Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Pelik Tapi Benar. 11 Inovasi Tergempak Dari CES 2020

Daripada mesin lipat baju sampailah helmet dengan skrin LED, macam-macam!

    Consumer Electronics Show 2020 (CES) baru sahaja bermula di Las Vegas. Namun begitu, sudah terdapat beberapa peralatan elektronik yang unik dan cool daripada jenama seperti Apple, Samsung, LG dan Xiaomi yang akan dikeluarkan. Antaranya adalah produk seperti tempat najis kucing yang boleh dibersihkan secafa auto, helmet digital dengan LED, drone kalis hujan lebat dan yang paling dinanti-nantikan... mesin melipat baju.

    Daripada prototype sehinggalah ke produk sebenar, CES 2020 menjanjikan pelbagai produk unik. Jom lihat senarai produk elektronik yang tidak masuk akal tetapi cukup real ini!

    1. Desktop terkecil yang tak akan lapuk dek zaman: Intel NUC 9 Extreme (Ghost Canyon) 

    Sayangkan semua peralatan gaming anda tetapi malas nak maintain?

    Sekilas pandang desktop gaming ni memang nampak seperti tiada apa yang istimewa, tapi percaya atau tak desktop ini direka dengan konsep modular yang membolehkan sistemnya untuk sentiasa dinaiktaraf, menjadikannya tak lapuk dek zaman. Desktop yang lebih kecil daripada PS4 Pro ini telah diinspirasikan daripada CPU cartridge yang memerlukan upgrade.

    Seperti kad grafik baru yang di plug in, NUC 9 Extreme menggunakan pengalaman yang sama untuk kesemua komposisinya termasuk motherboard dan RAM. Walaupun saiznya kecil, desktop ini masih mengekalkan USB port, card reader dan power supply 500W FlexATX nya untuk menampung mana-mana kad grafik dalam pasaran.

    Intel bercadang untuk menjualnya pada harga mencecah RM7,068.60.

    2. Phone dengan kamera ‘tersorok’: OnePlus One Concept

    Zaman sekarang ni, terdapat lambakan phone dengan kamera canggih di pasaran. Design kamera pun semakin lama jadi semakin pelik, dengan kamera iPhone 11 yang kelihatan seperti dapur gas dan Nokia 9 yang kelihatan seperti tempat ritual pemujaan.

    Konsep kamera OnePlus ini memerlukan hanya 0.7 saat untuk diaktifkan dan mendedahkan kamera yang tersorok di belakang kaca hitam tinted yang legap bila tidak digunakan. Kaca ini bertindak sebagai phone cover dan filter jika anda ingin bermain dengan light setting. Kini tiada lagi masalah permukaan phone tidak stabil akibat benjolan kamera apabila anda letakkan phone di permukaan yang rata.

    3. Desktop gaming berbentuk helmet: MEG Aegis Ti5

    Apa yang lebih menarik berbanding desktop gaming berbentuk helmet?

    MSI’s MEG Aegis Ti5 meminjam idea rekaannya daripada desktop kompak Aegis keluarannya. Bukan hanya pada rupa, ia menggunakan teknologi MSI Commander Unit yang membolehkan ia untuk menunjukkan system informasi semasa pada skrin LCD nya.

    Antara ciri hebat lain adalah modem 5G built-in,  sistem Silent Storm Cooling 4, konfigurasi sehingga prosesor core i9,  grafik sebaik MSI GeForce RTX 2080Ti dan pelbagai lagi.

    4. Drone 3-dalam-1 yang boleh terbang dalam hujan lebat: PowerEgg X

    Orang Malaysia ni memang ada masalah benci tapi cinta dengan cuaca. Mana taknya, kadang-kadang bila panas, terik yang amat tapi bila hujan.. macam ribut! Jadi cuba bayangkan, dalam keadaan hujan lebat tu anda masih boleh terbangkan drone. Menarik bukan?

    Selain daripada bertindak sebagai drone, PowerEgg X ini berfungsi sebagai kamera selfie atas meja yang mempunyai fungsi pengenalan wajah (facial recognition) yang juga boleh digunakan semasa dipegang. Ia juga mempunya resolusi 4K dengan ‘three-axis motorized gimbal’ untuk visual yang lebih stabil. Ia juga boleh terbang dan mendarat di atas air!!!

    Antara ciri menarik lain adalah audio sync yang membolehkan anda untuk mengakifkan recording di phone, tempoh terbang selama 30 minit dan system mengelak halangan auto.

    5. Daging khinzir Vegan: Impossible Pork

    Sebelum ini ramai yang sudah memperkatakan tentang daging vegan keluaran syarikat ini yang mempunyai rasa seperti daging sebenar, tidak kurang juga “Impossible Pork” ini. Bebas gluten dan terdiri daripada soya sebagai bahan utama, daging ini menjawab persoalan untuk menggantikan daging bagi menyelesaikan masalah perubahan iklim dunia yang semakin parah.

