiah kepada anda dan anda menolaknya, ia akan dianggap satu perbuatan yang kurang sopan.
Kuih bulan melambangkan pemberian persahabatan, jadi menolak hadiah ini boleh dianggap sebagai tidak menghormati nilai persahabatan atau keharmonian.
Jangan Potong Kuih Bulan Dengan Ikut Cara Sendiri
Kuih bulan biasanya dipotong menjadi kepingan yang sama besar, biasanya lapan keping, kerana angka lapan melambangkan keberuntungan atau murah rezeki dalam budaya Cina.
Memotong kuih bulan dengan cara sembarangan boleh dianggap sebagai kurang menghormati tradisi.
Elakkan Keluar Malam
Pada zaman dahulu, ada kepercayaan bahawa keluar pada waktu malam semasa bulan penuh boleh membawa nasib buruk atau menjumpai makhluk halus.
Walaupun kepercayaan ini tidak lagi begitu kuat pada zaman moden, masih ada yang menghormatinya sebagai sebahagian daripada tradisi.
Jadi itulah pantang larang yang ada sepanjang sambutan festival kek bulan ini, jadi jika anda mempunyai rakan berbangsa Cina adalah wajar untuk ambil tahu dan menghormatinya.
Beza Kuih Bakul Dan Kuih Bulan
Kuih bakul dan kuih bulan adalah dua jenis kuih tradisional yang popular dalam budaya Cina, tetapi kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi bahan, bentuk, kegunaan, dan waktu perayaan.
Kuih bakul, juga dikenali sebagai nian gao dalam bahasa Mandarin, adalah sejenis kuih yang dibuat khas untuk sambutan Tahun Baru Cina.
Kuih ini melambangkan peningkatan dan kemakmuran kerana perkataan nian bermaksud "tahun" dan gao bermaksud "tinggi."
Ia juga dipercayai membawa tuah jika dimakan pada awal tahun baru.
Sebaliknya, kuih bulan atau mooncake dihasilkan dan dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau semasa Festival Kek Bulan.
Kuih ini melambangkan penyatuan keluarga dan sering diberikan sebagai hadiah untuk melambangkan persahabatan dan kasih sayang.
Dari segi bahan, kuih bakul dibuat daripada tepung beras pulut dan gula, yang menghasilkan tekstur yang kenyal dan rasa manis.
Kuih ini biasanya berwarna coklat keemasan dan berbentuk bulat atau segi empat.
Kuih bulan pula dibuat daripada bahan seperti tepung, kacang, biji teratai, kacang merah, dan sering kali diisi dengan kuning telur masin.
Kuih bulan mempunyai tekstur yang lebih padat dan rasa yang lebih kompleks bergantung pada isinya, seperti kacang merah, pes biji teratai, atau kacang hijau.
Dari segi bentuk, kuih bakul biasanya bulat atau segi empat dan dibungkus dengan daun pisang atau kertas minyak, sementara kuih bulan kebiasaannya berbentuk bulat dengan ukiran cantik pada permukaannya yang menggambarkan simbol-simbol tradisional Cina.
Kuih bakul dihasilkan dan dimakan semasa Tahun Baru Cina dan sering digunakan dalam upacara sembahyang sebagai persembahan kepada nenek moyang dan dewa-dewi.
Kuih bulan pula dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh, yang jatuh pada bulan ke-8 dalam kalendar lunar, dan sering dijadikan hadiah serta dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan ketika bulan penuh.
Cara penyajian kedua-dua kuih ini juga berbeza. Kuih bakul boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng bersama kelapa parut atau disalut dengan telur sebelum digoreng.
Sementara itu, kuih bulan biasanya dihiris menjadi kepingan kecil dan dinikmati bersama teh Cina.
Secara keseluruhan, walaupun kuih bakul dan kuih bulan adalah dua kuih yang berbeza dari segi rasa, bahan, dan kegunaan, kedua-duanya mempunyai makna simbolik yang mendalam dalam budaya Cina dan sering dikaitkan dengan perayaan-perayaan tertentu.