Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Checklist Promosi Barangan Rumah Kegemaran Anda Daripada Nestle

Milo, Maggi, Nestum, Nescafe, Susu Formula Bayi & Banyak Lagi!

Nestle adalah sebuah jenama yang sudah tidak asing di dalam kehidupan setiap warga Malaysia. Dari kecil sehingga besar, pasti anda telah menikmati keenakan produk Nestle yang penuh dengan khasiat dan nutrient. Tidak keterlaluan jika dikatakan, setiap warga Malaysia membesar dengan jenama ini. Antara produk popularnya yang pasti anda kenali adalah Milo, Maggi, Nestum, rangkaian susu formula untuk bayi Nestle, dan banyak lagi.

Di sini kami senaraikan rangkaian produk kegemaran anda yang bakal ditawarkan pada harga runtuh tidak lama lagi semasa Sale 11.11.

Semak Milo Active Chocolate Malt Drink 2kg harga dibawah:

Siapa yang tidak kenal dengan minuman coklat yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia sejak kecil lagi. Milo Active Chocolate Malt Drink 2 kg ini mengandungi ACTIV-GO®, kombinasi vitamin dan mineral daripada PROTOMALT yang membekalkan tenaga yang mencukupi untuk mengelakkan anda daripada berasa letih ah lesu sepanjang hari. Nutrien di dalam minuman ini bukan sahaja dapat membekal tenaga untuk anda yang aktif di tempat kerja dan jugak kanak-kanak yang aktif di sekolah, ia juga membantu fungsi metabolisma, fungsi otot, dan kesihatan tulang.

Hanya dengan satu bancuhan, anda sekeluarga boleh kekal bertenaga. Jom stockup di dapur sempena promosi masih berlangsung!

Semak NESCAFE Blend and Brew Original 85 Sticks, 19g Each harga dibawah:

Dicipta dengan ‘One Step Technology’ daripada NESCAFÉ®, ia merupakan proses reverse tradisional yang unik yang menggabungkan serbuk kopi dengan kreamer pekat yang dicampur dengan susu. Hasilnya? Kopi yang lazat serta lemak berkrim tetapi masih mengekalkan aroma kopi yang segar.

Diperbuat daripada biji kopi Robusta, paket ini didatangkan dalam bentuk sachet kecil yang memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja sama ada ke tempat kerja mahupun sewaktu travel. Bayangkan secangkir kopi dengan aroma yang menawan setiap pagi? Pasti anda kekal segar sepanjang hari. Jom cuba!

Semak NESTLE Nestum 3 in 1 harga dibawah:

Nikmati sarapan pagi dengan sachet Nestum 3-dalam-1 ini yang penuh dengan manfaat bijirin, jagung dan nasi. Ianya makanan yang baik untuk kesihatan anda kerana tinggi kalsium, zat besi dan mengandungi Vitamin A, C, D dan E. Tuangkan sahaja bijiran ini dan air panas, sedia dihidangkan dan sangat ringkas dari segi penyediaan setiap hari anda. 

Ia bukan sahaja makanan segera yang sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan malah ia juga sesuai untuk anda yang sering mempunyai kekangan waktu setiap hari. 

Semak Maggi Two Minute Curry (79g x 5packs) harga dibawah:

Maggi kari dalam cawan bukan sahaja sedap di makan tetapi ia juga mudah dimasak. Anda hanya memerlukan 5 minit sahaja untuk menyediakannya tanpa perlu menggunakan dapur gas. Rasa kari dengan mee yang kenyal ini mampu menambahkan lagi selera anda ketika menjamunya dengan tambahan sayuran dan juga cili potong yang diletakkan bersama di dalam bekas maggi ini. 

Semak Nestle Pre Nan Preterm Stage 1 (400g) harga dibawah:
add_circle Membantu tumbesaran.
add_circle Mengandungi karbohidrat & protein.
add_circle Mengandungi DHA, ARA & minyak MCT.
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi lactose intolerant

Bayi yang dilahirkan awal tidak dapat menyerap nutrisi pada bulan akhir kandungan, seperti beberapa vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran supaya bayi kuat dan membesar dengan baik. Berat badan bayi pramatang sukar naik kerana sebahagian besar kalori yang ada terpaksa digunakan untuk proses penyembuhan selain untuk tumbesaran.

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), doktor menasihati agar ibubapa yang mempunyai bayi pramatang sentiasa memastikan bayi mereka mendapat jumlah kalori dan nutrisi yang secukupnya untuk membesar. 

Pre NAN®  adalah susu formula khas untuk bayi pramatang yang dilahirkan kurang daripada 37 minggu atau dilahirkan kurang daripada 2.5 kg. Susu ini dapat dapat melengkapi keperluan untuk tumbesaran bayi sehingga 4 kg. Kandungan protein dan karbohidrat untuk tenaga serta DHA, ARA dan minyak MCT adalah suplemen yang dapat memberi kesan positif kepada si kecil. 

