Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ikan sebelah

Macam Mana Boleh Wujudnya Spesis Ikan Sebelah?

Mereka makan ikan itu pada bahagian sebelahnya lalu tidur kerana kepenatan.

Ikan sebelah atau nama saintifiknya, Pleuronectiform atau nama lainnya ikan sisa nabi. Jika kita kumpulkan dan dengar sejarah bagaimana boleh wujudnya spesis ikan ini, pasti korang akan mendengar pelbagai jenis cerita.

Table of Contents

Dried Flatfish
mulai
RM15.30
Semak Dried Flatfish harga dibawah:

Ikan sebelah bukan saja boleh dimakan secara goreng atau kukus tapi diawet dalam bentuk ikan masin juga. Cara penyimpanan ikan masin sebelah ini mestilah di tempat kering, dibungkus kemas diantara suhu 0-8℃.

Sejarah sebenar Ikan Sebelah

Kisah sebenar ikan sebelah menurut petikan dalam surat al-Kahfi ayat 60-82 adalah satu cerita yang wajib kita sebagai umat Islam tahu dan fahamkan. Ayat ini menerangkan tentang kisah perjalanan Nabi Musa a.s. yang dirakamkan Allah Yang Maha Besar.

Ketika Nabi Musa AS berpidato di hadapan kaum Bani Israil, ada seorang dari mereka bertanya, “Hai Musa, siapakah orang yang paling banyak ilmunya di muka bumi ini?”, dan Nabi Musa menjawab penuh yakin, “akulah orang yang paling banyak ilmunya di muka bumi ini.”

Namun, Allah telah mencela Nabi Musa AS kerana dia tidak menyedari bahawa ilmu yang diperolehnya itu adalah pemberian Allah.

Lalu Allah mewahyukan kepada Musa,  “Musa, sesungguhnya ada seorang hamba-Ku yang lebih banyak ilmunya dan lebih pandai darimu dan dia sekarang berada di pertemuan dua lautan.”

Nabi Musa AS bertanya, “Ya Tuhan, bagaimana caranya saya dapat bertemu dengan hamba-Mu itu?” dan Allah menjawab pertanyaan tersebut dengan meminta Nabi AS membawa seekor ikan di dalam keranjang dari daun kurma ke tempat pertemuan dua laut dan apabila ikan tersebut melompat, di situlah hamba-Nya berada.

Dalam hadis Nabi Muhammad SAW, ketika Nabi Musa AS dan seorang muridnya berjalan sehingga ke batu besar tepi laut, mereka berdua telah memakan ikan itu pada bahagian sebelahnya lalu tidur kerana kepenatan.

Dalam pada masa yang sama, ikan tersebut keluar dari keranjang diam-diam lalu melompat dan mengambil jalannya di laut. Begitulah sejarah bagaimana wujudnya ikan sebelah.

Video penuh tentang ikan sebelah bersama mitos-mitos penceritaan.

Ikan sebelah ni boleh masak apa?

Alang-alang kita dah merungkai sejarah tentang ikan sebelah, apa kata kita selongkar pula menu apa yang boleh kita masak menggunakan ikan sebelah ini. Lagipun ikan spesis ini dikatakan kaya dengan protein.

Ikan sebelah goreng berlado

Bahan-bahan;

  1. 4 batang cili merah.
  2. 3 batang cili padi.
  3. ½ biji buah tomato.
  4. 4 biji bawang merah kecil.
  5. 4 biji bawang putih.
  6. Ikan sebelah yang sudah digoreng.
  7. Garam dan gula.

End of Article