Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Kamera Digital Waterproof untuk Menangkap Detik Manis di bawah Air

Kamera waterproof merupakan sejenis alat elektronik bertujuan untuk menangkap atau merakam video dalam keadaan berair. Ia menjadi satu keperluan pada abad ini kerana ramai yang mahu menyimpan detik manis mereka ketika melakukan aktiviti melibatkan basah. Pada masa yang sama, kamera biasa tidak dapat menangkap detik-detik seperti ini kerana tidak sama ciri dengan kamera waterproof.

Pada masa yang sama, kamera waterproof juga mempunyai kelebihan tersendiri seperti bersaiz mini, tahan lasak malah mempunyai WiFi. Di sini kami mengesyorkan pilihan kamera waterproof terbaik pada tahun 2018 yang akan memenuhi cita rasa anda dan ideal untuk kegunaan anda untuk peristiwa tertentu.

Kamera waterproof murah yang mempunyai Bluetooth
Kamera waterproof murah yang mempunyai Bluetooth
mulai
RM469.00
Semak Nikon Coolpix W100 harga dibawah:

Nikon Coolpix W100 merupakan kamera waterproof paling murah tetapi mampu mengambil gambar di dalam air dengan jelas kerana ianya 13.2 megapixel dan 4 kali ganda zoom. Pada masa yang sama, kamera ini menggunakan lensa NIKKOR yang berprestasi tinggi menjadikan imej pegun anda lebih statik dan jelas.

Ia juga menggunakan Bluetooth low energy (BLE) di mana mampu disambungkan pada 5 peranti serentak dan terus menghantar gambar yang diambil ke peranti yang disambungkan. Penggunaan BLE menjadikan kamera tidak mudah cepat kehabisan bateri.

Kamera waterproof HD terbaik
Kamera waterproof HD terbaik
mulai
RM998.00
Semak Fujifilm FinePix XP120 harga dibawah:

Fujifilm FinePix XP120 mampu mengambil gambar dalam bentuk definisi tinggi (HD) kerana kamera ini mempunyai 16.4 megapixel sensor BSI-CMOS menjadikan kamera ini mampu mengambil gambar yang gelap dengan amat jelas dan terang seolah-olah ianya berada di hadapan mata. Kelebihan kamera waterproof iaitu 10.0 FPS menjadikan kamera ini mampu mengambil gambar dengan banyak dengan satu saat.

Ia juga mampu zoom sehingga 5 kali ganda optikal pada 28mm radius menjadikan kamera ini mampu mengambil gambar yang jauh dan tidak pecah. Ia juga mempunyai mode gambar terbaru iaitu gambar Cinemagraph menjadikan gambar di ambil pegun tetapi seolah-olah bergerak seperti gambar 3D.

Kamera waterproof mini terbaik dengan Wi-Fi
Kamera waterproof mini terbaik dengan Wi-Fi
mulai
RM184.00
Semak GoPro Hero 6 harga dibawah:

GoPro tidak pernah menghamparkan para petualang. GoPro Hero 6 merupakan keluaran terbaru yang mampu mengambil gambar dengan jelas kerana menggunakan 12 megapixel dan 30 FPS burst menjadikan kamera ini mampu mengambil gambar yang gegar tanpa menjadikan gambarnya pecah atau kabur. Tambahan pula, kamera waterproof ini hanya sebesar tapak tangan.

Ia juga mempunyai kelebihan tersendiri iaitu voice control dimana pengguna tidak perlu menekan butang ambil gambar tetapi hanya perlu sebut “GoPro take a photo” atau “GoPro shoot burst” sahaja.Terdapat sambungan Wi-Fi menjadikan pengguna boleh terus upload gambar aktiviti mereka ke media social tanpa memindahkan ke komputer atau telefon

Kamera waterproof yang canggih untuk rakaman video
Kamera waterproof yang canggih untuk rakaman video
mulai
RM759.05
Semak Olympus TG-820 harga dibawah:

Olympus TG-820 merupakan kamera waterproof tercanggih kerana menggunakan teknologi iHS Olympus yang mampu mengambil gambar dengan jelas walaupun banyak pergerakan. Serta, mampu memberikan gambar yang terbaik kerana mempunyai HDR backlight Adjustment di mana dapat mengelakkan silauan daripada persekitaran.

