Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
hard disk best malaysia

10 External Hard Disk Terbaik Malaysia 2024 (Jenama Berkualiti)

Anda boleh simpan fail & data penting dengan selamat dalam hard disk!

Jumlah simpanan fail dan data dalam komputer atau PC yang banyak boleh menyebabkan ia mudah lagging dan berat ketika digunakan.

Dengan perkembangan teknologi, fail dan data penting boleh disimpan di luar komputer atau smartphone dengan external hard drive atau lebih dikenali sebagai external hard drive.

Walaupun sudah ramai beralih arah kepada sistem backup secara Cloud, tapi penggunaan external hard disk drive lebih selamat kerana tidak terdedah kepada risiko pencerobohan. 

Sebelum beli external hard disk, pastikan anda tahu jenis hard disk, HDD paling tinggi, dan harga external hard disk dengan pilihan storan yang berbeza mengikut keperluan anda.

Jom lihat senarai pilihan jenama hard disk terbaik dan berkualiti, serta hard disk 1TB untuk anda pilih dan beli.


Senarai 10 External Hard Disk Terbaik & Terbaru di Malaysia

Hard disk terbaik secara keseluruhan
Seagate
hard disk seagate
Semak Seagate External Hard Disk Backup Plus harga dibawah:
add_circle Sesuai dengan Windows 10 & keatas
add_circle Menyokong perisian Mac OS
add_circle Jadual untuk backup boleh ditetapkan automatik
add_circle Boleh set kata laluan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak kalis air

Sebab menjadi pilihan utama:

Hard disk Seagate ini boleh dipilih dari kapasiti storan 1TB, 2TB, 4TB dan 5TB, jadi tiada masalah untuk simpan seberapa banyak fail gambar atau video beresolusi tinggi yang dimahukan.

Ciri-ciri:

Dilengkapi dengan tempoh jaminan tiga tahun serta memiliki saiz sangat compact, ringan dan muat jika dimasukkan dalam beg kamera walaupun dah penuh dengan DSLR. 

Kalau anda nak simpan dalam poket pun tidak ada masalah kerana sangat portable dan nipis.  

Malah, jenama hard disk terbaik dengan 5400rpm ini sesuai diguna dengan USB 3.0, USB 2.0 dan USB-C. 

Kami syorkan hard disk jenis ini buat anda yang pentingkan rekaan dengan kemasan aluminium moden.

Jadi, anda boleh dapatkan HDD terbaik ini sebab terdapat 5 pilihan warna menarik iaitu hitam, biru, merah, space grey dan perak.   

Review:

“Kualiti barang terbaik barang adalah tulen dari Seagate. Pelajar universiti memang patut beli sebab boleh simpan banyak fail tugasan dan boleh buat password. Dah cuba plug pada PS4 pun boleh, memang terbaik.”

Hard disk terbaik untuk pc
Transcend
External hard disk tahan lama terbaik
Semak Transcend StoreJet 25H3 Portable External Hard Drive harga dibawah:
add_circle Sistem perlindungan kejutan 3 peringkat
add_circle Dilengkapi butang Auto-Backup
add_circle 2 pilihan warna, biru & ungu
add_circle Tempoh waranti 3 tahun
remove_circle Rekaan luar kurang menarik

Bagi anda yang risau data seperti gambar dan video akan hilang jika hard disk external rosak akibat jatuh, jangan risau, Transcend pilihan yang tepat.

Ini kerana hard drive ini mempunyai ciri kalis kejutan manakala bahagian luarnya dilengkapi dengan getah anti kejutan yang tahan lama. 

Terdapat 3 pilihan kapasiti storan iaitu 1TB, 2TB atau 4TB ini dan anda boleh beli storan mengikut penggunaan anda.

Hard disk ini terdapat butang Quick Reconnect yang memudahkan anda untuk sambungkan hard drive dengan komputer semula tanpa perlu cabut atau sambungkan kabel USB. 

