Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Edisi PKP: 10 Servis Penghantaran Untuk Barang Dapur, Parcel & Makanan

Pembelian barang atas talian meningkat kepada 45 peratus pada 2020 melalui e-dagang.

Sejak bermulanya kehidupan norma baru, ramai antara kita sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk dalam menangani wabak penularan COVID-19.

Antara salah satu bukti, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) menunjukkan pembelian barang atas talian meningkat kepada 45 peratus pada 2020 melalui e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Grab. Ini mungkin kita semua bertanggungjawab amalkan #stayhome.

Dalam masa yang sama, kini sudah terdapat banyak syarikat penghantaran barang wujud untuk meluaskan perkhidmatan servis penghantaran barang dan ada juga menambah baik servis dan perkhidmatan penghantaran barang.

Jadi, sekarang kami dari team ProductNation nak kongsikan 10 perkhidmatan servis penghantaran barang yang ada di Malaysia dan mungkin salah satu daripadanya anda tidak sangka sudah pun wujud beberapa tahun yang lalu.

10 Servis Penghantaran Terbaik di Malaysia

Menyediakan perkhidmatan pindah rumah
lalamove
Semak Lalamove harga dibawah:
add_circle Menyediakan perkhidmatan kenderaan pelbagai jenis.
add_circle Menyediakan penghantaran barang untuk syarikat besar.
add_circle Boleh hantar barangan yang bersaiz besar.
remove_circle Mahal.

Perkhidmatan Lalamove tidak seperti syarikat perkhidmatan servis penghantaran barang yang lain kerana Lalamove mempunyai pelbagai jenis kenderaan seperti motorsikal, kereta, van, lori 4x4 atu lori. Pemilihan kenderaan ini bertujuan mengikut kesesuaian saiz barang pelanggan untuk dihantar.

Caranya mudah saja, muat turun aplikasi Lalamove di Google Apps Store atau Play Store. Kemudian, pilih lokasi pick-up dan drop-off, pilih jenis kenderaan yang bersesuaian dengan saiz barang, bayar dan pesanan diproses. Pembayaran boleh dilakukan melalui atas talian juga. Mudah!

Bukan itu saja, penggunaan aplikasi Lalamove sangat mudah untuk pelanggan melakukan proses penghantaran dan menyemak status penghantaran melalui kod yang diberi untuk setiap pesanan.

Jenis barangan yang diterima;

  • Barangan dapur.
  • Barangan kecil.
  • Dokumen.
  • Perabot.
  • Barangan kain.
  • Barangan elektrik.
  • Makanan dan minuman.
  • Barangan pertukangan dan pembinaan.
Membuka peluang pekerjaan
Grab
Semak Grab Malaysia harga dibawah:
add_circle Boleh kutip mata tebusan.
add_circle Menyediakan servis seperti teksi.
add_circle Menyediakan servis beli-belah atas talian.
add_circle Penghantaran barang diproses selama 4 jam.
add_circle Menyediakan insurans perlindungan diri & keluarga.
remove_circle Tidak boleh hantar barangan bersaiz besar.
remove_circle Menyediakan harga promo mengikut masa.

Dalam aplikasi Grab, mempunyai pelbagai servis. Antaranya penghantaran barang, makanan dan lain-lain lagi tapi apa yang paling popular, Grab Car ada menyediakan servis seperti teksi untuk menghantar anda dari satu tempat ke satu tempat. 

Penghantaran barang pula diproses selama 4 jam dan harga dikira mengikut jarak. Malah, pihak Grab juga menyediakan harga promosi buat semua pelanggan mereka tapi mengikut masa tertentu.

Menariknya lagi, anda boleh membeli-belah di aplikasi Grab kerana terdapat banyak butik terkenal bekerjasama dengan pihak Grab. Antaranya, Zalora, Hermo, Fashionvalet, Mac, Lancome, The Face Shop, Mr. DIY dan banyak lagi.

Jenis barangan yang diterima;

  • Dokumen.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan dapur.
  • Bungkusan (barang yang dibungkus dalam kotak atau beg)
  • Makanan yang dibungkus (tidak mudah rosak, tidak beku, tidak rapuh)
    Perkhidmatan penghantaran atas permintaan
    bungkusit
    Semak Bungkusit harga dibawah:
    add_circle Khas untuk individu sibuk.
    add_circle Barang sampai dalam masa 1 jam.
    add_circle Servis penghantaran cepat & pantas.
    add_circle Menyediakan servis seperti runner peribadi.
    remove_circle Bayaran secara tunai saja.
    remove_circle Barang tidak boleh lebih 10 kg.

