Anda dah rancang belum #OOTD untuk sepanjang musim Aidilfitri tahun ini?
Umumnya kita akan mengenakan set pakaian tradisional pada hari raya pertama dan disusuli pada hari raya kedua. Ini kerana kebanyakan aktiviti ziarah-menziarahi dilangsungkan pada dua hari tersebut. Tapi bila masuk hari raya yang ketiga dan seterusnya mulalah kita mati akal untuk memilih baju. Ada pula yang terasa rimas bila setiap hari mengenakan baju kurung dan kebaya.
Jangan risau tidak ada syarat pun anda wajib memakai baju tradisional untuk menyambut sebulan Aidilfitri. Carilah keselesaan anda sendiri dalam mengayakan fesyen Raya. Cuma anda perlu berhati-hati agar pakaian tidak menjolok mata dan sesuai untuk majlis yang dihadiri. Edisi kali ini menampilkan beberapa seleksi inspirasi #OOTD dari selebriti tempatan untuk dijadikan idea baju raya anda nanti.
Penyunting
Table of Contents
10 Idea Mix & Match Untuk #OOTD Anda
Stail Selesa Balik Kampung - NEELOFA
Mungkin anda akan menempuh perjalanan balik kampung yang panjang. Jadi pastikan anda memakai baju yang selesa samada untuk perjalanan jauh atau dekat. Penampilan dari selebriti terkenal, Neelofa yang sememangnya sesuai untuk perjalanan jauh. T-shirt longgar, baggy jeans dan kot besar untuk keselesaan tubuh anda. Malah diselitkan juga kaca mata hitam untuk melindungi mata dari sinar matahari ketika memandu.
Tiru Gaya Kontemporari Raya SHARIFAH SAKINAH
Tak sangka sekali imbas ingat pakai baju kurung rupanya blaus tunic! Gaya gabungan moden dan tradisional ini boleh digayakan bersama seluar mahupun skirt. Himpunkan bersama beg tangan bucket dimana anda boleh letak kamera, duit raya dan minyak wangi kit penting untuk Hari Raya.
Gaya Lepak Raya Bersama Rakan - FAZURA
Bila lepak bersama rakan-rakan anda jangan lupa untuk kemas dalam ber #ootd biarpun bukan memakai baju kurung. All black looks seperti Fazura sudah cukup memadai, anda tetap tampil modest dengan blaus lengan panjang, seluar matching color, sneakers putih dan dihiasi kerlipan subang telinga. Sempoi habis gaya ini untuk keluar lepak raya!
Tetap Ayu Tanpa Baju Tradisional - SCHA ALYAHYA
Kan sudah beritahu anda tak perlu borong semua baju kurung yang ada dikedai. Lihat Scha menyarung dress labuh kemudian layer bersama blazer, hasilnya tetap sesuai untuk dijadikan gaya pada hari raya. Buat anda yang free hair, boleh kenakan headband mengerlip yang disyorkan. Tip top gaya baru raya tahun ini!
Copy Corak Dress ELFIRA LOY Ke Open House
Jika anda memang sukakan corak floral apa kata ubah selera dengan corak brocade floral seperti baju Elfira Loy. Gaya paling ringkas untuk menghadiri majlis jamuan rumah terbuka. Kalau rasa boring dengan maxi dress tambah tali pinggang dan block heels matching dengan corak baju anda.
Serlah Gaya Romantik Renda Bagai AMEERA KHAN
Tonjolkan sisi romantik anda dengan memilih fabrik renda untuk raya ini. Cukup ringkas, manis dan tidak berkelip mata memandang Ameera Khan. Padankan baju dan skirt renda kamu dengan kasut bertatahkan permata bagi menghidupkan lagi aura romantis. Lupakan rantai dan gelang gantikan dengan jam tangan barulah molek.
Stail Kasual HANIS ZALIKHA Pun Sesuai Untuk Raya
Dress polos putih inspirasi dari Hanis Zalikha memadai untuk dijadikan #OOTD raya. Anda juga boleh menyarung seluar dengan warna berlawanan supaya lebih menyerlah. Mana-mana baju putih pun boleh dipadankan dengan apa jua warna. Gantikan tumit tinggi dengan kasut loafer untuk kelihatan lebih rileks.
Sarung Kardigan Inspirasi SHARIFAH ROSE
Cukup dengan blaus, dress dan kemeja apa kata cuba pula dengan kardigan seperti Sharifah Rose. Pilih kardigan yang tidak jarang supaya boleh dipakai bersama baju inner. Jadikan ia seperti dress dengan padanan skirt labuh. Pelengkap gaya anda ialah dengan beg tangan klasik, barulah ada aura raya disitu.
Manis Ziarah Raya Ke Rumah Bakal Mertua Ala MIRA FILZAH
Buntu akal tak tahu nak sarung apa ke rumah bakal mertua nanti? Apa kata anda cuba tampil ayu dan comel dengan pilihan blaus ropol seperti Mira Filzah. Padankan pula dengan skirt labuh bercorak bunga-bungaan. Jangan lupa jinjit beg tangan sebagai aksesori pelengkap. Biasalah first impression tu kan penting!
Stail Raya Di Pejabat, Sekali-Sekala Seperti YUNA
Habis seminggu raya sudah tiba masuk ke pejabat semula. Jangan matikan begitu sahaja mood raya anda. Tampil segar dengan gaya pejabat yang baru bersama padanan kemeja labuh dan seluar denim. Sarung kaki anda dengan kasut raya bertumit tinggi dan anting-anting hoop sebagai penaik seri.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!