Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Mesin untuk Membuat Mee yang Lebih Sedap dan Sihat

Tak perlu lagi ke restoran hanya untuk sepinggan mee

Kadangkala kita pasti teringin hendak menjamu selera mee dari pelbagai jenis dan bentuk. Sesetengah restoran pula tidak menjual mee seperti yang diingini. Ada juga yang menjualnya dengan harga yang mahal. Sepinggan sahaja boleh mencecah sehingga RM 12 – RM 15. Nah, lakukan sahaja di rumah. Membuat mee tidak lagi menjadi satu masalah atau kerunsingan anda dengan mesin pembuat mee.

Menguli, mengadun dan memotong lebih mudah dengan mesin ini. Ia bukan sahaja mudah dan cepat tetapi anda pasti lebih gemar untuk menghasilkan mee buatan sendiri untuk seisi keluarga sambil memastikan kebersihan dan kualiti makanan yang dihasilkan. Resipi juga boleh diubahsuai mengikut kehendak masing-masing. Yang penting, tidak ada bahan yang merbahaya terdapat di dalam mee kerana sudah tentu anda ingin menjaga khasiatnya. Berikut beberapa jenis mesin pembuat mee untuk memudahkan anda melakukannya di dapur sendiri;

Mesin pembuat mee jenis kecil dan manual
mulai
RM55.00
Semak High Quality Stainless Steel Manually Noodle Maker Machine harga dibawah:

Mesin pembuat mee jenis manual ini, semestinya berkualiti tinggi dan ringan untuk di simpan kerana ianya juga menjimatkan ruang. Mesin ini mudah digunakan dan memiliki gear putaran untuk mempercepatkan kerja pemotongan mee tersebut. Bukan sahaja berkualiti tinggi, malahan ia sesuai untuk doh yang bersaiz kecil dalam ketebalan 0.5 hingga 3mm.

Lakukan sahaja di rumah untuk mee kegemaran anda. 

Mesin pembuat mee jenis elektrik – mudah untuk hasilkan mee lebih pantas
mulai
RM499.00
Semak PENSONIC Noodle Maker Series PNM-01 harga dibawah:

Bagi yang bekerjaya, mesin pembuat mee ini sangat ringkas dan menjimatkan masa para isteri. Ianya bersaiz kecil dan mampu membuat 13 jenis mee seperti macaroni, spaghetti, udon, kulit dumpling dan banyak lagi. Mesin ini sangat mudah di operasi kerana ia membantu anda untuk menyebatikan doh dan memotongnya secara automatik. 

Hanya dengan menekan butang LED yang tertera dan anda perlu menunggu sehingga mee siap dipotong. Tidak perlu lagi berdiri tegak di hadapan mesin, anda masih boleh melangsaikan kerja lain sambil menunggu mee siap di potong. 

Mesin untuk memotong mee dengan lebih halus dan sempurna
MARCATO
mulai
RM288.00
Semak MARCATO harga dibawah:

Mesin pembuat mee ini dicipta dan diterbangkan khas dari negara Itali, sesuai digunakan untuk membuat doh jenis Lasagnia dan Fetucini. Ianya boleh meleperkan doh yang bersaiz 0.2 sehingga 2 mm. Jenama mesin pembuat mee ini sangat terkenal di Itali dan juga mampu membuat mee halus yang cukup sempurna. 

Teringin sekali-sekala terasa seperti berada di Itali sambil menjamu sepinggan lasagnia? Cubalah produk mesin ini sekarang. Questo cibo è delizioso! (Makanan ini sangat sedap).

Mesin khas untuk membuat mee kuning kegemaran anda
mulai
RM599.00
Semak MIDEA MJ-NS15B11 Stainless Steel Spiral Noodle & Pasta Maker harga dibawah:

Mesin pembuat mee ini menyediakan 7 jenis cakera untuk memotong pelbagai jenis mee. Ianya mesin yang sesuai untuk membuat mee sua, mee kuning, Penne, Lasagnia ataupun Fetucini. Mesin ini sangat mudah dibersihkan dan anda tidak perlu menyentalnya terlalu kuat untuk menanggalkan kotoran. 

