Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Puting Bayi Yang Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Kedamaian kepada anak anda dan diri sendiri.

Bayi anda kerapkali menangis? Pasti ada ibu-ibu di luar sana yang tahu akan penggunaan puting (soother) atau pacifier untuk menenangkan bayi anda yang sedang menangis. Ini kerana sejak dalam kandungan lagi, bayi paling suka menghisap jari sendiri. Perbuatan ini dipercayai dapat membuatkan bayi anda lebih tenang semasa dalam perut atau kebiasaannya.

Puting memudahkan bayi untuk tidur dengan selesa dan tenang. Lain kebaikan memberi puting untuk bayi anda seperti ianya memenuhi keperluan bayi anda untuk ‘menghisap’, mengurangkan risiko terlebih minum susu botol, membantu bayi anda untuk cepat tidur dan mudah untuk menenangkan bayi anda semasa jaga.

Lihatlah list dibawah ini untuk membantu anda membuat pilihan dengan bijak.

Semak Little B House Mustachifier Mustache Pacifier cum Joyfulbaby Funny Pacifier harga dibawah:

Puting bayi ini boleh digunakan oleh anak dari pelbagai peringkat umur dan sesuai untuk bayi berumur bawah dari 1 tahun. Material terdiri daripada bahan yang lembut dan tidak akan menyakitkan mulut bayi semasa menghisap.

Puting berbentuk misai ini mempunyai tekstur yang fleksibel dan tidak mudah untuk ditanggalkan. Reka bentuk puting ini yang ortodontik dan silikon baik untuk menjaga gigi, lelangit serta gusi anak anda dari menjadi jongang. Pertumbuhan gigi dan gusi si kecil juga akan menjadi elok. Tiada bahan merbahaya pada puting ini kerana ianya 100% bebas BPA.

Puting terbaik yang sesuai untuk bayi berusia sebulan
NUK
Putting terbaik yang sesuai untuk bayi berusia sebulan
Semak NUK Orthodontic Latex Soother / Pacifier – 2pcs harga dibawah:

Bagi bayi yang baru saja berusia sebulan, puting kosong sangat sesuai terutamanya untuk bayi yang baru lahir. Penggunaan puting mampu membuatkan waktu tidur mereka lebih panjang. Fakta ini penting sangat kerana ada sesetengah bayi cepat terjaga dan sensitif dengan keadaan sekeliling seperti bunyi yang sangat halus atau cahaya yang malap.

NUK mengeluarkan puting kosong ini dengan reka bentuk klasik dan user-friendly. Tidak seperti puting biasa, NUK mempunyai sistem pengalihan udara (Air System). Puting ini akan kekal lembut dan merata serta tidak akan menyebabkan malformasi di rahang anak anda.

Puting terbaik untuk bayi berusia 2 bulan
Semak Philips Avent Glow In The Dark Night Time Orthodontic Soother / Pacifier 0-6m harga dibawah:

Philips AVENT mengeluarkan rangkaian puting ortodontik ini yang mempunyai ciri-ciri boleh dilipat dan simetrik yang mampu untuk membantu perkembangan semulajadi lelangit, gigi dan gusi bayi anda. Puting ini diperbuat daripada silikon dan bebas dari bahan merbahaya serta bau yang kurang menyenangkan.

Materialnya memenuhi piawaian keselematan tertinggi (BS EN 1400). Oleh itu, anda dapat pastikan puting ini selamat dan dapat memberikan keselesaan kepada bayi anda semasa menggunakannya. Ciri-cirinya termasuk silikon yang sangat lembut, licin, tahan lama dan sangat mudah untuk dibersihkan. Jadi, ibu-ibu tidak perlu lagi khuatir mencari puting yang sesuai untuk bayi anda yang berusia 2 bulan.

Puting terbaik yang sesuai untuk bayi pramatang
Piyo Piyo
Puting terbaik yang sesuai untuk bayi pramatang
Semak Piyo Piyo (Thumb Shape) Pacifier + Pacifier Chain harga dibawah:

Puting dari jenama Piyo Piyo ini direka khusus untuk bayi pramatang yang sukar untuk menggunakan puting bayi biasa. Ideal untuk bayi yang lahir secara pramatang, reka bentuk puting Piyo Piyo ini mengikut saiz dan bentuk ibu jari anda, membuatkan bayi anda selesa menghisapnya.

Satu penutup khas disediakan untuk elak puting ini menjadi kotor semasa tidak digunakan. Didatangkan khas dengan chain pacifier, anda boleh menggantung putting ini samada di baju anak anda atau pada diri sendiri.

Puting kosong terbaik untuk bayi berumur 1 tahun kebawah
Piyo Piyo
Puting kosong terbaik untuk bayi berumur 1 tahun kebawah
Semak Piyo Piyo Silicone Pacifier - Blue harga dibawah:

Puting ini direka khas menyerupai bentuk puting si ibu untuk memberikan keselesaan kepada anak semasa menghisapnya. Mulut anak tidak akan terasa sakit kerana puting ini mempunyai kesan regangan yang baik dan sangat mudah untuk dibersihkan.

Bahan puting ini terdiri dari silikon yang lembut. Oleh iaitu, puting ini tahan lama serta mudah dibawa ke mana sahaja. Walaupun disertakan dengan penutup puting untuk menghalang dari kekotoran, tetapi puting juga haruslah selalu disteril untuk memastikan anak anda tidak dijangkiti bakteria yang merbahaya.

Puting kosong terbaik yang lembut untuk bayi
Philips Avent
Puting kosong terbaik yang lembut untuk bayi
Semak Philips Avent Ultra Soft 6-18months Pacifier harga dibawah:

Puting kosong ini sesuai untuk bayi anda yang baru hendak mencuba untuk menghisap puting. Ianya sangat lembut dan fleksibel serta dapat mengurangkan kerengsaan pada kulit mulut anak anda. Dilengkapi dengan teknologi FlexiFit, ianya mengikuti lengkung semulajadi wajah bayi anda dan memberikan keselesaan yang sempurna.

Dari 96% bayi yang diuji, sangat suka menggunakan pacifier ultra lembut jenama ini kerana ia mempunyai lubang udara tambahan yang membolehkan kulit bayi anda bernafas. Tekstur silikon putting ini yang lembut bak sutera, pasti tidak akan mengganggu pertumbuhan lelangit, gigi dan gusi bayi anda. Selamat dan selesa!

Puting terbaik untuk bayi yang bingung puting
Semak Haaka Nano Silve Silicone Pacifier Natural Anti-Bacterial Soother Teether (3m+) harga dibawah:

Dilengkapi dengan teknologi nano-poly yang baru, jenama Haaka Nano dapat mengeluarkan rangkaian putting ini yang terbaru dalam produk bayi yang diperkenalkan, silicone nano-silver. Teksturnya dari silikon dan serpihan perak mikroskopik, teknologi terkini dan terbaik ini dapat menghalang radang virus sekunder serta dapat mengawal kuman, dan juga bertindak sebagai agen anti-bakteria.

Direka khas seperti puting ibu, silicone nano-silver ini mengekalkan kesegaran secara semulajadi sehingga 99.9% tanpa pembasmian tambahan melalui kaedah pensterilan. Ia juga dapat menghalang bau dan perubahan warna terhadap silikon tersebut dan kelihatan seperti produk getah asli.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article