Fitness watch adalah sebuah teknologi kecil di mana menggabungkan ciri-ciri SMART technology dengan aktiviti seharian manusia. Fitness watch haruslah dipakai oleh pengguna sentiasa ketika bersenam atau berehat supaya fitness watch dapat memantau tahap kesihatan pengguna. Sebagai kesimpulannya, fitness watch merupakan teknologi terkini untuk memantau tahap kesihatan diri anda.
MAXGear TW17 mempunyai silicon labs si1142 sensor dimana dapat mengesan heart rate dengan tepat dan jitu.hal ini kerana sensor ini amat peka terhadap degupan nadi di pergelangan tangan pengguna. MAXGear TW17 mempunyai cip Nordic nRF51822 menjadikan jam fitness ini lebih hebat prestasinya untuk memproses data yang diterima oleh sensor dengan lebih cepat dan tanpa hanging.
Xiomi Mi Band 2 merupakan fitness watch kalis air dengan tahap kalis airnya iaitu IP67 bersesuaian untuk aktiviti renang. Hal ini menjadikan produk ini boleh mengesan heart rate ketika berenang . Bentuk Xiomi Mi Band 2 yang kecil tidak mengganggu sebarang aktiviti individu dan individu dapat melakukan aktiviti secara efektif.
OEM ID115 merupakan fitness watch yang berkebolehan untuk memantau kualiti tidur pengguna dengan terperinci. Jam ini mempunyai auto tracking sleep di mana dapat menganggar sehingga bila perlu pengguna tidur untuk mendapatkan tidur yang baik demi penjagaan kesihatan yang optimum. OEM ID115 mempunyai penggera untuk mengejut pengguna untuk bangun apabila tidur di tahap yang baik.
Produk ini amat penting bagi mereka yang seing kali gagal dalam mendapatkan tidur yang sihat.
MAXGear E02 mempunyai screen OLED. Kelebihan bagi MAXGear E02 iaitu sebagai peringatan panggilan masuk di mana fitness watch ini akan mempaparkan nombor telefon yang membuat panggilan masuk. Hal ini, MAXGear E02 dapat mengurangkan penggunaan telefon ketika bersenam kerana pengguna mengetahui sama ada nombor itu perlu diangkat atau tidak.
OEM Xwatch direka khas untuk aktiviti lasak atau aktiviti yang aktif. Ia mampu menira jumlah kalori yang digunakan,lemak yang dibakar dan mengurus rekod data bersukan melalui aktiviti lasak seperti rock climbing,hiking dan jungle trekking. Jam tangan ini harus dimiliki oleh mereka yang aktif kerana tidak mudah rosak apabila berlanggar dengan permukaan keras dan kalis air.
Smart QS80 mempunyai bentuk yang classic dan berfesyen tetapi pintar. Jam fitness ini amat sesuai untuk memantau aktiviti kardiak seperti tekanan darah dan mampu mengesan tekanan darah pengguna dengan tepat tanpa ralat. Ia dengan harganya yang mampu milik, anda boleh menjaga sistem kardiovaskular anda dengan baik.
OEM S2 Smartwatch mempunyai teknologi 3D pedometer yang bertujuan untuk mengesan jarak, laju dan momentum dengan lebih cekap dan tepat. Di samping itu, ia mampu menetapkan kaedah data senaman seperti berbasikal, joging dan berlari bagi yang memerlukan pergerakan yang drastik dengan mode-mode tertentu. Seterusnya dilengkap dengan teknologi anti hilang di mana fitness watch ini akan memberi penggera pemberitahuan jika fitness watch ini hilang.
Ekstra: Bersenam dengan lebih efektif (dan bergaya!) dengan alat-alat pintar ini
MAXGear ID155 Lite mempunyai cip NORDIC dan kionix sensor yang menjadikannya fitness watch yang pintar. Ia mempunyai peringatan sedentari yang baik. Apabila pengguna rehat terlalu lama, jam ini akan bergetar sebagai penunjuk bahawa pengguna perlu melakukan aktiviti kecergasan sekarang. MAXGear ID155 Lite mesti dibeli oleh mereka yang ingin menjaga kesihatan dengan berterusan.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!