Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Krim Pelurus Rambut Terbaik di Malaysia 2024

Nak luruskan rambut sekarang boleh buat di rumah je!

Kecantikan mahkota wanita harus dijaga dengan sebaiknya walaupun berhijab kerana dapat menyempurnakan kecantikkan sendiri.

Lebih-lebih lagi wanita berhijab yang sudah mempunyai pasangan, tentulah mahu tunjukkan rambut yang cantik di hadapan suami.

Alternatif kami adalah penggunaan krim pelurus rambut atau ubat rebonding rambut yang bagus supaya rambut kelihatan sihat dan cantik.

Sekarang anda tidak perlu lagi pergi ke salon untuk rebonding rambut sebab boleh je buat di rumah dengan ubat lurus rambut ini.

Jadi kami bantu and senaraikan produk meluruskan rambut dan juga harga krim pelurus rambut terbaik supaya rambut anda kelihatan bermaya.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Krim Pelurus Rambut

Krim pelurus rambut terbaik secara keseluruhan
Rene Straightening + Neutralizer Cream
Rene Straightening + Neutralizer Cream
From
RM9.00
Check Rene Straightening + Neutralizer Cream price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Rambut lurus tahan lama
add_circle Tak perlu syampu terlebih dahulu
remove_circle Tidak boleh warna pada hari sama

Sebab menjadi pilihan utama:

Sesuai juga digunakan oleh golongan lelaki dan kaum Hawa. 

Ciri-ciri:

Merupakan krim pelurus rambut keriting yang murah dan formulanya bagus untuk semua jenis rambut. 

Malah, turut memberikan kesan rambut yang lebih berkilat dan licin, jadi tiada lagi masalah rambut menggerbang. 

Anda digalakkan untuk guna bersama krim neutralizer selepas guna krim pelurus rambut ini untuk hasil yang lebih menawan dan melindungi rambut dari rosak. 

Bagaimanapun, anda tidak boleh warnakan rambut anda pada hari yang sama selepas anda menggunakan krim pelurus rambut ini.

Review:

"Berkesan tapi buat selama 30 minit nampak lurus semula jadi, mungkin kalau tunggu 1 jam baru lurus betul-betul. Boleh buat rawatan di rumah je, tak payah ke salon untuk luruskan rambut. Jimat masa."

Krim pelurus rambut tahan lama
WELLA Wellastrate Cream Neutralizer (100ml)
Wella
From
RM23.80
Check WELLA Wellastrate Cream Neutralizer (100ml) price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Harga berpatutan
add_circle Sesuai untuk rambut normal & berwarna
remove_circle Perlu syampu rambut sebelum guna

Tak perlu bazirkan wang dan masa untuk ke salon semata-mata untuk rawatan rambut sebab dengan krim Wella ini, anda boleh luruskan rambut sendiri di rumah. 

Cara gunakannya sangat ringkas, anda perlu syampu rambut namun jangan guna perapi.

Kemudian, letakkan krim dalam bekas non-metallic dan boleh mula sapu krim pada rambut dengan berus. 

Ratakan krim dengan menggunakan sikat dan selepas 15-25 minit, sikat rambut sekali lagi dengan sikat saiz besar dan boleh bilas rambut. 

Jangan lupa untuk baca arahan dengan teliti sebelum guna krim pelurus ini supaya tak salah langkah.

Krim pelurus rambut murah
Berina Hair Straightener & Hair Strength Cream
Berina Hair Straightener & Hair Strength Cream
From
RM4.99
Check Berina Hair Straightener & Hair Strength Cream price below:
add_circle Mudah disapu pada setiap helaian rambut
add_circle Harga sangat murah, bawah RM10
add_circle Boleh menguatkan rambut
remove_circle Mengandungi alkohol

Dapatkan krim pelurus rambut yang bagus jenama Berina yang diimport dari Thailand ini untuk rambut yang lebih berkilat, lurus dan cantik. 

