Memandangkan kucing ialah salah satu haiwan peliharaan yang mempunyai sifat pemakanan yang cerewet, makanan yang penuh khasiat dan juga sesuai dengan keadaan kesihatan si manja comel haruslah dititik beratkan oleh pemilik kucing. Waktu ini lah Whiskas akan menjadi bff kucing anda! Disebabkan keperluan kucing sangat berbeza dengan manusia, makanan manusia biasa tidak cukup untuk memberikan nutrisi yang penting kepada kucing. Kerana itu rata-rata pakar pemakanan kucing menasihatkan pemilik supaya memberikan kucing makanan premium semestinya lebih mahal dari jenama generic.
Sebab itu lah Whiskas menjadi jenama utama yang mengeluarkan makanan kucing premium yang berkualiti tinggi pada harga yang murah! Jenama makanan kucing Whiskas mempunyai pelbagai jenis makanan kucing daripada jenis wetfood ataupun kibble untuk kucing dewasa dan junior, dan juga jenis-jenis protein kegemaran furbabies anda seperti tuna dan mackerel.
Whiskas juga menitik-beratkan nutrisi kucing dengan menyesuaikan makanan untuk kucing yang mempunyai masalah kesihatan seperti untuk mengelakkan bulu gugur supaya sentiasa lebat dan ada juga jenis tinggi protein untuk menggemukkan kucing yang kurang berat badan dengan sihat!
Bila kita mula membela anak kucing, pasti kita ragu-ragu dengan cara pemakanan mereka bukan. Selepas anak kucing mula berhenti meminum susu ibu mereka, mereka akan mula memakan makanan kucing yang biasa. Namun ianya sangat wajib bagi memilih makanan yang tepat supaya badan mereka penih dengan nutrisi seimbang supaya mereka membesar dengan sihat dan kuat.
Whiskas Junior Wet Food ialah pilihan yang tepat bagi anak kucing kesayangan anda yang baru belajar untuk mengambil makanan solid. Seperti bayi kecil, anak kucing mempunyai gigi yang kecil dan rapuh. Mereka akan menghancurkan makanan hanya menggunakan lidah mereka yang kesat. Jadi makanan wetfood yang lembut sangat ideal bagi mereka.
Jangan keliru dengan wetfood kucing dewasa ya, kerana wetfood kucing junior ini lebih berkuah dan lembut tanpa ketulan besar supaya senang untuk anak kucing jilat dan telan.
Nutrisi daripada Whiskas Junior Wetfood ini pula sangat lengkap untuk membentuk sistem imunisasi anak kucing yang kuat. Anak kucing juga tidak akan bosan dengan dua protein pilihan, tuna dan mackerel kerana wetfood ini diperkaya dengan kebolehan untuk membantu memelihara bulu yang cantik, menguatkan tulang, meningkatkan kesihatan mata, dan juga mengandungi antioksidan yang akan mengelakkan si manja senang jatuh sakit ketika di usia yang masih kecil.
Whiskas Ocean Fish Dry Food ini sangat sesuai buat kucing yang berusia atas 12 bulan. Namun kucing ialah salah satu haiwan yang mempunyai gaya pemakanan yang sangat cerewet Seperti manusia, kucing juga mempunyai makanan kegemaran. Mungkin kucing anda sudah selesa dan gemar memakan wetfood untuk kucing junior, jadi anda tidak boleh menukar makanan mereka kepada kibble secara mengejut kerana mereka tidak akan memakannya dan pasti akan menunggu wetfood mereka juga. Jadi sebelum anda menukar makanan mereka daripada wetfood kepada kibble, anda harus melatih mereka untuk merasa kibble dahulu dengan cara mencampurkan kibble ke dalam wetfood.
Mula dengan campurkan kibble sedikit demi sedikit ke dalam wetfood dan naikkan jumlah kibble hari demi hari. Kucing anda akan lebih selesa dengan kibble selepas itu kerana mereka sudah biasa dengan bauan makanan kibble itu.
Whiskas Ocean Fish kibble ini sangat sesuai untuk latihan penukaran dari wetfood kepada kibble kerana ianya penuh dengan khasiat yang kucing 12 bulan ke atas perlukan. Semakin kucing membesar, mereka makin memerlukan protein yang tinggi. Jadi kibble Whiskas ini sangat sesuai bagi mereka.
