Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
senarai smartwatch malaysia

13 Smartwatch Murah Terbaik bawah RM500 di Malaysia 2024

Smartwatch murah tapi fungsi cukup padat!

Memiliki jam fitness terbaik atau jam sport watch sudah menjadi satu keperluan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawasi tahap kesihatan diri.

Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai masalah pernafasan yang memerlukan jam kesihatan atau golongan yang sering bersukan.

Malangnya, kebanyakannya harga jam pintar atau jam tangan smartwatch mesti mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.

Tapi jangan risau, kami bantu anda senaraikan smartwatch terbaik dengan harga bawah RM500 untuk anda.

Pastikan anda buat pilihan untuk beli jam smart watch terbaik dan yang sesuai dengan penggunaan anda.


Senarai 13 Smartwatch Murah Terbaik

Smartwatch terbaik secara keseluruhan
Amazfit
Amazfit Bip 3 Pro
mulai
RM222.00
Semak Amazfit Bip 3 Pro harga dibawah:
add_circle Kalis air 5 ATM
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Reka bentuk yang selesa
remove_circle Tiada paparan OLED
  • Keserasian sistem operasi: Android 7.0 atau iOS 12.0 ke atas
  • Paparan: 1.69-inch, TFT LCD
  • Bateri: 14 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnetic
  • Penarafan IP: 5ATM
  • Penghubungan: Bluetooth 5.0 BLE

Sebab menjadi pilihan utama:

Jam pintar Amazfit Bip 3 Pro menampilkan paparan besar 1.69 inci, dilindungi oleh kaca tempered 2.5D dan lapisan anti-fingerprint.

Ia mudah digunakan, selesa dipakai serta memastikan interaksi yang lancar dan visual yang menakjubkan.

Ciri-ciri:

Anda boleh menukar design paparan depan jam tangan ini menerusi aplikasi Zepp, boleh padankan paparan depan dan juga meletakkan widget dengan personaliti anda.

Dengan ketahanan bateri yang mengagumkan selama 14 hari, Amazfit Bip 3 Pro memastikan anda dapat memantau tahap kecergasan anda sepanjang hari.

Paling best, ketahanan air 5 ATM membolehkan anda berenang tanpa rasa risau, dan jam ini dapat mengesan pelbagai aktiviti sukan, termasuk berenang di air terbuka, berjalan, berlari, berbasikal, latihan kekuatan, yoga, dan banyak lagi.

Anda juga boleh pantau tahap oksigen dalam darah anda dalam masa 25 saat, dan pantau kadar jantung anda sepanjang hari dengan sensor BioTracker 2 PPG.

Tingkatkan rutin fizikal harian dan tahap kesihatan anda dengan Amazfit Bip 3 Pro ini.

Review:

"Sangat suka jam ni, ringan je pakai. Prestasi pun bagus boleh jawab call dan dapat notifikasi. Banyak exercise kita boleh guna, jadi memang berbaloi beli."

Smartwatch untuk olahraga
Huawei
mulai
RM288.00
Semak Huawei Watch Fit harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Reka bentuk menarik
add_circle Fitness tracker terbaik
remove_circle Tidak menyokong aplikasi pihak ketiga
  • Paparan: 1.64-inch, AMOLED
  • Storan dalaman: 4GB, eMMC
  • Bateri: 10 hari
  • Cara Pengecasan: Magnet
  • Penarafan IP: Kalis air (5ATM)
  • Penghubungan: Bluetooth 5.0, LE, GPS

Huawei Watch Fit dilengkapkan dengan paparan skrin sentuh kapasitif AMOLED bersaiz 1.64 inci (280 x 456 piksel, 326 ppi). 

Sama seperti jam pintar murah lain, menyokong Bluetooth dan GPS. 

Bahagian bateri, smartwatch murah terbaik ini menggunakan bateri jenis Li-Ion yang tidak boleh tanggal.

Paling penting, smartwatch ini boleh digunakan bersama platform Huawei yang lain.

Anda juga boleh pilih warna yang ada iaitu Graphite Black, Sakura Pink dan juga Green Mint.

Dari segi fitness tracker, anda boleh gunakan 12 fitness course animation yang ada dan juga 96 mod senaman. Memang cukup untuk anda yang gilakan bersukan.

Tambah lagi, Watch Fit menyokong playback muzik untuk telefon Android cuma playback muzik ini tidak boleh digunakan pada telefon iPhone. 