Ini kerana mengandungi bahan-bahan yang berkesan untuk meluruskan rambut seperti thioglycolic acid. 

Paling bagus, krim rambut ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita yang berambut keriting.

Krim pelurus rambut professional
Shiseido Professional H1 Hair Straightening Cream
Shiseido Professional H1 Hair Straightening Cream
From
RM29.90
Check Shiseido Professional H1 Hair Straightening Cream price below:
add_circle Sesuai untuk lelaki & wanita
add_circle Rambut lurus kekal lama
add_circle Sesuai untuk rambut kasar
remove_circle Bukan untuk rambut yang dah bleach

Penat uruskan rambut yang menggerbang setiap pagi? Gunakan ubat pelurus rambut dari Shiseido ini.

Produk terbaik dari Jepun ini mampu meluruskan rambut yang kerinting agar lebih mudah untuk disikat. 

Jangan risau, boleh digunakan pada rambut jenis normal dan kering. 

Dalam masa yang sama, berfungsi untuk menjaga kesihatan mahkota wanita wanita supaya tampak sentiasa berkilat dan licin.

Krim pelurus rambut halal
Straight Pro Hair Straightening Cream Set
Straight Pro Hair Straightening Cream Set
From
RM100.00
Check Straight Pro Hair Straightening Cream Set price below:
add_circle Rambut lurus tahan 6 bulan
add_circle Sesuai untuk lelaki & wanita
add_circle Produk sah dibawa solat
add_circle Berdaftar dengan KKM
add_circle Halal
remove_circle Harga mahal
remove_circle Bau agak busuk

Kaum lelaki yang mahu gaya rambut lurus pula boleh cuba ubat pelurus rambut Straightpro ini. 

Produk yang diformulasikan dari Jerman ini juga boleh digunakan pada rambut jenis Afro, rambut kerinting yang pendek, rambut kasar serta rambut sederhana panjang dan beralun.

Paling best, krim ini mampu meluruskan rambut keriting tanpa perlu rebonding. 

Untuk pengetahuan, set pelurus rambut ini hadir dengan 3 produk iaitu krim, neutralizer dan serum rambut. 

Wanita yang berambut panjang dan beralun juga boleh guna tanpa masalah. 

Lepas ini, anda tak perlu lagi bazirkan wang ke salon untuk luruskan rambut sebab boleh buat rawatan sendiri di rumah!

Krim pelurus rambut lelaki
SOL Hair Straightening Cream
SOL Hair Straightening Cream
From
RM39.90
Check SOL Hair Straightening Cream price below:
add_circle Mengandungi vitamin E
add_circle Sesuai untuk lelaki & wanita
add_circle Diformulasikan dari minyak argan
add_circle Ada Shea Butter untuk melembabkan rambut
remove_circle Tidak boleh digunakan pada rambut yang telah diwarnakan

Tak perlu lagi guna iron rambut setiap hari untuk dapatkan rambut lurus. 

Dengan adanya krim yang dah diluluskan KKM ini, rambut akan kekal lurus untuk tempoh yang lama. 

Cara penggunaan krim ini juga semudah ABC sebab pertama sekali, anda perlu basuh rambut dan cuci dengan syampu. 

Selepas kering, boleh sapu krim ini pada rambut dan sikat hingga hujungnya. Biarkan selama 1 jam. 

Kemudian, bilas rambut dan keringkan macam biasa.

Krim luruskan rambut kerinting
Schwarzkopf Strait Glatt Hair Straightener
Schwarzkopf Strait Glatt Hair Straightener
From
RM35.38
Check Schwarzkopf Strait Glatt Hair Straightener price below:
add_circle Meluruskan rambut keriting
add_circle Mudah digunakan
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Sukar didapati di pasaran

Krim pelurus rambut tahan lama ini boleh memberi kesempurnaan dan kecantikan pada mahkota wanita. 

Sesuai digunakan pada rambut keriting semula jadi walaupun telah diwarnakan. 

