Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
salad

5 Resepi Salad Mewah Homemade Dengan Modal Rendah!

Bukan mat saleh je boleh makan salad mewah ni, kita orang melayu pun boleh!

Hidangan salad merupakan makanan sayur-sayuran terkenal dalam kalangan masyarakat di seantero dunia kerana khasiatnya pelbagai. Lebih-lebih lagi, sayur salad ini boleh diambil dengan pelbagai cara.

Misalnya, dicampurkan bersama kumpulan makanan yang lain seperti ayam, daging, ikan dan kekacang untuk dijadikan sebagai hidangan. 

Jadi kami nak kongsikan lima resepi salad yang mewah ala-ala mat saleh. Jangan risau, modal bahan hidangan salad kami senarikan ni menggunakan modal yang rendah.

#1 Mix Salad

Lady's Choice Sos Salad Thousand Island
Lady's Choice Sos Salad Thousand Island
mulai
RM7.61
Semak Lady's Choice Sos Salad Thousand Island harga dibawah:

Lady's Choice Thousands Island Salad Dressing mengandungi bahan-bahan berkualiti tinggi dari pasta tomato sebenar.

Rasanya sangat sedap, lembut dan tekstur berkrim membuatkan hidangan sayur salad mentah bertambah menarik dan berlemak.

Bahan-bahan;

  1. Salad ungu.
  2. Ceri tomato.
  3. Hirisan lobak merah atau baby carrot.
  4. Brokoli.
  5. Salad iceberg lettuce.
  6. Sos salad Thousand Island.

  Cara penyediaan;

  1. Potong hiris sebesar 1cm salad ungu dan iceberg lettuce.
  2. Celur brokoli 1 minit ke dalam air panas mendidih.
  3. Potong dua ceri tomato.
  4. Campurkan salad ungu, salad iceberg lettuce, tomato, brokoli dan lobak merah.
  5. Masukkan sos salad.
  6. Gaul sehingga rata.
  7. Hidangkan!

P/S: Nak tambah kerepek Nanchos pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.

#2 Salad Salmon / Ayam

Tomato Ceri
Tomato Ceri
mulai
RM3.90
Semak Tomato Ceri harga dibawah:

Tomato ceri boleh dihidang dengan pelbagai cara, seperti salad buah atau sayur. Rasanya manis buah jika dimakan begitu saja. Kebaikan tomato ini datangnya dari warna merahnya disebabkan kehadiran lycopene.

Kebaikan tomato ceri ini adalah melancarkan perjalanan darah, bantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan dan banyak lagi.

Bahan-bahan;

  1. Potongan salmon atau ayam.
  2. Bawang merah dipotong dadu.
  3. Baby tomato.
  4. ½ Avokado.
  5. Brokoli.
  6. Bayam.
  7. 1 sudu minyak bijan.
  8. 1 sudu madu.
  9. 1 ulas bawang putih diketuk dan dipotong dadu.
  10. 1 biji perahan limau nipis.

Cara penyediaan;

  1. Salmon atau ayam di masak tapi elakkan menggoreng. Sebaiknya rebus atau grill.
  2. Bawang merah digoreng bersama planta sehingga naik kekuningan.
  3. Brokoli dan baby tomato dicelur 1 minit ke dalam rebusan air panas menggelegak.
  4. Tos kan sayur sehingga kering.
  5. Dalam satu mangkuk makan, masukkan bawang, brokoli, baby tomato, bayam, minyak bijan, madu, bawang putih dan perahan limau nipis.
  6. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  7. Kemudian letak salmon atau ayam bersama avokado atas sayur yang digaul tadi.
  8. Hidangkan!

P/S: Kalau nak hias salad dengan taburan keju mozarella pun boleh. Ikut citarasa masing-masing!

#3 King Prawn Avocado Beetroot Salad 

Baby Bayam
Baby Bayam
mulai
RM8.90
Semak Baby Bayam harga dibawah:

Bayam atau nama saintifiknya, Spinacia oleracea, adalah salah satu sayuran hijau paling popular di dunia kerana ia merupakan sumber yang kaya dengan mineral, vitamin, zat besi, protein dan pigmen.

Jadi, kalau makan sayur bayam ni secara automatik akan jadi seperti kartun Popeye The Sailor Man yang akan menguatkan otot, tulang, memperbaiki penglihatan dan banyak lagi kelebihan lain.

Bahan-bahan

  1. Udang harimau yang sudah dipanggang.
  2. Baby bayam yang sudah dibasuh bersih.
  3. Hirisan buah avokado.
  4. 1 sudu bijan hitam atau putih.
  5. Sos One Thousand Islands.

Cara penyediaan:

  1. Gaul udang, baby bayam, bijan dan sos one thousand islands.
  2. Letak hirisan buah avokado.
  3. Siap untuk dihidang!

#4 Strawberry Mango Avocado Salad

Salad Iceberg Lettuce
Salad Iceberg Lettuce
mulai
RM7.20
Semak Salad Iceberg Lettuce harga dibawah:

Iceberg lettuce adalah bahawa hijau pucat, walaupun tidak begitu popular seperti sayur-sayuran lain tapi ramai penggemar sayur sukakan rasa krim dan ringan.

Jadi, sayuran ini sering dijadikan makanan tambahan seperti ulam atau makanan sayuran setiap kali seseorang melakukan proses diet.

Bahan-bahan;

Bahan A

  1. Buah strawberi, manga dan avokado.
  2. Daun ketumbar.
  3. Sebatang jeruk cili hijau.
  4. Iceberg lettuce.

Bahan B

  1. 1 biji perahan limau nipis.
  2. 2 sudu besar madu.
  3. 1 sudu kecil minyak avokado.
  4. Jintan putih secubit.
  5. Garam secubit.

Cara penyediaan;

  1. Kisar semua bahan B sehingga halus.
  2. Potong buah mengikut citarasa sendiri. Sebaiknya dadu, mudah untuk dimakan.
  3. Hiris daun ketumbar, cili jeruk dan salad lebih kurang 1cm.
  4. Gaul ke semua bahan A dan B.
  5. Hidangkan!

#5 Asian Cucumber Salad

Timun Jepun
Timun Jepun
mulai
RM2.00
Semak Timun Jepun harga dibawah:

Siapa penggemar sushi mesti tahu timun jepun ni sebab digunakan dalam hidangan sushi. Malangnya, tak ramai yang tahu kewujudan timun jepun tapi percayalah, sekali rasa, memang jatuh cinta. 

Selalunya orang kita buat ulam makan dengan nasi. Khasiatnya kaya dengan serat, asid folat, vitamin C dan banyak lagi sehingga dapat menjaga kesihatan mata, menjadikan badan sentiasa hidrasi dan lain-lain lagi.

Bahan-bahan;

  1. Timun jepun dihiris.
  2. Kacang panggang madu yang sudah ditumbuk.
  3. Seulas bawang putih yang dipotong dadu.
  4. 1 sudu cuka kurma.
  5. 1 sudu minyak bijan.
  6. 1 sudu soy sauce kurang garam.
  7. 1 sudu red pepper flakes.

Cara penyediaan;

  1. Masukkan kesemua 7 bahan di atas.
  2. Gaul sehingga rata.
  3. Hidangkan!
End of Article