Smartwatch terbaik dan murah
Lenovo
Lenovo S2 Pro Smart Watch
mulai
RM199.00
Semak Lenovo S2 Pro harga dibawah:
add_circle Paparan skrin besar
add_circle Boleh pantau suhu badan
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tidak sesuai untuk berenang
  • Keserasian sistem operasi: Android dan iOS
  • Paparan: 1.69-inch, IPS full touch
  • Bateri: 7 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnet
  • Penarafan IP: IP67
  • Penghubungan: Bluetooth 5.0, GPS

Skrin Lenovo S2 Pro sebesar 1.69 inci dengan paparan 240x280 menyokong fungsi Bluetooth dan GPS

Dengan bateri kapasiti 250 mAh, smartwatch ini mampu bertahan sehingga 15 hari jika digunakan mod standby.

Manakala untuk tempoh pengecasan pula makan masa selama 2 jam sahaja. 

Smartwatch terbaik ini juga mempunyai penarafan IP sebanyak IP67. Jadi anda boleh memakainya semasa memcuci tangan atau dalam cuaca hujan. 

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sensor pemantau degupan jantung yang mampu merekod data degupan jantung selama 24 jam. 

Bukan itu sahaja, dengan memakai Lenovo S2 Pro ini, anda juga boleh memantau kitaran tidur anda.

Memang seronok bila kita dapat pantau sama ada kita mendapat tidur yang cukup tau pun tidak.

Smartwatch terbaik untuk kesihatan
Xiaomi
Xiaomi Mi Watch
mulai
RM379.00
Semak Xiaomi Mi Watch harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Skrin OLED
remove_circle Bacaan kadar degupan jantung meragukan
  • Keserasian sistem operasi: Android 5.0 & iOS 10 dan ke atas
  • Paparan: 1.39-inch, AMOLED
  • Bateri: 16 hari
  • Cara Pengecasan: Charging dock
  • Penarafan IP: Kalis air (5ATM)
  • Penghubungan: Bluetooth, GPS

Walaupun harganya murah tapi tetap mempunyai fungsi Bluetooth dan GPS. 

Malah, bahagian skrin Xiaomi Mi Watch pula mempunyai paparan AMOLED (454 x 454 piksel, 326 ppi) yang bersaiz 1.39 inci. 

Dengan bateri Li-Ion 420 mAh, menjadikan ketahanan bateri smartwatch terbaik ini boleh bertahan sehingga 16 hari tanpa pengecasan.

Dari segi penarafan IP, Xiaomi Mi Watch merupakan sebuah jam pintar kalis air. 

Cuma boleh pergi sehingga 50 meter kedalaman dalam air. Jadi anda tidak perlu tanggalkan jam ini semasa berenang. 

Untuk feature pula, Mi Watch boleh mengira kadar degupan jantung, bacaan oxygen dalam darah, ukuran stress dan juga merekod aktiviti sukan anda. 

Smartwatch terbaik untuk lelaki
Amazfit
Amazfit T-Rex Pro
mulai
RM479.00
Semak Amazfit T-Rex Pro harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Sangat sesuai untuk outdoor
add_circle Pelbagai mod aktiviti sukan
remove_circle Sokongan aplikasi pihak ketiga yang terhad
remove_circle Paparan sukar dilihat di bawah cahaya matahari
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.3-inch AMOLED Color Screen
  • Bateri: 18 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnet
  • Penarafan IP: 10 ATM
  • Penghubungan: Bluetooth 5.0 BLE, GPS

Dengan saiz skrin 1.3 inci dan jenis skrin AMOLED berwarna sekaligus menjadikan smartwatch ini memiliki paparan yang berkualiti.

Selain itu, ketahanan bateri mampu bertahan hingga 18 hari untuk penggunaan harian, manakala untuk penggunaan berat boleh bertahan sehingga 9 hari.

Apa yang menariknya, anda boleh gunakan jam Amazfit T-Rex Pro untuk jangka masa lama, kerana ia merupakan jam pintar fitness tahan lasak.

Ini menjadikan smartwatch ini mempunyai ketahanan yang tinggi kepada persekitaran yang lasak.

Malah, jam fitness terbaik ini juga akan mengeluarkan peringatan untuk berdiri bagi membina tabiat hidup sihat buat diri anda.

