Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Laptop Cooler Untuk Pastikan Laptop Anda Tidak Akan Overheat

Laptop cooler merupakan salah satu aksesori tambahan yang diperlukan oleh laptop untuk mengekalkan prestasi dan mengelakkan daripada berlakunya over heated serta mudah rosak. Ia berfungsi dengan menyedut udara panas dari dalam laptop atau meniup udara sejuk dari persekitaran ke dalam laptop bertujuan untuk menyejukkan komponen dalaman laptop. Terdapat banyak jenis laptop cooler, salah satunya iaitu jenis vakum dimana udara panas disedut keluar, silent dan khas untuk laptop gaming.

Di sini kami mengesyorkan beberapa pilihan laptop cooler terbaik pada tahun 2018 kepada anda. Kesemua pilihan ini akan memnuhi cita rasa anda untuk mencari yang paling ideal.

Laptop cooler murah terbaik
Laptop cooler murah terbaik
mulai
RM35.00
Semak DeepCool DC-N200 harga dibawah:

DeepCool DC-N200 merupakan yang paling murah sesuai untuk mereka yang ingin memiliki laptop cooler tetapi masih ingin menjaga budget. Panelnya yang diperbuat daripada aluminium menghasilkan suasana sejuk ketika digunakan. Permukaannya diperbuat daripada bahan anti tergelincir memberikan jaminan keselamatan kepada laptop ketika diletakkan di atasnya.

Saiz kipasnya 120mm menghasilkan pengudaraan yang besar bertujuan untuk menambahkan kecekapan dalam penyejukkan suhu laptop. Ia berfungsi melalui sambungan USB daripada laptop dan pengguna boleh menggunakannya seperti biasa tanpa memerlukan driver.

Laptop cooling pad yang adjustable
Ice Coorel
Laptop cooling pad yang adjustable
mulai
RM42.80
Semak Ice Coorel N106 harga dibawah:

Ice Coorel N106 mempunyai beberapa tahap kecuraman yang boleh diubah oleh pengguna mengikut kehendak masing-masing. Untuk menjaminkan keselamatan laptop daripada mudah terjatuh pada kecuraman tinggi, terdapat satu penghadang di hadapannya. 2 kipas bersaiz 14 cm menghasilkan pengudaraan yang besar dan banyak.

Kelajuan kipasnya yang sehingga  1400-1600 RPM dan boleh diubah kelajuannya menghasilkan pengudaraan yang baik seolah-olah laptop tidak mengalami peningkatan suhu. Manakala penggunaan bahan metal mesh menghasilkan kesan penyejukkan yang lebih baik.

Laptop cooler yang mempunyai mouse pad
Laptop cooler yang mempunyai mouse pad
mulai
RM48.00
Semak E-table Laptop Cooler harga dibawah:

E-table Laptop Cooler memudahkan pengguna secara mengurangkan penggunaan ruang oleh mouse dengan mempunyai mouse pad tersendiri. Hal ini dapat mengurangkan masa pengguna untuk mencari ruang penggunaan mouse dan meletakkan mouse pad. Diperbuat daripada bahan yang sangat kuat iaitu plastik ABS di mana tidak mudah rosak kalau terhentak.

Beratnya hanya 1.49KG membolehkan pengguna masih boleh meletakkannya di atas peha. Ia juga boleh dibuka sehingga menjadi meja. Reka bentuknya yang mudah dilipat menghasilkannya salah satu laptop cooler yang portable dan mudah disimpan.

Laptop cooler ringan terbaik
Laptop cooler ringan terbaik
mulai
RM53.00
Semak Deepcool DC-N2 harga dibawah:

Deepcoll DC-N2 hanya seberat 640g dan bentuknya yang sangat slim sesuai untuk dijadikan sebagai portable. Pada masa yang sama, bentuknya yang slim dan kecil juga memudahkan penyimpanan pada ruang yang kecil atau sempit seperti beg laptop. Juga terdapat kekaki pada bawahnya bertujuan untuk meninggikan laptop ketika menggunakannya.

Ia mempunyai satu kipas 180mm yang berkelajuan setinggi 1150 RPM dan pengudaraan yang sehingga 84.7 CFM. Kipas ini dapat menghasilkan penyejukkan yang sangat cekap dan hebat kepada laptop. Dan mempunyai permukaan yang comel juga!

Laptop cooling pad yang silent
Laptop cooling pad yang silent
mulai
RM55.00
Semak Cooler Master  Notepal D-Lite harga dibawah:

Cooler Master Notepal D-Lite menggunakan kipas 140 mm anti bunyi yang mampu mengurangkan bunyi pusingan kipas di samping menyejukkan laptop, hanya setinggi 21 dBA sahaja. Hal ini kerana sesetengah orang terganggu dengan bunyi pusingan kipas cooler. Oleh itu, mereka harus memiliki laptop cooler ini.

Reka bentuknya yang tinggi di bahagian belakang sangat ergonomik untuk menaip dan melihat skrin laptop. Di bahagian bawahnya terdapat ruang khas untuk menyimpan kabel. Hal ini menjadikan kabelnya lebih tahan lama kerana dapat dismpan secara cermat dan memanjangkan jangka hayatnya.

Laptop cooler untuk gaming laptop
Laptop cooler untuk gaming laptop
mulai
RM79.00
Semak PopuPine JM Gaming CoolCold ICE harga dibawah:

PopuPine JM Gaming CoolCold ICE mempunyai 4 kipas dengan kelajuan 1200 RPM bagi setiap kipas yang terdapat padanya. Dengan kipas yang banyak dan laju ini, maksimum aliran  pengudaraan boleh sehingga 75.35 CFM menghasilkan sistem penyejukkan yang terbaik bagi laptop gaming. Tambahan pula, laptop gaming mudah over heated atau cepat panas. Oleh itu untuk mengurangkan risiko ini, anda perlu memilikinya.

Terdapat ciri-ciri tambahan seperti lampu LED sesuai untuk menjadikan gaming anda sangat menarik dan professional. Selain itu, pengguna juga boleh mengawal kelajuan kipas untuk mengawal kelajuan aliran udara.

Laptop cooler jenis vacuum terbaik
Laptop cooler jenis vacuum terbaik
mulai
RM90.00
Semak Yuesong V6 Laptop Cooler harga dibawah:

Yuesong V6 Laptop Cooler menyedut udara panas daripada dalam laptop untuk menyejukkannya. Ia juga mempunyai kawalan kelajuan udara yang pintar bertujuan supaya laptop cooler ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza. Menggunakan kipas multi-hydralic menjadikan penyedutan udara panas dari dalam laptop lebih cekap dan berhasil.

Bentuknya yang kecil dan hanya menggunakan sambungan USB untuk beroperasi menjadikannya salah satu laptop cooler yang mudah dibawa bersama. Juga dianggarkan mampu bertahan sehingga 5 tahun penggunaan tanpa masalah kerosakkan. Manakala getah silikon pada penyedutnya bertindak sebagai pemisah udara luar dan udara di dalam laptop bertujuan untuk menghasilkan penyedutan yang hebat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article