Menurut seorang online reviewer, produk ini adalah highly recommended kerana beliau telah mencuba pelbagai susu daripada jenama yang berbeza- beza, katanya kebanyakan susu memberi efek yang tidak baik kepada sistem pencernaan bayinya. Tetapi akhirnya pencarian beliau berakhir apabila beliau mula menggunakan susu ini.

Ibu bapa dinasihatkan agar merujuk paediatrician bagi tempoh terbaik untuk memberikan anak susu ini.

Produk Popular Daripada Nestle

Dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa anak jirannya yang tidak dapat menerima susu ibunya, seorang ahli farmasi berbangsa Swiss yang juga pengasas Nestlé – Henri Nestlé – telah menghasilkan susu tepung pertama di dunia untuk kanak-kanak. Bertujuan untuk menangani masalah kematian bayi akibat kekurangan zat pemakanan, produk ini telah tersebar di serata benua Eropah. Tidak hairanlah pada hari ini, jenama susu formula bayi Nestle adalah amat popular khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara rangkaian susu formula bayinya yang popular adalah, Nankid Optipro 1,2,3,4 khas untuk bayi dan kanak-kanak  dari usia 1 tahun hingga 6 tahun. Rangkaian ini mempunyai kandungan protein yang optimum, probiotics seperti Bifidobacterium longum dan Lactobacillus rhamnosus. 100 million untuk setiap jenis probiotik dengan 3 gelas susu sehari yang membantu sistem pencernaan bayi untuk berfungsi dengan baik serta mengelakkan masalah seperti sembelit & cirit-birit.

Rangkaian ini juga kaya dengan DHA & ARA yang boleh membantu perkembangan & kecerdasan otak dan juga vitamin dan mineral seperti kalsium untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak.

Antara rangkaian lain yang popular adalah Nestle Lactogrow, Lactokid, Cerelac, Nankid optipro dan Nankid Optipro HA, kesemuanya boleh didapati di Lazada & Shopee.


Promosi

Nak lebih penjimatan untuk barangan rumah kegemaran anda? Sempena Sale 11.11 ini stock up barang runcit anda di Nestle official store di Lazada!

Voucher

1) Voucher RM75 untuk pembelian minimum RM299
  • Hanya sah pada 11 November 2020
  • Sah untuk pembelian dari 12 malam sehingga 2 pagi
  • Claim voucher anda di sini

2) Voucher RM15 untuk pembelian minimum RM100

  • Hanya sah pada 11 November 2020
  • Sah sepanjang hari
  • Claim voucher anda di sini

Flash Sale

Dapatkan barangan Nestle kegemaran anda seperti Nestum, Milo, Koko Krunch, KitKat, Susu Formula Everyday dan bermacam-macam lagi pada harga serendah RM 0.99!

Crazy Brand Mega Offer

Dapatkan diskaun sehingga 90% hanya pada 11.11 ini di Nestle official store di Lazada! Pastikan anda tidak terlepas diskaun hebat ini dari 12 malam hingga 2 pagi. 

Untuk maklumat lanjut klik di sini

Beli 3 Percuma 1 Untuk Maggi Bowl 

Ha bagi mereka yang gemarkan Maggi, ini prmosi terbaik untuk anda! Jangan lupa dapatkan 3 Maggi bowl untuk mendapatkan 1 Maggi bowl percuma! 

Mengenai Nestle

Diasaskan pada tahun 1866 oleh Henri Nestlé, jenama ini merupakan pengeluar makanan terbesar di dunia dan beribu pejabat di Vevey, Switzerland. Beroperasi di lebih daripada 150 negara, jenama ini mempunyai sebanyak 465 buah kilang di 86 negara.

Nestle memegang kuat pada moto ‘GOOD FOOD, GOOD LIFE’. Apakah erti moto ini? Kekurangan akses kepada makanan berkualiti boleh menyebabkan kekurangan zat pemakanan serta isu-isu kompleks yang lain. Oleh itu, Nestlé percaya bahawa makanan yang baik merupakan asas kepada kehidupan yang baik.

Berbekalkan kepercayaan ini, Nestle membuat pelaburan besar secara global sebanyak 1.5 billion, bagi memastikan kualiti produk-produknya. Ia juga merupakan pusat penyelidikan pemakanan swasta terbesar di dunia, bertempat di Switzerland dan mempnyai 34 Pusat-Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D), dan Teknologi di seluruh dunia.  

Beroperasi secara komersial di Malaysia sejak tahun 1912, Nestle Malaysia merupakan pengeluar makanan Halal terbesar  dan merupakan Pusat Kecemerlangan Halal bagi Kumpulan Nestlé. Pada market tempatan, Nestle telah menghasilkan lebih daripada 500 produk Halal, dengan jenama isi rumah terkenal seperti MILO, MAGGI dan NESCAFÉ.

End of Article