Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
garlicplant

Tahu Tak Bawang Putih Boleh Tanam Dekat Dalam Rumah?

Tanam je! Tak perlu bazir duit beli bawang putih dekat pasar raya. Jimat duit!

Tak dapat dinafikan kebanyakan dari kita lebih banyak menghabiskan waktu di rumah sewaktu musim penularan wabak COVID-19 ini.

Jadi, apa kata kita bercucuk tanam tanaman yang mendatangkan hasil? Misalnya, tanam bawang putih. Rezeki kalau tanaman ni menjadi, tak perlu bazir duit beli bawang putih dekat pasar raya. Jimat duit!

Jadi, jom tanam bawang putih cara Martha Stewart. Barang yang diperlukan sebelum menanam adalah…

Table of Contents

Bawang putih
mulai
RM3.50
Semak Bawang Putih harga dibawah:
Pasu
mulai
RM0.67
Semak Pasu harga dibawah:
Tanah tanaman
mulai
RM1.39
Semak Tanah tanaman harga dibawah:

Cara tanam bawang putih dalam rumah

  1. Masukkan tanah hitam atau tanah pot (potting soil) dalam pasu. 
  2. Masukkan empat ulas bawang putih dalam tanah yang sudah dimasukkan dalam pasu.
  3. Letakkan pasu di kawasan tingkap atau balkoni yang dihujani cahaya matahari.
  4. Siram air dalam kuantiti yang sedikit untuk proses percambahan pucuk.
  5. Biarkan selama 7 hingga 10 hari dan lihat hasilnya.
  6. Jangan lupa gemburkan tanah untuk pertumbuhan pokok yang baik.

Cara tanam bawang putih luar rumah.

Sama saja langkah seperti cara tanam dalam rumah cuma, jika tanam bawang putih di luar rumah, pastikan tanah kering dengan dengan PH sekitar 6.5 hingga 7.

Menurut Martha Stewart, jika mempunyai tanah yang nipis atau berpasir, tambahkan saja kerana itu satu kelebihan untuk membantu pertumbuhan bawang putih secara optimum.

Kemudian, letakkan kawasan yang terdedah dengan matahari supaya pucuk bawang putih dapat bercambah dengan baik dalam tempoh 7 sehingga 10 hari. 

Bila boleh lihat hasil tanaman?

Menurut Martha, selalunya sekitar tujuh hingga lapan bulan atau lihat saja keadaan daun dan batang bunganya. 

“Jika daun hijau sudah sudah bertukar berubah coklat dan batang bunga menjadi lembut, maknanya bawang putih sudah matang,” jelasnya. 

Selamat bercucuk tanam!

End of Article