Table of Contents
Tiada lagi 'Sadtember' apabila Shopee akan memberi potongan harga menerusi baucar yang disediakan pada bulan September ini.
Jadi kami memudahkan kerja anda dengan menyenaraikan baucar-baucar yang ada di Shopee pada 9.9 ini.
Jom kita lihat kedai dari jenama apa yang berikan baucar best serta kod promosi yang boleh anda kumpul dan guna pada barangan troli anda.
Nota: Artikel ini sentiasa dikemas kini dari semasa ke samasa untuk berikan anda merasai berbelanja dengan baucar menarik. Pastikan anda bersama kami sehingga penghujung sale.
1. Penghantaran percuma

Bermula sekarang sehingga 9 September 2022, Shopee bagi lagi baucar penghantaran percuma pada waktu tertentu tanpa had pembelian.
Cuma, baucar ini sah selama 2 jam sewaktu pembelian, jadi pastikan siap sedia depan telefon atau laptop pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang pada 9.9 nanti.
Kalau tak memang anda terlepas baucar menarik ni!
2. Tawaran hanya 9.9

Terdapat tawaran hebat pada 9.9 nanti jadi apa yang anda perlu buat adalah masukkan barang pilihan anda cepat-cepat ke dalam troli sekarang.
Kemudian, check out pada 9.9 jam 12 pagi hingga 2 pagi. Ingat! waktu ini kerana tawaran ini hanya berlangsung selama 2 jam je!
3. Durian runtuh Shopee!

Kepada pengguna baru, peluang keemasan untuk anda di mana pihak Shopee beri anda satu slot khas untuk anda dapatkan baucar yang best!
Jadi jika September ini anda merupakan pengguna baru Shopee , pastikan anda try luck untuk dapatkan pelbagai jenis baucar.
Semua baucar best-best sehingga ada yang bernilai RM20!
4. Siri Selamat Datang

Lagi sekali berita baik buat pegguna baru Shopee kerana ada slot khas untuk mereka iaitu siri selamat datang.
Slot ini terdapat pelbagai baucar antaranya baucar tealive percuma, baucar diskaun RM25 dan hadiah yang menarik.
Cuma baucar ini sah pada masa terhad saja jadi kepada pengguna baru pastikan anda dapatkan baucar esklusif ini okay?
5. Garnier 9.9

Kepada pengguna skincare Garnier, 9.9 September tahun ini merupakan langkah kanan buat anda kerana terdapat tawaran menarik dari mereka.
Antaranya baucar penghantaran percuma, baucar potongan RM15, cashbacks dan potongan sehingga 40%.
Bukan itu saja, jika anda membuat pembelian sehingga RM50 anda akan dapat 9 produk paling laris secara percuma.
6. Shopee mum's club 2022

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, bahagian ini sangat sesuai untuk memborong barangan si comel kerana terdapat baucar sehingga 20% dan pulangan syiling 5%.
Terdapat pelbagai barangan si kecil yang menarik antaranya permainan, susu, baju dan banyak lagi.
Cuma sah dengan setiap pembukaan akaun Alliance Bank Buddy atau Junior Smart Savers-i (JSS-i).
7. Hari fesyen hebat

Berita baik bagi mereka yang sukakan dunia fesyen dan baju cantik dan murah sebab Shopee ada tawaran hebat khas untuk anda.
Anda boleh tebus baucar dengan diskaun harian 95%, baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum.
Lebih menarik lagi, anda berpeluang menang hingga RM200,000 jika anda beli dan menepati terma dan syarat.
Related articles
- Gaji Dah Masuk, Jom Enjoy Shopee Payday Pada 25 November Ni
- Rugi Kalau Korang Tak Check Out Apa-Apa Sempena Mega Shopping 3.3 Ni