Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pad wanita terbaik

17 Tuala Wanita (Pad) Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama Bagus

Malangnya, masih ada lagi wanita di luar sana masih tidak tahu mana satu pad yang bagus.

Wanita dan pad tak dapat dipisahkan kerana setiap bulan pasti akan ada hari 'cuti' buat mereka.

Malangnya, masih ada lagi wanita di luar sana masih tidak tahu mana satu pad wanita yang bagus.

Tapi perkara utama yang perlu ditekankan adalah tuala wanita tersebut mampu menampung darah kotor yang banyak selama berjam lamanya dan tidak mudah bocor.

Jadi, kami bantu anda senaraikan jenama pad dan jenis pad wanita terbaik untuk anda pilih.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 17 Jenama Tuala Wanita Terbaik

Pad terbaik secara keseluruhan
Libresse Maxi Wing 24cm (3x16s)
Libresse
Libresse Maxi Wing 24cm (3x16s)
From
RM13.50
Check Libresse Maxi Wing 24cm (3x16s) price below:
add_circle Saiz 24cm
add_circle Mempunyai sayap
add_circle 48 keping pad dalam pek
add_circle Sesuai untuk aliran darah sederhana
remove_circle Tidak sesuai hujung tempoh period

Sebab menjadi pilihan utama:

Direka berdasarkan bentuk badan wanita agar pad akan tetap di tempatnya dan tak bergerak walaupun aktif sepanjang hari.

Ciri-ciri:

Jenama tuala wanita terbaik di Malaysia ini direka dengan SecureFit di mana mempunyai bahagian depan yang lebih lebar agar muat dengan baik. 

Manakala bahagian tengahnya pula lebih sempit agar muat dengan elok di antara paha. Bahagian belakang juga ada belahan supaya rapat dengan punggung si pemakai. 

Hasilnya, tiada lagi masalah kebocoran malah terdapat sistem Deep Flow Channels yang menyerap darah dengan cepat.

Kemudian cecair yang keluar, akan disalurkan sebaik mungkin dan meresap dengan baik.

Review:

"Memang jadi produk kegemaran saya sebab penyerapannya sangat terbaik. Pakai pun rasa kemas dan selesa. Beli bundle pack macam ni lagi murah."

Pad bertali
BEESON Maxicare Maternity Loop Pad
From
RM7.90
Check BEESON Maxicare Maternity Loop Pad price below:
add_circle 10 keping dalam 1 pek
add_circle Sangat menyerap
add_circle Lembut & berkusyen agar selesa
add_circle Sesuai untuk selepas bersalin
remove_circle Tiada sayap

Produk jenama Beeson ini direka untuk anda gemar memakai tuala wanita jenis bertali. 

Jadi, sesuai dipakai oleh ibu melahirkan yang memiliki aliran darah yang banyak dan normal. 

Memang disarankan untuk kegunaan ibu melahirkan di hospital.

Bukan itu sahaja, mempunyai penutup yang nipis dan kering.

Saiznya agak panjang iaitu 230mm yang akan mengurangkan masalah kebocoran. 

Cara pemakaiannya sangat mudah, sama seperti pakai pad biasa, cuma tali di kiri dan kanannya perlu diikat pada pinggang dengan kemas. 

Tuala wanita kain
The Hive Waterproof, Reusable, Washable Sanitary Pad Menstrual Period (1pcs)
The Hive Waterproof, Reusable, Washable Sanitary Pad Menstrual Period (1pcs)
From
RM11.92
Check The Hive Waterproof, Reusable, Washable Sanitary Pad Menstrual Period (1pcs) price below:
add_circle Tahan hingga 10 tahun
add_circle Tak mudah bocor
add_circle Lembut pada kulit
add_circle 3 pilihan saiz, liner, regular & large
add_circle Bebas bahan kimia bahaya
remove_circle Jangan basuh dengan softner & peluntur

Tuala wanita fabrik kalis air ini sesuai untuk anda yang nak menjimatkan wang sebab tak perlu beli pad setiap  bulan.

Ini kerana pada ini direka boleh digunakan semula selepas dibasuh dan lapisan atas diperbuat daripada material microfleece.

