Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Macam Mana Nak Pilih Durian Yang Mantap?

Musim durian, semestinya menjadi berita gembira buat ‘hantu’ durian!

Bulan Jun hingga Ogos sudah menjadi sinonim dengan musim durian dari sebelah utara dan sudah semestinya menjadi berita gembira buat ‘hantu’ durian. 

Perempuan mengandung boleh ke makan durian?

Malangnya, mungkin ada golongan ibu mengandung yang ‘hantu’ durian kecur air liur melihat ramai yang makan durian yang isi kuning diraja, berkilat dan gemok-gemok umppph! 

Tapi, adakah mereka boleh makan durian? Jawapan ini ada pada seorang doktor, Dr Idayu menerusi laman akaun twitter miliknya.

Menurutnya, jika ibu hamil tidak mempunyai masalah kesihatan semasa hamil, boleh makan durian dengan syarat makan dalam kuantiti sederhana.

Tambahnya lagi, tiada lagi kajian saintifik yang mengatakan bayi dalam perut akan panas kalau ibu makan durian dan tiada bukti saintifik menyatakan durian boleh menyebabkan keguguran. 

“Namun, jika si ibu mempunyai masalah kesihatan diabetes melitus semasa hamil, elakkan makan durian kerana akan meningkatkan gula dalam darah,” jelasnya.

Gapam Eco Farm Organic Durian Pulp
Gapam Eco Farm Organic Durian Pulp
mulai
RM19.00
Semak Gapam Eco Farm Organic Durian Pulp harga dibawah:

Negara Indonesia merupakan pengeluar terbesar buah durian di dunia dimana berjaya membekal sekitar 1.20 juta tan durian setiap tahun.

Terdapat banyak khasiat dalam sebiji durian seperti karbohidrat, potassium, kalsium, antioksidan, vitamin dan mineral yang tinggi. Jika anda makan dua ulas durian mengandungi kira-kira 60 kalori.

Macam mana nak pilih buah durian isi yang padu?

Kalau kita lihat gelagat pembeli, pasti ada yang menggoncangkannya, menilai dari berat sesebuah durian, bau dari kulit durian dan pelbagai cara la kita lihat.

Tapi, mana satu cara yang betul? Soalan ini dijawab melalui infografik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia menerusi laman rasmi twitter Pusat Perlancongan Malaysia, @TourismMalaysia.

Menurut mereka terdapat lima cara, iaitu;

  1. Hidu aroma durian sama ada kuat atau tidak. Jika aroma kuat, maknanya, isi dalam ranum dan manis!
  2. Menggoncangkan buah durian untuk mengetahui kepadatan isi durian tapi tidak semestinya tak dengar, tak ada isi ye.
  3. Cara seterusnya, menyentuh bahagian duri. Jika lembut pada hujung duri maknanya isi dalam tidak mengkar.
  4. Mengetuk biji durian dengan parang atau menggunakan bahagian belakang tangan untuk mendengar seakan kosong bahagian dalam.
  5. Akhir sekali lihat pada bahagian pangsa durian samada ada garisan terlihat jelas atau tidak. Jika terlihat jelas, isi dalamnya cantik!

Penambahan tip, untuk menilai buah durian baru atau tidak, lihat pada batang durian. Jika masih hijau, coklat dan tidak rapuh maknanya masih baru jatuh dari pokok.

Selamat maju jaya dalam memilih buah durian!

End of Article