Selain itu, mesin ini juga mudah dikendali dan memerlukan hanya 15 minit untuk pembuatan mee. Jimatkan masa anda? Hanya beberapa minit sahaja, makanan mee kegemaran sudah sedia terhidang di meja. 

Mesin pembuat mee yang ringkas dengan harga mampu milik dan berkualiti tinggi
mulai
RM23.50
Semak DIY Noodle / Juice Maker Stainless Steel Pressure Surface Machine harga dibawah:

Jika anda lebih suka gaya manual untuk pembuatan mi dan mahu yang murah, mesin jenis DIY ini berbaloi untuk dimiliki. Ianya mesin pembuat mee yang sangat ringkas dan mampu beroperasi sama seperti mesin pembuat mee manual atau elektrik yang lain. 

Mempunyai sistem multifungsi iaitu 2 dalam 1 ini juga sesuai untuk kegunaan membuat jus kegemaran anda.

Pembuat mee jenis heavy duty – kukuh dan tahan lama
mulai
RM599.00
Semak JOYOUNG JYN-W601V Smart Spiral Noodle & Pasta Maker harga dibawah:

Mesin pintar ini dapat menguli doh dan juga menyebatikannya dalam pada masa yang sama. Ianya dapat memastikan mee yang dihasilkan lembut, sempurna dan tidak terlalu lembik teksturnya. Gaya dan reka bentuknya yang serba moden membuatkan lagi kerja pembuatan mee lebih mudah untuk anda. 

Produk dari jenama mesin ini juga mampu membuat mee dalam kuantiti yang banyak dan juga cepat. Tiada lagi masalah kekangan masa. 

Mesin khas untuk membuat mee jenis laksa
mulai
RM499.00
Semak TRIO PASTA MAKER 650 G TNM-05 harga dibawah:

Jika anda ingin mesin pembuat mee yang bersaiz kecil dan ringan, ini adalah mesin yang patut anda beli. Ia mampu membuat mee jenis kuning, laksa, makaroni dan lain-lain lagi. Bukan sahaja itu, malah ia juga mesin yang mengeluarkan bunyi rendah dan sangat tenang apabila dikendalikan. 

Dengan hanya menekan butang pada panel LED, ianya sedia untuk pembuatan mee dan yang paling penting mudah dibersihkan selepas menggunakannya. 

Mesin moden untuk pembuatan mee kolok yang sedap
mulai
RM888.00
Semak ZENZi - High Quality Automatic Pasta Noodle Maker harga dibawah:

Pembuatan mi lebih mudah dan cepat dengan mesin ini kerana ianya mampu untuk menguli dan menyebatikan doh agar doh yang dihasilkan kenyal. Selain itu, sistem yang tersedia pada mesin ini juga cukup sempurna untuk menghasilkan mee yang diidamkan setaraf chef antarabangsa. 

Dengan menghasilkan bunyi yang rendah, ianya sesuai untuk pembuatan mee yang anda sukai seperti spaghetti, mi kolok, laksa ataupun sebagainya.

Mesin pembuat mee dengan sistem operasi automatik
mulai
RM768.00
Semak PHILIPS Avance Collection Noodle Maker harga dibawah:

Membuat mee hanya memerlukan masa anda selama 10 minit sahaja dengan mesin ini. Ia hadir dengan 4 corak pemotongan yang berbeza mengikut keperluan anda serta juga sesuai untuk membuat mee dalam kuantiti sederhana. 

Mesin ini beroperasi secara mudah dengan hanya perlu menambahkan bahan untuk pembuatan mee dan sedia untuk diadun. Rasa semulajadi dan kebaikan mee buatan sendiri ini pasti lebih sempurna untuk hidangan seluruh keluarga.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article