Milk booster ataupun penggalak susu adalah minuman, makanan dan juga boleh dijadikan sebagai suplemen yang membantu untuk menambah penghasilan susu badan. Kebiasaannya, milk booster diambil oleh ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan, menyusukan anak sehingga berusia dua tahun dan juga ibu beranak kembar yang memerlukan susu badan yang banyak.
Terdapat pelbagai jenis milk booster di pasaran seperti susu, biskut, candy, truffle dan brownies. Jom ikuti senarai di bawah untuk memilih milk booster kegemaran anda;

Milk booster dalam bentuk coklat truffle ini mengandungi almond, coklat, kurma dan Habbatus Sauda yang bukan saja enak, malah mengandungi sumber nutrisi yang baik untuk ibu. Ia berfungsi untuk meningkatkan penghasilan susu badan serta menambah tenaga yang sangat diperlukan oleh ibu yang sedang menyusu.
Selain itu, coklat yang menyelaputi truffle ini juga membantu rembesan hormon serotonin yang dapat mengurangkan stres para ibu selepas bersalin. productnation

Milk booster ini diformulasikan dengan kandungan bahan makanan mengikut Sunnah seperti susu kambing, Habbatus Sauda, kurma dan madu. Produk ini juga mengandungi bahan semulajadi seperti sarang burung dan rumpai laut untuk menggalakkan penghasilan susu badan dengan lebih banyak.
Sesuai untuk ibu mengandung dan yang baru melahirkan anak, bahan-bahan dalam milk booster ini dapat bantu mengurangkan kekuningan serta mencantikkan kulit ibu dan bayi. productnation
![MAMOM Milk Booster [60 Chewable Tablets].jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5e055f45a610d.jpeg)
Milk booster ini mengandungi khasiat yang banyak hasil dari campuran kurma, kismis, serbuk kacang soya, susu kambing, alfalfa, halba, bawang putih, halia, Habbatus Sauda dan madu lebah. Suplemen yang hanya perlu dikunyah 2 atau 3 biji sehari ketika perut kosong ini telah mendapat pengiktirafan halal oleh Jakim dan selamat digunakan dengan kelulusan KKM.

Susu kambing jenama Wildan ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Mama Premium adalah produk terkini dalam rangkaian jenamayang diformulasikan khas untuk kaum ibu bagi meningkatkan penghasilan susu badan, menambah tenaga dan meningkatkan imunisasi tubuh badan selepas bersalin.
Susu kambing ini juga mempunyai kandungan serat yang tinggi untuk mengelakkan sembelit. Ia juga dapat membantu mengurangkan kekejangan yang selalu dialami oleh ibu hamil. Walaupun milk booster ini dihasilkan daripada susu kambing, ia mempunyai rasa yang lazat dan tidak hamis.

Milk booster yang diperkaya dengan bahan organik ini mengandungi kurma merah, kurma hitam, longan kering, Goji Berry, Rosebud dan madu batu. Selain menambah susu badan, ia juga membantu memekatkan susu, memberi tenaga yang berpanjangan serta mengurangkan sembelit.
Milk booster ini sesuai diambil oleh ibu yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan. Pengambilan milk booster ini juga membantu mengurangkan masalah sengugut, haid tidak teratur dan elok diamalkan untuk kekal awet muda. Sesuai diambil oleh ibu yang mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis.

Sekiranya anda merupakan penggemar kudap-kudapan, LactoMomma Milk Booster Cookies ini sesuai untuk anda. Ia dijamin 100% halal dan diperbuat daripada ramuan bahan terpilih. Diformulasi dengan galactagogues (sejenis agen untuk meningkatkan penghasilan susu,) milk booster ini didatangkan dalam 4 pilihan perasa yang boleh dipilih mengikut kesukaan anda. Perasa Dates & Goats Milk adalah milk booster cookies pertama di dunia yang diperbuat daripada gabungan makanan Sunnah.

Milk booster telah dihasilkan dalam bentuk brownies agar menepati selera anda dengan ramuan alfalfa, halba organik dan kurma. Alfalfa mengandungi nutrisi tinggi dengan vitamin, mineral, protein, fiber, antioksida dan juga kandungan kolesterol serta lemak tepu yang rendah. Halba digunakansebagai galactagogue manakala kurma membantu tubuh menghasilkan hormon oxytoxin yang diperlukan semasa penyusuan.
Ianya tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung,sedang menyusukan bayi pra-matang, rendah kandungan darah atau menghidap G6PD (Jaundice – demam kuning) serta ibu yang mempunyai masalah berkaitan dengan darah.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!