Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Semua Pengumuman Oleh Apple Dalam Persidangan WWDC 2020

Yep, sudah sampai masa Apple cuba 'meragut' wang anda lagi

Sama ada pengguna mahupun sekadar peminat produk-produk dari Apple, tiada siapa yang boleh menafikan sumbangan syarikat ini terhadap perkembangan teknologi moden. Tetikus yang anda guna, telefon bimbit, ataupun rekaan laptop yang digunakan sekarang, semuanya berasaskan produk-produk yang diperkenalkan oleh syarikat Amerika ini.

WWDC, atau "Worldwide Developers Conference" adalah persidangan tahunan Apple, di mana mereka akan mengumumkan pelbagai perisian dan produk baru yang bakal dilancarkan seperti iOS terkini, ataupun produk komputer seperti Macbook, iMac ataupun produk TV seperti Apple TV.

Pagi ini, kami akan mengkaji kesemua produk yang diumumkan oleh Apple dalam persidangan ini, untuk memastikan anda kekal updated. Dah tak sabar nak tengok apa yang baru sekarang? Jom baca lagi!

iOS 14

Home Screen

Pengguna iPhone akan dapat menyesuaikan Home Screen mengikut keperluan sendiri. Dengan App Library, semua app anda akan dikumpulkan bersama untuk susunan apps yang lebih senang. Selain itu, iPhone juga akhirnya akan mendapat fungsi Widgets, satu fungsi yang sudah lama ada pada Android.

Selain itu, Apple turut memperkenalkan fungsi Picture-in-picture yang membolehkan anda menonton video tidak kira di mana anda berada. Ia seperti fungsi WhatsApp di mana anda boleh menonton video Youtube ketika anda masih membaca mesej.

Siri

Siri tidak akan mengambil-alih skrin anda sepenuhnya, tapi cuma satu ikon di bahagian bawah. Selain itu, ia juga mampu menghantar voice message dengan arahan anda sahaja. Selain itu, Apple juga memperkenalkan App Translate yang boleh tolong menterjemah apa yang anda katakan ke 11 bahasa berlainan secara offline!

Messages

Apple juga memperkenalkan pelbagai fungsi yang menjadikannya lebih seperti WhatsApp, seperti fungsi mentions yang membolehkan anda tag sesiapa yang ada di group chat, serta fungsi reply. Selain itu, mereka juga memperkenalkan pelbagai Memoji baru!

Maps

Ha, Apple masih claim applikasi Maps mereka adalah yang terbaik. Dengan pelbagai fungsi baru yang bakal datang, mungkin mereka boleh setanding dengan Google Maps. Salah satu fungsi baru adalah Cyling Navigation, kami rasa ia adalah salah satu fungsi yang amat berguna kepada mereka yang suka berbasikal.

CarPlay

Untuk CarPlay, kepada para bangsawan, anda mungkin boleh membuka kereta anda hanya dengan menggunakan iPhone anda sahaja! Fungsi ini akan dimasukkan ke BMW 5-series yang bakal datang tahun 2021. Kami tidak pasti kalau fungsi ini akan ada di Malaysia.

Selain itu, skin CarPlay juga akan dikemaskini dengan pelbagai fungsi baru, seperti wallpaper baru, app Parking, EV Charging dan fungsi food ordering, yang kami tidak pasti akan available di Malaysia atau tidak.

iPadOS 14

iPadOS adalah iOS khas untuk iPad. Ia menjadikan iOS lebih senang digunakan di skrin tablet yang hampir sebesar laptop. Dengan versi baru, banyak fungsi di iOS 14 turut ditambahkan ke iPadOS. Salah satu fungsi yang tiada di iOS, adalah satu sidebar di app Photos di iPadOS untuk mencari gambar anda dengan lebih senang.

Selain itu, apabila ada sesiapa call, ia tidak lagi akan mengambil alih skrin anda dengan sepenuhnya. Anda hanya akan mendapat notifikasi di atas skrin, seperti notifikasi lain. Ini termasuk call dari aplikasi lain seperti Skype, WhatsApp, dan selainnya.

Apple Pencil

Dengan perkembangan di iPadOS, Apple turut mengemaskini fungsi baru Apple Pencil, "pensil" yang boleh diguna dengan iPad. Ia kini lebih pandai mengenal tulisan anda, dan mampu mengenal tulisan Cina lagi! Kami tidak pasti jika ia boleh mengenal tulisan Jawi atau tidak. 