    Industri penghasilan daging adalah salah satu faktor besar yang menyumbang kepada perubahan iklim sejak beberapa tahun lepas. Industri perladangan sahaja menyumbang kepada 18% pembebasan gas merbahaya ke udara. 

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kedatangannya ke Malaysia tetapi brand ini telahpun bertapak di Singapura dan dijual pada harga yang berpatutan.

    6. ‘Customise’ makeup anda: L’Oreal Perso

    Fungsi makeup adalah untuk menutup ketidaksempurnaan kulit di wajah jadi ia adalah amat penting untuk ada mendapatkan warna yang kena dengan tona kulit anda.

    Inovasi terkini daripada L’oreal ini membolehkan anda untuk mencipta gabungan warna yang paling sesuai dengan tona kulit anda. Tak boleh buat keputusan mana satu foundation atau lipstick yang paling sesuai? Ambil 3 warna, pilih yang paling kena dengan warna kulit dengan preview di app and hasilkannya!

    Bagi skincare pula, system AI digunakan bagi mengesan masalah kulit wajah dan membolehkan anda untuk mencipta formula yang sesuai dengan corak cuaca di tempat anda.

    7. Tempat buang najis kucing (litter box) yang tak perlu dibersihkan - iKuddle Automatic Litter Box

    Nak buat kerja rumah pun malas, apatah lagi nak cuci tempat buang najis kucing kan? Kini anda tak perlu lagi rungsing kerana tempat buang najis kucing ini boleh auto bersih. Penyeduk auto akan menceduk najis dan meletakkannya dalam bekas lain lalu di auto pack. Anda hanya perlu buang bungkusan yang tersedia. Ia menggunakan bateri lithium yang boleh bertahan selama 15 hari. 

    Semua fungsi adalah automatic dan boleh diset melalui app di smartphone anda. App ini juga boleh membantu anda untuk merekod kesihatan kucing anda, dengan sensor yang akan mengingatkan anda untuk mengurang atau menambah pengambilan makanan mereka. Kotak ini juga didatangkan dengan pewangi yang dapat memastikan kediaman anda tidak berbau. 

    8. Jimat 30 minit dalam penyediaan susu bayi - Baby Brezza Milk Dispenser

    Menyediakan sendiri sukatan susu mungkin menjadikan sukatan tidak tepat untuk bayi anda. Di sinilah dispenser susu ini dapat membantu. Hanya isi bekas kedap udara dengan susu tepung dan pilih sukatan susu yang hendak disediakan.

    Hanya dengan satu butang, ia akan mencampurkan kesemuanya dengan air suam untuk mendapatkan konsistensi yang sempurna yang elok untuk pencernaan anak anda. Anda boleh memilih suhu dan mode ‘water only’ bagi menyediakan air tanpa campuran susu. 

    9. Kekal berhubung semasa menunggang motosikal  - Crosshelmet X1 Smart Helmet

    Helmet futuristic ini direka dengan sistem dual-monitor HUD yang membolehkan maklumat seperti jalan yang perlu dilalui, keadaan cuaca dan masa untuk dipaparkan di cermin helmet tanpa mengganggu konsentrasi anda. Segalanya boleh dikawal dan dicustomise melalui App CrossHelmet di phone anda.

    Bukan tu sahaja, anda juga boleh menggunakan ciri Crosssound Control untuk mengstabilkan bunyi dan mengelakkkan masalah pendengaran. Terdapat juga panel sentuh di earpiece kiri untuk anda menjawab panggilan, bercakap dengan siri dan google apabila anda perlukan pertolongan dan juga menyambungkan muzik di phone. 

    10. Melipat baju kini semakin mudah - Foldimate Robotic Laundry Folder

    Memang diakui, melipat baju adalah perkara yang paling leceh untuk dilakukan, tetapi perlu dilakukan untuk mengekalkan kekemasan. Jadi mengapa tidak gunakan mesin melipat baju ini. Ia sangat bergaya dan kelihatan seperti dekorasi rumah. 

    Mesin ini sangat pantas dan boleh melipat sebanyak 25 baju dalam hanya 5 minit. Hanya letakkan baju di permukaan dan mesin ini akan menariknya seperti di mesin deposit wang. Bila siap dilipat mesin ini akan menghantarnya ke bahagian bawah mesin. Semudah itu!

    11. Kawal pengambilan nutrient anda dengan mesin ini - Nutricco Automatic Supplements Dispenser

    Walaupun anda mengambil suplemen setiap hari, anda tak akan pernah tahu jika tubuh badan mendapat zat yang secukupnya atau tidak, jadi biar dispenser suplemen ini membantu anda. Anda akan lebih ‘alert’ dengan tahap dan keperluan kesihatan anda, hanya dengan app di phone.  Anda boleh customize setting secara manual atau biarkan mesin bertindak sebagai doctor.

    App akan mengesan apa sebenarnya yang diperlukan oleh badan anda. Ia kemudiannya akan mengenepikan pill yang berkenaan berdasarkan atas apa yang anda perlukan. Kehabisan vitamin? Mesin ini akan membantu meninggalkan pesanan untuk mengingatkan anda.  

    End of Article