Ia  mampu merakam video dengan cantik kerana mempunyai multi-motion movie IS di mana gambar atau video akan distabilkan dengan sendirinya. Salah satu kelebihan kamera waterproof ini iaitu pengguna hanya perlu menyengetkan kamera untuk mengambil gambar. Hal ini menjadikan ia sesuai digunakan bagi yang memakai glove.

Kamera waterproof terbaik untuk aktiviti selaman skuba
Nikon
Kamera waterproof terbaik untuk aktiviti selaman skuba
mulai
RM147.00
Semak Nikon CoolPix AW130 harga dibawah:

Nikon CoolPix AW130 dicipta khas untuk aktiviti selaman scuba kerana saiznya yang kecil menjadikan penyelam mudah untuk membawanya ke dasar laut dan beratnya yang berat menjadikannya tidak mudah berlaku apungan. Tambahan pula, kamera waterproof ini mampu berada di dalam air sehingga 30 meter dalam sehingga 1 jam. Dengan kelebihan tersebut, penyelam mampu mendapatkan foto hidupan laut pada aktiviti selaman skuba 25 meter.

Kamera waterproof ini juga menggunakan 16 megapixel dan Hybrid Vibration Reduction yang akan menghasilkan gambar yang jelas tanpa penghasilan kabur atau gegar pada setiap gambar yang diambil.

Kamera waterproof yang mudah digunakan
Kamera waterproof yang mudah digunakan
mulai
RM598.00
Semak Panasonic Lumix DMC-TS 30R harga dibawah:

Panasonic Lumix DMC-TS 30R merupakan kamera waterproof yang tidak rumit di antara kamera lain kerana segalanya berlaku secara automatik. Pengguna hanya perlu menekan butang ambil gambar dan selebihnya kamera itu sendiri akan lakukan seperti image blurring, anti gegar dan auto zoom. Pengguna juga boleh memilih mode dengan mudah seperti creative, underwater atau timelapse dan banyak lagi.

Kamera waterproof ini menggunakan 16 megapixel 33” CCD menghasilkan gambar yang cerah walaupun keadaan gelap. Tambahan pula, ia juga mempunyai Mega Optical ImageStabiliser menghasilkan gambar yang tidak pecah ketika pergerakan rawak oleh pengguna.

Kamera waterproof tahan lasak yang mempunyai GPS
Kamera waterproof tahan lasak yang mempunyai GPS
mulai
RM159.00
Semak Olympus Tough TG-4 harga dibawah:

Olympus Tough TG-4 boleh digunakan untuk mengambil gambar di puncak gunung, bermain payung terjun atau gambar hidupan laut kerana sifatnya yang tahan lasak. Kamera waterproof ini mampu menampung hentakan 100 kilogram atau 2.1m, sejuk lampau sehingga -10 darjah selsius dan anti habuk.Ia juga mempunyai GPS di mana mereka boleh mengesan lokasi mereka di dalam hutan atau perjalanan ke puncak gunung tanpa sesat dan selamat.

Tambahan pula, kamera waterproof ini mempunyai ciri khas iaitu kompas elektronik yang menunjukkan arah mata angin. Ia juga boleh mengambil gambar dengan sangat cantik dan jelas kerana ianya 16 megapixel dan mempunyai Olympus 4x optical zoom untuk kuasa zoom yang menakjubkan. Terdapat juga mode micro dimana pengguna boleh mengambil gambar sesuatu dalam keadaan yang tersangat dekat dengan lensa tanpa menjadikan gambarnya pecah atau kabur

Artikel berkaitan 

End of Article