Selepas penggunaan, anda dapat lihat sendiri hasil rambut yang kusut dan menggerbang akan bertukar dari menjadi kemas. 

Jangan lupa untuk syampu dulu rambut anda sebelum gunakan produk ini.

Krim pelurus rambut untuk rambut gugur
Flower Secret Hair Straightening Cream
Flower Secret Hair Straightening Cream
From
RM19.90
Check Flower Secret Hair Straightening Cream price below:
add_circle Harga murah bawah RM20
add_circle Tidak mengeringkan rambut
add_circle Luruskan rambut dalam masa 15 minit
remove_circle Tak perlu iron rambut lagi

Apa yang menarik tentang krim pelurus rambut ini ialah boleh digunakan oleh lelaki dan wanita. 

Baunya juga wangi, lebih kurang sama seperti ubat pelurus rambut yang digunakan di salon. 

Diformulasikan dengan Hydro Safe Complex yang dapat meningkatkan kebolehan setiap helaian rambut untuk mengekalkan kelembapan semula jadinya. 

Boleh digunakan dengan selamat untuk rambut tebal dan nipis sebab telah diuji secara dermatologi. 

Cuma jangan lupa untuk sapu krim pada rambut menggunakan berus atau sikat rambut dan ikut arahan penggunaan produk agar tak tersalah langkah. 

Ubat pelurus rambut tanpa iron
Makarizo Rebonding System
Makarizo
Makarizo Rebonding System
From
RM28.50
Check Makarizo Rebonding System price below:
add_circle Sesuai untuk rambut kering
add_circle Harga berpatutan
add_circle Sesuai rambut kusut
remove_circle Isipadu kecil

Buat apa pergi ke salon untuk luruskan rambut kalau anda boleh buat sendiri di rumah dengan Makarizo Rebonding System Hair Straightening Kit ini. 

Kit bertaraf profesional ini direka untuk mengubah rambut yang paling sukar diurus seperti rambut kerinting atau kusut menjadi lurus, licin, dan halus dengan mudah. 

Larutan pelurus rambut 120ml ini diformulasikan untuk meresap jauh ke dalam helaian rambut, meluruskan rambut keriting yang degil dan menghilangkan rambut kusut untuk hasil yang tahan lama. 

Sama ada rambut anda beralun, keriting, atau sukar diurus, kit ini menyediakan alat yang diperlukan untuk mencapai kemasan rambut lurus tanpa kusut yang bersinar dengan kesihatan dan vitaliti. 

Sesuai untuk semua jenis rambut, Makarizo Rebonding System membolehkan anda mengekalkan gaya rambut lurus dengan mudah, menjimatkan masa dan tidak perlu ke salon lagi.

Krim pelurus rambut wanita kerinting
Jaseu Hair Relaxing - Krim Lurus Rambut
Jaseu
Jaseu Hair Relaxing - Krim Lurus Rambut
From
RM39.00
Check Jaseu Hair Relaxing - Krim Lurus Rambut price below:
add_circle Tidak merosakkan rambut
add_circle Rambut lebih bersinar
add_circle Bau wangi
remove_circle Rambut kerinting perlukan iron

Capai rambut lurus dan halus dengan mudah menggunakan Jaseu Hair Relaxing Cream, penyelesaian anda untuk hasil berkualiti seperti di salon.

Krim pelurus rambut ini diformulasikan khas untuk meluruskan rambut tanpa merosakkannya, menjadikannya rambut anda lembut, bersinar, dan berbau harum. 

Sesuai untuk rambut beralun lelaki dan wanita, Jaseu Hair Relaxing Cream sesuai untuk semua jenis rambut, menyediakan alternatif yang mudah dan menjimatkan wang anda.

Dengan arahan yang mudah diikuti, anda boleh mendapatkan rambut lurus dalam satu aplikasi sahaja. 

Sama ada rambut anda kerinting semula jadi, beralun, atau sukar diurus, krim ini memastikan kemasan yang licin dan tahan lama. 

Untuk hasil terbaik, ikut masa dan arahan penjagaan yang disyorkan.


