Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Gunakan iPhone Seperti Seorang Jurugambar Pro Dengan 6 Lensa Kamera Ini

Variasi dalam mengambil gambar!

Rata-rata semua pengguna iPhone bersetuju bahawa jenama telefon ini dapat menghasilkan kualiti gambar yang terbaik, terutamanya model-model versi baharu. Tetapi, bagaimana pula dengan model yang lama?

Untuk pengguna iPhone model 6s dan kebawah, jangan risau, anda tidak perlu membeli telefon pintar baru bagi mendapatkan kualiti yang lebih bagus kerana terdapat banyak jenis lensa kamera tambahan di pasaran yang boleh anda cuba!

Wide Angle Lens untuk iPhone (Wide angle lens untuk iPhone)
mulai
RM4.90
Semak Universal Clip 0.4X Super Wide Angle Selfie Mobile Lens  harga dibawah:

Regangkan had lensa kamera anda yang sedia ada dan ambil pemandangan yang jauh lebih luas dengan kanta ini. Selain mudah alih dan mudah laras, lensa ini juga dilengkapi dengan hujung klip yang lembut dan tidak mencalarkan skrin, manakala kuasa magnifikasinya pula ialah 0.4X.

Lens iPhone 3 in 1 terbaik
mulai
RM59.90
Semak Aukey Professional 3 In 1 Clip-On Universal Camera harga dibawah:

Tersedia dalam kombo 3 dalam 1 ini adalah, fisheye lens (untuk gambar hemisfera lebar), Macro lens (untuk gambar yang sangat dekat dan rapat) dan wide angle lens (untuk gambar landskap atau selfie yang luas dengan cantik). Kanta kacanya yang bergred HD mampu mengelakkan silau, pantulan cahaya dan juga sudut hitam di sekeliling gambar.

Fisheye lens untuk iPhone
mulai
RM42.00
Semak AUKEY iPhone Camera Lens, Fisheye and Macro Lens harga dibawah:

Kit kanta ini merangkumi fisheye lens 160° yang membolehkan anda untuk mengambil pemandangan landskap yang sehampir 180° (pemandangan kiri ke kanan dengan jelas). Lensanya dibina dengan aloi aluminium dan disadur dengan pelbagai unsur untuk mengurangkan pantulan cahaya dan lain-lain gangguan ketika mengambil gambar. Dalam pada itu, aspek boleh cabut lensa ini dimudahkan dengan klip getah untuk mengurangkan geseran supaya tidak mencalarkan iPhone anda.

Lens iPhone termurah
mulai
RM4.90
Semak Universal Mobile Phone Lens Set harga dibawah:

Biarpun mempunyai harga yang murah, set ini turut mengandungi kombo lensa kamera macro lens, wide angle lens dan fisheye lens. Untuk lensa fisheye, sudut yang diliputi adalah antara 175° hingga 180°, manakala bagi wide angle lens, perspektif yang diliputi adalah 130° dengan tahap magnifikasi 0.67×. Macro lens pula berupaya untuk zoom in sehingga 10×.

HD lens untuk iPhone
HD lens untuk iPhone
mulai
RM89.00
Semak 4K HD iPhone LENS SET harga dibawah:

Keupayaan untuk mengambil gambar dengan extra ketajaman merupakan keutamaan lensa ini, yang menggunakan kaca lensa optical lanthanum untuk menambahbaik transmisi cahaya. Lebih lagi, badan lensa pula dibuat daripada aloi aluminium untuk tahan lama dan mengelakkan kaca daripada mudah pecah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article