Diformulasikan dengan omega 3 & 6, lelemak bagus, dan juga zat besi, kucing anda akan bertambah sihat dengan bulu yang bersinar dan lembut. Kibble ini juga lengkap dengan vitamin A dan taurine untuk kesihatan mata. Disebabkan kucing ialah haiwan karnivor, kucing memerlukan lebih protein daripada manusia. Jadi kibble berperisa ikan lautan ini sangat sesuai untuk anak kucing ada yang mula membesar kerana mengandungi protein daripada ikan sebenar termasuklah lemak baik dan vitamin.
Walaupun kucing dewasa lebih sesuai dengan memakan kibble, namun wetfood juga ada pentingnya dalam rutin pemakanan si manja. Selain dapat dibuat sebagai snek untuk si manja, wetfood juga mempunyai kebaikan yang lainnya. Contoh seperti, cecair didalam wetfood akan membantu gusi kucing untuk tidak kering dalm calar ketika mengunyah kibble yang keras. Bukan itu sahaja, wetfood yang cair dan lembut akan membekalkan air didalam badan kucing yang jenis tidak suka minum air.
Perisa yang pelbagai juga dapat meningkatkan minat kucing untuk makan dengan lebih banyak supaya kucing kekal sihat dan bertenaga. Wetfood yang dirumus khas dengan 41 nutrisi penting ini diperbuat daripada ikan-ikan segar, yang tinggi protein dan penuh dengan khasiat omega 3 & 6, lelemak baik dan juga zat besi yang akan memberikan kekuatan pada tulang, otot dan tumbesaran kucing.
Wetfood jenis ini juga dapat diadukkan dengan kibble supaya dapat member kelainan rasa pada makanan si manja. Pasti si manja suka akan kepelbagaian makanan mereka!
Sama seperti wetfood yang diatas, cuma yang ini pula mempunyai perisa tuna, ikan lautan dan juga tuna dengan campuran ikan berisi putih. Perisa yang pelbagai ini sangat sesuai dijadikan sebagai ganjaran snek untuk si bulu manja anda jika mereka berkelakuan baik. bertukar perisa makanan kucing dengan kerap sebenarnya tidak ideal kerana jika mereka mengambil terlalu banyak jenis makanan yang berlainan, mereka akan mudah sakit perut dan mungkin mengalami alergi makanan.
Namun kucing dewasa lebih daripada 7 tahun akan mula menjadi lebih cerewet terhadap makanan dan lebih cepat bosan dengan makanan yang sama, jadi pek wetfood pelbagai perisa begini sangat sesuai untuk kucing seperti ini.
Diperbuat dengan bahan-bahan yang segar danberkualiti tinggi, wetfood ini penuh dengan kebaikan taurine, minyak omega 3 & 6 dan vitamin E yang akan menyokong kesihatan mata, memelihara bulu yang sihat dan berkilau dan juga meningkatkan sistem imunisasi supaya kucing tidak mudah jatuh sakit.
Pek ini juga sangat ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja jika anda ingin membawa si manja travel ataupun sekadar berjalan di taman.
Whiskas sangat memahami tentang rutin pemakanan kucing yang berbeza mengikut peringkat hidup mereka, jadi Whiskas telah mengeluarkan pelbagai jenis perisa wetfood yang mengikuti keperluan pemakanan kucing daripada 2-12 bulan, 1 tahun keatas dan juga sehingga 7 tahun ke atas.
Whiskas menyediakan makanan wetfood 2-12 bulan untuk anak kucing yang memerlukan makanan yang tinggi lemak dan protein untuk membesar dengan cepat dan baik. Manakala anak kucing yang berusia 1 tahun sehingga 6 tahun yang sangat aktif pula harus diberikan Whiskas wetfood yang sesuai dengan umur mereka. Whiskas wetfood bagi kucing berumur 1 sehingga 6 tahun mengandungi tinggi protein, lemak dan antioksidan untuk membina otot yang kuat, menguatkan daya penglihatan dan juga memelihara sistem imunisasi yang sihat supaya tidak cepat sakit.
Bukan itu sahaja, kucing yang berusia 7 tahun ke atas atau dikenali sebagai kucing senior pula lebih gemar berehat, dan tidur dan tidak seaktif dahulu. Jadi gaya pemakanan kucing senior seperti ini juga akan berubah mengikut keperluan badan mereka. Disebabkan kucing yang tua akan lebih senang untuk dapat penyakit, Whiskas telah menyediakan makanan wetfood untuk kucing 7 tahun ke atas yang diperkaya dengan nutrisi yang akan membantu menguatkan kadar imunisasi dalam bada. Bukan itu sahaja, makanan untuk kucing tua juga akan rendah lemak dan protein dan tinggi fiber yang akan membantu sistem penghadaman mereka.