    Perkhidmatan servis penghantaran barang dari syarikat Bungkusit dikhaskan untuk mereka yang inginkan sesuatu barang dalam tempoh yang cepat. Misalnya, anda tertinggal dokumen di rumah dan memerlukan runner mengambilnya, servis Bungkusit adalah pilihan yang tepat.

    Jangan risau, setiap servis penghantaran mengambil masa selama 1 jam dan Bungkusit hanya menyediakan servis membeli dan menghantar apa saja barang yang bersesuai dengan kenderaan motosikal. Dalam kata mudah, anda seperti memiliki runner bermotosikal peribadi.

    Menariknya lagi, ketika Bungkusit dalam perjalanan menghantar barang anda dan pada masa yang sama anda terlupa satu lagi barang. Jangan risau, anda boleh hubungi runner semula untuk membuat penghantaran semula. 

    Jenis barangan yang diterima;

    • Semua barang asalkan tidak melebihi 10 kilogram.
    Berat barang penghantaran tidak terhad
    matkilat
    Semak Mat Kilat Express harga dibawah:
    add_circle Berat barang penghantaran tidak terhad.
    add_circle Penghantaran meliputi seluruh Malaysia.
    add_circle Penghantaran barang diproses selama 24 jam.
    add_circle Penghantaran meliputi seluruh kawasan Malaysia.
    remove_circle Tiada aplikasi
    remove_circle Tiada servis pemindahan barang perabot rumah.

    Syarikat Mat Kilat Express menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan servis penghantaran barang yang lain juga.

    Tapi apa yang membezakan mereka dengan syaraikat lain adalah mereka hanya fokus menyediakan perkhidmatan barang saja.

    Kenderaan yang mereka sediakan adalah lori dan motor. Untungnya bagi mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur, proses penghantaran boleh diproses selama 24 jam saja.

    Kiraan barang penghantaran pula mengikut kilogram (KG) pada sesuatu barang dan tiada terhad.

    Jenis barangan yang diterima;

    • Semua jenis barang.
      Penghantaran barang sehingga ke Sabah & Sarawak
      zepto
      Semak Zepto Express harga dibawah:
      add_circle Mempunyai aplikasi.
      add_circle Boleh memilih tetapan tempoh penghantaran.
      add_circle Penghantaran barang sehingga ke Sabah & Sarawak.
      remove_circle Barang penghantaran tidak boleh melebihi 15 kg

      Harga penghantaran bermula dari RM4.80 dan pelanggan juga boleh membuat penghantaran sehingga ke Sabah dan Sarawak dengan harga RM8.

      Malah, anda juga boleh memilih berapa lama tempoh barang perlu dihantar. Misalnya, anda ingin barang dihantar dalam tempoh 1 jam jadi, anda boleh membuat pilihan ketika melakukan proses penghantaran. Anda juga boleh membuat pilihan jika ingin barang dihantar dalam tempoh 3 jam.

      Menariknya lagi, anda boleh menderma sambil menggunakan perkhidmatan mereka kerana pihak Zepto Express memberi satu ruang kepada pelanggan untuk membantu golongan yang memerlukan. Antara barang yang boleh didermakan adalah dalam bentuk bahan masakan atau ubat-ubatan.

      Jenis barang yang diterima;

      • Semua jenis barang yang tidak melebihi 15 kilogram.
      Menawarkan 13 jenis servis
      goget
      Semak GoGet harga dibawah:
      add_circle Menyediakan perkhidmatan kenderaan pelbagai jenis.
      add_circle Pelbagai pilihan keperluan & kehendak.
      add_circle Mempunyai eksklusif promosi.
      remove_circle Mempunyai caj tambahan.

      Mungkin tak ramai sedar kehadiran servis perkhidmatan GoGet tapi kalau anda meneroka apa yang ada di website dan aplikasi mereka, pasti terkejut dengan servis mereka sediakan.

      Terdapat 13 jenis servis selain daripada menghantar dan mengambil barangan pelanggan, antaranya mencari kerja sambilan, kerja pembersihan, pengambilan kerja untuk apa-apa urusan, memasukkan deposit cek dan sebagainya.

      Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan servis penghantaran makanan atau barangan keperluan dapur tidak kira basah atau kering hanya menyenaraikan barangan apa yang ingin dibeli secara spesifik kepada pihak GoGet.

      Banyak lagi sebenarnya kalau nak senaraikan kelebihan servis perkhidmatan GoGet ini. Apa kata anda sendiri melihat apa yang mereka tawarkan untuk anda.

      Jenis barangan yang diambil;

      • Semua jenis barang.
      Penghantaran barang selama 1 - 3 jam saja
      karhooekspress
      Semak Karhoo Express harga dibawah:
      add_circle Menyediakan penghantaran hari yang sama.
      add_circle Menyediakan perkhidmatan untuk syarikat.
      add_circle Boleh membuat penghantaran istimewa.
      add_circle Boleh menjejak barang secara live.
      remove_circle Tidak mempunyai aplikasi.
      remove_circle Kawasan terhad.

      Inginkan barang dihantar pada hari yang sama? Karhoo Express ada untuk ada tapi dengan syarat, penghantaran mestilah di bandar yang sama atau sekitarnya. Perkhidmatan ini hanya disediakan di kawasan Lembah Klang.

      Setiap penghantaran pada hari yang sama, boleh dihantar di antara 1 hingga 3 jam. Manakala, jika penghantaran barang di luar kawasan Lembah Klang, proses penghantaran mungkin dijangkakan selama 2 hingga 3 hari waktu bekerja.

      Selain itu, pihak Karhoo Express juga menyediakan servis perkhidmatan penghantaran hadiah seperti menghantar jambangan bunga, bakul hadiah berisi buah dan lain-lain. 

      Jenis barangan yang diterima;

      • Kesemua jenis barang kecuali barang terlarang.
        Perkhidmatan penghantaran dan logistik
        matdespatch
        Semak Matdespatch harga dibawah:
        add_circle Cepat.
        add_circle Harga berpatutan.
        add_circle Meliputi seluruh kawasan Malaysia.
        add_circle Menyediakan pelbagai jenis kenderaan penghantaran.

        Matdespatch bermula pada tahun 2016 dan sejak itu, pihak mereka mengembangkan lagi servis mereka kepada penghantaran barang ekpres, pengangkutan, pergudangan dan juga cross-border delivery.

        Malah, Matdespatch menawarkan servis dan perkhidmatan menarik kepada pelanggan seperti pembelian barangan keperluan dan kehendak atas talian, penghantaran dalam masa sehari, penghantaran kepada peniaga atas talian dari rumah dan banyak lagi.

        Jangan risau, caj penghantaran diberikan sangat berpatutan dan bermula November 2020, pihak mereka sudah menerima pembayaran secara tunai di mana pembayaran postage itu dibayar oleh peniaga ataupun pelanggan sendiri.

        Jenis barangan yang diterima;

        • Kesemua jenis barang kecuali barang terlarang.
        Servis penghantaran & pengambilan barang selama 4 jam
        pickupp
        Semak Pickupp harga dibawah:
        add_circle Mengambil & menghantar pelbagai jenis barang.
        add_circle Menyediakan penghantaran hari yang sama.
        add_circle Menyediakan penghantaran hadiah.
        remove_circle Kawasan penghantaran barang terhad.

        Adakah perniagaan anda mempunyai jumlah penghantaran harian yang tinggi? Atau anda mencari servis penghantaran jarak jauh yang pantas untuk perniagaan anda? Dengan servis Pickupp, semuanya dapat diselesaikan.

        Malah, anda dapat menentukan masa penghantaran sekiranya tiada rumah. Pihak Pickupp juga menyediakan perkhidmatan penghantaran hari yang sama dan akan diproses selama 4 jam.

        Bagaimanapun, perkhidmatan penghantaran same-day-delivery hanya ditawarkan di kawasan di Lembah Klang dari hari Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 9 malam.

        Adakah Pos Laju masih beroperasi semasa PKP?

        Perkhidmatan Pos Laju masih beroperasi seperti biasa kecuali terdapat di beberapa kawasan-kawasan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Orang ramai diminta merujuk kepada laman web atau platform media sosial rasmi Pos Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

        Justeru, bagi anda yang tercari-cari servis delivery yang dipercayai dengan harga yang berpatutan, ikuti artikel dibawah. Jangan lupa kongsi bersama kawan-kwan dan saudara mara.

        End of Article