Macam biasa bila tiba bulan Ramadhan, ramai yang menantikan pakej bufet untuk berbuka puasa yang disediakan oleh hotel.
Bukan apa, suasana berbuka puasa di hotel lain sebenarnya. Lagipun dengar kata, bufet selalunya menghidangkan makanan sedap.
Untuk warga Shah Alam, tak perlu pening cari tempat buffet Ramadhan Shah Alam sebab kami akan bantu anda senaraikan tempat buka puasa Shah Alam yang menarik dan berbaloi.
Pastikan anda iftar di Shah Alam sama ada buffet murah Shah Alam ataupun di buffet hotel mewah Shah Alam bersama keluarga tersayang pada tahun ini.
Berikut merupakan 7 tempat berbuka puasa di Shah Alam yang menawarkan menu buffet Ramadhan yang menarik.
Jangan risau, senarai tempat berbuka Shah Alam yang kami sediakan ini ada pelbagai harga daripada paling murah sehingga harga yang ‘special’.
Kepada yang berada di Setia Alam tapi tak jumpa buffet Ramadhan Setia Alam, boleh juga datang ke kawasan Shah Alam yang tidak jauh ini.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 8 Buffet Ramadhan Di Shah Alam

Nikmati pengalaman berbuka puasa yang penuh nostalgia dengan pelbagai hidangan lazat di Buffet Ramadhan Citarasa Nostalgia! Dengan lebih daripada 60 menu pilihan, buffet ini pasti memuaskan selera anda.
Buffet ramadhan ini berlangsung dari 10 Mac hingga 29 Mac 2025.
Antara menu yang dihidangkan termasuk Kambing Grill, Asam Pedas Ikan Pari, Nasi Kenduri, Ikan Bakar, dan Daging Masak Lomak Cili Padi.
Harga buffet:
- RM69 (Dewasa)
- RM58 (Warga Emas 65 tahun ke atas)
- RM35 (Kanak-kanak 6-12 tahun)
Bagi anda yang mahu hadir bersama keluarga besar atau berbuka bersama rakan sekerja, terdapat promosi BUY 10 FREE 1.
Lebih ramai lebih meriah, barulah jimat!
Buffet ini diadakan di Midlands Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, berhampiran Jakel/UiTM.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi 0111-629 8896, 019-2099 486, 019-5346 397 atau 012-9573 142.
Buat tempahan sekarang sebelum terlambat!

Nikmati juadah eksklusif Seribu Satu Rasa Buffet Dinner di Cinnamon Coffee House, One World Hotel yang pasti menjanjikan juadah berbuka yang tidak dapat dilupakan.
Bukan sekadar juadah tradisi Malaysia, tetapi turut menawarkan pelbagai pilihan menu moden, menu Jepun dan juga pelbagai aneka seafood.
- 2 Mac - 31 Mac 2025
- 6.00PM - 10.30PM
- RM238.00nett (dewasa)
- RM119.00nett (kanak-kanak berumur 6-12 tahun)
Buat tempahan sekarang sebelum terlambat!

Nikmati hidangan rasa tradisional dengan sentuhan moden yang pasti membuatkan sesi berbuka puasa bersama keluarga lebih seronok.
Jangan lepaskan peluang istimewa ini untuk menikmati momen berharga bersama mereka yang tersayang semasa bulan Ramadan.
Selain pelbagai pilihan makanan, sudut mainan bagi mereka dengan kanak-kanak dan juga kemudahan surau yang luas dan selesa.
Tempah sekarang bersama Acappella Suite Hotel, Shah Alam.
- 6 Mac - 27 Mac 2025
- 6.30PM - 10PM
- RM135.00nett (Dewasa)
- RM100.00nett (Warga emas)
- RM80.00nett (Kanak-kanak)
Tapi jika membuat tempahan awal, anda boleh dapat harga lebih murah. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian 0350398888.

Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam adalah pilihan tepat kerana menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara hidangan signature:
- Kambing Panggang Hickory
- Ikan Salmon Bakar Celup Celup
- Bubur Lambuk Daging Rusa
Bukan itu saja, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam juga menyediakan makanan yang berkonsepkan Middle east juga.
Lagi menarik, Solat Tarawih disediakan (Maghrib, Isyak & Subuh) bersama Imam.
- 3 Mac - 29 Mac 2025
- 6.30PM - 10PM
- RM175.00nett (Dewasa)
- RM135.00nett (Warga Emas)
- RM100.00nett (Kanak kanak 5-11 tahun)
Untuk tempahan, sila Whatsapp ke 019-2736801, 019-2757801, atau 0192616847.

Ingin merasai pengalaman berbuka dan bersahur di hotel 4 bintang dengan pelbagai menu buffet ramadhan yang pasti menjilat jari?
Concorde Hotel Shah Alam menawarkan buffet untuk waktu berbuka bersama keluarga dan kawan.
lebih 100 pilihan juadah berbuka yang pasti akan membuatkan anda dan keluarga gembira.
- 2 Mac – 30 Mac 2025
- 6.30PM - 10.30PM
- RM 145 (Dewasa)
- RM 115 (Warga emas)
- RM 75 (Kanak-kanak berusia 5-12 tahun)
Sebarang pertanyaan ataupun untuk membuat tempahan boleh hubungi: +603 5520 8000.

Berbuka puasa dengan buffet ramadhan hotel Shah Alam dengan lebih 70 hidangan makanan sedap dan lazat ala kampung di Grand Ammara!
Anda akan disajikan dengan sajian ala kampung dengan harga yang murah dan mampu milik, dan antara menu menarik seperti Kambing Grill setiap hari serta masakan istimewa Nasi Daging Utara dengan Air Asam Tomato Meletop, dan Sup Tulang Thai Power yang pasti menyelerakan anda!
- 5 Mac - 27 April 2025
- 6.30PM - 10PM
- RM78.00nett (dewasa)
- RM58.00nett (warga emas)
- RM48.00nett (kanak-kanak 6-10 tahun)
Terdapat promosi tempahan awal jika anda beli sebelum 4 Mac 2025 ini, anda akan dapat promosi harga minggu pertama dengan harga RM70nett untuk dewasa.
Jadi, jangan lepaskan peluang rebut promosi early bird ini.

Lebih dari 100 jenis menu seperti Kambing Bakar, Gulai Kawah, Nasi Arab Kambing & kuih muih, 15 jenis stall dan macam-macam lagi.
Anda boleh dapat harga promosi yang boleh digunakan sehingga 7 Mac ini dengan harga RM90.
- 5 Mac - 28 Mac 2025
- 6PM - 9.30PM
- RM108.00nett (dewasa)
- RM78.00nett (warga emas)
- RM 60.00nett (Kanak kanak 7-12 tahun)
Klik link di atas untuk tempahan atau maklumat lanjut.

Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City menawarkan pelbagai hidangan yang menarik, dan lebih best daripada sebelum ini.
Antara makanan yang akan disajikan ialah Kerabu Ketam Bunga Pucuk Daun Delima Manis, Rock Lobster Otak-Otak, Kambing Kerutup Ibu-ibu, Udang Salai Lemak Belimbing Buluh, pelbagai aneka durian dan banyak lagi.
Juga, jangan lepaskan peluang rebut harga tempahan awal untuk dapatkan diskaun sehingga 20%, serta diskaun 15% jika anda membuat tempahan untuk 15 orang.
- 3 Mac - 30 Mac 2025
- 6.30PM - 10.30PM
- RM198.00nett (dewasa)
- RM99.00nett (kanak-kanak
Jika anda bercadang untuk bermalam di hotel ini, anda juga berpeluang untuk dapatkan diskaun 15% untuk buffet ramadan.
Artickel Berkaitan
- 7 Buffet Ramadan di Kuala Lumpur 2025(Pakej Promosi Terkini)
- 10 Makanan Sahur yang Sihat & Berkhasiat (Tahan Lama) 2025
- Rebut Harga Murah 4.4 Untuk Persiapan Raya Bulan Ramadan Ni