Bagaimanakah Cara Menjaga Kecantikan Rambut Di Rumah? 

Tak semestinya anda perlu ke salon setiap bulan semata-mata untuk dapatkan rambut yang cantik kerana tak sukar pun nak jaga kebersihan dan kecantikan rambut. 

Tak percaya? Jom ikut tips berguna ini untuk kekalkan kecantikan rambut dengan mudah di rumah. 

  • Keringkan rambut dengan betul.
  • Sikat rambut dengan berhati-hati.
  • Cuci dan syampu rambut dengan kerap.
  • Jangan lupa untuk guna perapi rambut.
  • Elakkan guna syampu yang mengandungi bahan kimia.
  • Gunakan produk rambut yang diperbuat dari bahan semula jadi.
  • Sebaiknya guna serum atau tonik rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
  • Sekali-sekala, gunakan ubat rebonding terbaik atau ke salon jika mahukan gaya rambut lurus.
  • Buat urutan kepala menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum syampu.

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui penjagaan rambut dengan betul.


Fungsi Krim Pelurus Rambut

Fungsi krim pelurus rambut adalah untuk meluruskan rambut yang keriting, beralun, atau sukar diuruskan seperti rambut kusut.

Krim ini berfungsi dengan melonggarkan struktur protein dalam rambut, membolehkannya diluruskan dengan lebih mudah.

Selain meluruskan rambut, krim pelurus rambut juga membantu mengurangkan kekusutan, memberikan kilauan, dan menjadikan rambut lebih lembut serta senang diurus.

Sesetengah krim pelurus rambut juga diformulasikan untuk menjaga kelembapan rambut, mengurangkan kerosakan, dan mengekalkan kehalusan rambut selepas proses pelurusan.


Keburukan Rebonding Rambut

Walaupun anda mahu kelihatan cantik dengan rambut yang lurus dan mudah diurus, teknik rebonding juga sebenarnya mempunyai keburukannya yang tersendiri.

Rebonding rambut adalah proses kimia yang meluruskan rambut secara kekal, jadi bila bermain dengan kimia ia tentu mempunyai kesan sampingannya.

Bahan kimia yang kuat digunakan dalam proses rebonding boleh merosakkan struktur semula jadi rambut, menjadikannya rapuh, kering, dan mudah patah.

Rambut mungkin kehilangan kelembapan semulajadinya, menyebabkan kekeringan dan kerapuhan.

Selain itu, proses ini boleh menyebabkan akar rambut menjadi lemah, yang mungkin membawa kepada rambut gugur dan jika dibiarkan ini boleh menjadi masalah jangka panjang jika rebonding dilakukan secara berulang.

Rambut yang telah direbonding memerlukan penjagaan khas, seperti penggunaan produk yang sesuai dan elakkan daripada terlalu kerap mencuci rambut.

Selain itu, anda mungkin perlu melakukan rawatan semula di akar apabila rambut baru tumbuh.

Dalam sesetengah kes, jika ia dilakukan tanpa mengikuti langkah yang betul, rambut yang direbonding kadangkala boleh kelihatan terlalu lurus dan tidak semula jadi, tanpa volum atau tekstur yang membuatkan rambut kelihatan pelik.

Sementara itu, bahan kimia yang digunakan boleh menyebabkan iritasi pada kulit kepala, termasuk gatal-gatal, kemerahan, atau dalam kes yang lebih serius, luka terbakar.

Setelah rambut direbonding, ia sukar untuk kembali kepada keadaan asal tanpa potongan rambut atau rawatan yang intensif.

Ini boleh menyebabkan ketergantungan pada proses rebonding untuk mengekalkan penampilan rambut lurus.


Perbezaan Keratin Dan Rebonding

Keratin dan rebonding adalah dua jenis rawatan rambut yang bertujuan untuk meluruskan dan memperbaiki rambut, tetapi kedua-duanya berbeza dari segi proses, hasil, dan kesan pada rambut.

