Setiap manusia mempunyai warna kulit yang berbeza-beza, terdapat mereka yang memiliki kulit yang cerah, sawo matang, gelap dan lebih lagi. Hal ini berkaitan juga dengan jenis kulit manusia yang berbeza. Terdapat beberapa jenis kulit, iaitu kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitif dan lain-lain. Mempunyai jenis-jenis kulit tersebut bukanlah penghalang kepada seseorang untuk tidak memakai alat solek.
Sesetangah produk yang dihasilkan adalah untuk jenis-jenis kulit tertentu agar setiap orang dapat memakai alat solek. Terdapat beberapa produk “Foundation” yang terbaik untuk kulit kering dan mudah untuk dimilikinya.
NARS All Day Luminous Weightless Foundation yang bebas minyak dan ringan ini, mampu meresap dalam jangka masa yang pendek dan mampu mencerahkan kulit. Diformulasikan tanpa menggunakan sebarang minyak, alcohol, wangian dan non-comedogenic. Foundation ini telah pun diuji oleh pakar Dermatologist bagi pengesahan ia foundation yang natural dan ringan pada wajah anda.
CLINIQUE Anti-Blemish Solutions Liquid Makeup Foundation ini adalah produk yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan kering. Merupakan produk yang bebas minyak yang mampu menutupi jerawat dan parut serta cela yang terdapat pada wajah. Foundation ini juga mengandungi bahan-bahan ubatan yang mampu untuk merawat jerawat serta menghindari kulit dari pertumbuhan jerawat.
Ekstra: 12 Foundation Terbaik dari Jenama Terkenal untuk Jenis Kulit Anda
Foundation ini berfungsi menaikkan seri wajah dan melembabkan kerana mengandungi Vitamin E, arbuten, dan waterbased. Ia tidak berminyak dan tidak merekah atau bercapuk di wajah. Menggunakan bahan-bahan organik dan mengandungi SPF 50 supaya kulit terlindung daripada sinaran UV. Penggunaan produk ini secara berterusan akan memudarkan parut jerawat dan jeragat.
Foundation ini mengandungi SPF50 Collagen yang berfungsi untuk menghaluskan, melembutkan kulit wajah dan mampu menutup serta memudarkan parut dan cela pada kulit wajah. Mempunyai tekstur yang sangat ringan dan lembut, tidak berminyak dan melekit. Malah, tahan sehingga 12 jam dan sesuai untuk kesemua jenis kulit termasuk kulit kering.
Bagi mereka yang beragama Islam, produk ini semestinya halal dan boleh dibawa solat.
Produk ini merupakan produk yang sangat lembut dan ringan yang memberikan seri pada wajah. Ia mengandungi SPF 20++ dan tidak memerlukan bedak asas untuk sentuhan terakhir. Walaupun amat sesuai untuk semua jenis kulit, namun memerlukan cara yang betul untuk menggunakannya untuk mendapatkan hasil yang terbaik yang akan memberikan kulit kesan penutupan cela dan parut yang terbaik.
Produk ini merupakan foundation cecair yang membantu untuk memberikan kelembapan selama 24-jam pada kulit. Ia juga mempunyai UV protection kerana mengandungi SPF 16 dan mampu untuk menutup cela pada wajah tanpa menyumbat pori-pori. L’OREAL Paris True Match Liquid Foundation ini bebas minyak, bebas pewangi dan telah diuji oleh Dermatologist.
LANCOME Teint Miracle Bare Skin Foundation ini bertindak sebagai foundation pelindung, kerana ia mengandungi SPF 15 untuk melindungi kulit dari sinaran UV dan membantu untuk memberikan aura kulit yang sempurna pada wajah anda. Mengandungi pearlescent pigments yang memberikan rupa wajah yang “dewy” dan berseri dan mampu bertahan sehingga 12 jam dengan memberikan kulit wajah kesegaran, kelembutan, rupa yang natural, dan berseri-seri.
Produk ini merupakan foundation pertama Maybelline soft-matte dan berfungsi untuk menghidratkan kulit wajah. Memberikan kesegaran kepada kulit wajah, tekstur yang lembut dan tidak kasar. Foundation ini juga mampu untuk menutup sebarang cela yang terdapat pada kulit wajah.
Produk ini mempunyai kandungan perlindungan UV dan teknologi soft focus agent yang membantu untuk menutup garisan halus pada kulit wajah. Teksturnya lembut, ringan dan mudah meresap serta mudah diratakan pada wajah. Foundation ini juga mengandungi SPF 30, terdiri daripada 5 jenis tona warna, tahan lama dan bertindak secara efektif pada kulit kering.
OLAY Total Effects Foundation merupakan foundation yang mengandungi moisturizer dan mempunyai tujuh kebaikan anti penuaan. Ia memberikan kelembapan pada kulit wajah dan memberikan rupa wajah yang natural. Produk ini juga mengandungi SPF 15, sangat ringan, tidak berminyak dan non-comedogenic. Malah, produk ini telah diuji oleh Dermatologist bagi mendapatkan pengesahan kegunaanya.