Smartwatch terbaik untuk wanita
Huawei
HUAWEI Band 8 (1)
mulai
RM169.00
Semak Huawei Band 8 harga dibawah:
add_circle Sentuhan skrin penuh dan butang sisi
add_circle Menyokong gerak isyarat slaid
add_circle Reka bentuk ultra nipis
add_circle Hayat bateri yang panjang
remove_circle Sistem operasi yang terhad
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.47-inch, AMOLED, Full-screen touch + side button
  • Bateri: 14 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnet
  • Penarafan IP: 5 ATM
  • Penghubungan: Bluetooth 5.0 BLE

Huawei band 8 menampilkan skrin sentuh AMOLED 1.47 inci yang bersudut tajam dan pengalaman visual yang lebih jelas. 

Dengan resolusi 368 x 194, kesan visual keseluruhan seperti lukisan minyak. 

Selain itu, mempunyai bezel ultra-sempit dan skrin kaca melengkung yang berkualiti tinggi 2.5D.

Mudah sahaja untuk melihat notification, membalas mesej, dan menjawab panggilan masuk dengan hanya tap pada skrin.

Terdapat juga fungsi kecergasan dan kesihatan seperti Huawei TruSleepTM 3.0 untuk mod tidur dan TruSeenTM 5.0 untuk menjejak kepekatan oksigen dalam darah serta kadar jantung.

Pilih TruSportTM untuk mod senaman, TruRelaxTM untuk pemantau stress dan boleh menjejak kitaran haid wanita.

Selesa pakai di pergelangan tangan dengan reka bentuk langsing, ringan dan simple.

Smartwatch battery tahan lama
Mibro_Watch_GS_Smartwatch
mulai
RM399.00
Semak Mibro Watch GS harga dibawah:
add_circle Cip utama dwi-teras
add_circle Skrin AOD dimatikan paparan
add_circle Kedudukan satelit GPS
add_circle 70 mod sukan
add_circle Pemantauan kesihatan pintar
add_circle Hayat bateri ultra-panjang 24 hari
remove_circle Tepi strap cepat kotor
remove_circle Mungkin rasa gatal sikit pada kulit bila basah
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.43-inch, AMOLED HD touch screen
  • Bateri: 24 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnet
  • Penarafan IP: 5 ATM
  • Penghubungan: BLE 5.1, GPS

Jam tangan pintar Mibro sangat sesuai untuk kegunaan harian dan bagi lelaki yang aktif bersukan sebagai hobi utama.

Panjang tali boleh dilaraskan mengikut saiz pergelangan tangan dan lagi mudah untuk mengambil video atau gambar semasa dalam perjalanan.

Jam tangan sukan ini mempunyai ciri-ciri yang berguna termasuk paparan HD Amoled, pemberitahuan pintar, pemantau kadar jantung, sokongan GPS, pemantauan kesihatan pintar dan banyak lagi.

Bateri juga boleh bertahan lama sehingga 24 hari untuk mod harian, 100 hari untuk mod asas dan 15 jam untuk mod GPS.

Jangan risau jika pakai jam ini semasa musim hujan atau mandi pantai kerana 5 ATM kalis air.

Apa pun jam ni sangat bagus untuk mereka yang low bajet tapi fungsi sama seperti smartwatch berjenama mahal.

Smartwatch untuk jogging
Oppo
oppo_band_2
mulai
RM249.00
Semak Oppo Band 2 harga dibawah:
add_circle 100 mod senaman
add_circle Kawalan muzik Spotify
add_circle Pengukuran oksigen darah
add_circle Penjejakan degupan jantung 24 jam
add_circle Masa mengecas penuh hanya 5 minit
remove_circle Tiada pelindung skrin
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.57-inch, AMOLED, 500 nits peak brightness
  • Bateri: 14 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnet
  • Penarafan IP: 5 ATM
  • Penghubungan: BLE 5.0, GPS

Oppo Band 2 fitness tracker menawarkan panduan berlari profesional dan pemantauan kesihatan jantung pelbagai senario.

Hadir dalam warna baby blue dan hitam yang elegan serta bateri yang boleh bertahan sehingga 14 hari.

Mempunyai paparan skrin segi empat tepat AMOLED 1.57 inci dan beberapa ciri lain termasuk mod tenis profesional, mod tidur, 100 mod sukan, auto detect 4 mod senaman, penilaian kecergasan kardio, healthy lifestyle reminder dan banyak lagi.

