Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Speakers Komputer Desktop Yang Akan Menaikkan Taraf Desktop Anda

Mackie CR Series CR4 Computer Speakers

BELI DISINI

Dari RM 986

Speakers hasilan Mackie menawarkan bunyi yang solid dan kuat. Panel hadapannya mempunyai satu plag dengan dua input, menjadikannya mudah untuk digunakan dengan komputer anda. Sekiranya anda tidak mengingini sambungan wayar, speaker ini juga menyokong Bluetooth. Bass speaker ini kuat sikit kadang-kala, tetapi secara keseluruhan, bunyi yang dihasilkan adalah terperinci dan lebih baik daripada speaker yang terbina dalam komputer anda. Tambahan pula, kabel speaker dan pad pengasingan telahpun dimasukkan yang membolehkan anda mendengar dengan segeranya.

 

Logitech Z313 Computer Speakers

BELI DISINI

Dari RM 195

Sistem speaker bajet ini adalah antara salah satu yang paling laris di Amazon. Walaupun harganya lebih rendah, speaker ini mampu mengisi bilik anda dengan bunyi yang seimbang dan kukuh. Pembesar suara yang termasuk dalam sistem menghasilkan bass yang menonjol. Tambahan pula, speaker ini mudah dipasang serta diguna dan memiliki alat kawalan jauh yang cukup kecil untuk diletakkan di atas mana-mana meja. Sistem speaker ini memiliki kualiti bunyi yang kurang baik daripada speaker lain dan tidak menyokong Bluetooth (melainkan jika anda membeli penyesuai tambahan berharga $ 20), tetapi memandangkan harganya yang rendah, speaker ini tetap wajar dipertimbang.

 

Edifier R2000DB Computer Speakers

BELI DISINI

Dari RM 719.10

Speaker EDIFIER ini menghasilkan bunyi yang solid dan mempunyai rupa yang menarik dengan dua ton. Anda boleh memilih warna kayu ceri ataupun hitam piano, kedua-duanya warna yang menakjubkan. Bunyi speaker yang dihasilkan adalah sangat seimbang dan penuh dengan tekstur. Speaker yang berkualiti tinggi seperti ini jarang didapati dalam julat harga ini. Ia juga merupakan salah satu speaker yang mempunyai alat kawalan jauh dan menyokong Bluetooth. Speaker ini juga mempunyai tombol di sebelah untuk mengubah suai bass, treble, dan kelantangan bunyi.

 

Harman Kardon Soundsticks III Computer Speakers

BELI DISINI

Dari RM 1,299

Harman Kardon Soundsticks III memiliki reka bentuk yang ikonik, kawalan sentuhan yang sensitif, serta bass yang menonjol. Speaker ini mempunyai sudut yang boleh diubah suai, justeru membolehkan pengguna untuk menyesuaikan penghantaran bunyi mengikuti keinginan mereka.

 

Logitech Z150 Multimedia Speakers

BELI DISINI

Dari RM 135.00

Speaker Logitech Z150 membuktikan bahawa anda tidak perlu berbelanja banyak untuk mendapatkan bunyi yang berkualiti untuk komputer anda. Speaker yang padat ini menghasilkan kualiti bunyi yang luar biasa dengan 6 watt kuasa puncak. Kualiti bunyi yang solid dengan kawalan yang mudah membuat Z150 boleh dikatakan yang terbaik antara pilihan produk kategori bawah RM120.

 

Creative T30 Computer Speakers

BELI DISINI

Dari RM 638.77

Creative merupakan piawai cemerlang dalam audio komputer dan T30 adalah antara speaker komputer-desktop yang paling menarik dan menonjol dari syarikat ini. Setiap speaker mempunyai reka bentuk dual-driver untuk menghasilkan gelombang bunyi yang berkualiti baik. Ciri-ciri utama lain termasuklah set kawalan luaran, sambungan Bluetooth dan NFC.

 

Klipsch ProMedia 2.1 Speaker System

BELI DISINI

Dari RM1,444.95

Sistem speaker Klipsch ProMedia 2.1 adalah satu pilihan yang sangat baik daripada syarikat yang masyhur dalam bidang ini. Dengan kuasa output yang mengukur 200 watt dan kawalan manual yang berguna, sistem speaker ini menjadi salah satu pilihan yang paling berpengaruh dalam julat harganya. Sistem audio ini terdiri daripada 6.5 inci woofer sampingan dan dua speaker dengan konfigurasi dual-driver.

 

Audioengine A2+ Computer Speakers

BELI DISINI

Dari RM1,199

Speaker desktop AudioEngine A2+ memiliki reka bentuk, kualiti binaan, dan prestasi yang amat bagus untuk harga RM 1,199. Ia boleh didapati dalam tiga warna (putih, hitam, dan merah). Speaker ini mempunyai digital-ke-analog converter, serta penguat kuasa analog yang terbina dalam. Kualiti bunyinya juga sangat memuaskan.

 

Logitech Z213 Computer Speakers

BELI DISINI

Dari RM 229.03

Jika anda sedang mencari speaker komputer dengan bajet yang ketat, Logitech Z213 wajar dipertimbangkan. Speaker ini mempunyai 14 watt kuasa output, kawalan luaran yang berguna serta tombol khusus untuk tuning bass, dan reka bentuk yang padat.

 

Creative T15 Computer Speakers

BELI DISINI

Dari RM 499.32

Creative T15 speaker komputer adalah pilihan RM 500 yang solid dengan sambungan berwayar ataupun tanpa wayar. Kualiti audio yang solid dan kukuh dihasilkan daripada duo drivers dan tiub bass khusus untuk getaran rendah. Seperti generasi lain yang lebih mahal, speaker T15 juga mempunyai kawalan luaran yang mudah dikuasai.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article