Malah boleh dilipat semula dan dilengkapi dengan butang untuk memudahkan anda pakai bersama seluar dalam. 

Jangan risau tentang bocor sebab bahagian dalamannya sangat menyerap. 

Sesuai untuk gadis yang memiliki kulit yang sensitif kerana pad The Hive ini jenis hypoallergenic

Dengan pad yang hadir dengan pelbagai corak dan warna menarik ini, sampah tuala wanita pakai buang boleh dikurangkan, jadi alam sekitar lebih terjaga.

Pad saiz besar
Sofy Anti-Bacterial Body Fit Night Slim Wing (42.5cm)
Sofy Anti-Bacterial Body Fit Night Slim Wing (42.5cm)
From
RM7.70
Check Sofy Anti-Bacterial Body Fit Night Slim Wing (42.5cm) price below:
add_circle Menyerap dengan pantas
add_circle Harga murah
add_circle Ada sayap
add_circle Pad sangat panjang, 42cm
remove_circle Tidak sesuai untuk darah sikit

Tidur tak selesa ketika datang haid sebab takut kebocoran pada tengah malam? 

Usah risau, tak akan ada masalah tersebut dengan adanya pad Sofy yang panjangnya hingga 42 cm ini. 

Jenama pad nombor 1 di Jepun ini direka dengan 360° Anti-Bocor, jadi anda boleh tidur atau bergerak dengan bebas tanpa risau tentang kebocoran. 

Paling best, diperbuat daripada lapisan anti bakteria tanpa pewangi di mana dapat mengurangkan pembiakan bakteria akibat darah kotor. 

Hasilnya, bau busuk juga dapat dihalang.

Tuala wanita organik
Bobble Organic Cotton Sanitary Pads - Heavy Flow
Bobble Organic Cotton Sanitary Pads - Heavy Flow
From
RM19.90
Check Bobble Organic Cotton Sanitary Pads - Heavy Flow price below:
add_circle Hypoallergenic
add_circle Kulit boleh bernafas
add_circle Sangat menyerap
add_circle Bebas daripada klorin & pewarna
add_circle Menghalang pertumbuhan bakteria
remove_circle Harga mahal

Tuala wanita Bobble ini sesuai untuk anda yang suka guna produk bahan organik kerana diperbuat daripada 100% kapas organik. 

Selain boleh dipakai ketika haid, juga boleh digunakan lepas bersalin terutamanya ketika 2 minggu selepas melahirkan kerana lembut pada kulit. 

Direka dengan sayap dan bahagian belakang yang lebar agar tak mudah bocor. 

Terdapat jalur arang buluh pada pad bersaiz 330mm yang akan mengawal bau busuk akibat darah kotor. 

Sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai aliran darah yang banyak setiap kali datang bulan. 

Bagaimanapun, hanya terdapat 10 keping pad dalam setiap bungkusan.

Tuala wanita overnight
Kotex Proactive Guard Overnight Wing 41CM (12S x 1 Pack)
Kotex
Kotex Proactive Guard Overnight Wing 41CM (12S x 1 Pack)
From
RM11.90
Check Kotex Proactive Guard Overnight Wing 41CM (12S x 1 Pack) price below:
add_circle Cepat menyerap
add_circle Bahagian belakang pad lebih lebar
add_circle Sesuai juga dipakai pada waktu siang
remove_circle Perlu pilih saiz yang sesuai

Jadikan pad Kotex ini sebagai teman baik setiap kali datang bulan kerana memiliki saiz 41cm.

Kepanjangan pad ini boleh mengelakkan masalah kebocoran terutamanya pada waktu malam. 

Malah tuala wanita overnight ini mempunyai sayap lembut pada bahagian sisi pad yang akan naik dengan sendirinya apabila terkena darah supaya tak bocor. 

Selain itu, lembut pada kulit, jadi memang selesa dipakai. Tidur anda akan jadi lebih nyenyak lepas ni.