Berikut adalah perbezaan utama antara keratin dan rebonding:

Proses

Rawatan keratin melibatkan aplikasi produk yang mengandungi keratin, protein semula jadi yang terdapat dalam rambut.

Produk ini diserap ke dalam rambut untuk memperbaiki dan meluruskan rambut secara sementara, kemudian rambut diluruskan menggunakan seterika rambut untuk mengunci keratin dalam rambut.

Proses ini membantu meluruskan rambut sambil mengekalkan tekstur semula jadi dan volume rambut.

Rebonding pula adalah proses kimia yang lebih kuat di mana struktur semula jadi rambut diubah sepenuhnya.

Rambut pertama kali dilembutkan menggunakan bahan kimia, kemudian direbond untuk menjadikannya lurus dengan menyusun semula ikatan molekul rambut.

Rambut diluruskan secara kekal, menjadikannya sangat lurus dan rata.

Hasil

Hasil rawtaan keratin adalah rambut lebih lurus, licin, dan lembut, tetapi masih mengekalkan sebahagian besar tekstur asalnya.

Rambut tidak akan menjadi terlalu lurus, dan rawatan ini lebih kepada mengurangkan keriting dan kusut.

Kesan rawatan keratin biasanya bertahan antara 3 hingga 6 bulan, bergantung pada jenis rambut dan penjagaan selepas rawatan.

Manakala rebonding menghasilkan rambut yang sangat lurus, rata, dan berkilau.

Rambut kehilangan tekstur asalnya dan kelihatan lebih seperti rambut lurus secara semula jadi.

Hasilnya lebih kekal, dan rambut yang telah direbonding tidak akan kembali ke bentuk asalnya.

Walau bagaimanapun, akar rambut yang baru tumbuh perlu direbond untuk mengekalkan penampilan lurus.

Kesan pada Rambut

Keratin lebih lembut pada rambut kerana ia tidak melibatkan perubahan struktur kimia yang ketara.

Malah, keratin membantu memperbaiki rambut yang rosak dan meningkatkan kesihatan rambut.

Lebih selamat untuk digunakan berulang kali tanpa menyebabkan kerosakan yang besar.

Manakala rebonding lebih keras pada rambut kerana bahan kimia yang digunakan boleh merosakkan struktur semula jadi rambut, menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah patah jika tidak dijaga dengan baik.

Jika rebonding rambut pendek, ia mungkin akan merosakkan kulit kepala anda kerana ubat rebonding terkena pada kulit kepala dan mengakibatkan rambut gugur.

Memerlukan penjagaan yang lebih teliti dan penggunaan produk khas untuk mengelakkan kerosakan yang teruk.

Penampilan

Hasil keratin memberikan rambut yang lurus dengan penampilan semula jadi, tidak terlalu rata atau kaku.

Rambut masih mempunyai sedikit volume dan boleh digayakan dengan lebih fleksibel.

Sementara itu, rebonding membuatkan rambut menjadi sangat lurus dan licin, tetapi mungkin kelihatan terlalu rata atau tidak semula jadi, tanpa sebarang volume atau alunan.

Penjagaan Selepas Rawatan

Rawatan keratin memerlukan penjagaan yang kurang rumit, tetapi masih disarankan untuk menggunakan syampu bebas sulfat dan produk penjagaan rambut yang khusus untuk memanjangkan hasil rawatan.

Manakala rebonding memerlukan penjagaan yang lebih intensif, termasuk mengelakkan mencuci rambut selama beberapa hari selepas rawatan, serta penggunaan produk penjagaan yang sesuai untuk rambut yang telah direbonding.

Memilih antara keratin dan rebonding bergantung pada jenis rambut, keperluan, dan hasil yang diinginkan.

Keratin sesuai untuk anda yang ingin meluruskan rambut secara sementara dengan penampilan yang lebih semula jadi, sementara rebonding lebih sesuai bagi mereka yang mahukan rambut lurus secara kekal.


Artikel Berkaitan

End of Article