AirPods Pro

Apple tidak memperkenalkan AirPods baru, tetapi mereka akan mengeluarkan software update baru untuk AirPods. Kini, AirPods boleh disambungkan ke Macbook k iPhone atau iPad secara automatik, tidak payah membuka menu Bluetooth.

Selain itu, AirPods Pro kini mampu memainkan surround sound, dengan sokongan 5.1, 7.1 serta Adobe Atmos!

WatchOS 7

Apple Watch anda kini mampu menjejak tarian juga - ia akan mengenal pelbagai tarian yang berlainan juga! Selain itu, Watch juga akan mempunyai pelbagai senaman yang berlainan.

Salah satu fungsi baru yang bakal popular, adalah fungsi Sleepmode - dengan fungsi ini, ia akan menjejak tabiat tidur anda, dan menolong anda mencari waktu bangun yang lebih optimum. Selain itu, anda tidak perlu membeli Apple Watch baru untuk mendapat fungsi baru ini!

Dengan waktu covid-19 sekarang, Apple Watch juga akan menolong anda mencuci tangan dengan lebih optimum. Dengan WatchOS 7, Apple Watch anda akan tahu bila anda sedang mencuci tangan, dan memberi tips untuk memcuci tangan dengan lebih bersih.

Apple Home

Automations

iOS 14 kini akan memperkenalkan automations baru apabila anda memambah perisian pintar ke rumah anda, ia amat berguna bagi mereka yang tidak pandai atau terlalu malas untuk setup semua smart devices di rumah mereka. Jika anda mempunyai bulb pintar, iOS 14 juga akan tolong anda menyesuaikan lampu sepanjang hari, secara automatik.

AppleTV

AppleTV kini juga akan menyokong lebih dari satu pengguna, ia juga menyokong controller Xbox Elite 2 dan Xbox Adaptive Gamepad. Ia juga akan menambah fungsi  Picture-in-Picture. AirPlay turut akan menyokong resolusi 4K/UHD.

macOS Big Sur

UI

Versi macOS 10.16, Big Sur adalah versi macOS terbaru dari Apple. Selain dari UI yang dikemaskini, terdapat juga banyak fungsi-fungsi dari iOS dan iPadOS yang akan ditambahkan ke macOS. Salah satu adalah fungsi Control Panel yang sudah biasa diguna oleh pengguna iPhone. Anda bakal mampu mengawal kecerahan skrin, notifikasi dan pelbagai fungsi asas lain.

Messages

Aplikasi Messages juga akan dikemaskini dengan fungsi yang sudah ada, atau bakal diperkenalkan di versi iOS atau iPadOS. Anda akan mendapat fungsi carian, Memoji dan tidak  jua apa yang anda lakukan di aplikasi ini, ada juga animasi baru!

Maps

Kami tidak banyak menggunakan Maps di iOS, kami juga tidak banyak menggunakan Maps di macOS. Walaubagaimanapun, jika anda ingin menggunanya, anda juga mampu melihat peta dalaman.

Safari

Satu lagi aplikasi Apple yang tidak banyak kita guna (Chrome!), Safari akan load website dengan lebih laju, sebanyak 50%! Selain itu, Safari juga akan mendapat fungsi penterjemahan secara builit-in, jadi bila anda ingin membaca artikel dalam bahasa Jepun, anda tidak lagi perlu menggunakan Google Translate!

Mac Baru Berasakan ARM

CEO Apple, Tim Cook juga mendedahkan bahawa Macbook akan beralih daripada processor Intel kepada processor mereka sendiri, yang berasaskan ARM. Ia adalah teknologi yang turut digunakan oleh iPhone serta iPad, serta telefon pintar yang lain.

Walaupun kami tidak tahu lagi apa-apa peningkatan prestasi dengan peralihan ini, Apple menjanjikan prestasi yang jauh lebih tinggi, dengan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah. CPU ini akan dikenali sebagai Apple 12Z Bionic.

Mereka turut menunjukkan bahawa aplikasi penting seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop ataupun Final Cut akan menyokong CPU baru mereka. Kepada aplikasi yang tidak menyokong, mereka turut memperkenalkan aplikasi Rosetta 2, yang mampu menjalani aplikasi lama tanpa gangguan.

Dengan ini, persidangan WWDC tamat. Walaupun Apple tidak memperkenalkan sebarang produk baru hari ini, kami yakin mereka akan menunjukkan pelbagai produk baru di persidangan mereka pada bulan September.

End of Article