Pad yang tidak gatal
Blossom Day Use Ultra Thin Wing Cottony Surface (20PCS)
Blossom
Blossom Day Use Ultra Thin Wing Cottony Surface (20PCS)
From
RM14.99
Check Blossom Day Use Ultra Thin Wing Cottony Surface (20PCS) price below:
add_circle Panjang 245mm
add_circle Tak mudah bocor
add_circle Untuk kegunaan siang hari
add_circle Direka dengan jalur pelekat
remove_circle Kurang sesuai dipakai waktu malam

Walaupun nipis, tuala wanita Blossom ini mempunyai lapisan unik yang akan menyebarkan cecair dengan rata agar kebocoran tidak berlaku. 

Lagi menarik, permukaannya mempunyai daya serap dan daya simpan darah kotor yang tinggi. 

Ini kerana diperbuat daripada permukaan kapas yang lembut dan ada aliran udara yang khas agar sesuai dengan kulit wanita yang halus.

Selain itu, anti-bakteria, jadi kulit anda tak akan mudah gatal kerana pembiakan bakteria dapat dihalang manakala bau yang tidak enak juga boleh dihapuskan.

Pad untuk kulit sensitif
Korea Organic Cotton Sanitary Pad Sojunghanday
Korea Organic Cotton Sanitary Pad Sojunghanday
From
RM14.80
Check Korea Organic Cotton Sanitary Pad Sojunghanday price below:
add_circle Diperbuat dari 100% kapas organik
add_circle Tak mudah bocor di sisi
add_circle Ada sayap lembut
add_circle Anti geseran
remove_circle Harga mahal

Pad terbaik dari Korea ini pula ada banyak pilihan saiz. Antaranya 24cm, 28cm dan 32cm untuk kegunaan waktu malam.  

Sangat sesuai dipakai oleh wanita yang memiliki kulit sensitif kerana tidak menyebabkan kegatalan atau bau busuk. 

Jangan risau, boleh dipakai dengan selesa walaupun ketika hari aliran darah yang banyak. 

Malah, mampu menyerap cecair kotor dengan baik dan bahagian belakangnya memberikan aliran udara kepada si pemakai. 

Tuala wanita jenis kapas
Enya Premium Organic Cotton Sanitary Pads Mix Box
Enya Premium Organic Cotton Sanitary Pads Mix Box
From
RM20.90
Check Enya Premium Organic Cotton Sanitary Pads Mix Box price below:
add_circle Ada sayap
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Ada saluran U untuk elak bocor
add_circle Pelekat yang kuat agar pad tak bergerak
add_circle Bebas daripada pewangi, paraben & klorin
remove_circle Harga mahal

Apa salahnya berbelanja lebih untuk keselesaan ketika datang bulan, bukan?

Jadi dapatkan pad jenama Enya yang dihasilkan daripada bahan premium ini. 

Memang harganya mahal tapi anda akan dapat 6 keping tuala wanita saiz 24cm untuk kegunaan siang dan 6 pad bersaiz 28.5cm untuk waktu malam. 

Bahagian lapisannya diperbuat daripada 100% kapas organik tanpa dioxin, memang lembut dan selesa dipakai dan tiada iritasi. 

Walaupun nipis tapi mempunyai kadar penyerapan yang tinggi iaitu 80ml untuk pad siang dan 120ml untuk pad malam.

Tuala wanita Intimate
Initimate Nitelong Maxi Wing SF 3x14’s
Initimate Nitelong Maxi Wing SF 3x14’s
From
RM15.99
Check Initimate Nitelong Maxi Wing SF 3x14’s price below:
add_circle Boleh dibasuh
add_circle Untuk kegunaan waktu malam
add_circle Permukaan pad lembut bak kapas
add_circle Memerangkap cecair di dalam
remove_circle Kurang sesuai aliran darah banyak

Inginkan pembelian tuala wanita yang berbaloi, kami sarankan untuk dapatkan pad Intimate 280mm yang dijual dalam value pack ini. 

Sesuai dipakai ketika siang hari terutamanya pada hari pertama dan kedua datang bulan ketika aliran darah masih banyak. 

Direka dengan sayap berbentuk seperti rama-rama yang akan mengekalkan pad pada kedudukan asalnya.

Mala geseran juga berkurangan walaupun anda aktif bergerak. Sesuai untuk gadis aktif.

