Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Rasai Pengalaman Merakam Memori Dengan 10 Kamera Terbaik Untuk Video

Untuk kualiti video profesional!

Tidak kiralah anda seorang vlogger, pembikin filem mahupun sekadar mempunyai hobi untuk merakam video, merakam video profesional memerlukan kamera khas dan terbaik untuk hasil dan kualiti yang tiptop! Sememangnya proses memilih dan mencari kamera yang bersesuaian tiada jalan pintas, tambahan pula apabila anda mempunyai begitu banyak pilihan untuk dipadankan dengan keperluan dan salah satu faktor yang paling penting ialah - tag harga. 

Memilih kamera video profesional yang terbaik bukan hanya bergantung kepada badan kamera semata-mata. Dengan adanya variasi kamera mirrorless, kompak dan DSLR terdapat banyak faktor yang anda perlu titikberatkan. 

Apakah ciri yang penting ketika memilih kamera untuk video?

Antara ciri yang harus dititikberatkan adalah kualiti video, jenis lensa, jenis badan kamera sama ada DSLR, kompak atau mirrorless. Selain itu, kepelbagaian mod seperti zoom dan auto fokus juga penting. Jangan ketinggalan ciri mikrofon dan juga memori yang boleh mempengaruhi rakaman video anda. Untuk membantu anda membuat pilihan bijak, ikuti senarai kamera-kamera terbaik untuk video ini.

10 Kamera Terbaik Untuk Merakam Video

Kamera video terbaik dengan harga mampu milik
GoPro
Semak GoPro Hero8 harga dibawah:

Nama GoPro adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia kamera video. Ianya lebih murah berbanding kamera DSLR namun mampu memberi kualiti video yang terbaik. Ianya mempunyai ciri Night Lapse video untuk hasil video 4K walaupun dalam keadaan kurang cahaya. GoPro ini digemari ramai kerana cirinya seakan-akan DSLR.

Kamera video terbaik untuk beginner
Canon
Semak Canon EOS 250D DSLR Camera with 18 – 55mm Lens harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Harga berpatutan
add_circle Terdapat sambungan wifi
add_circle Mempunyai fungsi touch screen
add_circle Kualiti video dan gambar yang baik
remove_circle Autofokus terhad

Buat anda yang baru menceburi dunia rakaman video, kamera ini untuk anda. Harganya berpatutan dengan ciri lengkap seperti DSLR yang mempunyai harga jauh lebih mahal. Cara pengendaliannya mudah difahami dan ianya merupakan kamera yang boleh ditukar lensa kepada lebih ringan dan kompak.

Semak Nikon Z 50 / Z50 Mirrorless Digital Camera with 16-50mm Lens harga dibawah:

Sememangnya kualiti video 4K pada kamera Nikon adalah antara yang terbaik. Kamera ini menyokong rakaman video UHD 4K sehingga 30 fps dan rakaman full HD sehingga 120 fps. Penggambaran time lapse juga boleh digunakan untuk menghasilkan fail video UHD 4K yang terus dari kamera tanpa memerlukan apa-apa penyuntingan.

Kamera dengan stabilizer terbaik – kurang gegaran
Panasonic
Semak Panasonic Lumix DC-G95 Mirrorless Digital Camera harga dibawah:

Dapatkan kualiti video dengan kurang gegaran daripada kamera ini. Ianya mempunyai 5 Axis Image Stabilization yang bertindak di dalam lensa bagi mengawal gegaran setiap kali kamera bergerak. Ini akan memberi imej dan video yang lebih jelas dan terang. Penggunaan stabilizer external tambahan juga digalakkan pada kamera sebegini.

Kamera dengan kawalan autofokus yang cepat
Fujifilm
Semak Fujifilm XT30 XT-30 X-T30 18-55mm harga dibawah:

Fujifilm X-T30 adalah kamera video 4K yang menakjubkan dengan keupayaan high-end dan salah satu kamera mirrorless APS-C yang terbaik di pasaran. Ia boleh merakam format Cinema 4K yang lebih luas pada kelajuan tinggi dengan sistem autofokus yang sangat baik. 

Walaupun ianya kecil, kamera ini mampu memberi rakaman video 10-bit, lebih tinggi berbanding sesetengah kamera yang lain.

Kamera video terbaik untuk travelling dengan bersaiz kompak
Sony
Semak Sony Cyber-shot DSC-RX100 VII / RX100 Mark 7 Digital Camera harga dibawah:

Jika anda kaki travel, dapatkan kamera digital Sony ini. Saiz yang kecil tidak mengekang keupayaannya dalam merakam imej dan video yang menarik. Dilengkapi lensa 20.1mp dan sensor CMOS yang besar, tiada lagi masalah gambar atau video kabur. Ianya juga menyokong penggunaan Bluetooth dan WiFi bagi memudahkan anda berkongsi gambar on-the-go.

Kamera dengan ciri zoom paling jauh
Sony
Semak Sony Cyber-shot DSC-RX10 III Digital Camera harga dibawah:

Selain mempunyai sensor 20.1mp yang mampu memperlihatkan detail jelas pada imej dan video, kamera ini dilengkapi lensa zoom 24-600mm yang terbaik. Kamera ini sesuai untuk anda yang gemar merakam aktiviti sukan yang memerlukan anda berdiri lebih jauh. Ianya juga stabil untuk merakam pada jarak jauh dengan 5 Axis Image Stabilization.

Kamera video terbaik untuk Youtuber – sesuai untuk vlog
Sony
Semak Sony Alpha a6600 (Body Only) harga dibawah:

Buat Youtuber yang selalu merakam content untuk channel anda, kamera Sony ini mempunyai ciri Real-Time Eye yang membolehkan ianya beroperasi tanpa perlu banyak sokongan. Sesuai untuk vlogger yang kebiasaannya merakam video berseorangan. 

Skrinnya boleh dipusing 180 darjah untuk memudahkan anda melihat rakaman. Dengan kualiti video 4K, setiap vlogger harus melabur ekstra dalam kamera ini.

Kamera video indoor untuk merakam upacara perkahwinan
Nikon
Semak Nikon D780 DSLR Camera harga dibawah:
add_circle Kualiti video dan gambar yang baik
add_circle Spesifikasi tinggi
add_circle Ada wifi
remove_circle Tiada built in flash

Tidak kiralah anda berada dalam keadaan pencahayaan malap mahupun terang dengan sensor 23.5mp backside illuminated anda pasti terpegun dengan kualiti video 4K yang menampakkan sehingga detail yang kecil. 

Ianya menggunakan high speed shooting sebanyak 7 frame sesaat untuk merakam pergerakan yang laju. Kamera ini juga mempunyai jangka hayat bateri yang panjang – 2260 imej sekali pengecasan penuh.

Kamera video terbaik dengan kualiti yang terang
Nikon
Semak Nikon D850 DSLR Camera (Body Only) harga dibawah:

Nikon D850 menetapkan standard kualiti yang teratas dengan megapiksel 45.7 yang mengagumkan yang membolehkan ia menangkap imej dan menghasilkan filem 8K UHD yang luar biasa. Sesuai untuk anda yang lebih mahir, cipta karya seni epik dalam 4K UHD full frame dengan kanta sudut lebar NIKKOR.

Anda juga boleh memanjangkan rakaman momen indah dengan rakaman slow motion 120p / 100p Full HD.

End of Article