Dengan pesatnya pekembangan teknologi pada masa kini sehingga pembelian barang boleh dibuat hanya dihujung jari saja. Antara aplikasi yang menjadi tumpuan kita semua untuk membuat pembelian adalah Lazada atau Shopee. Pilih barang, masukkan ke dalam troli atas talian dan membuat bayaran menggunakan rangkaian internet. Mudah!
Malangnya, terdapat segelintir pihak penjual mengambil kesempatan dengan menipu duit pembeli. Bagaimana untuk mengelak diri dari menjadi mangsa tipu dari aplikasi atas talian ini? Berikut adalah senarainya...
#1 - Harga tidak masuk akal dengan kualiti barang.
Pernah tak jumpa barang yang dicari dan harga yang amat murah sehingga tak masuk dek akal? Jika ya, kemungkinan besar penjual itu adalah scammer! Misalnya, gambar di bawah.
Seperti kita tahu, harga telefon iPhone 12 (64GB) di pasaran berharga RM 3,899 (Sumber: Apple Store Malaysia) dan pada rajah di atas, iPhone 12 (512GB + 8GB) dijual dengan harga RM 274. Ini bermakna, lebih 90 peratus diskaun diberikan di mana kita sendiri boleh fikir secara logik, bolehkah sebuah alat komunikasi canggih ini dijual dengan harga serendah itu?
Jadi, pemalsuan produk dapat dinilai hanya dengan harga serta sesebuah produk sama ada masuk akal atau tidak harga yang diletakkan. Tidak kiralah jika barangan jenama yang kurang dikenali kerana scammer boleh menipu dengan 1001 cara.
Tip ringkas: Boleh periksa laman web rasmi produk yang ingin dibeli untuk Recommended Retail Price (RRP) bagi bandingkan harga di pasaran dan harga di aplikasi Lazada dan Shopee.
#2 - Kedai yang baru dibuka
Tidak semestinya semua kedai baru di Lazada dan Shopee adalah scammer. Namun, jika penjual tersebut mempunyai ciri nombor #1, kemungkinan besar penjual tersebut adalah scammer!
Lihat kedai yang kami nyatakan di atas, ini adalah milik penjual scammer yang menjual iPhone 12 dengan harga murah seperti yang dinyatakan pada #1. Disini kita boleh lihat, penjual tersebut baru saja bekerjasama dengan pihak Shopee selama sembilan hari tapi sudah mempunyai lebih 200 komen tentang produk mereka.
Tambah, mereka turut berikan baucar potongan harga sebanyak 98 peratus, terlalu banyak dan tidak masuk akal untuk harga sebuah telefon pintar berjenama!
Tip ringkas: Sebelum membuat pembelian pastikan lihat profil penjual dan lihat harga serta produk yang mereka jual. Sekiranya tidak masuk akal dan mencurigakan, cari kedai lain!
#3 - Ulasan produk tiada atau tidak memberangsangkan
Seterusnya, reputasi sesebuah kedai di Lazada atau Shopee ditentukan dari ulasan yang diberikan kepada pelanggan mereka. Sekiranya banyak respon yang negatif, lebih baik cari penjual yang lain.
Walaupun cara ini tidak semestinya peniaga adalah penipu tapi ini adalah salah satu cara yang terbaik bagi melindungi diri dari ditipu. Pepatah melayu kata, sediakan payung sebelum hujan.
#4 - Minta maklumat peribadi.
Untuk pengetahuan semua pengguna Lazada dan Shopee, penjual sama sekali tidak boleh minta maklumat peribadi pembeli sama ada melalui panggilan, mesej atau emel. Jika ada, sebaiknya jangan dilayan.
Tip: Sentiasa jaga batas perbualan dengan penjual atas talian untuk langkah berjaga-jaga.
#5 - Minta pindahan bank dengan kadar segera.
Aplikasi Lazada dan Shopee sudah menyediakan ruangan pembayaran dikhaskan untuk pembeli membuat transaksi tapi jika penjual meminta melakukan transaksi dengan cara lain, berjaga-jagalah!
PERINGATAN: Jangan sesekali melakukan transaksi di luar laman web atau aplikasi Lazada dan Shopee kerana pihak mereka tidak akan membuat bayaran balik jika kita ditipu.
Kami harap perkongsian ini dapat membantu kita semua mengenal pasti scammer yang berlegar di Lazada dan Shopee. Kongsi maklumat ini dengan orang sekeliling terutama mereka yang kurang mahir dalam pembelian atas talian.
Penyunting
Table of Contents
Artikel Berkaitan
- Lazada 7.7 Jualan Tengah Tahun (Mid Year Sale)
- Sempena Hari Jadi Shopee, 12.12 Ni Ada Diskaun Sebanyak 50%!
- Beli Tapi Pengguna Tak Boleh Guna Gift Card Dari Shopee, Apa Jadi Ni?
- Pesta Syilling! Kumpul & Belanja Pada Shopee 5.5 Ini
- Rebut Pulangan Tunai Sempena Shopee 6.6 Mid Year Mega Sale!
- 7.7 Kali Ini Bertemakan Festival Fesyen & Kecantikan, Jom Shoping!
- Shopee 8.8 Jualan Jimat Kembali Dengan Tawaran 88% Diskaun Untuk Anda
- Berbelanja Dengan Bijak! Jualan 10.10 Shopee Bermula Dengan Pelbagai Diskaun Untuk Anda