Turut ada lubang-lubang mini yang akan menyerap cecair dengan sempurna. 

Malah terdapat ciri Fold Swift Channel pada pad yang bertindak sebagai penyekat kebocoran.

Pad untuk ibu bersalin
Autumnz Premium Plus Maternity Pads
Autumnz Premium Plus Maternity Pads
From
RM9.20
Check Autumnz Premium Plus Maternity Pads price below:
add_circle Sesuai untuk heavy flow
add_circle Permukaan super lembut
add_circle Perlindungan kebocoran
add_circle Dilengkapi pelindung pinggul lebar dan sayap
add_circle Lapisan dalam menyerap cecair serta merta
remove_circle Saiz 35 & 45 cm sahaja

Jenama pad yang digemari wanita bersalin kerana ia tebal dan selesa digunakan terutamanya wanita yang menjalani pembedahan C-Section.

Direka khas untuk sesuai dengan lengkuk badan wanita lepas bersalin dan disertakan pelekat untuk memastikan pad tidak bergerak.

Ciri elastic leg gathers untuk mencegah kebocoran di bahagian tepi dan pelindung pinggul yang lebar serta bersayap untuk perlindungan maksimum.

Permukaan yang super lembut memberi rasa selesa pada kulit yang terkena jahitan, manakala daya penyerapan yang maksimum membantu anda rasa lebih kering dan bersih.

Menggunakan bahan yang bebas pewangi dan sangat breathable untuk menjamin kekeringan dan keselesaan anda sepanjang hari.

Tuala wanita jenis gel
Avail Fc Bio Sanitary Pads
Avail Fc Bio Sanitary Pads
From
RM8.20
Check Avail Fc Bio Sanitary Pads price below:
add_circle Wangi bau herba
add_circle Permukaan lembut
add_circle Mengawal atur kitaran haid
add_circle Membuang darah beku di dalam rahim
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita hamil

Mempunyai masalah keputihan banyak atau miss V berbau? Guna je pad wanita bau herba ni!

Diperbuat daripada 100% kapas dan ramuan herba semulajadi yang bagus untuk kesihatan.

Antara manfaat pad herba ini termasuk:

  • Mencegah senggugut dan buasir
  • Mengawalatur kitaran haid
  • Membuang angin perut dan darah beku di dalam rahim
  • Mencegah keradangan dan membasmi kuman
  • Mengurangkan keputihan, kekuningan dan kegatalan faraj
  • Menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim

Dalam pad jenis gel senang nak cuci tak perlu tonyoh kuat dan tak gatal macam jenama pad wanita lain.

Pilih je sama ada panty liner, pad biru untuk waktu siang dan pink untuk perlindungan ekstra semasa tidur.

Malah, ada pengguna yang telah pakai sejak remaja sehingga beranak empat dan memang selesa walaupun dalam tempoh heavy flow.

Bila pakai pad ni rasa sejuk berangin je dan kalau jenis period keluar ketulan darah banyak baik anda cuba pad ni memang puas hati!

Pad yang sesuai untuk mandi kolam
Kotex Stellar Super Ultrathin Pad Wing (28 cm - 10pcs )
kotex pad
From
RM11.90
Check Kotex Stellar Super Ultrathin Pad Wing (28 cm - 10pcs ) price below:
add_circle Ultralight Absorbent Material
add_circle Ketebalan 0.8mm
add_circle Boleh bergerak 1000 langkah
add_circle Jenis Kotex Soft & Smooth
remove_circle Tidak sesuai untuk heavy flow

Bagi wanita yang ingin berjogging atau mandi kolam, disarankan untuk guna pad ini.

Kotex® Stellar ini mempunyai format Ultrathin Wing yang membuatkan ia sangat nipis dan selesa dipakai.

Jenis Kotex Soft & Smooth yang lembut pada kulit anda dan panjangnya pula 28 CM, jadi boleh bagi perlindungan yang maksimum.

Pad ini menggunakan Ultralight Absorbent Material yang diinspirasikan daripada teknologi angkasa lepas dan boleh menyerap dengan baik tapi tetap ringan dan selesa.

