Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
sawi

Tahu Tak Sebenarnya Ada 5 Jenis Sawi & Cara Masak Pun Berbeza

Walaupun kelompok sayur yang sama tapi terdapat perbezaan khasiat, rasa dan cara masak.

Di Malaysia, penanaman sawi yang banyak terdapat di negeri Johor, Selangor dan Pahang. Apa yang menarik, penanaman sawi di negara kita bukan untuk pasaran domestik saja malah untuk pasaran antarabangsa juga.

Kami juga yakin, tak ramai yang tahu sayur sawi mempunyai lima jenis iaitu Sawi Putih, Sawi Jepun, Sawi Hijau, Sawi Pahit dan Sawi Bunga. Jangan keliru guys!

Walaupun kelompok sayur yang sama tapi terdapat perbezaan dari segi khasiat, rasa dan cara memasak. Jom kita kenal satu persatu jenis sawi dan cara memasaknya.

View this post on Instagram

A post shared by sis_ani_ (@sis_ani_)

Sawi Putih
Sawi Putih
From
RM1.99
Check Sawi Putih price below:

Namanya saja sudah jelas sayur sawi putih ini mempunyai warna putih yang banyak tapi tidak keseluruhan.

Hanya bahagian batangnya saja bewarna putih. Daun yang melebar dan mengembang bewarna hijau pekat.

Menurut satu kajian yang dijalankan pada 2016, khasiat yang ada pada sawi putih ini pula dapat menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 15% dan dapat melembutkan najis.

Bahan-bahan;

  1. Sayur sawi putih dipotong.
  2. Telur 1 biji.
  3. 1 biji cili besar dipotong.
  4. Bawang merah 1 biji sederhana dihiris.
  5. Air panas 1 mangkuk kecil.
  6. 1 sudu serbuk perasa.

Cara penyediaan;

  1. Tumis bawang merah dan cili sehingga naik bau.
  2. Masukkan telur dan hancurkan bersama bahan tumis.
  3. Masukkan sayur sawi dan air.
  4. Kacau sehingga rata.
  5. Hidangkan!

Sawi Hijau
Sawi Hijau
From
RM2.90
Check Sawi Hijau price below:

Sayur sawi hijau atau nama lainnya, Choy Sam mempunyai banyak khasiat antaranya, mengawal tahap gula dalam badan, menjaga kesihatan gigi dan tulang, memberi kesihatan kulit dan banyak lagi.

Ciri-ciri Sawi Hijau pula berdaun tegak, berwarna hijau, berukuran lebih kurang 20-25cm. Bahagian batangnya putih kehijauan dan semakin ke hujung, daunnya semakin mengecil.

Selalunya sawi hijau masak untuk hidangan goreng seperti mee goreng atau hidangan sup. Jom tengok sup sayur bersama ayam kampung lada hitam.

Bahan-bahan;

  1. Sayur sawi hijau dipotong.
  2. Lobak merah dihiris.
  3. Cili merah dihiris.
  4. Halia 1 cm diketuk.
  5. Bawang putih 4 ulas diketuk.
  6. Serbuk perasa 1 sudu besar.
  7. Bawang bawang 1 biji sederhana dipotong dadu.
  8. Air panas semangkuk kecil.

Cara penyediaan;

  1. Tumis bawang putih, merah, cili dan halia.
  2. Masukkan air panas dan biarkan sehingga menggelegak.
  3. Masukkan serbuk perasa dan gaul sehingga harmoni.
  4. Kemudian, masukkan lobak merah dan sayur hijau.
  5. Tuang ke atas ayam kampung lada hitam.
  6. Hidangkan!
View this post on Instagram

A post shared by Kampung Gold (@kampunggold)

Sawi Bunga
Sawi Bunga
From
RM4.00
Check Sawi Bunga price below:

Sayur sawi bunga atau nama lainnya Choy Sum Fa mengandungi antioksidan, mineral, vitamin A, B6 dan C yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Bagi yang masih lagi tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti sawi bunga, mudah saja. Pada bahagian pucuk daun, mempunyai bunga berwarna kuning. Jangan dibuang pula, ada khasiat pada bunga tu, jadi bila masak masukkan sekali ke dalam hidangan.