Dengan rintangan air 50 meter, jam tangan pintar Oppo Band 2 ini boleh dipakai semasa mandi, berenang di kolam renang, atau melakukan aktiviti sukan air yang cetek.

Semasa anda berenang, OPPO Band 2 boleh merekod berapa banyak kalori yang anda bakar dan juga mengira pusingan.

Sesuai dijadikan hadiah untuk keluarga, bestfriend atau untuk kegunaan peribadi.

Smartwatch paling berbaloi
dizo_watch_r_talk_go
mulai
RM169.00
Semak DIZO Watch R Talk Go harga dibawah:
add_circle 110 mod sukan indoor dan outdoor
add_circle Mempunyai pembantu suara & pembatalan bunyi bising
add_circle Kawalan aplikasi Dizo
add_circle Penjejak tempoh haid
remove_circle Kurang sesuai untuk tangan kecil
remove_circle 2 jam untuk caj penuh
remove_circle Tiada WiFi & GPS
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.39-inch, Touch Display
  • Bateri: 10 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnet
  • Penarafan IP: Kalis Air 1.5 meter
  • Penghubungan: Bluetooth 5.2

Bagi mereka yang masih mencari hadiah hari lahir untuk suami, atau untuk anak lelaki, beli je jam Dizo ini.

Paparan skrin besar resolusi tinggi 1.39 inci yang jelas dan mempunyai bezel nipis 1mm serta sporty design yang menarik.

Dengan advanced single-chipset, jam tangan pintar ini menggunakan kuasa yang rendah, sambungan yang stabil dan pembatalan bunyi bising untuk panggilan lebih jelas.

Tidak seperti jam tangan biasa, jam Dizo R Talk Go dilengkapi sensor kesihatan berganda yang membolehkan penjejakan senaman dan pemantauan kesihatan lebih tepat.

Tambah lagi, boleh berfungsi dengan aplikasi Dizo Activ, boleh direndam sepenuhnya dalam air dan mempunyai 110+ mod sukan serta bateri bertahan sehingga 10 hari.

Semasa tidak digunakan, bateri jam ini mampu bertahan sehingga 2 bulan dalam mod standby.

Smartwatch untuk anak
redmi watch 3
mulai
RM429.00
Semak Redmi Watch 3 harga dibawah:
add_circle Stylish metallic finish
add_circle 120+ mod sukan
add_circle Panggilan bluetooth
add_circle Skrin anti cap jari
remove_circle Lebih sesuai dengan telefon Android
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.75-inch, AMOLED, 600 nits (peak)
  • Bateri: 12 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnet
  • Penarafan IP: 5ATM
  • Penghubungan: Bluetooth 5.2, GPS

Mudah digunakan untuk kali pertama dengan stylish metallic finish, Redmi watch 3 membolehkan anda menerima dan membuat panggilan suara bluetooth dengan cepat.

Paparan sentuh AMOLED 1.75 inci dan kecerahan sehingga 600 nits yang boleh laras serta skrin kaca dengan lapisan anti-cap jari.

Ciri-ciri lain termasuk mempunyai 121 mod sukan, 50 meter kalis air, pengesanan oksigen darah, geomagnetic, kadar jantung 24 jam, kompas, accelerometer dan mod tidur.

Bingkai dan badan jam tangan pintar ini diperbuat dari plastik dan tahan lasak.

Hayat bateri 12 hari yang panjang, sentiasa dalam keadaan on-display, built-in multi-system GNSS dan menyokong GPS.

Smartwatch untuk berenang
Huawei
huawei_band_6
mulai
RM155.00
Semak Honor Band 6 harga dibawah:
add_circle Mempunyai TruSleepTm algorithm
add_circle Pengurusan kesihatan wanita
add_circle Kawalan jantung 24 jam
add_circle Boleh mengesan oksigen dalam darah
remove_circle Tiada GPS tracking
remove_circle Tidak menyokong NFC
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.47-inch, AMOLED Color Screen
  • Bateri: 14 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Magnet
  • Penarafan IP: 5ATM
  • Penghubungan: BT5.0, BLE

Huawei Honor Band 6 memiliki reka bentuk skrin besar dengan bezel sempit untuk paparan visual yang lebih baik, butang garis merah khas di tepi dan logo Huawei timbul yang cantik.

Jam tangan pintar ini boleh disambungkan kepada telefon Android atau iPhone kerana terdapat fungsi find your phone dan banyak lagi ciri berguna lain.