Ketebalan Kotex Stellar hanya 0.8mm je, jadi tidak gatal atau nampak bawah pakaian sukan.

Usah risau tentang kebocoran, pad ini kekal di tempatnya walaupun anda melangkah 1000 langkah.

Namun, gunakan pad baru jika ingin mandi kolam dan elakkan guna pad yang telah dipenuhi darah.

Tuala wanita buatan Malaysia
Bio Seleza Feminine Pad
Bio Seleza Feminine Pad
From
RM15.00
Check Bio Seleza Feminine Pad price below:
add_circle Melegakan masalah kitaran haid
add_circle Mengurangkan sengugut
add_circle Mengurangkan bau
add_circle Rasa kering sepanjang masa
add_circle Membasmi kuman
remove_circle Sukar dapat di pasaran

Jenama ini menggunakan teknologi Bio Velocity Energy, Far Infrared Ray, Ion Negatif dan Nano Silver.

Jalur teras anti-bakteria ini membantu mengurangkan masalah berkaitan haid dan meningkatkan kebersihan kewanitaan.

Permukaan pad daripada kapas bergred tinggi yang lembut pada kulit dan mempunyai lapisan penyerap yang efisien untuk mengelakkan kebocoran.

Lapisan bawah boleh bernafas mengurangkan kelembapan, bau dan menghalang pertumbuhan bakteria.

Ditambah lagi reka bentuk jalur ergonomik yang mengekalkan semua lapisan pada tempatnya dan menggunakan gam pelekat gred makanan berkualiti tinggi.

Anda juga akan kurang rasa sakit disebabkan oleh period pain dan tiada lagi bau busuk!

Tuala wanita Laurier
LAURIER Night Safe Wing Twin Pack (35sm x 12s)
LAURIER Night Safe Wing Twin Pack (35sm x 12s)
From
RM14.20
Check LAURIER Night Safe Wing Twin Pack (35sm x 12s) price below:
add_circle Tiada rasa gatal
add_circle Mudah dicuci
add_circle Menyerap 2X lebih cepat
add_circle Perlindungan 10 jam
add_circle Rekaan permukaan berlian
remove_circle Tidak sesuai untuk darah sikit

Jenama yang dipercayai ramai wanita dan sesuai untuk penggunaan semalaman yang heavy flow.

Pad wanita yang mudah dicuci dan boleh menyerap cecair dengan baik di bahagian tengah serta menghalang kebocoran di bahagian belakang semasa tidur.

Direka dengan sistem Quick Lock dan permukaan diamond yang menyerap 2 kali lebih pantas memastikan anda rasa 5 kali lebih kering sepanjang malam.

Ciri ultra absorbent core yang mampu menyerap dan mengunci cecair yang keluar dengan banyak pada satu-satu masa.

Dengan pelindung pinggul yang lebih lebar, anda boleh tidur dengan lena tanpa bimbang cadar katil kotor.

Tuala wanita berangin
Sofy Cooling Fresh Day Ultra Slim Wing (25cm x 14 Pcs)
Sofy Cooling Fresh Day Ultra Slim Wing (25cm x 14 Pcs)
From
RM9.50
Check Sofy Cooling Fresh Day Ultra Slim Wing (25cm x 14 Pcs) price below:
add_circle Hipoalergenik
add_circle Mencegah bau yang tidak menyenangkan
add_circle Kurangkan rasa basah
add_circle Rasa sejuk & menyegarkan
remove_circle Tidak sesuai untuk awal period

Jenama no.1 di Jepun, SOFY Cooling Fresh mampu menghilangkan rasa tidak selesa semasa haid dengan memberikan sensasi sejuk minty cool sehingga 5 jam.

Selesa dipakai dalam tempoh yang lama walaupun saiznya sepanjang 25cm. Saiz ini sesuai digunakan oleh wanita yang memiliki aliran darah normal atau sikit.

Dengan kepingan pudina sejuk teknologi Jepun yang dipertingkatkan dan penyerapan segera teknologi Jepun, anda akan rasa segar semasa haid walaupun berada di luar rumah berjam-jam.

Turut mengandungi minyak pati tumbuhan semula jadi untuk mencegah bau yang tidak menyenangkan.