Sudahkan anda memilih makanan yang tepat bagi usia si manja anda?
Produk Whiskas Yang Popular- Whiskas Junior Range
Produk popular daripada Whiskas ialah sudah semestinya Whiskas Junior Range. Dengan harganya yang berpatutan, pemilik kucing baru pasti tidak rasa terbeban jika ingin membeli makanan anak kucing kesayangan mereka. Bukan itu sahaja, anak kucing makan dengan banyak kerana mereka sangat aktif dan cepat merasa lapar, jadi harga makanan mereka yang rendah sangat membantu pemilik kucing untuk membeli dengan banyak tanpa merasa terbeban.
Whiskas Junior Range ini merangkumi pek wetfood 85g dengan perisa mackerel dan tuna untuk menambah selera si manja. Pek wetfood ini juga ada didatangi didalam multipack pakej 24 pek untuk menyenangkan pemilik kucing membeli makanan kucing dengan banyak sekaligus. Junior Range ini juga mempunyai kibble berpoket yang mempunyai isi lembut didalam untuk anak kucing yang 6 bulan ke atas yang sudah mempunyai gigi susu. Kibble berpoket susu ini berperisa ikan lautan dan mackerel yang pasti akan menarik selera si manja.
Promosi Whiskas di Lazada & Shopee
Waktu akhir tahun seperti ini ialah waktu yang sangat sesuai untuk belanja si anak kucing anda makanan yang sedap-sedap. Almaklumlah, sale gila 11.11 tiba lagi dengan pelbagai jenama termasuklah Whiskas.
Pasti mereka lebih manja lagi jika anda surprise mereka dengan makanan dan snek kegemaran mereka daripada Whiskas ini. Sesuai juga buat waktu pandemic ini kerana pembelian dengan kod promo hanya sah di atas talian sahaja.
Lazada
Lazada telah berkolaborasi dengan Whiskas untuk membuat sale besar-besaran pada tarikh 11 november 2020 dengan memperkenalkan diskaun menarik sehingga 30% dan juga kod baucar tambahan diskaun 30% (slot masa terhad).
Shopee
Anda juga bakal mendapat durian runtuh kerana Shopee menawarkan diskaun sehingga 30% dan tambahan diskaun 10%. Di Shopee anda juga boleh menyertai peraduan review and rating dan berpeluang memenangi bag galas comel untul si bebola bulu anda! Bukan itu sahaja, penghantaran percuma dengan pembelian RM15 ke atas.
Mengenai Whiskas
Whiskas ialah jenama makanan kucing yang dahulunya dikenali sebangai Kal Kan, telah bertapak di Los Angelas, California sejak tahun 1936 lagi. Whiskas juga ialah anak syarikat Pedigree Petfoods yang mengilangkan makanan anjing.
Pada tahun 1989, Whiskas mendapat namanya daripada perkataan whiskers dari dalam bahasa inggeris yang bermaksud misai kucing. Walaupun jenama Kal Kan telah menjadi sangat popular dengan penjualan makanan kucing di US, namun syarikat mereka di seluruh Eropah ketika itu merasa Whiskas ialah nama yang tepat untuk makanan kucing kerana ianya mempunyai unsur-unsur feline.
Pada 3 Jun 1999, Whiskas membuat iklan pertama di US yang menampilkan kucing sebenar. Iklan tersebut menempatkan 10 kucing sebagai ujian untuk melihat jika kucing-kucing tersebut memilih makanan jenama lain ataupun Whiskas. Dan hasilnya ketika itu Whiskas mempunyai slogan iklan yang berbunyi “In our test, 8 out of 10 preferred it” membuatkan Whiskas memenangi bukan sahaja hati kucing-kucing malah pemilik kucing sekali.
Di Eropah pula iklan yang sama dimainkan dengan kata slogan sedikit berbeza dan lebih catchy iaitu “Cat would buy Whiskas (if they could)” yang membuatkan jenama Whiskas melonjak naik ketika itu dan membuatkan Whiskas jenama makanan kucing utama di seluruh dunia sehingga kini.