Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Ambil Swafoto Jelas Tanpa Kerisauan dengan Pilihan 6 Monopod Ini

Monopod merupakan satu rod atau satu batang yang boleh dipanjangkan untuk menyokong gadget elektronik seperti smartphone, tablet dan kamera digital bertujuan untuk menangkap gambar sama ada selfie dan panorama ataupun membantu untuk melakukan rakaman video yang menarik. Monopod mempunyai pelbagai ciri-ciri khas sebagai contoh, monopod berkabel, monopod Bluetooth dan monopod yang tiada kedua-duanya.

Berasa bebas untuk membaca pilihan monopod terbaik kami pada tahun 2018 yang semestinya memenuhi cita rasa anda sebagai pengguna yang ingin mendapatkan monopod yang ideal.

Monopod terbaik untuk Android dan iPhone
Monopod terbaik untuk Android dan iPhone
Semak Xiaomi Mi Wired Monopod Stick harga dibawah:

Monopod ini mempunyai kabel audio yang perlu disambungkan pada smartphone anda melalui lubang audio tanpa memerlukan sambungan bluetooth dan wifi. Pengguna hanya perlu plug in kabel audio dan tekan butang ambil gambar pada pemegang monopod untuk mengambil gambar.

Disebabkan ianya disambungkan secara fizikal smartphone, hanya OS tertentu sahaja boleh menyokong seperti iOS 5.0 dan android 4.2.2. Kedua-dua OS ini merupakan OS lama menjadikan monopod ini mampu menyokong semua jenis smartphone Android dan iPhone.

Terbaik untuk selfie
Terbaik untuk selfie
Semak Huawei Honor Stick harga dibawah:

Monopod ini boleh dipanjangkan sehingga 66 cm sesuai untuk mengambil gambar selfie individual atau berkumpulan yang menarik. Cara menggunakannya mudah, hanya perludisambungkan melalui kabel audio dan pengguna hanya perlu menekan butang ambil gambar pada pemegang.

Reka bentuknya yang menggunakan clamp dedua bertujuan untuk mengelakkan daripada smartphone pengguna mudah tercabut dan jatuh, menjadikan pengambilan gambar selfie lebih selamat. Tambahan pula, rodnya diperbuat daripada aluminium bertujuan untuk tidak mudah rosak dan boleh digunakan secara kerap.

Terbaik untuk kamera digital dan tablet
Terbaik untuk kamera digital dan tablet
Semak Yunteng YT1288 harga dibawah:

Pengguna kamera digital sering kali mempunyai masalah untuk memegang kamera untuk mengambil gambar selfie atau merakam video seolah-olah di kawasan tinggi. Rodnya diperbuat daripada aluminium yang merupakan logam yang ringan dan kuat menjadikan rod tidak mudah patah sehingga mampu memegang kamera DSLR.

Pemegang yang diperbuat daripada getah anti gelincir dan span menghasilkan pemegangan yang lebih selesa dan mengurangkan risko mudah terjatuh.

Monopod mini murah terbaik
Monopod mini murah terbaik
Semak Remax Proda PP-P6 harga dibawah:

Monopod ini hanya sepanjang tapak tangan dan selebar 2 jari menjadikan monopod ini merupakan monopod mini dan mudah disimpan di dalam poket atau di dalam beg. Terdapat tali di hujung pemegangnya bertujuan untuk pengguna memasukkan pergelangan tangannya supaya dapat mengelakkan monopod dan smartphone terjatuh ke permukaan.

Smartphone akan disambungkan melalui kabel audio, pengguna hanya perlu menekan butang ambil gambar pada pemegang untuk memulakan pengambilan gambar.

Monopod Bluetooth terbaik
Monopod Bluetooth terbaik
Semak Benro MK 10 harga dibawah:

Monopod ini mempunyai alat kawalan yang menggunakan teknologi Bluetooth 3.0 di mana mampu meliputi sehingga 10 meter serta berfrekunsi 2.4 GHz. Pengguna hanya perlu menyambungkan sambungan tanpa wayar Bluetooth dengan smartphone. Tambahan pula, pengguna tidak perlu risau kerana alat kawalannya boleh dicas semula.

Ianya mampu dipanjangkan sehingga 85 cm. Hal ini dapat menghasilkan gambar yang menarik bagi selfie berkumpulan. Ia juga mampu dijadikan tripod sesuai untuk diletakkan pada pemukaan lantai atau tanah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article