Tuala wanita herba
Kotex Herbal Cool Overnight Wing Pad (32cm/10's x 3 Packs)
Kotex Herbal Cool Overnight Wing Pad
From
RM18.15
Check Kotex Herbal Cool Overnight Wing Pad (32cm/10's x 3 Packs) price below:
add_circle Ekstrak Tea Tree
add_circle Rasa sejuk
add_circle 3000 lubang mikro
add_circle Teras penyerap 3D
remove_circle Tidak sesuai untuk awal period

Kotex® Herbal Cool bersaiz Overnight Wing sepanjang 32cm menawarkan perlindungan maksimum daripada kebocoran.

Dilengkapi ekstrak tea tree yang menyejukkan, ia menghilangkan rasa tidak selesa dan memberi anda sensasi segar sepanjang hari.

Dengan 3000 lubang mikro dan rapid lock core, pad ini menyerap cecair dengan lebih cepat dan kekal kering.

Reka bentuk Flexfit yang sesuai dengan badan anda dan ciri anti-leak channel yang melindungi anda menyeluruh daripada kebocoran.


Hukum Basuh Pad

Semasa zaman persekolahan, kita sering ditakutkan dengan cerita jika tidak membasuh pad dengan bersih, jin akan datang. 

Namun, hakikatnya tiada sebarang dalil khusus yang mewajibkan wanita membasuh pad yang dipenuhi darah.

Justeru, wanita boleh mencuci atau membuangnya terus ke dalam tong sampah selepas dibungkus rapi dalam surat khabar atau kertas.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut menjelaskan bahawa membasuh pad boleh meningkatkan risiko penyebaran kuman dalam tandas.

Paling penting, buang pad dengan cara yang betul dan di tempat yang khusus.

Kalau boleh pad wanita diasingkan daripada sampah biasa. Jangan buang dalam mangkuk tandas atau tempat lain yang tidak sesuai.

Dalam tempoh haid, wanita juga perlu membasuh tangan sebelum dan selepas menukar pad.

Tukar pad setiap 2 hingga 4 jam mengikut aliran darah haid dan gunakan air suam atau produk pembersih wanita tanpa pewangi.


Tips Memilih Tuala Wanita Yang Sesuai

Tempoh haid setiap wanita berbeza. 

Jadi, ambil perhatian pada perubahan badan sendiri dan pilih pad wanita yang paling sesuai dengan keadaan anda.

Jangan risau, ikuti je tips memilih tuala wanita di bawah:

  • Bahan pad wanita

Cari tuala wanita yang diperbuat dari bahan yang mesra kulit dan boleh menyerap cecair dengan baik seperti kapas. 

  • Saiz tuala wanita

Pastikan panjang tuala wanita bersesuaian dengan bentuk badan dan aliran haid anda. 

Biasanya, pada awal haid aliran darah lebih banyak. 

Jadi, wanita boleh memilih jenis pad wanita yang lebih panjang, berlapis tebal dan ciri wing untuk mengelakkan kebocoran terutamanya pada waktu malam.

  • Gaya hidup

Jika anda seorang yang aktif atau sering melakukan aktiviti luar, cari pad yang lebih nipis dan tidak mudah bocor bagi mengelakkan situasi yang tidak selesa.


Perbezaan Antara Tuala Wanita Dan Pad Bersalin? 

Tuala bersalin atau maternity pad dipakai oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak kerana darah nifas. 

Manakala tuala wanita atau sanitary pad pula dipakai oleh wanita atau gadis setiap bulan ketika datang haid. 

Dari segi rekaan luarannya, kedua-dua pad ini adalah sama dan fungsinya juga serupa iaitu menyerap darah kotor. 

Tapi selalunya, maternity pad lebih lembut, lebih panjang dan lebih tebal berbanding tuala wanita biasa.

Ini kerana untuk menyerap lebih banyak darah nifas yang keluar. 

Selain itu, maternity pad juga direka khas lembut agar tidak akan merengsakan bahagian jahitan selepas bersalin. 

Apa pun, jom tonton video di bawah untuk mengetahui jenis tuala wanita.


Artikel Berkaitan

End of Article