Semua fail boleh dipindahkan dengan pantas tanpa tunggu lama kerana produk Transcend jenis plug and play ini telah tersedia dengan USB 3.1 Gen 1. 

Hard disk terbaik untuk chromebook
Toshiba
toshiba hard disk
Semak Toshiba HDD CANVIO Basics Portable External Hard Disk harga dibawah:
add_circle Portable & nipis
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Pilihan saiz kapasiti 1TB, 2TB & 4TB
remove_circle Perlu diformat jika guna pada macOS

Proses penyimpanan data akan menjadi lebih optimum jika anda menggunakan external HDD model Canvio Basic dari Toshiba ini kerana anda hanya perlu drag & drop sahaja fail atau gambar yang diinginkan dari PC ke hard disk ini. 

Kelancaran teknologi USB 3.2 Gen 1 yang ada pada produk ini juga membolehkan anda untuk memindahkan data dengan pantas iaitu sehingga 5.0 Gbit/s tanpa tunggu lama.

Tambahan lagi, hard disk ini juga tetap sesuai diguna dengan peranti USB 2.0. 

Usah risau jika ini kali pertama anda guna hard disk sebab dalam kotaknya disertakan dengan manual pengguna.

Menarik lagi, harga external hard disk 1TB ini juga sangat mampu milik dan sesuai digunakan bersama dengan chromebook anda.

Hard disk terbaik untuk window
Western Digital
Semak Western Digital My Passport External Hard Disk harga dibawah:
add_circle Tempoh waranti 3 tahun
add_circle Saiz nipis, mudah dibawa
add_circle USB 3.0 Gen 1
add_circle Ringan & nipis
add_circle Ada 4 pilihan warna, merah, hitam, putih & biru
remove_circle Perlu diformat semula dengan sistem operasi komputer lain

Portable hard drive jenama Western Digital ini boleh dipilih dari saiz kapasiti bermula 1TB, 2TB, 4TB dan 5TB. 

Jadi, boleh anda simpan banyak-banyak video kenangan yang dirakam menggunakan Gopro atau kamera digital.  

External hard disk ini juga sesuai digunakan dengan sistem operasi Windows 10 atau Windows 8.1.

Setiap pembelian, anda akan dapat kabel USB yang sangat laju beserta buku manual. 

Hard disk ini dilengkapi dengan perisian WD Backup yang boleh diset untuk run secara automatik mengikut masa yang anda tetapkan. 

Jadi, fail penting akan terus disalin dari komputer ke external hard drive My Passport ini.

Paling penting, mempunyai kata laluan supaya orang lain tidak boleh sesuka hati mengakses data digital anda dalam alat ini.

Hard disk terbaik untuk desktop
Seagate
Seagate Portable External Hard Disk HDD Game Drive for PS4
Semak Seagate Portable External Hard Disk HDD harga dibawah:
add_circle Ada manual pengguna
add_circle Kabel USB 3.0
add_circle Mudah digunakan dengan PlayStation
add_circle Muat hingga 50 permainan video
remove_circle Harga mahal

Model external hard drive keluaran Seagate ini merupakan peralatan terbaik untuk anda yang gemar bermain games ketika waktu lapang.

Ini kerana sesuai untuk konsol PS4 dan setiap permainan boleh diakses dengan lebih cepat, juga sesuai digunakan pada desktop untuk anda yang gemar main game pada desktop.

Tambahan pula, kelancaran penghantaran data sangat pantas kerana mempunyai 5400rpm.

Tempoh waranti 3 tahun dan ruang kapasiti penyimpanan juga bukan biasa-biasa iaitu 2TB. 

Prestasi hard drive ini juga sangat cepat dan tidak lagging jadi anda boleh aksesnya dengan mudah.

Anda boleh bawa alat portable jenis plug and play ini ke mana-mana termasuklah ketika bersantai sebab ringan, barulah tidak bosan ketika bercuti.

