Penggunaan keyboard sudah menjadi suatu kemestian untuk setiap pengguna komputer memandangkan tidak semua komputer memiliki keyboard auto yang boleh diaktifkan di layar skrin. Untuk itu memiliki keyboard masih merupakan suatu keperluan kepada setiapo pemilik komputer peribadi.

Tidak kira samada untuk gaming, pengaturcaraan, rekabentuk dan segala bentuk kerja, keyboard yang bagus mampu menjadikan kerja anda untuk menjadi jauh lebih lancar di samping menjimatkan masa anda ketika mengendalikan sesetengah perkara. Kebanyakannya kini sudah boleh didapati dengan harga yang cukup murah.

Berikut merupakan seleksi keyboard yang terbaik kini berada di pasaran sebagai pilihan untuk anda semua!

1. Alcatroz Xplorer M550 Multimedia USB Keyboard

Terbaik untuk gaming dan selesa untuk digunakan serta murah

Harga mulai RM16.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM16.90

Keypad yang senyap dan selesa untuk digunakan kerana tidak akan mengeluarkan bunyi bising ketika anda sedang mengendalikannya. Keyboard yang mampu untuk disambungkan hanya dengan menggunakan sambungan USB serta sangat sesuai untuk digunakan ketika mengendalikan gaming berkomputer di samping harganya yang sangat berpatutan.

Ekstra: 9 Mouse Gaming Bagus untuk Permainan Komputer Kegemaran Anda

2. Fantech K3M Super Slim Multimedia Mini Keyboard  

Keyboard kecil mudah alih untuk mereka yang menggemari keyboard mini 

Harga mulai RM22.79

shopping_cart Lazada Malaysia RM22.79

Keyboard mini multimedia yang cukup nipis dan ringan serta mudah untuk dibawa ke mana sahaja untuk penggunaan meluas. Direkabentuk secara ergonomik untuk menaip dengan pantas tanpac sebarang ralat. Dengan rekabentuk yang cukup padat dan kecil ini ia mudah untuk dimuatkan di mana sahaja tray yang berada di rumah anda.

3. Logitech K400 Plus Wireless Keyboard

Keyboard wireless terbaik untuk smart TV dan TV box

Harga mulai RM161.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM161.00

Direkabentuk untuk kawalan secara santai  dan selain keyboard ini direka sebagai tanpa wayar ia juga turut menyelitkan touchpad untuk pengendalian yang lebih mudah dan interaktif. Boleh dikawal walaupun anda berada pada jarak hingga 10 meter dari stesen kerja anda. Serasi dengan pelbagai jenis sistem operasi yang berlainan.

4. Acer Aspire 4738 4738G 4738Z 4738ZG Series  

Keyboard fleksibel yang terbaik untuk programmer

Harga mulai RM29.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM29.00

Keyboard yang menggunakan keutamaan bahasa English US dalam pengendaliannya merupakan keyboard yang agak fleksibel dengan rekabentuk yang padat dan tidak memerlukan begitu banyak ruang. Ia termasuk dengan kabel riben yang disertakan dalam pakej ini selain warna pilihan iaitu hitam yang terdapat di dalamnya.

5. APPLE MacBook Air 13" A1369 A1466 2011 2016 Keyboard US  

Terbaik untuk kegunaan iPad

Harga mulai RM89.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM89.90

Model keyboard yang sesuai untuk digunakan bersama barangan Apple seperti Ipad dan juga tablet kerana rekabentuknya yang ringan dan ergonomik. Disertakan bersama waranti selama 3 tahun namun walau bagaimanapun back light tidak disertakan untuk pakej keyboard ini. Harganya juga adalah sangat berpatutan.

6. Razer Blackwidow Chroma V2 Mechanical Keyboard

Keyboard mechanical dengan backlight terbaik untuk Point Blank 

Harga mulai RM636.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM636.00

Keyboard mekanikal yang memiliki backlight sangat sesuai untuk kegunaan para gamer tegar untuk mendapatkan suasana gaming yang sebenar. Dengan ketepatan dan kelajuan maksima membolehkan mereka mengendalikan permainan berkomputer secara lebih efektif serta mampu memberikan kelebihan tersendiri kepada gamer tersebut.

Ekstra: Online Gaming Nanti Mesti Seronok dengan 7 Keyboard Gaming Ini

7. Pro Gaming Dota 2 Usb Cable Keyboard 

Terbaik untuk permainan Dota

Harga mulai RM29.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM29.90

Keyboard dengan pelbagai warna yang menarik serta disambungkan dengan wayar sambungan USB, disertakan dengan rekabentuk backlight dengan warna pelangi. Dengan tray sokongan untuk pengendalian yang lebih sempurna dan lancar. Dengan kernal cip untuk gaming yang professional untuk  menyokong 19 kekunci.

8. Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard

Keyboard unik dengan Bluetooth terbaik untuk tablet

Harga mulai RM120.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM120.00

Nikmati kelancaran menaip seperti di komputer peribadi melalui telefon pintar anda dengan menggunakan keyboard mobil mudah alih ini. Ia mudah untuk disambungkan dengan semua peranti yang memiliki sambungan Bluetooth selain boleh bertindak sebagai keyboard tanpa wayar yang paling efisyen ketika ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aznor

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!