Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
killants

5 Langkah Berkesan Kalau Tak Nak Semut Melata Dalam Rumah

Sebenarnya ada syarat jika kita ingin membunuh semut.

Semut memiliki lebih dari 12,500 spesis dan tubuh serangga ini kebanyakannya bersazi kecil tapi kecil-kecil cili api ye. 

Mereka mampu merosakkan makanan yang masih lagi elok untuk dimakan. Kadang-kala tu terpaksa buang makanan sebab dah ada semut menghurung, sakitnya hati!

Mungkin juga ada di antara kita fikir membunuh semut adalah satu kesalahan besar tapi sebenarnya ada syarat jika kita ingin membunuh mereka. 

View this post on Instagram

A post shared by abul_aswad (@abulaswad2019)

Jelas sudah sama ada boleh atau tidak membunuh semut, jadi jom kami ajar macam mana nak hapuskan ‘askar-askar’ semut yang melata dalam rumah nak rosakkan makanan kita.

#1 Cari punca

Bila nampak ‘askar-askar’ semut menghurung makanan, rilek! Jangan terus usik kerja mereka. Cuba lihat dari mana mereka datang. Bila dah jumpa, baru teruskan misi seterusnya!

#2 Hapuskan dengan apa cara sekalipun!

Ambil bahan semburan racun untuk membunuh semut dan semburkan pada kawasan punca tersebut dan hapuskan jejak semut pada sepanjang titik laluan mereka.

Pest Asia Ant Killing Eco Bait
Pest Asia Ant Killing Eco Bait
mulai
RM12.00
Semak Pest Asia Ant Killing Eco Bait harga dibawah:

Pest Asia Ant Gel membantu menghapuskan semut hanya dalam masa dua hingga tiga hari. Gel ini juga mudah digunakan sehingga dapat memusnahkan semut di celah-celah yang sukar untuk kita capai.

Ubat semut jenis kapur
Ubat semut jenis kapur
mulai
RM0.85
Semak Ubat semut jenis kapur harga dibawah:

Cara guna ubat semut jenis kapur ini sangat mudah, hanya lakarkan garisan pada kawasan laluan semut dan mereka akan mati selepas 4 sehingga 10 jam selepas serbuk ini terkena mana-mana anggota badan mereka.

Jangan risau, kapur ini tidak mengeluarkan bau busuk tapi pastikan cuci tangan dengan air setelah memegang kapur.

#3 Tutup lubang punca

Jika lubang punca semut pada bahagian dinding yang berlubang atau bahagian tengah garisan jubin, sembur dengan racun terlebih dahulu dan tutup lubang tersebut.

Cara tutup lubang punca adalah menggunakan plaster dinding. Ini memastikan laluan keluar masuk semut dalam rumah tertutup. Jadi, mereka tak dapat keluar menghurung makanan lagi.

KTH Putty Filler Filling
KTH Putty Filler Filling
mulai
RM3.84
Semak KTH Putty Filler Filling harga dibawah:

Putty Filler adalah menutup keretakan, lubang kecil dan meratakan permukaan yang tidak rata untuk menjadikan permukaan sekata dan licin.

Jangan risau, KTH Putty Filler ini cepat kering, senang digunakan, menjimatkan masa dan menjimatkan kos.

#4 Doa

Seterusnya, baca satu baris doa mudah supaya selepas ini semut atau rakyat Nabi Sulaiman tidak lagi muncul dalam rumah untuk merosakkan makanan lagi.

#5 Sentiasa bersihkan rumah

Perkara asas korang kena pastikan adalah…

  1. Kalau ada serbuk biskut atau keropok manis terabur, lap dengan kain basah sehingga bersih.
  2. Jangan tinggalkan makanan tidak bertutup.
  3. Sentiasa pastikan permukaan meja makan bersih.
  4. Gunakan bekas yang betul untuk menutup makanan.
Bekas Makanan Balang Kaca (24 unit)
mulai
RM9.00
Semak Bekas Makanan Balang Kaca (24 unit) harga dibawah:
ANEKA Anti-Bacterial Microfiber Cloth
ANEKA - Anti-Bacterial Microfiber Cloth
mulai
RM8.90
Semak ANEKA Anti-Bacterial Microfiber Cloth harga dibawah:
End of Article