Antaranya kawalan main balik muzik, notifikasi mesej masuk, agenda harian, merakam degupan jantung masa nyata anda dengan tepat, Trusleep algoritma untuk membantu tidur lebih lena, tahap oksigen darah, penjejak period dan lain-lain.

Dilengkapi 10 mod senaman professional untuk indoor dan outdoor seperti berlari, berjalan, berbasikal, indoor swimming, freestyle workout, mendayung dan elliptical machine.

Tersedia dalam warna 3 warna bergaya iaitu hitam, kelabu dan pink coral dengan masa mengecas yang singkat.

Smartwatch untuk tangan kecil
amazfit band 7
mulai
RM189.00
Semak Amazfit Band 7 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan 18 hari
add_circle Pemantauan oksigen darah 24 jam
add_circle 120 mod sukan
add_circle 3 Ujian kesihatan metrik
add_circle Alexa built-in
remove_circle Tiada gps
remove_circle Tiada panggilan bluetooth
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.47-inch, AMOLED, Touchscreen
  • Bateri: 18 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Charging dock
  • Penarafan IP: 5ATM
  • Penghubungan: Bluetooth v5.2, GPS

Dengan skrin AMOLED 1.47 inci, anda boleh melihat paparan maklumat pada skrin dengan lebih besar dan jelas tanpa menyakitkan mata.

Ciri-ciri lain yang ada pada jam ini termasuk bateri tahan lama, 120 mod sukan, pemantaun kesihatan jantung 24 jam, 3 ujian kesihatan dalam satu tap dan banyak lagi.

Bagi mereka yang sering terlupa, buat sahaja reminder dengan lebih mudah dan cepat kerana dilengkapi Alexa built-in.

Jangan risau, jam pintar ini boleh dipakai ketika anda berenang.

Smartwatch untuk android
Fitbit
Fitbit Inspire 2
mulai
RM492.50
Semak Fitbit Inspire 2 harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Penggunaan aplikasi yang bagus
remove_circle Tiada GPS
  • Keserasian sistem operasi: Android & iOS
  • Paparan: 1.4-inch OLED, Touchscreen
  • Bateri: 10 hari penggunaan harian
  • Cara Pengecasan: Charging dock
  • Penarafan IP: 5 ATM
  • Penghubungan: Bluetooth 4.0

Fitbit Inspire 2 boleh memantau tahap kecergasan anda termasuk pemantauan kadar jantung 24/7, Active Zone Minutes, dan banyak lagi. 

Selain itu, jam pintar ini membolehkan anda mengoptimumkan sesi latihan, visualisasi zon kadar jantung, memantau waktu tidur, dan mengira pembakaran kalori dengan lebih tepat. 

Boleh pakai pada waktu siang dan malam untuk merekod kadar jantung semasa sedang berehat dan menjejak trend kadar jantung anda dari semasa ke semasa.

Jam ini juga mempunyai ketahanan air sehingga 50 meter, sesuai untuk pelbagai aktiviti termasuk aktiviti air.

Sama ada anda berenang, berjalan, berjoging, atau berbasikal, pemantauan kecergasan ini menyesuaikan diri dengan gaya hidup anda.


    Tips Pilih Smartwatch Terbaik

    Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum membeli smartwatch

    Bukan apa, kalau tersalah beli memang rugi sebab peranti sebegini memerlukan sambungan yang tepat.

    Pertama sekali, kenal jenama dan tetapan yang tersedia dalam jam tangan pintar pilihan anda, adakah ia bersesuaian dengan peranti Android atau iOS?

    Selain itu, pilihan fungsi juga main peranan kerana jika anda ingin memantau kesihatan, kawalan tidur dan data senaman.

    Sebaiknya pilih smartwatch yang memiliki aturan yang dikhususkan untuk fungsi ini supaya pembelian tidak membazir.

    Akhirnya sekali peranan kalis air turut penting. Lebih lagi jika anda kerap melakukan aktiviti sukan air atau sering berpeluh. 

    Apa pun jom tonton video di bawak untuk mengetahui smartwatch atau fitness tracker yang lebih bagus?


    Kelebihan Jam Tangan Pintar

    Seperti alat peranti lain, industri jam tangan tidak lepaskan peluang untuk membuat transformasi dengan pelbagai kelebihan.

