Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
melaka cincau

Tak Perlu Pergi Melaka Beli Cincau, Jom Buat Sendiri!

Kenapa nak susah-susah nak pergi melaka beli cincau?

Baru-baru ini tular sebuah video seorang wartawan meminta penjelasan daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang isu rentas yang seolah-olah ‘dua darjat’.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai ayat yang disusun ketika mengajukan soalan seolah-olah ‘menyembur’ pihak tertentu. Ayatnya berbunyi…

“Kita tak mahu lagi rentas negeri melibatkan orang kenamaan, orang terkenal bagi alasan tidak munasabah. Contohnya ke Melaka membeli cincau. Nak ke Pulau Pinang membeli pasembur,”

Tapi kami tak nak sentuh isu itu lagi cuma nak kongsikan cara pembuatan cincau dari rumah. Jadi, tak perlu lagi korang semua susah-susah nak pergi melaka beli cincau, #eh!

Resipi cincau

Bahan penyediaan:

  1. Daun cincau yang kering.
  2. Air bersih.
  3. Tepung kanji.
  4. Pati air abu (Sodium Silicate).
  5. Daun pandan dikoyak dan diikat simpul.
Daun kering herba cincau pakej kit homemade
Cincau Ummi
cincau ummi
mulai
RM37.00
Semak Cincau Ummi - Daun Cincau Hitam Kering 1Kg harga dibawah:

Di Malaysia, masih tidak ada lagi penanaman daun herba cincau yang besar-besaran. Jadi, syarikat Cincau Ummi menyediakan pakej kit homemade dan juga pakej bisnes untuk mereka yang ingin menyediakan sendiri cincau di rumah dan untuk berniaga secara kecil-kecilan.

Kepada pembeli Muslim, daun herba cincau kering disini bukan dari pengilang Cina kerana asal dari muslim Indonesia serta dibungkuskan oleh orang muslim.

Cara pembuatan:

  1. Basuh daun cincau yang kering sehingga bersih.
  2. Masukkan pati air abu untuk mengeluarkan pati daun cincau kering.
  3. Kemudian, kacau kesemua bahan sehingga rata dan diperam semalaman.
  4. Setelah itu, masak perapan cincau selama satu jam.
  5. Asingkan air dan daun cincau dengan menggunakan alat penapis.
  6. Masukkan tepung kanji yang dicampur bersama air ke dalam air cincau yang sudah ditapis.
  7. Masak sehingga tekstur cincau mencapai tahap likat.
  8. Masukkan ke dalam bekas untuk membentuk.

Tip: Masukkan cincau yang sudah likat ke dalam bekas secepat yang mungkin kerana proses ini cincau mudah mengeras.

Kelebihan cincau

View this post on Instagram

A post shared by Omedic (@omedic.id)

Mungkin ada yang beranggapan minuman pepejal hitam ini tidak mengandungi apa-apa khasiat tapi disebalik warna pekat kehitaman cincau terdapat kandungan gizi yang bagus untuk kesihatan tubuh badan kita seperti kalsium, fosfor, dan karbohidrat serta vitamin A, vitamin B1 dan vitamin C. 

Menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh bahagian Makanan dan Kesihatan Awam pada tahun 2013, cincau hitam ada manfaat. Antaranya...

  1. Dapat menyejukkan badan.
  2. Mengurangkan risiko diabetes.
  3. Dapat megurangkan tekanan darah tinggi.
  4. Mengurangkan risiko penyakit barah.
  5. Meningkatkan sistem imunisasi.

Bagus bukan minuman air cincau? Tak peliklah kalau sekarang tengah trending. Apa yang penting tak perlu ke Melaka membeli cincau, kita buat cincau! 

Kalau korang malas nak buat cincau, boleh je terus beli dekat link di bawah, okay?

Soya cincau ekspres
F&N
Soya Cincau
mulai
RM43.00
Semak F&N Syok Soya Cincau Bundle harga dibawah:

Sangat sesuai untuk dihidang untuk tetamu pada musim perayaan. Hanya tuang ke dalam gelas yang berisi ais batu dan sedia untuk dihidang.

Pembelian bundle dua jenis air F&N ini mempunyai 1 liter 12 kotak air soya dan 300 ml 12 tin air cincau.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article