Hard disk terbaik untuk foto
Adata
Adata EXT HDD Pro Durable HD710 Pro
Semak Adata EXT HDD Pro Durable HD710 Pro harga dibawah:
add_circle 3 lapisan perlindungan
add_circle Kabel mudah disimpan & tak serabut
add_circle Ringan, hanya 270g
add_circle 4 pilihan warna iaitu hitam, merah, biru & kuning
add_circle Penutup port USB kalis air & ergonomik
remove_circle Harga agak mahal

Kalau anda mudah cuai atau lalai dalam penjagaan external hard drive sehingga menyebabkannya cepat rosak, kami sarankan anda untuk beli produk berkualiti keluaran Adata kerana ada tempoh jaminan selama 3 tahun. 

Tambah pula hard disk ini jenis kalis air IP68 dan telah pun menjalani ujian berada dalam air sedalam 2 meter selama 60 minit. 

Namun, ciri kalis air hanya berfungsi dengan baik jika USB port telah ditutup dengan kemas. 

Bukan itu sahaja, boleh disambung dengan Windows XP, 7, 8, 10, Mac OS serta Linux Kernel 2.6 dan keatas. 

Terdapat dua pilihan storan, sama ada kapasiti storan sebanyak 1TB atau 2TB dan mampu untuk menyimpan sehingga 854 jam video HD. 

Cara guna sangat mudah sebab direka dengan lampu kilat biru yang menandakan data sedang dipindahkan. 

Manakala, lampu akan bertukar merah jika ada error yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengan HDD ini. 

Hard disk terbaik untuk student
UGreen
UGreen CM526
Semak UGreen CM526 USB 3.0 Type C Portable External Hard Disk harga dibawah:
add_circle Reka bentuk menarik konsep Cyberpunk
add_circle Tiga pilihan kapasiti: 500GB, 1TB, dan 2TB
add_circle Serasi dengan Windows, Mac, dan Linux
add_circle Fungsi Smart Sleep untuk tenaga optimum
remove_circle Pilihan warna terhad
remove_circle Tiada jaminan tahan lasak atau kalis air

External hard disk berkualiti tinggi ini menggabungkan ciri terbaik SSD dan keselesaan external hard disk jenis mudah alih, menjadikannya pilihan terbaik di pasaran.

Reka bentuknya dalam kerangka hitam membuatkan hardisk ini kelihatan bergaya dengan pencahayaan RGB yang memukau.

Selain itu, saiznya yang padat (128mmx80mmx15mm) menjadikannya sebuah external hard disk mudah alih yang sesuai untuk anda yang selalu bergerak.

Dengan kadar transfer yang laju (5Gbps) External hard disk ini memastikan pemindahan data dan backups yang cepat.

External hard disk ini juga hadir bersama kabel data USB Type-A dan Type-C yang tahan lama serta terdapat tiga pilihan storan iaitu 500GB, 1TB, atau 2TB.

Menarik lagi, UGreen CM526 bukan sahaja terhad kepada satu platform kerana ia turut serasi dengan sistem operasi Windows, Mac, dan Linux bagi memastikan keserasian peranti yang meluas.

Hard disk terbaik untuk laptop
Samsung
Samsung SSD Portable T7
Semak Samsung SSD Portable T7 Basic harga dibawah:
add_circle Transfer data yang laju
add_circle Kawalan suhu
add_circle Boleh guna pada pelbagai peranti
remove_circle Stok terhad

Samsung SSD Portable T7 Basic menawarkan kekuatan dan keselamatan dalam reka bentuknya yang simple, dan menjadi penyelesaian masalah storan anda dengan kapasiti 1TB dan kelajuan pemindahan data yang pantas.

Dengan USB 3.2 (Gen2, 10Gbps), external hard disk ini memastikan sambungan yang lancar dan mampu serasi dengan pelbagai jenis peranti seperti Macbook, PC, chromebook, dan laptop.

Walaupun saiz external hard disk ini kecil (3.4 x 2.2 x 0.3 inci), ia mampu beri keutamaan kepada kebolehan yang portable tanpa mengurangkan prestasinya.

