Kadangkala bila terlalu asyik mengambil gambar, pasti akan terlebih ‘muatan’ memori yang sedia ada di dalam bajet anda. Terutamanya buat kaki selfie. Sayang pula hendak menghapus memori lama untuk memberi laluan buat yang baru.

Nah, apa kata dapatkan ruang penyimpanan memori tambahan untuk kamera atau telefon pintar, anda perlu mendapatkan kad microSD yang terbaik. Dalam memilih kad microSD yang terbaik, anda perlu mendapatkan yang mempunyai speed pemindahan tinggi serta ruang penyimpanan besar. Ini untuk mengelakkan anda ‘terpaksa’ membeli yang baru jika tidak cukup.

Hari ini, terdapat banyak peranti yang menggunakan kad memori kecil ini, dari telefon dan kamera, ke komputer riba serta gaming. Jom ikuti senarai kad SD terbaik di pasaran masa kini;

1. KINGSTON MicroSD

Pilihan terbaik untuk menyimpan video dari kamera dan CCTV
Harga mulai RM8.70
Shopee Malaysia RM8.70 Lazada Malaysia RM10.30

Kad memori ini direka khas untuk video. Ianya dikenali sebagai kad Class 10 dimana videonya boleh mencapai resolusi full HD dan 3D. Proses merekod dan membacanya juga adalah 8 kali lebih laju dari kad memori microSD yang biasa. Tambahan pula, kad memori ini kalis air, haba, kejutan, gegaran serta x-ray. Memorinya boleh mencapai sehingga 128GB. 

2. REMAX Memory MicroSD

Sesuai digunakan untuk smartphone dan peranti Android (OS)
Harga mulai RM13.50
Shopee Malaysia RM14.50 Lazada Malaysia RM13.50

Remax adalah jenama yang agak baru dalam dunia teknologi namun prestasi kad memorinya amat bagus dan sesuai digunakan untuk smartphone serta peranti dengan sistem Android (OS). Jenis memori pada kad microSD ini adalah SDHC dan transmisi kelajuan pemindahan datanya juga tinggi. 

Kad memori ini mempunyai ketahanan sehingga boleh digunakan sebanyak 10,000 kitaran. Ianya juga sesuai digunakan untuk dashcam kereta. Berguna untuk menyimpan memori lebih banyak.

3. TOSHIBA MicroSD UHS-I U1 Class 10 M203

Pengguna Oppo A3s dan Samsung J2 Prime, kad microSD ini untuk anda
Harga mulai RM2.37

Kapasiti memorinya boleh mencapai 256GB, ianya amat sesuai untuk smartphone anda. Sama ada anda pengguna Oppo mahupun Samsung, kad memori yang kalis air dan hentakan ini boleh memberikan anda jaminan agar anda tidak akan kehabisan ruang penyimpanan memori. Plus point, kad memori ini menyokong rakaman video full HD.

Buat kaki selfie, kad microSD ini memang sesuai untuk anda. 

4. LEXAR High Performance MicroSD

Kad microSD berkualiti tinggi – sesuai untuk GoPro dan rakaman video 4K
Harga mulai RM70.40

Dengan menggunakan teknologi UHS-I, kad memori microSD ini menjadi pilihan nombor satu buat pengguna GoPro kerana ianya boleh menampung rakaman video 4K, full HD dan juga 3D. Ianya mampu menyimpan lebih daripada 36 jam rakaman, 67,600 gambar atau 58,100 buah lagu. 

Selain daripada mempunyai kelajuan pemindahan yang pantas, ianya juga mempunyai Fast Video Capture. Bagi yang gemar melakukan aktiviti luar (outdoor), ekstrim dan travelling, kad microSD ini memang terbaik untuk anda. 

5. SILICON Power High Speed MicroSD

Kegunaan peranti gaming – mudah untuk muat turun lebih banyak game
Harga mulai RM31.80
Lazada Malaysia RM31.80

Buat si kaki gamers jika konsol game anda memerlukan memori tambahan, kad memori daripada Silicon Power ini adalah jawapannya. Ianya dicipta khas untuk kegunaan dengan peranti game, memudahkan anda memuat turun lebih banyak game tanpa lagging atau kehabisan ruang penyimpanan. 

Proses pemindahannya juga tidak memakan masa yang lama. Kad memori ini tahan digunakan dalam tempoh masa yang panjang.

6. TRANSCEND Ultimate MicroSD

Memori tambahan untuk laptop anda
Harga mulai RM2.36

Jika anda bercadang untuk menambah kapasiti memori buat laptop anda, pilihlah Transcend kerana kapasitinya boleh mencapai sebanyak 256GB. Anda tidak perlu lagi membawa hard disk yang besar kemana-mana. Mempunyai transfer speed 60MB/saat, ianya memastikan laptop anda tidak lagging sewaktu melakukan pemindahan. 

7. SAMSUNG MicroSD

Kad microSD terbaik dipasaran – kelajuan pemindahan dengan cepat
Harga mulai RM42.00

Jenama Samsung adalah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia gajet. Prestasi kad memori microSD ini juga tidak kurang hebatnya. Ianya boleh memindahkan video sebesar 3GB ke laptop anda hanya dalam masa 38 saat. Ciri lainnya setanding dengan nama-nama besar dalam dunia kad microSD adalah seperti kalis 4 sekawan (air, habuk, gegaran dan x-ray), kapasiti memori yang besar serta kualiti fail yang tiptop.

8. SANDISK Ultra MicroSD

Bekalan wajib buat si kaki drone (Dji Spark)
Harga mulai RM71.90
Shopee Malaysia RM71.90 Lazada Malaysia RM83.90

Buat penggemar drone, sudah pasti target utama adalah untuk merakam video yang berkualiti tinggi. Video yang berkualiti selalunya akan memerlukan ruang memori yang besar. Dengan menggunakan kad memori microSD Sandisk, kapasiti bukan lagi satu masalah kerana memorinya boleh mencapai sehingga 400GB. 

Dengan kapasiti sebesar itu, video 4K, full HD sudah terjamin kualitinya. Anda boleh mengambil gambar atau merakam video sebanyak mana pun.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang A. Shahirah

A mommy who plays in the rain with her son.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!