    Lihatlah, kini sudah ada jam pintar dan fitness tracker untuk kita guna dalam kehidupan seharian. Misalnya:

    1. Berfungsi seperti telefon pintar dimana boleh menerima dan menjawab panggilan masuk.
    2. Membuat panggilan keluar.
    3. Menerima dan menghantar WhatsApp.
    4. Dapat memantau tahap kesihatan si pemakai.
    5. Dapat membaca pergerakan tubuh.
    6. Dapat membantu membaca degupan jantung, kualiti tidur, suhu badan, tahap oksigen individu.
    7. Mempunyai sistem Bluetooth untuk disambungkan dengan telefon pintar.

    Dan banyak lagi, mungkin lima tahun akan datang setiap daripada kita wajib ada smartwatch untuk melakukan aktiviti harian. 

    Tapi, betul ke smartwatch boleh memantui tahap kesihatan kita? 

    Jom tonton penjelasan dalam video di bawah.


    Bolehkah Saya Berenang Atau Mandi Dengan Jam Tangan Pintar?

    Kalau lihat pada pasaran jam tangan pintar, rata-rata semua model smartwatch adalah jenis kalis air.

    Bagaimanapun, setiap model jam pintar mempunyai tahap atau level ketahanan air dan tidak boleh digunakan pada kedalaman tertentu.

    Terdapat jam yang mempunyai ketahanan 5 ATM yang boleh tahan kedalaman 5 meter atau 10 ATM untuk kedalaman 10 meter, dan ada juga yang hanya bertahan sedalam 1.5 meter sahaja.

    Jika digunakan untuk pergi diving, besar kemungkinan jam pintar tersebut akan rosak dan masuk air.

    Namun, kebanyakan jam tangan pintar terkini selamat digunakan semasa mandi di dalam bilik air, atau untuk mandi kolam yang kebiasaannya mempunyai kedalaman 1-2 meter.

    Jadi sebelum anda membawa jam pintar masuk ke dalam air atau mahu berenang sambil memakainya, pastikan anda semak terlebih dahulu spesifikasinya.


    Seberapa Tepat Penjejak Kecergasan Pada Jam Tangan Pintar?

    Ketepatan penjejak kecergasan pada jam tangan pintar bergantung kepada beberapa faktor, termasuk jenis sensor yang digunakan, teknologi penjejak, serta kualiti pembinaan peranti.

    Di samping itu, penggunaan yang betul dan pemeliharaan yang baik juga dapat mempengaruhi ketepatan pengukuran.

    Jam tangan pintar biasanya dilengkapi dengan beberapa sensor untuk mengukur atau merekod aktiviti fizikal, termasuk accelerometer untuk mengesan gerakan, gyroscope untuk mengukur orientasi, sensor jantung untuk mengukur denyut jantung, dan dalam beberapa kes, sensor lain seperti GPS untuk menjejak jarak dan lokasi.

    Walau bagaimanapun, sebaiknya diingat bahawa penjejak kecergasan pada jam tangan pintar bukan selalu 100% tepat. 

    Hasil pengukuran boleh dipengaruhi oleh faktor seperti gaya pemakaian jam, kebersihan sensor, dan kekangan teknologi tertentu. 

    Untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat, disarankan untuk memastikan jam tangan pintar dipakai dengan betul dan dikalibrasi mengikut panduan pengeluar.


    Bolehkah Saya Membuat Pembayaran Dengan Jam Tangan Pintar?

    Ia bergatung pada jenis jam pintar yang anda pakai.

    Kebanyakan jam tangan pintar moden dilengkapi dengan teknologi pembayaran tanpa sentuhan yang membolehkan anda membuat pembayaran menggunakan jam tangan pintar anda.

    Teknologi ini dikenali sebagai NFC (Near Field Communication) atau Samsung Pay/Apple Pay/Google Pay bergantung kepada jenama dan model jam tangan pintar yang anda miliki.

    Anda perlu menyimpan butiran kad kredit atau debit anda pada aplikasi pembayaran yang disokong oleh jam tangan pintar anda.

    Setelah butiran kad disimpan, anda boleh membuat pembayaran dengan hanya mendekatkan jam tangan pintar anda ke terminal pembayaran yang menyokong teknologi tanpa sentuhan.

    Bagaimanapun, amalkan langkah-langkah keselamatan seperti penggunaan kunci atau PIN pada jam tangan pintar anda untuk melindungi butiran kewangan anda.


    Artikel Berkaitan

    End of Article