Dengan kelajuan pemindahan data yang mengagumkan sehingga 1050/1000 MB/s, hard disk ini memudahkan pemindahan data dengan pantas dan pengendalian fail-fail besar dengan cekap.

Sokongan mod UASP pula boleh meningkatkan penghantaran data, sekaligus meningkatkan produktiviti.

Dilindungi dengan jaminan selama 3 tahun, Samsung SSD Portable T7 Basic boleh digunakan tanpa risau.

Paling menarik, dengan teknologi kawalan haba canggih yang terbina di dalam, menggunakan teknologi ePCM dan Dynamic Thermal Guard, ia akan memastikan pengurusan suhu yang optimum walaupun semasa pemindahan data yang cepat.

Hard disk dari Samsung ini secara konsisten mengekalkan suhu di bawah 45ºC, mematuhi standard kualiti dalaman Samsung untuk pengurusan haba dan keselamatan.

APACER AC631 Military-Grade Shockproof Portable Hard Drive
Semak APACER AC631 Military-Grade Shockproof Portable Hard Drive harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Pemindahan data yang pantas
add_circle Kalis air dan habuk (IP55)
remove_circle Menawarkan storan 1TB sahaja

External hard disk APACER AC631 Military-Grade Shockproof mempunyai perlindungan luaran yang sangat bagus, boleh melindungi hard disk anda daripada rosak akibat terjatuh.

Ia telah diuji dan boleh tahan kesan hentakan jatuh pada ketinggian sehingga 1.22 meter, jadi sesuai untuk digunakan di pejabat yang memerlukan anda membawa hard disk ke hulu dan ke hilir.

Selain itu, hard disk APACER ini mempunyai penarafan IP55 yang boleh tahan habuk dan tahan air, memastikan perlindungan lengkap dalam pelbagai persekitaran.

Permukaan tekstur 3D pada hard disk ini tidak hanya memberikan tekstur yang mudah dipegang tetapi turut menawarkan perlindungan anti calar.

Ini akan mengurangkan kerosakan akibat geseran, memastikan bahagian luar terjaga dan tahan lama.

Hard disk terbaik untuk gaming
Adata
Adata HV320 external HDD
Semak Adata HV320 External HDD harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk game console
add_circle Ada password-protected
add_circle Tahan lasak
remove_circle Stok terhad

Adata HV320 External HDD mempunyai saiz yang agak nipis dengan ketebalan 10.7mm, membuatkan ia mudah disimpan dalam ruangan kecil atau di dalam beg galas anda.

Direka untuk kegunaan yang maksimum, hard disk jenama Adata ini boleh disambung dengan lancar ke konsol permainan anda seperti PS5 atau PS4, berfungsi sebagai storan sandaran untuk game anda.

Dalam era di mana penyimpanan data besar menjadi satu keperluan, kapasiti sehingga 1TB sesuai untuk kandungan resolusi tinggi dan video 4K.

Selain itu, turut dilengkapi dengan sensor kejutan dengan lampu penunjuk merah untuk memberi amaran bagi memastikan perlindungan terhadap impak atau gegaran akibat terjatuh.

Enkripsi AES 256-bit pula akan melindungi data anda, menjaga keadaan data anda dengan selamat dengan kata laluan yang ditetapkan.


Apakah Tips Terbaik Pilih External Hard Disk?

Terdapat beberapa elemen yang anda perlu pertimbangkan sebelum mendapatkan external hard disk.

Ini kerana setiap jenama menawarkan beberapa pilihan saiz kapasiti dan kelajuan yang berbeza untuk anda akses data dalam hard disk tersebut. 

Jom kita tengok tips mudah pilih external had disk supaya pembelian anda berbaloi.

  • HDD atau SSD 

Alat penyimpanan data ini selalunya hadir dalam dua jenis, iaitu HDD (Hard Disk Drive) dan SSD (Solid State Drive). 

