Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Mesin Pengadun Untuk Penyediaan Bahan Baking Dengan Lebih Mudah

Kini, tangan tak lenguh lagi jika ada mesin ini di rumah

Product in this article

Jika anda seorang yang gemar untuk membaking samada kek, cookies atau apa sahaja makanan yang boleh dibakar, pasti mesin pengadun juga menjadi salah satu perkakas penting yang perlu ada dalam rumah anda. Alatan ini sudah menjadi satu keperluan tidak kira saiz, bentuk atau warna sekalipun, penggunaannya sangat penting. 

Apakah fungsi utama dan alatan yang terdapat pada mesin pengadun? 

Setiap mesin pengadun mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Namun, tahukah anda fungsi utama mesin ini adalah untuk menyebatikan bahan-bahan terutamanya dalam proses membuat kek, roti, biskut dan apa sahaja adunan. Ini untuk elakkan bahan yang diadun menjadi tidak sekata dan akan menyebabkan bahan hendak dibakar tidak menjadi.

Terdapat 3 jenis pengadun yang biasanya digunakan seperti;

  • Hook – berbentuk mata kail yang lebih sesuai untuk mengadun doh roti
  • Paddle / K Beater – digunakan semasa penyediaan adunan untuk membuat kek
  • Whisk – sesuai digunakan semasa dalam proses untuk mengembangkan adunan seperti foaming method

Semasa hendak membeli mesin pengadun, pastikan ianya mengikut bajet anda. Atau mungkin sesetengah daripada anda gemar kepada mesin pengadun yang berwarna-warni. Ayuh lihat senarai mesin pengadun terbaik untuk kegunaan anda;  

10 Mesin Pengadun Khas Untuk Anda

Sharp Electric Stand Mixer 300W – 5 Speed EMS60WH

RM 113.9
Sharp
1. Sharp Electric Stand Mixer 300W – 5 Speed EMS60WH
Mesin pengadun yang murah dan berkualiti tinggi

Bagi anda yang gemar membaking terutamanya untuk hidangan petang atau sebagai dessert, mesin pengadun dari jenama Sharp ini sesuai buat anda. Kapasitinya tidak terlalu besar, memuatkan untuk satu adunan sekali bake sahaja. Lengkap dengan 5 aras kelajuan anda boleh adun bahan-bahan di dalam mesin ini mengikut acuan.

Khind 300W Stand Mixer (SM280)

RM 129
Khind
2. Khind 300W Stand Mixer (SM280)
Mesin pengadun menjimatkan penggunaan tenaga elektrik

Mesin pengadun berkapasiti kecil ini sesuai untuk mengadun kek yang kurang daripada 1kg. Dilengkapi dengan 5 aras kelajuan, mesin pengadun dari jenama Khind ini sangat berkualiti tinggi setanding jenama yang mahal. Didatangi dengan mangkuk stainless steel, ianya mudah untuk dikendali dan dibersihkan selepas penggunaannya.

Panasonic Stand Mixer 200W 5 Speed Setting (MK-GB1)

RM 159.00
Mesin pengadun tepung murah
Panasonic
3. Panasonic Stand Mixer 200W 5 Speed Setting (MK-GB1)
Mesin pengadun bersaiz kompak dan menjimatkan ruang penyimpanan

Mesin pengadun ini boleh digunakan dalam dua cara iaitu dengan memegang ataupun berdiri sendiri. Ia beroperasi dengan sangat mudah kerana memiliki 5 tahap kelajuan yang boleh diubah daripada rendah hingga paling tinggi. Mesin pengadun yang bersaiz kecil ini sangat mudah untuk disimpan dan ringan. Tahap kelajuan mesin ini berkuasa 200W dan cukup bagi yang gemar membuat kek dalam saiz yang sederhana.

Philips 200W Mixer Stand with Rotating Bowl (HR 1538)

RM 198
Philips
4. Philips 200W Mixer Stand with Rotating Bowl (HR 1538)
Mesin pengadun terbaik untuk membuat kuih bahulu

Mesin pengadun ini terdapat 3 fungsi kelajuan untuk memastikan doh diadun dengan sebati dan butang turbo untuk pengadunan yang lebih cepat. Ia juga memberi kuasa motor yang laju dan berkuasa sehingga 200-watt yang cukup kuat. 

Selain itu, anda tidak perlu risau untuk memutar mangkuk pengadun kerana ia berputar secara automatik bagi memastikan penyebatian doh dengan sempurna.

