Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Rahsia Penjimatan Maksima Semasa Online Shopping Akhir Tahun

Kerap membeli online? Kami ingin kongsikan rahsia untuk mencapai penjimatan maksima, terutamanya semasa musim diskaun akhir tahun.

Dengan teknik dan tips yang akan kami kongsikan, anda akan dapat membeli apa-apa sahaja dengan harga yang tidak boleh anda dapati daripada kedai-kedai fizikal.

Stor Online Yang Manakah Yang Menawarkan Promosi Terbaik?

Walaupun ramai yang kerap menjual di laman sosial seperti Facebook, kami lebih kerap membeli dari stor online seperti Lazada atau Shopee.

Platform-platform ini bukan sahaja menawarkan pelbagai perlindungan pelanggan, tetapi juga pelbagai diskaun dan tawaran harga runtuh.

Selain itu, ada juga stor yang lebih khusus untuk produk tertentu, seperti Zalora untuk fesyen, Sephora untuk makeup, Watsons untuk produk penjagaan kulit drugstore dan selainnya.

Beli di Shopee

Beli di Lazada

Jangan Lupa Voucher

Lazada dan Shopee menawarkanpelbagai voucher sepanjang tahun, bukan hanya pada musim sale seperti 11.11 atau 12.12. Cuba masuk ke seksyen voucher atau coupon di website mereka sebelum checkout untuk lebih penjimatan.

Setiap penjual di dua platform ini turut mempunyai voucher mereka sendiri, jadi ingat pastikan anda “claim” voucher sebelum checkout.

Selain penjual, bank-bank tempatan selalu menawarkan kod khas jika anda membuat pembayaranmenggunakan kad kredit/debit mereka. Pastikan anda menggunakan kod yang sah untuk penjimatan maksima!

Flash Sale

Selain daripada voucher atau coupon yang boleh didapati bila-bila masa, jangan lupa Lazada dan Shopee turut mempunyai “Flash Sale” setiap hari. Anda boleh melihat jadual jika terdapat tawaran diskaun untuk produk yang anda ingin belisama ada pada petang ini atau hari esok!

Produk popular seperti kabel, USB drive, ataupun makanan/snek kerap dijual dengan harga runtuh “Flash Sale”.

Jika ia musim diskaun seperti 11.11 atau 12.12, ingat! pastikan dahulu jika produk itu mempunyai diskaun khas pada hari tersebut. Kalau anda tidak memerlukan produk itu segera, cuba masukkan dalam “cart” dah bolehlah anda checkout pada hari jualan berlangsung.

Harga termurah tidak semestinya termurah

Kadang-kadang, produk yang kelihatan murah tidak semestinya termurah! Jangan lupa ada lagi voucher pembeli, kos penghantaran dan juga promosi pelbagai. Kalau nak maksimakan penjimatan, kenalah buat perbandingan sebelum membuat keputusan!

Berhati-hati Dengan Produk Palsu

Walaupun kebanyakan stor “marketplace” mempunyai perlindungan pembeli, proses refund boleh menjadi agak kompleks dan payah. Jadi, kalau boleh sebelum membeli, cuba pastikan produk yang anda bakal beli adalah produk tulen, dan dari penjual yang boleh dipercayai.

Cuba cek tanda-tanda di bawah untuk pastikan produk tulen dan penjual bukan scammer:

 “Rating” dan “Review”

Walaupun penjual itu menjual produk tulen, kadang-kadang mereka tidak mempunyai servis yang bagus. Dengan melihat “Review” produk tersebut, anda boleh pastikan jika penjual itu boleh dipercayai ke tidak. Selain itu, turut pastikan “Rating” penjual tidak terlalu rendah (sekurang-kurangnya 70-80%).

Official Store/Mall/Preferred

Penjual original, atau penjual yang mempunyai kualiti servis yang tinggi biasanya akan mempunyai label “Preferred” atau “Official Store”, maknanya produk dari penjual-penjual tersebut biasanya tulen, ataupun tidak mempunyai tahap komplain yang tinggi.

Barangan Terlalu Murah

 

Kalaulah produk biasa dijual pada harga RM100, jika produk tersebut dijual pada harga RM20, barangkalinya produk tersebut adalah versi OEM atau palsu. Kecualilah anda tidak kisah, jika tidak baik lihat balik review atau rating.

Kalau penjual itu agak baru dan tidak mempunyai sebarang review, produk pula terlampau murah, biasanya kami nasihatkan jangan ambil risiko itu. Terutama semasa musim jualan dan semasa PKP, proses refund mungkin menjadi lebih kompleks dan mengambil masa yang lebih lama.

Guna Kad atau Bank Betul

Terutama kepada Lazada dan Shopee, stor-stor ini telah mempunyai hubungan yang amat baik dengan pihak bank, dan kerap mempunyai pelbagai kod diskaun eksklusif ataupun promosi pelbagai (seperti cashback, points ekstra dan sebagainya).

Kadang-kadang, promosi tidak akan dipaparkan di laman Lazada/Shopee, tetapi di laman web bank atau melalui SMS. Jangan risau, biasanya kami akan mengemaskini artikel sale yang telah sedia ada dengan promosi bank terkini, seperti artikel ini.

End of Article