Walaupun harga SSD lebih mahal daripada HDD, tetapi kini kebanyakan orang sudah beralih pada SSD sebab lebih laju dan saiz juga lebih kecil berbanding HDD.  

  • Kelajuan hantaran data 

Sudah tentu anda enggan menunggu lama untuk proses pindahkan data ke dalam external hard disk, jadi sebaiknya pilihlah hard disk dengan kelajuan yang paling cepat. 

Kami sarankan pilih hard disk dengan USB 3.1 Gen2 dan USB 3.2 Gen2 kerana menawarkan kelajuan sehingga 10Gbps. 

Manakala USB 3.0, USB 3.1 Gen1 pula memiliki kelajuan sehingga 5Gbps. 

Cuma terdapat sesetengah hard disk menggunakan USB-C di mana merupakan standard terkini. 

Oleh itu, perhatikan terlebih dahulu jenis USB yang terdapat pada external hard disk sebelum anda memutuskan untuk membelinya jika tidak, anda perlu beli adapter pula. 

  • Saiz kapasiti penyimpanan 

Bergantung pada tujuan penggunaan hard disk, anda boleh pilih external hard disk dengan kapasiti penyimpanan dari serendah 320GB, 500GB, 1TB, 3TB sehingga 12TB. 

Kalau anda merupakan seorang videographer, jurugambar atau vlogger, sudah semestinya  anda perlukan external hard disk dengan kapasiti yang paling besar untuk menyimpan data. 

Barulah tidak perlu susah-susah padam fail lama jika storan penyimpanan sudah penuh. 

  • Keselamatan 

Boleh pilih hard disk yang dilengkapi dengan ciri tetapan kata laluan jika anda khuatir data digital anda boleh diakses oleh orang asing. 

Dengan fungsi password ini, barulah orang lain tak boleh guna data atau gambar anda sesuka hati tanpa kebenaran. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh tonton video di bawah.


Ada Berapa Jenis Hard Disk?

Untuk pengetahuan anda, hard disk terdiri daripada dua jenis iaitu internal hard disk dan external hard disk. 

External HDD atau hard disk drive merupakan hard disk external yang fleksibel kerana kecil dan boleh dibawa ke mana-mana.

HDD pula merupakan sebuah alat peranti storan yang boleh dikatakan agak tradisional di mana menyimpan data menggunakan pusingan pada magnetic disk

Bunyi pusingan ini boleh didengar setiap kali sedang membaca atau menyimpan data. 

Manakala, SSD pula adalah teknologi terkini yang lebih laju dalam menyimpan data kerana data disimpan dalam cip memori. 

SSD ini boleh diibaratkan seperti pendrive namun dengan kapasiti yang jauh lebih besar dan banyak. 

Data dalam portable SSD dan external HDD boleh diakses dengan mudah apabila pengguna hanya perlu menyambungkan kabel USB pada komputer.


Apa Fungsi External Hard Disk?

External hard disk digunakan untuk menyimpan data dalam kuantiti yang besar terutamanya jika kapasiti storan dalaman komputer riba atau PC anda hampir penuh. 

Alat ini juga membolehkan penggunanya untuk mengakses data penting seperti gambar, video, lagu dan fail dokumen di mana-mana sahaja walaupun tanpa komputer milik sendiri. 


Apakah Perbezaan HDD Dan SSD?

Ciri-ciri HDD SDD
Harga Lebih murah Lebih mahal
Ukuran Lebih besar dan berat Lebih kecil dan ringan
Kelajuan bacaan / menulis 50 MB/s – 120 MB/s (jadi lambat untuk memproses data) 200 MB/s – 550 MB/s (jadi lebih laju dalam memproses data)
Jenis storage Menggunakan mekanisme fizikal untuk menyimpan data Menggunakan cip elektronik untuk menyimpan data
Kapasiti Lebih besar  Lebih kecil
Ketahanan Lebih sukar untuk diganti atau dibaiki Lebih mudah untuk diganti atau dibaiki
Keburukan
  • Bising kerana putaran motor
  • Menyebabkan panas yang berlebihan
  • Tiada bunyi bising kerana tidak menggunakan sistem mekanikal
  • Panas pada SSD tidak sepanas HDD

Perbezaan utama antara SSD (Solid State Drive) dan HDD (Hard Disk Drive) terletak pada teknologi, prestasi dan reka bentuk mereka yang direka mengikut keperluan penggunaannya.