Electrolux EHSM-3417 Stand Mixer

RM 174.99
Mesin pengadun kek murah
Electrolux
5. Electrolux EHSM-3417 Stand Mixer
Mesin pengadun untuk mengadun bahan kek dengan sempurna

Mesin pengadun ini bersaiz 3.5 liter dan sesuai untuk membuat kek untuk saiz yang kecil. Ia beroperasi dengan hanya menggunakan butang dimana anda hanya perlu menolak butang untuk ketetapan had kelajuan yang diingini. Mesin pengadun ini datang dengan aksesori seperti pemutar doh dan cangkuk doh berpusing.

Russell Taylors 1000W 5L Stand Mixer SM-1000 

RM 499.99
Russell Taylors
6. Russell Taylors 1000W 5L Stand Mixer SM-1000 
Mesin pengadun dengan 1000W – mengadun lebih mudah dan pantas

Kelajuan motor mesin pengadun ini adalah 1000W dan ianya dapat mengadun bahan adunan seperti kek, roti atau donut dengan lebih mudah, pantas dan lembut. Mesin pengadun ini juga didatangi dengan splash guard yang dapat menghalang adunan anda dari terpercik keluar. Rekaan yang sleek, pasti sesuai jika diletakkan di dalam ruangan dapur moden anda.

Morgan 6.7L 1500W Heavy Duty S/Steel Stand Mixer (MSM-SB1500)

RM 719
Morgan
7. Morgan 6.7L 1500W Heavy Duty S/Steel Stand Mixer (MSM-SB1500)
Mesin pengadun stainless steel dengan 8 aras kelajuan

Mesin pengadun daripada jenama Morgan ini diperbuat daripada stainless steel yang tahan lasak dan tidak mudah berkarat. Boleh memuatkan kapasiti bahan adunan sehingga 6.7L, anda boleh mengadun bahan seperti kek atau roti dalam kuantiti yang banyak. 

Walaupun dilengkapi dengan 8 aras kelajuan, mesin pengadun ini beroperasi sangat senyap dan tidak menganggu semasa anda melakukan kerja-kerja mengadun.

Kenwood Prospero KM283 Kitchen Machine

RM 999.00
Mesin pengadun tepung doh dan kuih
Kenwood
8. Kenwood Prospero KM283 Kitchen Machine
Mengadun doh dan kuih untuk kuantiti lebih banyak

Kenwood Prospero Mempunyai reka bentuk yang unik dan bersaiz sederhana di mana ia sangat sesuai untuk diletakkan disudut dapur anda. Dengan mangkuk keluli yang tahan karat sebesar 4.3 liter, memberikan kepuasan untuk kerja adunan anda. Ia mempunyai 3 kawalan kelajuan yang boleh diselaraskan iaitu perlahan, sedang dan tinggi. Kerja menguli doh dan membuat kuih kini lebih mudah dengan mesin dari jenama Kenwood ini.

Breville BEM430 the Scraper Mixer™

RM 1499
Breville
9. Breville BEM430 the Scraper Mixer™
Lakukan mee homemade dengan mesin pengadun ini

Cipta pengalaman memasak anda dengan mesin menarik dari jenama ini. Ia mempunyai teknologi yang dapat mengesan berat dan beroperasi mengikut tahap kelajuan berat bahan tersebut. Bukan sahaja itu, ia juga dapat melakukan kerja memukul doh dengan lebih lama dan cekap.

Anda mungkin akan jatuh cinta dengan reka bentuk mesin pengadun ini kerana ia mempunyai bentuk yang elegan dan unik. Tahap kelajuan mesin ini juga boleh diselaraskan mengikut pilihan anda.

KitchenAid 4.8L Artisan Tilt-Head Stand Mixer (5KSM150PSBER)

RM 1799
KitchenAid
10. KitchenAid 4.8L Artisan Tilt-Head Stand Mixer (5KSM150PSBER)
Mesin pengadun terbaik untuk adunan roti dan donut

Kehebatan mesin pengadun ini sememangnya tidak disangkal lagi. Direka untuk melakukan kerja dengan lebih lama dan memberikan anda kuasa dan kawalan untuk mencapai tahap kepuasan anda.Gaya dan reka bentuk juga menarik, ia mesin keluli tahan karat yang sebesar 4.8liter untuk memudahkan lagi kerja mengadun doh dan juga sangat mudah untuk dibersih. 

Ia turut hadir dengan pemukul rata, pemukul enam cangkuk dan cangkul doh supaya anda dapat melakukan apa saja resipi kegemaran anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article