Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Panjangkan Rambut Dengan Cepat Melalui 8 Syampu Rambut Khas Ini

Rambut panjang, senang untuk ditatarias pelbagai gaya

Rambut yang sihat adalah mahkota setiap insan. Jika anda inginkan rambut yang sihat, perlulah memelihara rambut dengan betul dan memastikan ia mendapat nutrien secukupnya. Setiap orang mungkin mempunyai masalah kulit kepala yang mampu mencacatkan penampilan rambut seterusnya menggangu pertumbuhan rambut, menyebabkan ianya kelihatan kurang bermaya. Langkah utama untuk mempercepatkan petumbuhan rambut agar lebih panjang adalah selesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh kulit kepala seperti kelemumur, berminyak yang berlebihan, mudah gugur dan sebagainya.

Apabila semua masalah ini dapat selesaikan, barulah kulit kepala yang sihat dapat merangsang pertumbuhan rambut agar dapat tumbuh dengan lebih sihat dan panjang. Rambut kebiasaannya tumbuh 1 3/4 inci sehingga 1/2 inci maksimum sebulan. Bergantung pada keadaan kulit kepala seseorang. Ingin rambut tumbuh panjang lebih cepat dalam hanya masa beberapa minggu sahaja? Jom ikuti list syampu rambut berkesan di bawah ini.

Syampu sesuai untuk memanjangkan rambut – berkesan menghapus kelemumur
Innisfree My Hair Recipe Anti Dandruff Shampoo (330ml)
Innisfree
From
RM46.00
Check Innisfree My Hair Recipe Anti Dandruff Shampoo (330ml) price below:

Syampu anti kelemumur yang mengandungi ekstrak Jeju Pines, Cedar dan Cypress ini, berfungsi melegakan tekanan kulit kepala dari kelemumur untuk menjadikannya lebih sihat. Selain itu, kandungan ekstrak dari kelapa sawit pula bertindak untuk menghapuskan kelemumur pada kulit kepala. Bahan lain seperti Lavender dan Pennywort dapat melindungi kulit kepala daripada masalah yang boleh menjejaskan kadar pertumbuhan rambut dengan sempurna.

Protein semulajadi daripada soya dapat menjaga secara intensif serta memulihkan rambut rosak akibat pewarna rambut, perming atau faktor tekanan lain. Rambut anda akan panjang lebih cepat dengan penggunaan yang betul. 

Sesuai untuk membaikpulih rambut rosak dan memanjangkannya
BOTANICALS by L’OREAL PARIS Coriander Strength Cure Shampoo
From
RM37.64
Check BOTANICALS by L’OREAL PARIS Coriander Strength Cure Shampoo price below:

Produk dari jenama ini dicipta khas untuk rambut rapuh dan cepat rosak. Hasil gabungan 3 jenis minyak botani semulajadi iaitu minyak ketumbar, soya dan kelapa bagi membantu untuk menguatkan serta menghidupkan semula rambut yang lemah dan nipis. Bertekstur ringan, rambut anda akan kembali bermaya serta beraroma segar. 

Bahan yang terkandung dalam syampu ini adalah daripada organik iaitu sumber semulajadi untuk membuat rambut anda berasa lebih kuat sehingga ke akar umbi. Rambut anda juga tidak akan mudah putus atau gugur.

Bagus untuk melebatkan rambut panjang anda agar tampil bervolum
Segreta Bouffant Volumizing Shampoo 360ml
From
RM37.90
Check Segreta Bouffant Volumizing Shampoo 360ml price below:

Syampu berformulasi ini di reka khas untuk mereka yang mempunyai masalah rambut nipis dan leper. Produk ini adalah rahsia keremajaan yang membantu mengekalkan bentuk rambut agar sempurna dari akar hingga ke hujungnya. 

Syampu yang berteknologi tinggi ini mampu menjaga rambut dengan baik agar kekal segar dan menghalang rambut beruban, tidak kira tahap kepanjangan rambut anda. Syampu ini beruaya untuk memanjangkan rambut pendek dan merangsang akar rambut agar ianya menjadi lebih lebat, tebal dan volum.