Dari segi teknologi, HDD menggunakan teknologi penyimpanan magnet untuk membaca dan menulis data pada spinning metal platters yang dilapisi dengan bahan magnetik.

Manakala SSD pula menggunakan cip memori NAND flash untuk menyimpan data dan cip ini mengekalkan data walaupun dalam keadaan off, menjadikannya peranti penyimpanan yang tidak mudah terhapus.

Untuk kelajuan pula, sifat mekanikal HDD menyebabkan kelajuan akses dan pemindahan data yang agak perlahan, manakala SSD menawarkan kelajuan akses dan pemindahan data yang jauh lebih cepat. 

Selain itu, HDD lebih mudah rosak pada bahagian fizikal disebabkan oleh bahagian mekanikalnya, SSD pula lebih tahan lama dan tahan lasak daripada kesan hentakan.

Dari segi penggunaan tenaga, HDD memerlukan lebih banyak tenaga dimana boleh menjejaskan jangka hayat bateri pada dan peranti mudah alih lain.

Untuk SSD pula, menggunakan tenaga yang lebih sedikit kerana tidak memerlukan bahagian yang bergerak untuk berfungsi.

Ini menghasilkan kecekapan tenaga yang lebih baik dan jangka hayat bateri yang lebih lama.

Jadi, SSD boleh dikatakan lebih berbaloi untuk dibeli berbanding HDD kerana teknologi yang digunakan lebih updated.

Bagaimanapun, HDD masih mempunyai tempat dalam pasaran kerana kapasiti yang lebih besar dan kos-per-gigabait yang lebih rendah, menjadikannya pilihan yang popular untuk keperluan penyimpanan besar.


Bagaimana Pilih Hard Disk Yang Sesuai Untuk Saya?

Nak pilih hard disk yang sesuai ni bergantung juga pada cara pemakaian, keperluan harian dan juga keperluan storan seseorang.

Ada beberapa perkara yang anda boleh pertimbangkan sebelum membuat pembelian external hard disk, antaranya:

Saiz penyimpanan

Jika anda hanya memerlukan storan untuk dokumen dan fail yang kecil, hard disk dengan storan yang lebih kecil seperti 500GB atau 1TB mungkin sudah cukup.

Namun, jika anda menyimpan fail besar seperti video HD atau 4K, gambar dengan resolusi tinggi, atau perlu untuk backup data yang besar, pilihlah storan yang lebih besar seperti 2TB, 4TB, atau 8TB.

Kepantasan pemindahan data

Hard disk memiliki berbagai level kepantasan pemindahan data, jadi boleh pertimbangkan hard disk dengan kecepatan putar (RPM) yang lebih tinggi untuk transfer data yang lebih cepat.

Jenis sambungan

Anda boleh memilih jenis sambungan pada hard disk seperti USB 3.0 atau 3.1 (juga dikenali sebagai USB 3.2 Gen 1) yang merupakan standar umum untuk sambungan ke komputer atau peranti lain.

Jika anda memerlukan kepantasan transfer data yang tinggi, pastikan hard disk memiliki sambungan ke peranti yang sesuai.

Perlindungan data

Beberapa hard disk dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti enkripsi data atau perlindungan kata laluan. Jika privasi dan keselamatan data penting bagi anda, pilihlah hard disk yang menawarkan ciri-ciri ini.

Selain faktor-faktor di atas, anda juga  boleh melihat bajet yang anda ada sebelum beli hard disk, jadi boleh buat penilaian yang menyeluruh sebelum membuat pembelian.


Artikel Berkaitan

End of Article