Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Rendang Kalau Nak Padu Kaw Kaw, Kena Letak ‘Bahan Rahsia’ Ni!

Raya lebih meriah dengan Rendang yang pelbagai jenis!

Bila menjelang raya, masakan Rendang adalah menu wajib bagi setiap rumah dan akan dihidang pada pagi raya. Tipulah kalau tak ada, sekurang-kurangnya ada satu jenis Rendang.

Lebih meriah lagi, apabila pelbagai jenis Rendang dihidang. Rendang Ayam, Rendang Kambing, Rendang Daging atau Rendang Rusa, umpph! Kecur air liur dibuatnya.

Malangnya, tak semua orang tahu ‘bahan rahsia’ yang boleh buat rasa Rendang korang sekali makan, boleh rindu sampai raya tahun depan. Jom tengok resepi turun-temurun dari nenek moyang kita.

Bahan-bahan

Bahan kisar A;

  1. Cili kering yang sudah dikisar.

Bahan kisar B;

  1. Lengkuas sejengkal.
  2. Halia sejengkal.
  3. Bawang putih 1 labu.
  4. Bawang merah 4 biji besar.
  5. Kunyit hidup 2 biji besar ibu jari.
  6. Serai 3 batang

Bahan lain-lain;

  1. Daging 2 kilogram (KG).
  2. Santan segar 1 bungkus besar.
  3. Buah keras 1 biji kecil.
  4. Daun kadok 4 keping besar.
  5. 2 keping asam gelugor.
  6. Daun kunyit besar dihiris nipis.
  7. Garam dan gula.
  8. Kerisik.

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan buah keras yang sudah ditumbuk halus dan kacau sehingga rata.
  3. Masukkan pula bahan kisar A dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan 2kg daging yang sudah dibasuh bersih. Gaul sehingga rata.
  5. Biarkan sehingga air daging keluar.
  6. Masukkan santan, daun kadok, kerisik dan asam gelugor.
  7. Biarkan sehingga sedikit kering.
  8. Masukkan daun kunyit, gula dan garam.
  9. Biarkan sehingga kering.
  10. Sedia untuk dihidang bersama lemang lemak!

Apa bahan rahsia resepi Rendang sedap kaw kaw?

#1 Daun kadok

Untuk pengetahuan korang, daun kadok merupakan salah satu tanaman herba dan kalau korang perasan, daun kadok dimasukkan dalam masakan rendang daging tadi bersama kerisik, santan dan asam gelugor. 

Daun ini bertujuan untuk memberi rasa lebih sedap dalam hidangan sekaligus dapat memberi kesihatan pada badan kerana daun kadok merupakan dalam kumpulan daun herba.

View this post on Instagram

A post shared by DONNA (@thedonnamy)

#2 Buah keras

Perasan tak kalau kita lihat tukang masak profesional masak kadang-kala mereka masukkan buah keras dalam hidangan mereka?

Fungsi sebenar buah keras adalah untuk beri kuah masakan lebih pekat, rasa yang lemak dan menaikkan lagi bau aroma masakan. Jadi, kalau masukkan buah keras ni, confirm Rendang korang sedap, berlemak dan padu kaw-kaw!

Surabi Buah Keras
mulai
RM4.49
Semak Surabi Buah Keras harga dibawah:

Buah keras selalu digunakan dalam masakan Asia Timur untuk menjadikan tekstur kuah lebih pekat dan rasa masakan lebih sedap. 

Selain itu, buah keras juga turut mengandungi beberapa khasiat seperti melebatkan rambut, melembabkan kulit dan lain-lain lagi

#3 Kerisik

Mungkin ada daripada kita lebih suka membeli kerisik di kedai berbanding menumbuk sendiri di rumah. Maklumlah, tumbuk kerisik memerlukan masa dan tenaga yang banyak tapi sebenarnya kalau kerisik tumbuk sendiri lebih sedap sebab tiada campuran bahan pengawet.

Cuma, jika tidak ada masa dan tenaga yang banyak tak salah nak guna kerisik di kedai. Janji korang masukkan dua bahan rahsia di atas ye?

Cap Wangi Kerisik Kelapa
mulai
RM5.55
Semak Cap Wangi Kerisik Kelapa harga dibawah:

Kerisik kelapa Cap Wangi dikatakan menggunakan kelapa 100 peratus untuk memberi rasa keaslian kerisik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article