Untuk memanjangkan serta meluruskan rambut dengan cepat, bebas silikon
DOVE Hair Botanical Glowing Straight Shampoo
From
RM34.30
Check DOVE Hair Botanical Glowing Straight Shampoo price below:

Siapa yang tidak kenal dengan syampu dari jenama ini? Sebut sahaja Dove, pasti ramai pengguna tahu akan kewujudan rangkaian produk terbaik dan berkesan untuk rambut ini. Dirumus khas dengan pelbagai bahan organik seperti ekstrak bunga Lotus dan minyak Jojoba untuk mengekalkan lembapan rambut sambil memanjangkannya agar lebih berkilat dan lurus. 

Syampu ini mempunyai haruman bunga yang manis serta bauan dari buah segar. Ianya bebas silikon, pewarna dan memberi hasil rambut lebih berkilat. Dari kandungannya 100% berkhasiat, rambut anda tampil berkilau berpanjangan.

Baik untuk menghalang rambut dari keguguran dengan lebih teruk
Ryo Jayang Yunmo Hair Loss Care Shampoo – For Oily Scalp
Ryoe Jayang Yunmo
From
RM44.00
Check Ryo Jayang Yunmo Hair Loss Care Shampoo – For Oily Scalp price below:

Dilengkapi dengan evolusi teknologi, syampu untuk penjagaan rambut ini sangat khusus buat rambut gugur. Syampu ini dapat merawat masalah yang dialami oleh anda dengan berkesan pada kulit kepala tanpa menyebabkan iritasi atau merengsa. Bebas dari bahan kimia merbahaya dan dijamin keselamatan pengunaannya. 

Ianya mampu memberi pengalaman baru kepada pengguna syampu ini. Keberkesanannya mampu dilihat dalam masa hanya 4 minggu sahaja. Kadar pertumbuhan rambut anda juga dapat panjang dengan cepat jika menggunakannya secara konsisten.

Buat anda yang alami masalah rambut kering – beri kelembapan sepanjang masa
TSUBAKI OIL Extra Moisture Balance Shampoo (450ml)
From
RM32.73
Check TSUBAKI OIL Extra Moisture Balance Shampoo (450ml) price below:

Tsubaki Oil Extra Moisture Balance Shampoo adalah syampu untuk mereka yang mempunyai masalah rambut kering. Syampu ini berfungsi untuk membersihkan rambut dan membantu mengekalkan lembapan serta menguatkan kulit kepala terhadap perubahan alam sekitar.

Ianya juga mampu untuk melindungi rambut daripada terdedah kepada sinar UV dan kerosakan haba yang disebabkan oleh alat penggaya rambut yang panas. Syampu ini diformulasi bebas silikon, paraben dan pewarna tiruan. 

Si pemilik rambut keriting, syampu ini sesuai untuk anda
Ma Cherie Moisture Shampoo (450ml)
From
RM38.16
Check Ma Cherie Moisture Shampoo (450ml) price below:

Produk penjagaan rambut aromatik yang mengandungi haruman manis ini, dirumus khas dengan Honey Gelee yang membolehkan jari anda meluncur melalui rambut dan mudah diurus. Khasiat kelembapan untuk rambut yang datang dari pelbagai sumber lembapan membuatkannya berasa lebih lembut dan licin walaupun selepas dikeringkan. 

Diformulasi untuk meminimumkan kesan keriting pada rambut sambil memelihara rambut agar sentiasa tumbuh panjang dengan cepat dan sihat. Tiada lagi masalah rambut frizzy!

Diformulasi khas untuk menghalang rambut berminyak serta memanjangkannya
SEBAMED Oily Hair Shampoo (400ml)
From
RM27.90
Check SEBAMED Oily Hair Shampoo (400ml) price below:

Dicipta khas untuk mereka yang mempunyai masalah rambut berminyak secara berlebihan dan menghalang penghasilan sebum pada kulit kepala. Jenama produk dari Sebamed ini bertindak membersih dan menjaga rambut serta kulit kepala anda. 

Tindakan pembersihan lembut menjadikan kelemumur hilang dengan berkesan serta menjadikannya lebih sihat, lembut, berkilat dan mudah diurus. Apabila masalah minyak berlebihan dapat diseimbangkan, kulit kepala terasa sihat dan mampu untuk menjana pertumbuhan rambut agar lebih sihat dan panjang.

Artikel Berkaitan

End of Article