Untuk hidangan sawi bunga pula kami akan kongsikan resepi sawi bunga tumis udang.

Bahan-bahan;

  1. Sawi bunga dipotong.
  2. Baby corn di potong senget.
  3. Udang harimau 10 ekor.
  4. Cili  merah dihiris.
  5. Bawang putih diketuk.
  6. Bawang merah dihiris.
  7. Udang kering ikut citarasa ditumbuk.
  8. Serbuk perasa 1 sudu besar.
  9. Air panas 1 cawan kecil.

Cara penyediaan;

  1. Tumis bawang putih, merah, cili dan udang kering.
  2. Masukkan air panas bersama udang harimau.
  3. Kacau sehingga udang masak dan masukkan serbuk perasa.
  4. Gaul sehingga sebati dan masukkan baby corn dan sawi bunga.
  5. Kemudian harmonikan semua bahan yang ada dalam kuali.
  6. Hidangkan! 
View this post on Instagram

A post shared by Oniez (@oniez)

Sawi Pahit
Sawi Pahit
From
RM6.90
Check Sawi Pahit price below:

Sayur sawi pahit atau nama lainnya, Kai Choy adalah salah satu jenis sawi yang terkenal di Malaysia. Daunnya yang hijau memenuhi batang dari bawah sehingga melebar ke atas. Warna batangnya putih kehijauan.

Selalunya orang melayu masak sawi pahit ni sebagai penambah perasa dalam hidangan mee goreng, ditumis, dimasak sup untuk orang yang berpantang atau dibuat jeruk sawi. 

Tapi, perlu diingatkan, jika sawi dibuat jeruk, khasiat sawi seperti vitamin A dan C akan hilang. Jadi, kami nak kongsikan dengan ada resepi menu Sawi Cah Sapi.

Bahan-bahan;

  1. 1 ikat sawi pahit di potong-potong.
  2. 100gram daging yang sudah direbus dihiris nipis.
  3. 1 biji bawang merah dihiris.
  4. 2 ulas bawang putih diketuk.
  5. 2 cili merah dihiris.
  6. 1 sudu besar sos tiram
  7. 1 sudu besar kicap manis.
  8. 1 sudu besar sos ikan.
  9. 1 sudu garam masala.
  10. 1 mangkuk kecil air rebusan daging.

Cara penyediaan;

  1. Tumis cili, bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan sos tiram, kicap dan sos ikan.
  3. Gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan air rebusan daging bersama garam masala.
  5. Biarkan menggelegak.
  6. Masukkan daging yang sudah direbus bersama sawi.
  7. Hidangkan!

Sawi Jepun
Sawi Jepun
From
RM3.60
Check Sawi Jepun price below:

Sayur sawi jepun atau nama lainnya Pak Choy sering menjadi makanan sampingan kegemaran rakyat Malaysia. 

Kalau korang nak tahu, ciri-ciri Pak Choy, daunnya tebal, melebar, berwarna hijau tua dan urat daun berwarna putih. Bentuk bahagian bawahnya pula bulat, berwarna putih. 

Selalunya orang cina masak hidangan Pak Choy Sos Tiram tapi kalau bagi tekak melayu, mestilah nak kena menumis. Jom masak Pak Choy Tumis!

Bahan-bahan;

  1. Sawi Pak Choy 1 plastik.
  2. Bawang merah 1 biji saiz sederhana dihiris.
  3. Bawang putih 3 ulas.
  4. Cili merah 1 tangkai.
  5. Serbuk perasa 1 sudu.
  6. Sos ikan 1 sudu besar.
  7. Sos tiram 2 sudu besar.
  8. Air panas 1 cawan kecil.

Cara penyediaan;

  1. Potong sikit bahagian bawah sayur Pak Choy dan cuci.
  2. Tumbuk bawang putih, merah dan cili.
  3. Tumis semua bahan tumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tiram dan sos ikan.
  5. Tumis sekejap dan masukkan air panas bersama serbuk perasa.
  6. Biarkan sehingga menggelegak dan tutup api.
  7. Masukkan sayur Pak Choy dan ratakan sehingga harmoni.
  8. Hidangkan!

View this post on Instagram

A post shared by Bhavik Daya (@bdaya28)

End of Article